Sepetang Di Taman Tasik Perdana (^_^)

7:25:00 am Yana Yani 51 Comments

Dah jadi rutin, setiap pagi YY menyediakan sarapan untuk family. Tak terkecuali pada Sabtu dan Ahad kecualilah ada yang bermurah hati pada hari tu (^_^)

Masa dok tengah kelam kabut tu, YY dapat panggilan telefon dari Angah.

"Wei Long, Abang Long kerja ke petang ni?" tanya Angah.

"Kerja. Kenapanya?" tanya YY kembali.

"Jom kita pergi Taman Tasik Perdana nak? Cantik tempat dia. Ni aku pergi dengan Mak Abah. Serius memang cantik tempat ni!" jelas Angah panjang lebar.

"Kau dah pergi pagi ni lepas tu kau nak pergi lagi petang nanti?" tanya YY pula yang agak musykil dengan ajakan dia tu.

"Yelah! Nak bawa Afif dengan Aisyah" jawab dia ringkas.

"Tengoklah nanti macamana. Kena tanya Abang Long kau dulu" kata YY pula.

"Okay. Nanti apa-apa hal kau bagitau aku ye" kata Angah sebelum mengakhiri perbualan.

Selepas mendapat kebenaran dari big boss, perancangan diatur. Kami bergerak selepas Encik suami pergi kerja pada petang tu. Cuaca pun nampak elok sahaja petang tu.

YY sebenarnya tak pernah tahu kewujudan tempat bernama Taman Tasik Perdana ni. Lagipun dah terbiasa dengan Taman Tasik Shah Alam aje (^_^)

Anyway Taman Tasik Perdana atau nama orang omputih dia Perdana Botanical Garden ni terletak di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Tak jauh dari Muzium Negara.

Afif bila sebut taman tasik, dia dok ingat Taman Tasik Shah Alam juga. Asyik tanya kenapa jauh sangat taman tasik yang nak kami tuju ni. Hehe!

Bila kami sampai di situ, memang terpegun dengan keunikan pelbagai jenis landscape. Afif dengan Aisyah pula of course dok tuju taman permainan dulu.

Aisyah ni sebenarnya agak takut nak main gelongsor. Nak naik senang, nak turun ambil masa yang agak lama. Kena pujuk dan buat pelbagai aksi nak bagi dia turun.

Agaknya dia gayatlah (^_^)


Afif pula masa di bahagian Dino Park, dia amat teruja dengan landscape dinosaur yang ada di situ. "Mama ni kalau malam dia hidup tak?" tanya dia bila nampak landscape tu.

Jenuh juga nak bagi dia faham sebab dia asyik dok tanya kenapa setiap kali jawapan diberikan. Bak kata Wardina Safiyya, "Nampak gayanya, sel-sel otak Afif sedang berhubung!" (^_^)


Aisyah pula masa dekat Dino Park ni asyik terjerit aje. Dia takut dok tengok dinosaur yang tak bergerak tu. Mujur juga Mak Ngah dia ada bawa snacks sebagai kudapan.

Kalau tak memang nak berdukung aje sebab dia takut.


Kemudian kami bergerak mencari taman yang terdapat kancil dan rusa hidup! Ingatkan dekat zoo aje ada binatang ni. Hehe! Afif pula begitu excited apabila diberitahu akan ke situ.

Sepanjang perjalanan, kami dihidangkan dengan pelbagai pemandangan yang mengenyangkan mata. No wonderlah Angah dok kata tempat ni cantik. Memang cantik pun!


Gambar dekat bawah ni adalah di bahagian rusa. Tinggi sungguh tangga yang perlu didaki kalau korang nak tengok rusa ni. YY pun separuh pancit nak mendaki.

Kalaulah tahu kesulitan ni, dari awal dah surrender!


Di bahagian depan air terjun ni, ada kancil dan juga ayam. Kesemua haiwan yang ada di sini diletakkan di dalam kurungan berkaca persis di Zoo Negara kecuali rusa.

YY suka dok tengok air terjun ni. Rasa tenang aje (^_^)


Masa nak keluar dari bahagian ni, YY dah mula rasa skru kaki longgar. Mujur juga dari awal adik-adik YY dah pesan supaya memakai kasut atau sandal yang sesuai.

Kalau tak, mahu ada kaki yang melecet.

Nak keluar tu nampak pula landscape bunga yang menarik perhatian. Apa lagi kan, suruhlah model tetap blog Diari Seorang Mama ni posing di situ. Hehe!

Bola yang ada pada tangan Afif tu kan, ditimpa tragedi yang tak disangka. Dia jatuh ke dalam tasik secara tiba-tiba. Nak buat macamana, kami hanya mampu memerhati.

"Kesian bola Afif tu mati lemas" kata Afif (^_^)


Kami kemudiannya meneruskan lagi perjalanan. Serius masa ni dah tak larat, mujur juga pemandangan di sini buat YY lupa sekejab segala kepenatan.

Nampak tempat menarik, suruh aje model tetap posing. Tapi model perempuan ni, orang suruh senyum dia buat rupa gitu pula. Nasib comel juga. Hehe!


YY kalau nampak bunga memang rasa geram betul! Tak tahulah jiwa ni kalau nampak bunga buat rasa diri ni bahagia sungguh! Yang jiwa sama aje mungkin faham (^_^)

Tapi sebenarnya YY suka tengok aje! Kalau tanam dia jadi lain! Hehe!


Time berjalan tu nampak pula pokok-pokok pelik ni. Terasa macam berjalan dekat dalam cerita dongeng aje. Siap boleh bayang jalan cerita dan of course watak utama adalah Afif dan Aisyah!

Ketika bermain bersama-sama, Afif dan Aisyah menyedari mereka berada di tempat yang sangat asing. Mereka keliru dan tiba-tiba....sila sambung tidak melebihi dari 200 patah perkataan (^_^)


On the way nak balik tu jumpa lagi pemandangan air terjun yang buat YY teruja untuk ke sekian kalinya! Apa lagi snap gambar tu ala-ala photographer yang professional.

Tapi eksyen aje lebih! The fact is awak tu dok guna kamera cap ayam aje YY wei! (^_^)

Ni kalau kamera yang lagi canggih, mesti lagi cantik! Tak berapa nampak keindahan air terjun ni sebab pencahayaan tak berapa baik dari kamera cap ayam YY ni.


Nak balik tu, jumpa lagi taman permainan. Layankan jugalah Afif dan Aisyah main dekat situ. Tapi sebenarnya Angah dengan Anis aje yang banyak melayan.

YY dah semput dah time ni. Penat sungguh rasanya! Berjalan pun asyik kena tinggal aje dah. Mujur juga ada assistant tak bergaji yang sanggup membantu. Hehe!


So begitulah cerita kami di Sabtu pertama Disember! Terima kasih kepada Angah sebab dok bawa kami ke sini, Kalau tak kerana dia, mungkin kami tak akan sampai.

Afif siap kata, "Mak Ngah, nanti lain kali kita pergi sini lagi nak?"

Yang pasti, kami semua tersangat seronok hari tu! Walaupun lepas tu masing-masing terlantar kepenatan! Mujur besoknya Ahad. Kalau tak lagi naya! Hehe!

Rasanya itu ajelah bebelan YY untuk kali ni. Moga berjumpa di entry seterusnya, Insya ALLAH. Till we meet again ye, Assalamualaikum (^_^)

51 comments:

  1. hihi dah rasa macam bace novel
    dah pulak sebab ade dialog hehehe..
    sronoklah anak-anak dapat santai cemni..

    ReplyDelete
  2. seronok tengok gaya dua beradik yang comel ni. thanks share kak YY, cantik tempat ni.walaupun dekat, dah bertahun tak pergi! boleh buat shoot outdoor kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada masalah
      akak baru ni sampai setelah lebih tiga dekat hidup =)
      ramai yang memang buat shoot outdoor sebab tempat dia cantik =)

      Delete
  3. Memang cantik sangat. Teruja pulak tengoknya. Kamera cap ayam pun ok juga gambar tu sis. Hehehe. Masuk free ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantikkan kan, baru tengok gambar tu
      kalau sampai lagilah rasa syok kak =)
      hehe...jadilah kan kak, ada juga kamera =)

      Delete
  4. akak tahu taman tasik ni tp tak pernah pergi,hari tu pergi taman burung yg ada kat situ je..
    cantiklah tempatnyer,boleh juga pergi nanti,seronoklah afif ye dapat jalan2,kita mak2 ni tg penat nak kejar kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. taman burung pula saya tak pergi
      tapi kat situ memang pusat sehenti tu macam-macam tempat menarik kan
      seronok sangat dia kak, berlari aje keja dia
      naik semput mama dia ni melayan diorang berdua beradik

      Delete
  5. "malam dia hidup tak.." mesti terpengaruh dengan movies museum tu kan..yang malam2 hidup..
    memang cantik landskap kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak pernah tengok cite tu
      mungkin dia hanya terfikir, tapi tak tahulah pula...hehe
      cantik mar, sungguh!

      Delete
  6. Kesian alahai bola Afif mati lemas yerk..... salam takziah ya, Afif ^_^

    Anak-anak saya suka tempat ni sebab taman permainannya besar. Tak perlu berebut bagai. Luas pun ya kan, memang penat kalau berjalan kaki. YY dan keluarga tak naik trem ke untuk mengelilingi kawasan ni? Kalau tak silap saya, RM2 satu kepala. Kami empat beranak naik trem kalau datang, saja suka-suka sedut udara nyaman sekitar tasik. Kalau nak lebih menghargai keindahan alam, memang kena berjalan kakilah :)

    Hari Sabtu yang lepas selepas selesai tiga destinasi kami, ingatkan nak ke Taman Tasik Perdana juga bawa anak-anak. Dok fikir payah nak parking kereta apatah lagi cuti sekolah macam ni, terus tak jadi. Lagipun superheroes kalau lebih 3 jam di luar rumah, memang mereka buat hal dalam kereta. Lain kali ajelah kita pergi....

    Kalau tidak, dah boleh bual-bual mesra besan sambil memerhati gelagat anak teruna dara bermain gelungsur! Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasalnya. boleh atk tetiba bola tu
      bunuh diri, dah tak pasal mati lemas...

      aritu kami tak berjumpa sebarang trem. tu yang gagahkan juga berjalan kaki =)
      tapi seronok juga tau ke sini walau kaki usah cakaplah
      tak mampu nak melangkah dah rasanya

      yeke? bukan nak berjodoh tuk kita berjumpa
      kalau dak confirm dah jumpa dak? tapi tak tahulah kalau dah ramai-ramai tu =)
      plak ye? kalau anak saya, lagi lama, lagilah diroang seronok =)

      Delete
  7. Kak YY, dekat je dengan rumah sewa Nur..heheheh..tapi Nur pun baru sekali je pergi..itu pun lepas balik kerja, jadi sempat berjalan-jalan di taman permainan tu je..inshaAllah ada kesempatan boleh jumpa Kak YY kan..^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bukan berjodoh juga nak jumpa
      akak pun baru itulah pergi sana, suka dengan pemandangan dia =)

      Delete
  8. Dah lama xjejak kaki kat taman tasik perdana ni. Masa bercinta dulu suke le... hehe
    Banyak lokasi tarikan lain yg berdekatan boleh dilawati...
    Lain kali datang pagi dan sampai petang pun xabis meneroka keseluruhan taman dan melawat lokasi berdekatan, spt taman burung, taman rama2 dan lain2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..terbongkar dah rahsia jiwa karat BM kita ni
      tapi serius tempat ni memang worth it
      cantik, memang rasa tenang sangat
      insya ALLAH akan sampai lagi ke sini

      Delete
  9. Ya Allah cantiknya tempat nie yana.. mmg sesuai sangat la beriadah dengan keluarga kan.. best..best!!! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik farah
      kalau berpeluang, silalah ke sini
      highly recommend!

      Delete
  10. Mmg best pergi situ...lama x pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka view dia
      baru pertama kali ke situ =)

      Delete
  11. mmg best pergi sini yy.saya pergi last sebelum bersalin hari tu.
    smpat mlawt tanaman dlm tu, jalan jalan dlm taman tu.
    pling teruja x sabar nk bawa sikecik pergi main kt taman permainann tu. besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah yang saya tak tahu
      ni pun nasib adik saya bawa, idak sampai ke sudah tak tahu =)
      nanti si kecil dah pandai main, bawalah. confirm sonok =)

      Delete
  12. Landskap kat TT Perdana tu mmg cantik...kalau nak banding dengan TT Shah Alam...hahahaha...Tapi saya pun selalu ke TT Shah Alam, sebab tu yg paling dekat nakgi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau compare memang jauh bezalah DZ wei
      saya ni pun baru ni ke sana
      biasa kat shah alam tu ajelah
      entah-entah kita selalu jumpa, tak perasan je =)

      Delete
  13. Alahai.. menarik tempat ni tapi sampai ke hari ni kami tak pernah sampai. Tengok keceriaan Afif tu rasa nak sangat pergi bawa anak2 main kat situ. Bagusnya Mak Ngah dia ingat nk bawa anak2 ke taman ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik cikgu AN
      cubalah bawa, rasanya bebudak suka. tapi depend juga macamana
      karakter anak cikgu AN. afif memang jenis explorer =)
      mak ngah dia memang gitu, rapat dan paling rajin bawa jenjalan =)

      Delete
  14. Menariknya tempat ni...
    Hilang rindu kat M'sia sikit tgk gambar2 tu...
    Kat sini semua pokok dah botak...
    Memang suram aje jadinya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik sangat! tak rugi penat..hehe
      alhamdulillah, bangga jadi rakyat msia
      ada banyak keindahan semula jadi dekat sini =)

      Delete
  15. Pandainya mak ngah dia umpan dgn kudapan sbb taknak bagi aisyah berdukung. Heheh. Soklan2 pasal dinosaur tu mesti la pening nak jawab kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mak ngah dia dah tahu camne nak handle dak aisyah tu
      memang lyd, pening nak menjawab =)

      Delete
  16. Bola Afif mati lemas..ahahah...lawak lah afif nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kan
      jatuh dalam air dia kata mati lemas

      Delete
  17. Memang best kalau kita berkunjung di tempat yang cantik nie kan... Pasti rasa nak pergi lagi...

    ReplyDelete
  18. Wahh seronoknya dia org hehee... mmg sesuai sgt tempat tu cuma bila pagi hari minggu susah sikit nak cari parking & ramai sgt org... Menarik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok! mungkin satu sebab 1st time ke sana
      masa kami sampai tu okay lagi
      kalau yang kemudian mungkin susahlah
      tapi memang menarik =)

      Delete
  19. dah berthn tak pergi tasik perdana ... dulu saya pergi , ada tmn herba kat situ . ramai juga org berjogging di petang hari ... ada gak couple yg merendek ... adehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru first time pergi, aritu ada nampak taman herba tu
      tapi tak singgah...hehe
      bab berjogging tu memang ramai, bab couple saya tak perasan =)

      Delete
  20. Kesian bola afif... mati lemas yerrrkk... kekeke... so sweeett :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kesian kan
      tak dapat diselamatkan =)

      Delete
  21. lya pon baru tahu ni...
    mmg cantik la..
    siap ade dinasor lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lya jauh boleh dimaafkan
      saya yang dekat ni yang kesian betul
      boleh tak tahu...hehe

      Delete
  22. Pernah sampai tasik perdana tp lama dah..
    Zaman anak kecik kot.. sampai dah lupalah macamana tempat tu hihi....
    Hihi seronokkan ada adik adik yg tak kawen lagi, boleh buli suh dukung anak haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru ni OKje
      tapi tahulah bila pergi lagi
      kena ada orang bawa baru sampai =)
      tapi betullah OKje, sokong statement tu
      memang sonok buli diorang sebab diorang pun ok kan aje...hehe

      Delete
  23. hehe...good idea juga tu diana
    nanti saya try ajak en suami camtu =)

    ReplyDelete
  24. Nak g jugak la..cam bes je...hehehehe.. Follow..

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...