Kebahagian Selama 57 Tahun (^_^)

7:19:00 am Yana Yani 22 Comments

Tanggal 31 
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Lirik lagu di atas adalah sedutan daripada lirik lagu Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad. Lagu yang cukup mudah but yet begitu dekat di hati rakyat Malaysia.

Lagu tersebut sentiasa berkemundang terutamanya menjelang sambutan ulangtahun kemerdekaan. Selain dari lagu Warisan yang juga nyanyian Allahyarham.


Malahan tema Hari Kebangsaan tahun ini khabarnya juga diambil dari petikan lirik lagu tersebut.

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Berjambah menjadi warisan

------------------------------------------

Seperti kita semua sedia maklum, hari ini adalah Hari Kemerdekaan yang ke 57.

Selama 57 tahun ini jugalah kita telah merasai nikmat kebebasan yang setengah negara masih belum mampu kecapi. Banyak contoh yang boleh kita lihat.

MALAYSIA sebuah bumi bertuah sebelum ini telah menyaksikan banyak pertumbahan darah dan kemusnahan harta benda demi meraih satu perkataan iaitu MERDEKA.

Keamanan dan kehormanian yang kita miliki ni adalah hasil dari pengorbanan nenek moyang kita. Tanpa usaha dan pengorbanan itu, apa yang kita ada hari ni mungkin hanya mimpi.

Generasi hari ini adalah amat beruntung. Kesenangan dan keharmonian dinikmati tanpa perlu melalui jerih payah hasil dari cengkaman penjajah. Semuanya telah terhidang di depan mata.

Malaysia hari ni adalah ibarat sebuah kapal laut yang amat besar. Ia telah berjaya mengharungi segala ombak ganas atau ribut taufan dan kita hanya perlu memastikan ianya terus stabil.

Tapi persoalan yang wujud dengan situasi sekarang, dapatkah kita meneruskan atau mempertahankan kebahagian yang telah kita kecapi sejak 57 tahun yang dulu?

Adakah kerana terlalu taksub kepada sesuatu parti politik, kita sanggup menggadai kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini? Lupa bahawa ketaksuban hanya akan memusnahkan?

Lupa ada peribahasa yang mengatakan kalah jadi abu, menang jadi arang?

Peribahasa itu cukup jelas menerangkan tak kira kita kalah atau menang dalam sesuatu pertelingkahan, ianya tetap tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

Sekiranya kita semua tidak bersatu dan terus hanyut dalam ketaksuban, percayalah MALAYSIA tetap akan tergadai! Siapa rugi? Kita dan anak cucu kita!

Jadi kita tak nak semua itu berlaku. Kita nak kemerdekaan hari ni dapat terus dirasai sehingga ke serata keturunan kita. Jadi kita semua bertanggungjawab!

Ya, bertanggungjawab untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita perolehi selama ni. Cuba wujudkan perasan cinta pada negara ini. Sayangilah MALAYSIA tempat tumpahnya darah kita.

Ingat apa sahaja yang kita lakukan hari ini adalah untuk kelangsungan generasi akan datang. SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 57.

22 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Panggilan Abang Tanda Hormat? (^_^)

7:30:00 am Yana Yani 25 Comments

Persoalan yang aku nak timbulkan ni, mungkin biasa aje. Tapi aku musykil.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai ramai perempuan. Daripada enam orang adik-beradik yang aku ada, hanya ada seorang aje lelaki.

Walaupun ramai adik-beradik perempuan, pergaulan aku sejak dari kecil sehingga meningkat remaja lebih banyak dengan lelaki. Entah kena lebih selesa bersama mereka.

Selalu berkongsi melakukan aktiviti bersama dari main bola sehinggalah bergosip. Walaupun bukan semua lelaki yang aku kenal suka bergosip, tapi memang ada!

Kalau nak tahu lelaki juga cukup hebat dalam bab gosip ni. Aku rasa perempuan pun tak gosip sampai camtu. Aku pernah cerita pasal lelaki dan gosip dekat sini.

Walaupun selalu bergaul dengan mereka (dululah kan), aku masih lagi kurang arif mengenai attitude sebenar mereka yang bernama lelaki ni.

Salah satunya adalah apabila semua lelaki yang mereka jumpa mereka akan panggil Abang.

Kalau dah semua diorang panggil Abang, siapa yang Abang sebenarnya?

Kalau tak percaya, cuba korang perhatikan lelaki yang korang rapat.

Bila mereka memulakan perbicaraan dengan seorang lelaki lain yang mereka tak kenal, mereka mesti cakap Abang.

Menambahkan peliknya, lelaki yang diorang panggil Abang tadi akan juga memanggil Abang pada diorang. Tak ke pelik. 

Contohnya macam situasi dekat bawah ni :

Si lelaki A tanya pada si lelaki B, "Bang, berapa harga stokin ni Bang?"
Si lelaki B jawab pada si lelaki A, "10 ringgit tiga helai Bang. Boleh campur kalau Abang nak"
Si lelaki A dengan berminat kata pada si lelaki B, "Bolehlah Bang bungkus yang ni"
Si lelaki B pun membungkus barang sambil cakap, "T-shirt tak nak tengok Bang? Murah aje Bang"
Si lelaki A jawab dengan senyuman sambil menghulurkan duit, "Tak apalah Bang, lain kali aje"
Si lelaki B menyambut duit yang dihulurkan sambil berkata, "Okay, terima kasih ye Bang"

Nampak tak? Semua tak nak mengaku diorang Abang. In fact yang lebih muda dari diorang pun diorang akan panggil Abang. Bukan pelik ke?

In fact bukan dalam kalangan sama bangsa aje, lain bangsa pun diorang buat gitu. Kalau lelaki India diorang akan panggil Anne dan lelaki Cina diorang akan panggil Taiko.

Semua tu membawa maksud yang hampir sama iaitu Abang,

Kalau perempuan lain! Kalau orang lain dah panggil dia Kakak, automatik dia akan terus membahasakan diri dia Kakak dan orang yang memanggil dia tadi dipanggil Adik.

Aku bagi contoh macam situasi dekat bawah ni :

Si wanita A tanya pada si wanita B, "Kak, berapa harga brooch ni Kak?"
Si wanita B jawab pada si wanita B, "Yang ni lima biji, 10 ringgit. Adik boleh campur"
Si wanita A dengan berminat kata pada si wanita B, "Bolehlah Kak, bungkus yang ni
Si wanita B pun membungkus barang yang si wanita A nak sambil kata, "Lain tak nak Dik?"
Si wanita A jawab dengan senyuman sambil menghulurkan duit, "Tak apalah Kak, lain kali aje"
Si wanita B menyambut duit yang dihulurkan sambil kata, "Okay, terima kasih Dik"

Aku pernah tanya pada Encik suami pasal hal ni. Mulanya dia juga seakan baru perasan situasi tu wujud bila aku membangkitkan persoalan tu sebab dia seolah berfikir ketika nak menjawab.

Tak lama lepas tu dia jawab acuh tak acuh, "Tu tanda hormat"

"Habis tu yang muda pun Sayang panggil Abang, hormat juga ke?" tanya aku yang masih lagi confuse.

"Yelah" jawab dia ringkas.

Emm, mungkin betul juga apa Encik suami cakap. Kita orang perempuan pun memang akan panggil Kakak atau Abang kepada yang lebih tua sebagai tanda hormat.

Bezanya kita bukan panggil semua Kakak atau Abang. Tapi kalau kita tak buat gitu, tu tanda tak hormat ke? Argggh, confuse lagi aku ni!

P/S - Weekend panjang kali ni kan, best sungguh rasanya! (^_^)

25 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Radioaktif Iodin: Selamat Ke? (^_^)

7:36:00 am Yana Yani 25 Comments

Radioaktif Iodin: Selamat Ke? | Mungkin ada yang pembaca setia blog aku ni yang mengetahui bahawa aku adalah seorang penghidap hipertiroid sejak aku berusia 13 tahun. Kalau korang nak tahu, hipertiroid ni merupakan satu penyakit di mana hormon pada kalenjar tiroid dihasilkan terlalu banyak ataupun overactive.

Disebabkan keadaan itu, ia menyebabkan pesakit macam aku akan mengalami degupan jantung yang amat cepat dan mudah penat. Selama belasan tahun aku makan pelbagai jenis ubat. Jujurnya aku tak pernah percaya apa-apa supplement selain ubat yang diberikan oleh doktor. Aku percaya apa yang diberikan adalah yang terbaik buat aku.

Selama ni aku hanya telan ubat jenis Carbimazole. Biasanya aku on off  makan ubat tu atas nasihat doktor. Macam sekarang  aku hanya makan 20mg iaitu empat biji untuk sekali makan dalam sehari. Satu biji bersamaan 5mg.

Tapi bila lama tak makan ubat, jantung akan jadi sangat laju dan menyebabkan aku cepat penat. Biasanya aku diberikan tambahan ubat jenis Propranolol. Hanya ketika merancang mengandung aku diberikan Propylthiouracil (PTU) menggantikan Carbimazole sehinggalah aku habis pantang. Malahan aku breastfeed pun makan PTU.

Anyway siapa kata pesakit hipertiroid tak boleh ada anak? Alhamdulillah, rezeki ALLAH nak bagi. Aku dah ada sepasang anak pun (^_^)

Sekarang ni aku dah masuk 18 tahun disahkan sebagai seorang pesakit hipertiroid. Untuk pengetahuan korang juga, penyakit ni sebenarnya agak common dan boleh dirawat. Tapi kalau kita gagal mengikut rawatan, ianya boleh menyebabkan kematian. Jarang berlaku, tapi memang ada yang mati disebabkan penyakit ni. So jangan pandang remeh penyakit ni.

Pada quarter ketiga tahun lepas aku hampir kena tiroid storm disebabkan kealpaan aku sendiri dan juga mungkin sedikit kesilapan pihak yang memberikan aku bekalan ubat. Disebabkan tu aku disahkan bahawa aku tidak lagi boleh meneruskan rawatan melalui ubat-ubatan. Aku disarankan membuat pilihan sama ada menelan radioaktif iodin atau pembedahan.

Tapi mana-mana sahaja treatment yang aku pilih, aku tetap masih perlu meneruskan makan ubat. Hasil perbincangan bersama Encik suami, aku setuju dengan rawatan radioaktif iodin. Buat masa sekarang aku belum lagi menerima tarikh sebenar untuk rawatan radioaktif iodin akan dijalankan. Aku masih lagi menunggu jabatan endocrine di HTAR menghubungi aku.

Radioaktif Iodin: Selamat Ke?

Dari apa yang diberitahu, rawatan itu hanya boleh dilakukan di HKL. Aku perlu minum radioaktif iodin tu seperti minum teh tarik. Hehe! Tapi rasa dia definitely bukan macam teh tarik. Ramai kata radioaktif iodin ni rasa dia tasteless. Ada yang kata macam minum air kosong aje. Tapi setakat ni tak ada sesiapa yang boleh bagi confirmation tentang rasa dia dengan tepat.

Jujurnya aku agak takut dengan rawatan yang bakal diberikan. Membayangkan yang aku akan menelan radioactive memang totally freak me out. Ada seorang doktor cakap dekat aku, "Don't let your fears about radiation give you the wrong impression about this treatment. It is a safe treatment"

Kebanyakkan web yang membincangkan hal ni juga mengatakan yang rawatan ni adalah selamat dan telah digunakan diseluruh dunia. Ia merupakan satu rawatan paling murah dan effective untuk rawatan hipertiroid. One thing for sure selepas rawatan tu aku perlu berjauhan dari semua orang terutamanya kanak-kanak dan ibu mengandung selama lebih kurang lima hari.

Maksudnya dalam tempoh tu aku tak boleh dekat langsung dengan Afif dan Aisyah. Tak tahu camne nak hidup dalam tempoh lima hari tu tanpa celoteh diorang berdua. Aku juga perlu tidur seorang diri dan tak boleh menggunakan peralatan yang sama dengan orang lain. Maksudnya segala pinggan mangkuk, tandas, tuala etc perlu diasingkan.

Baju pun perlu dibasuh berasingan. Ini semua adalah satu langkah keselamatan am untuk prevent radiation exposure kepada orang lain. Apapun aku amat berharap bahawa semuanya akan back to normal. Aku telah berusaha, selebihnya terserah kepada DIA yang SATU.

P/S - Kadang terasa hati dengan mulut yang bercakap tanpa mengetahui keadaan yang sebenar. Betullah yang sebenarnya berdiam itu lebih baik.

Entri lain yang berkaitan:
1. Radioaktif Iodin: Selamat Ke?
2. Apakah Rasa Radioaktif Iodin?
3. Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI)
4. Persediaan Selepas Minum Radioaktif Iodin

25 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Donut Versi Bulat (^_^)

7:23:00 am Yana Yani 26 Comments

Cerita ni terjadi tak lama lepas cuti hari raya baru ni. Disebabkan tekak dah naik muak makan rendang dan ketupat bagai, aku teringin nak makan lain dari tema raya.

So pagi tu, aku gigih dok menguli tepung berniat nak buat donat. Aku bancuh aje semua tu tanpa dok tengok cukup ke tak bahan dia.

Donat memang aku dah biasa buat. Tapi kalau dah kata orang tak pandai masak, memang ada aje yang tak kena dengan benda yang dibuat. Hehe!

Time dok menguli tu aku dok cari susu manis, baru perasan tak ada. Dah sudah! Tak jadilah donut aku pagi ni. Time dok pikir nak buat camne, terpandang susu Aisyah.

Aku tabur aje dalam doh aku tu. Lantaklah kan. Ni kalau makan donut aku ni tetiba orang dalam rumah ni otak bersambung, sahlah betul pengiklanan susu Aisyah tu.  (^_^)

Lepas sejam lebih aku dok biarkan dia nak bagi naik, aku pun semangat nak goreng donat! So pergilah keluarkan acuan. Time dok tekap, baru aku perasan adunan tu agak lembik.

Tak boleh dibentuk langsung!


Panik aku dibuatnya. In the end aku bulatkan aje dia.

Tapi nak bulatkan pun aku berdepan kepayahan sebab dia memang terlalu lembik. Aku tak berani nak tambah bahan lain. Takut langsung tak jadi.


Dah siap goreng tu aku salutkan dengan coklat. Sekali pandang memang nampak macam sedap aje breakfast yang aku buat pagi tu. Hehe!

Ni time tengah tulis entry ni pun buat aku rasa lapar dok tengok gambar donat bulat ni. Hehe!


Afif pula tak sabar nak makan donat tu walau aku dah kata ianya masih lagi panas. "Tak apalah Mama, Afif pegang dengan garfu" kata dia yang nak juga.

Lepas tu tiba-tiba dia jerit, "Fuyo, sedaplah Mama!"


"Yeke sedap?" tanya aku pula bila tengah Afif yang berulang kali makan donat tu.

"Betul sedap! Mama boleh berniaga ni" kata dia sambil menunjukkan donat yang dia telah gigit.


Aku pun rasa juga, memang sedaplah pada tekak aku. Hehe!

Ni nak menjawab pada Encik suami pula. Dia bukan boleh makan benda pelik-pelik. Ligat kepala otak nak dok pikir benda apa yang aku hidangkan pada dia pagi tu.

Masa dekat meja makan, Encik suami bertanya soalan yang memang aku dah agak dia akan tanya. "Ni apa benda ni?" tanya dia sambil menunjuk ke arah donat tu.

Belum sempat aku jawab, Afif dah tolong jawab kan. "Donatlah Papa! Mama buat bulat-bulat. Cuba Papa rasa, sedap!" kata Afif yang dah macam agensi pengiklanan.


Encik suami makan juga walau pada mulanya dia macam takut-takut nak makan. Tapi bila dah rasa, langsung tak berhenti! Habis donat yang bersalut gula tu dia makan sorang.

Punyalah sedap pada tekak dia. Hehe!

Bolehlah buat bini dia senyum sampai ke telinga walau pujian langsung tak keluar dari mulut dia. Dengan dia menghabiskan donat tu sudah cukup menggambarkan betapa sedapnya donat versi bulat aku.

Ke sebab susu Anmum Essential Aisyah yang aku campur dalam donat tu? Lantaklah kan, janji habis! (^_^)

26 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Soto Kampung Sungai Serdang, Kapar

7:49:00 am Yana Yani 34 Comments

Soto Kampung Sungai Serdang, Kapar | Hari ni aku nak bercerita pula pasal kehebatan Soto di Kampung Sungai Serdang, Kapar. In case korang tak tahu, Kampung Sungai Serdang merupakan kampung kelahiran Encik suami. Soto hasil tangan Wak Limon ni memang lain dari yang lain!

Aku sebenarnya hanya mengetahui kehebatan soto ni selepas berkahwin dengan Encik suami. Memang tak ada soto lain boleh menandingi kehebatan soto yang memang amat terkenal ni. Pendek kata korang ni belum pernah sampai ke Klang kalau tak pekena dulu soto Kampung Sungai Serdang yang the bomb niCehwah! Ayat promote tu! (^_^)

Restoran dia kecil aje, tapi hasil yang dihidangkan memang akan buat korang teringat aje! Sekali dah makan, confirm korang nak makan lagi, lagi dan lagi! Betul! Tak tipu!

Soto Kampung Sungai Serdang, Kapar

Biasanya kalau cuti hujung minggu kedai tu penuh dengan orang yang datang dari hampir seluruh pelusuk Klang. Kadang-kadang orang dari luar Selangor pun ada datang. Jangan tak tahu orang Jepun pun pernah datang cari soto ni tau! Ada juga beberapa artis yang pernah kelihatan menjamu selera di Restoran Soto Sg Serdang ni. Itu semuanya cukup untuk menggambarkan keenakkan rasa soto tu sehingga menjadi sebutan.

Walaupun restoran ni terletak berhampiran dengan rumah parent Encik suami dan kami juga tiap kali cuti hujung minggu pasti balik, tapi kami jarang makan di sana. Sebab utamanya dah terlalu kerap makan. Sebab tu kami hanya pilih untuk sekali sekala aje makan soto yang memang cukup popular ni.

Macam Sabtu baru ni, setelah sekian lama tak makan memang terasa cukup nikmat! Time makan tu tak toleh kiri kanan dah sampai berpeluh badan dibuatnya. Nikmat betul rasa soto tu. Faktor utama yang buat dia terlebih nikmat pun adalah sebab ada orang belanja! Hehe! Thankayu ler pada sepupu Encik suami yang belanja kami aritu (^_^)

Anyway Aisyah lah yang cukup gemar dengan soto ni. Afif buat tak layan aje.

Soto Kampung Sungai Serdang, Kapar
Soto Kampung Sungai Serdang, Kapar

Mangkuk kecil tu dia mampu habiskan sorang. Oh ya dekat sini kalau nak order dia akan tanya korang nak mangkuk kecil ke besar. Mangkuk besar macam yang Encik suami makan tu. Nasihat aku tak payah ambil mangkuk kecil, terus order mangkuk besar. Memang korang mampu habiskan punya sebab terlalu sedap! (^_^)

Rasanya baju lebih pun korang kena bawa sebab lepas makan tu, memang peluh mencurah-curah keluar! HeheAnyway, Kampung Sungai Serdang terletak tak berapa jauh dari pekan Kapar, aku rasa tak sampai 10 minit perjalanan.



Aku rasa itu ajelah bebelan aku pasal soto ni, kang cerita banyak orang kata aku bodek pula. Hehe! Till we meet again, Assalamualaikum!

34 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Aisy Jatuh Katil Lagi! (^_^)

7:05:00 am Yana Yani 32 Comments

Macam yang aku pernah janjikan, hari ni aku nak cerita mengenai anak dara aku yang jatuh katil untuk kesekian kalinya.

Hari tu aku tengah sibuk dekat dapur. Biasanya bila Encik suami kerja petang memang aku agak kelam kabut sikit sebab tak ada orang yang boleh tolong monitor Afif dan Aisy.

Terutama sekali Aisy yang memang paling ligat jika nak dibandingkan dengan Abang dia.

Tengah dok sibuk tu aku dengar bunyi Aisy yang menjerit kuat semacam. Berlari aku dok cari dia. Time tu Mak, Abah, Angah dan Anis pun ada dekat rumah.

Time dok cari tu aku dengar Anis kata, "Darah! Darah!"

Aku angkat Aisy yang masih dalam pembaringan. Aku pangku Aisy ke dapur, time tu memang darah banyak sungguh! Aku cuba untuk tak jadi panik.

Aisy masa tu menangis sampai muka dan kaki dah bertukar biru. Dia terlalu sakit!

Aku tak tahu macamana nak gambarkan betapa hancur hati aku ni dok tengok anak menangis dalam kesakitan macam tu.

Aku sangkakan hanya darah yang keluar dari bibir yang pecah, rupanya dekat luar pun ada luka yang menyebabkan darah keluar banyak.

Masa aku jumpa luka tu memang aku panik. Aku takut luka dalam, aku bawa dia ke klinik untuk rawatan lanjut. Mujur doktor kata luka tak serius, tapi gigi Aisy longgar.

Dia kata kemungkinan besar kena pakai braces besar nanti.


Kali pertama Aisy jatuh katil ketika dia berusia setahun lebih. Time tu aku menyalahkan diri sendiri untuk kecedaraan yang agak teruk dialami Aisy.

Aku pernah ceritakan kejadian ni dalam entry bertajuk, "Mangsa Seterusnya" Korang boleh klik sini kalau nak baca cerita yang agak tragis bagi aku.

Sehingga ke hari ni luka akibat kejadian tu meninggalkan parut yang masih jelas kelihatan.


Kecedaran kali ni pula mengakibatkan gigi dia bergoyang teruk. Tapi yang pasti dia seorang yang amat kuat. Dalam apa jua situasi yang mengakibatkan dia sakit, Aisy tak lama menangis.

Kalau Afif pula, mau terjerit terlolong mengalahkan orang yang nak bersalin. Aisy memang seorang yang tahan sakit. Satu kelebihan dia yang Afif tak boleh challenge.


Tapi yelah kan, setiap anak tu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Itu yang menyebabkan setiap anak kita unik (^_^)

Anyway secara jujurnya aku tak tahu macamana nak menangani kelincahan Aisy yang seakan tak kenal erti serik dan bahaya. Aku sebenarnya percaya salah satu faktor adalah nama dia.

Sebab tu sekarang aku lebih selesa memanggil dia dengan nama Aisyah dengan harapan dia memperoleh kelembutan dan budi perkerti yang molek seperti Saidatina Aisyah R.A.

Itu sememangnya harapan aku.

32 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Syawal 1435H: Perjumpaan Raya Lagi! (^_^)

7:30:00 am Yana Yani 24 Comments

Sebelum aku membebel panjang, ni adalah entry raya aku yang terakhir. Yeah! Tahun depan kalau panjang umur aku cerita pula pasal tahun depan punya cerita (^_^)

Anyway Sabtu baru ni aku dan keluarga sebelah Encik suami menghadiri perjumpaan keluarga sebelah Abah Encik suami. Perjumpaan tu diadakan pada sebelah malam.

Disebabkan aku menggunakan kamera cap ayam aje, maka kemeriahan tu tak berapa dapat dilihat sangat sebab kamera cap ayam tak support night version. Hehe!

-----------------------------------

Perjumpaan diadakan di rumah lama arwah Atuk yang sekarang dihuni oleh adik Abah dan keluarga dia. So memang kiranya mengimbas kenanganlah.

Paling best bila ada yang bercerita kenangan yang mereka perolehi dari rumah pusaka tu. Seronok!

Aku juga rasakan perjumpaan tu memang cukup happening. Semua ahli keluarga sebelah Abah Encik suami menghadiri majlis yang julang kali diadakan.

Menu pula memang terbaik! Ada macam-macam menu yang dibakar, amat sesuai untuk mereka yang tengah berdiet ala-ala kononlah macam aku. Hehe!


Afif pula langsung tak nampak batang hidung sepanjang malam tu. Main aje kerja dia! Memang malam tu dia lupa langsung pada Mama dan Papa dia.


Cuma dia baru cari kitorang bila dia jatuh. Luka tak teruk pun, tapi menangis dah macam orang tercabut kulit! "Tolonglah Afif ni, daging Afif dah terkeluar dah!"


Bila dia dah hilang rasa sakit, dia back to action!


Aisy pula malam tu jadi perempuan melayu terakhir. Berkempit aje kerjanya. Tak dengan aku, dengan Papa dia. Tak mahu orang lain, kecuali Nenek or Atuk dia

Asyik nak berdukung aje. Naik lenguh pinggang dok melayan karenah dia.


Malam tu pun semua adik beradik Encik suami ada. Tu yang rasa bertambah lagi meriah. Lagipun bukan selalu dapat berpeluang jumpa walau hakikatnya tinggal dalam negeri yang sama.


Lepas tu kami semua ambil gambar beramai-ramai menandakan acara telah berakhir. Tapi seriously memang seronok bila kita lahir dalam sebuah keluarga yang besar (^_^)

Acara bergambar ni dibuat secara berperingkat sebab terlalu ramai! Hehe! Itupun bukan semua yang turut serta dalam acara gambaran ni


Begitulah berakhirnya cerita raya aku untuk tahun ni. Insya ALLAH panjang umur kita akan bercerita lagi pasal raya ni tahun hadapan pula.

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

24 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Kad Raya Dari Blogger (^_^)

7:02:00 am Yana Yani 23 Comments

Syawal dah nak sampai ke penghujung, aku masih lagi bercerita pasal sambutan raya. Nak buat camne, baru sekarang berkesempatan bercerita. Hehe!

Anyway hari ni nak cerita pasal kad raya yang aku terima dari rakan blogger.

Jujurnya aku dah lama tak dapat kad raya. Kali terakhir aku dapat kad raya adalah masa zaman sekolah menengah dulu yang dah hampir 14 tahun aku tinggalkan.

Sebab tu bila kad raya yang pertama sampai dari blogger Kathy Rbain, aku excited sangat! Tak sangka dapat kad raya ni. Terima kasih Kak Kathy (^_^)

Terharu sangat!


Ingatkan berhenti takat tu aje. Tapi dapat lagi!

Tak lama lepas tu aku dapat kad raya dari Farah pula, empunya Blog Mrs Secretary. Dalam tu siap ada hadiah untuk top komentator.

Farah memang ada bagi tahu sebelum ni nak bagi benda tu. Terima kasih Farah ye, suka sangat hadiah yang disertakan sekali tu. Dah beberapa kali pakai. Hehe!


Beberapa hari menjelang raya, aku dapat pula kad raya dari Jari Manis. Tapi ni lebih dari muka tak malu aku. Time dia tanya sape nak kad raya, dengan tak malu aku cakap aku nak! Hehe!

Sungguh tak malu. Apapun terima kasih JM juga untuk duit raya yang diberikan kepada Afif dan Aisy. Diorang suka sangat sebab belum raya dah dapat duit raya.


Yang terakhir aku dapat adalah dari Vee Sandi. Vee pun memang ada bagitau yang dia nak beri kad raya ni. Memang terharu bila dapat kad ni. Terima kasih Vee ye.


Insya ALLAH panjang umur, tahun depan aku reply kad raya mereka semua ni. Terima kasih kerana bersusah payah memberi aku kad ni. Truly appreciated it (^_^)

Semoga persahabatan di alam maya ni berkekalan.

23 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Syawal 1435H: Belum Habis Beraya (^_^)

7:18:00 am Yana Yani 14 Comments

Untuk kesekian kalinya aku sambung lagi cerita pasal raya. Hehe! Tinggal cerita ni dan lagi satu cerita yang aku ceritakan lain hari. Al-maklumlah, aku masih dalam mood raya. Hehe!

Kali ni aku mengikut parent in law aku beraya ke rumah adik-beradik Abah mentua aku yang tinggal di Kuala Lumpur dan Kajang. Seronok tau bila beramai-ramai beraya. Baru meriah!

Rumah pertama yang kami tuju adalah Wak Mokhtar di Kuala Lumpur. Adik-beradik Abah yang lain pun ada juga dekat sini. Tu yang buat terasa kemeriahannya.

Gambar dekat bawah ni adalah anak dara Wak Arul dan Wak Gorel. Hehe!


Si Aisy pula, mentang-mentang ada Nenek dia. Nak berkepit dengan Nenek dia aje. Jealous aku! Kononnya manjalah dengan Nenek dia tuHehe!


Afif pula macam biasalah, dah besar ni makin panjang langkah. Bila dia terasa lapar atau haus baru dia cari aku. Nanti bila aku tanya dia jawab, "Afif kat sini ajelah Mama"


Rumah seterusnya yang kami pergi adalah adik Abah di Kajang, Bibik Ani. Memang beramai-ramai kami terjah rumah dia. Menu dia pula bakso.

Aku sebenarnya first time makan bakso. Sedap juga rupanya. Afif dengan Aisy siap bertambah makan. Nampak sangatlah sedap pada tekak diorang bakso tu.

Lepas tu sempat jugalah kami bergambar dengan yang ada.


Jenguk pula ke luar, ada nampak persatuan lelaki sedang bergosip. Snap juga gambar diorang. Hehe! Baju belang hijau dan hitam tu adalah tuan rumah.

Aku baru perasan Aisy punya sengih sikit punya lebar. Confirm ikut Mama dia. Hehe!


Aku cari Afif yang asyik hilang aje. Rupanya dia tengah join pakcik-pakcik dia main skateboard. Lagaknya macam pandai. Eksyen aje lebih bila dia main tu.


Moment paling best adalah apabila tuan rumah memaksa kami semua berkumpul untuk bergambar. Memang terasa kelakar time ni dengan bermacam karenah. Tapi serious seronok.


Lepas dah kekenyangan, kami berangkat pulang. Singgah kejab dekat Petronas sebab kereta Gorel buat perangai. Sempat jugalah aku posing sebagai penutup untuk cerita hari ni. Hehe!


Tinggal lagi satu cerita pasal raya. Confirm itu adalah yang terakhir. Hehe!

Kalau hari tu aku cerita pasal perjumpaan keluarga sebelah Mak aku. Kali ni perjumpaan keluarga sebelah Abah Encik suami pula. Nak tahu happening ke tak, kenalah tunggu ye.

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

14 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Syawal 1435H: Beraya Lagi (^_^)

7:31:00 am Yana Yani 26 Comments

Hari ni nak sambung lagi cerita raya aku yang entah bila akan ada penghujungnya. Tak kisahlah, aku tetap nak cerita juga. Hehe!

Kalau beberapa hari ni aku cerita pasal beraya di kampung Mak, kali ni kami pergi berkunjung keluarga sebelah Abah pula. Atuk dan Nenek sebelah Abah dah lama tak ada.

Mujur masih lagi adik-beradik yang boleh dikunjungi. Untuk makluman, Abah adalah anak bongsu dari sembilan beradik. Tiga dari mereka dah lama kembali ke Rahmatullah.

Misi dimulakan dengan terjahan ke rumah parent in law aku. Lama juga kami lepak dekat situ. Sempatlah juga bebudak ni posing tak ingat dunia. Hehe!


Ada beberapa pakcik dan makcik aku tak ada di rumah. Mungkin sebab baru minggu pertama beraya. Ralatnya tak dapat jumpa mereka yang memang setahun sekali aje jumpa.

Paling best adalah apabila menjejakkan kaki di kampung Abah di Sawah Sempadan. Suka tengok deretan padi yang menghijau. Sejuk aje mata memandang.


Kami lepak lama juga ke rumah Wak Sarip, abang kedua Abah. Kasi can Aisy dan Khaira berehat sebelum meneruskan ke destinasi seterusnya.


Aku pun sempat juga posing dengan adik-beradik aku. Bawah ni Angah, adik aku yang paling close. Mungkin sebab jarak usia yang tak jauh beza.

Pernah tak aku cerita yang dia ni single and available?

Boleh contact aku kalau nak kenal dengan dia. Hehe! Ni mau hilang kepala aku ni sebab keluarkan statement gitu. Peace Ngah (^_^)


Yang dekat bawah ni Angan dengan Anis aje. Yang lelain sibuk. Annor sibuk jadi cameraman. Dayah pula sibuk dengan anak dia, si Khaira. Syafie pula sibuk tidur bawah rumah. Hehe!

Ye, aku sedar diri aku lebih pendek dari adik-adik aku. Tapi aku tetap paling comel. Hehe!


Lepas tu kami bergerak ke rumah keluarga mentua Dayah pula. Rasa penat juga perjalanan kami hari tu. Walaupun penat, tetap mampu berposing dengan Aisy. Hehe!


Masa dah sampai ke kawasan keluarga mentua Dayah, Abah ajak kami ke pengkalan dulu. Kebetulan time tu nelayan baru balik bawa hasil yang lumayan.

Abah tengok benda tu, memang menggila nafsu dia membeli. Lagilah bila anak menantu semua ada, memang seronok aje dia angkat semua tu. Dahlah murah.


Sementara nak tunggu Aki habis membeli, kami posing lagi! Hehe!


Lepas Aki dah puas membeli, kami pun nak gerak ke rumah Dayah pula. Tapi sempat lagi posing tu. Hehe! Memang hantu posing betullah kitorang ni. Hehe!


Gambar bawah ni adalah dekat rumah terakhir yang kami pergi. Dapat makan laksa yang marvelous. Hehe! Kenyang perut kami. Terima kasih tuan rumah (^_^)


Aku rasa itu aje bebelan aku untuk hari ni. Tapi lepas ni aku akan sambung cerita pasal raya lagi. Jangan marah! Hehe!

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

------------------------------------------

Hari ni Malaysia berkabung bersempena ketibaan jenazah para penumpang dan krew MH17. Salam takziah buat keluarga para penumpang dan krew MH17.

Hari ni juga aku bersama rakyat Malaysia yang lain berkabung sebagai tanda penghormatan terakhir kepada mangsa tragedi yang menyedihkan dalam sejarah penerbangan dunia

Semua yang berlaku adalah di atas ketetapan DIA yang MAHA BERKUASA. Diharap ahli keluarga tabah dan redha di atas apa yang berlaku. Sejujurnya, aku tumpang bersedih. Al-Fatihah.

#MalaysiaBerkabung

26 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...