Cerita Disebalik Pemberian Kad Raya

3:18:00 pm Yana Yani 50 Comments

Tengah dok stress dengan kerja yang entah apa-apa hari ni, tetiba terdengar lagu raya! Mak ai, rasa excited lah pula! Dah nak raya rupanya! Yeah! Yeah! Raya!

Sebab mood excited tu, jengahlah sekejab blog kekawan. Ramai pula hak yang dok update pasal kad raya yang YY berikan. Yang share dekat Facebook pun ramai.

Bila tengok semua tu, YY jadi malu sendiri. Tak tahu kenapa rasa malu, tapi memang rasa malu. Hehe! Tapi at the same time, ada juga rasa kelakar!

Sebabnya ada cerita disebalik pemberian kad raya tu. Meh duduk dekat sikit nak cerita. Yang duduk jejauh tu pasal apa! Tak dengar nanti. Macam tu lah! Bagus! (^_^)

YY memang dah berniat nak berikan kad raya terutama pada yang tersenarai dalam Top 20 Pengomen blog YY ni. Tapi niat utama nak reply kad raya yang YY terima tahun lepas.

Alang-alang beli tu kan, beli banyak terus. Baru puas hati! Tu yang ramai jugalah yang dapat walau bukan semua. Sape tak dapat tu minta maaf ye. Bukan pilih bulu, ekonomi tak mengizinkan aje (^_^)

Insya ALLAH, panjang umur YY ikhtiarkan untuk tahun depan ye.

Okay, berbalik pada cerita tadi. Masa beli tu, YY nampak luaran bungkusan kad raya lebih kurang sama aje macam yang Kak Kathy Rbain terima dekat bawah ni.


Comel aje kan? Lagilah kalau ada bunga! Memang jiwa YY suka benda-benda gini. Terus beli tanpa berfikir ribuan kali seperti kebiasaannya (^_^)

Balik rumah tu, YY sangat excited nak hantar cepat-cepat sebab YY dapat tahu ada certain kawan blogger nak balik kampung awal tahun ni. Tak bestlah kalau diorang dapat lepas raya kan?

So misi menuliskan kad raya dimulakan! Of courselah kena buka dulu bungkusan yang mengandungi kad raya tu. Tapi bila buka aje, YY mula rasa macam nak pengsan!

Mananya idak? Dekat luar nampak comel dan cantik aje. Tapi bila buka, ada segala jenis rupa bentuk kartun menjadi penghias bahagian depan kad! Cissss! YY tertipu!

Kalau semua tulis hak yang molek sikit ayat tu, tak apa. Ni macam-macam! Benci tau! Jenuh YY buat sorting and decision. Salah bagi kad, takut orang yang terima salah faham.

YY minta maaflah kalau yang siapa terima tu ada rasa pelik dengan kad raya pemberian YY. Seriously tak ada niat tak elok dan YY dah tapis sebaik mungkin.

Mungkin kena consider cetak sendiri lepas ni. Anyway, YY ada tinggal satu lagi kad raya hak yang macam nak bagi dekat boyfriend. Ada yang nak ke?

First komen cakap nak, memang YY bagi! (^_^)

Lepas dah buat sorting, tiba pula part menulis. Memula tu, macam cantik aje tulisan walau hakikatnya tak cantik sangat pun. Berseni aje. Hehe! Lepas tu makin lama makin buruk.

Siapa yang dapat tulisan buruk tu memang antara yang terakhir YY tulis. Minta maaf ye. Tapi sebenarnya tak ada beza sangat tulisan YY kalau buruk dengan tak buruk. Hehe!

Cuba compare tulisan pada kad raya yang korang dapat dengan entry ni. YY rasa yang ni paling cantik yang YY pernah tulis sebab tu berani letak dalam blog. Hehe!

So begitulah cerita disebalik pemberian kad raya. Sekian, terima kasih! (^_^)

50 comments:

  1. Hahaha...begitu ceritanya! Tapi kita orang tidak pulak rasa begitu tau, YY. Cute aje kadnya. Unik sangat. Rasa macam dihargai pulak bila YY beria-ia memilih kad raya untuk setiap seorang daripada kami. Yalah, macam saya dapat 'kad kredit' kan, memang sesuai sangat. Rupa-rupanya tukang hantar kad 'berbulu' aje kad yang dibeli indah khabar dari rupa. Tapi, saya kalau dapat bunga macam tak rela aje nak buka kad raya tau ~_^ Nasib baik tersilap beli...

    Erkk... yang untuk boyfriend tu tak nak ke suruh Aisyah hantarkan untuk anak bujang saya? Bakal besan tu ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye MD, begitulah ceritanya
      memang bersungguh-sungguh saya memilih mengikut karakter
      atau kesuaian pada penerima. penting pada saya menjaga hati kawan-kawan ni

      erk...aisyah bercakap pun tak reti lagi MD
      kalau suh dia tulis, rasanya si adik cute pun tak pandai baca =)

      Delete
    2. yang untuk boipren tu saya yang dapat..haha.sweet je kad tu, member opis ingat pakwe yang bagi..hihi

      Delete
  2. Suka sangat kad sis bagi ni. comel jer tau? Lega juga sampai sebelum kathy balik beraya kan sis? Tqsm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. glad akak suka kak
      saya punya sikit susah hati tau =)
      tulah...tak lama lagi balik tawau kan? bestlah

      Delete
  3. Eh... Suka sgt dpaat kad raya.. Tanjat mak tau... Hehe... Terima kasih YY..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...glad maria suka tau
      saya risau takut tak berkenan ke apa ke
      terima kasih tuk maria juga ye =)

      Delete
  4. Terima kasih YY bagi kad raya..

    ReplyDelete
  5. Akak memang kalau beli kad raya tak berani nak beli satu pek terus. Takut kena macam YY lah. Tapi kalau satu pek tu semua kad design sama akak ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak buat sekreatif akak, tak reti
      tu yang beli bebanyak camtu
      sekali, hampeh!
      saya pun okay kalau sama, ni entah apa-apa

      Delete
  6. sabo aje la ekk :)
    aida pun bakal mengepos kad raya esok ptg.
    cuti sok semata2 nak uruskan kad2 raya :)

    ReplyDelete
  7. hehehhe.....dpt kad raya mesti rsa seronok je...lebh2 lg skg org jarang dh nk anta kad raya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. excited mereka kan...hehe
      tapi betullah, sekarang memang susah nak jumpa kad raya

      Delete
  8. selalunya mmg bercampur kad dalam tu yy . thn lepas saya beli x dpt camtu lak ... kad dah sampai . thanks ya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak expert plak ada kartun dalam tu
      terima kasih untuk vee ye atas sokongan selama ni

      Delete
  9. tak pe yana..comel je kad raya tu...

    ReplyDelete
  10. Mak dah dapat dah kad awak YY....Terima kasih ek.
    Ohhh ye ke......tak terfikir pun ada cerita disebalik Kad Raya tu. Tp mmg cantik kad Raya atas tu nampak class gitu. Alah YY kartun pun kartunlah....OKje suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat dah OKje ye...
      sori ye kalau tak berkenan di mata, dah sehabis baik dah pilihkan =)
      saya bagi kartun pada OKje sebab menandakan saya senang dengan OKje =)

      Delete
  11. Rajinnye.. :D..
    Xpe xcantik.. yg penting ikhlas.. :)
    Klu dpt kad byk2 leh gantung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ikhlas, takut yang menerima aje =)
      takpe...demi kekawan =)

      Delete
  12. Hehehe..tak.pe..yang penting hati tu iklas nak.bagi....selamat berpuasa..tapi mmg lawa kad raya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...confirm ikhlas cikgu
      ye, selamat berpuasa n selamat hari raya
      minggu depan raya dah! excited!

      Delete
  13. lama tak dapat kad raya, bila dapat kad tahun ni n first dari sis YY, terharu plak rasa.. suka kad yg sis bagi tu.. thanks bebanyak ya sis.. nak ucap selamat hari raya macam awal lagi.. masih mood ramadan.. nanti nak raya, I ucapkan ye.. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...wah bangga pula jadi orang pertama yang hantar =)
      glad syida suka =)
      hehe...takpe...mggu depan blh wish =)

      Delete
  14. Memang cantikk kat luar. sayang dalam pulak slek. hehe. takpee2. nnti DIY je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak berapa nak rajin buat sendiri scha wei
      tengoklah next year, mungkin tempah kot =)

      Delete
  15. haah cantik kad raya tu..corak topiary..ky pun suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. malangnya bukan semua dapat gitu kak =)

      Delete
  16. best kan?..dah lama rasanya tak dapat kad raya..rindu zaman dulu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sejak jadi blogger ni lah yang dapat kad raya
      kalau tak memang tak ada dapat dah =)

      Delete
  17. Haha.. ada kisahnya ya.. takpelah, bab tulisan tu saya rasa ok lagi.. ada lagi tulisan orang lain yang agak lebih tak cantik.. haha.. tapi kagumla dengan YY nk tuliskan kad yang banyak2 ni.. bersungguh.. kalau saya memangla tak berapa rajin. Tahun bilala agaknya nk kirim kad raya tuk pembaca blog..haha.. tak kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. demi rakan blogger yang sanggup bersusah ke blog ni =)
      lagipun apalah sangat kan takat menulis tu walau tak nafikan agak terkial juga =)

      takpelah cikgu AN. tak ada paksaan dalam bab ni
      kita buat ikut keselesaan kita =)

      Delete
  18. ayu tak dapat pon kad dari YY
    sobb soobb
    tapi takpe ayu tak kecik hati pon
    tapi tahun depan name ayu dalam list ye
    heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala ayu...tak mau la sedih
      memang tak bajet sangat this year
      insya allah rezeki lebih tahun depan akak bagi ye yang =)

      Delete
  19. Kak yana!
    Tq so much.
    comel kad yang sy dapat.
    terharu sangat dapat kad raya dari akak.
    semoga ukhuwwah yang terjalin dari medan blog ni trus berkekalan.Terima kasih kak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kamu paling exclusive tau
      orang lain tak dapat macam kamu tu =)
      insya allah ana. akak juga harapkan begitu =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...