Cuti Dan Anak (^_^)
Aku bercuti daripada hari Rabu sampailah semalam. Kejab lagi
dah masuk kerja balik. Bercuti
pun secara mengejut sebab Atuk dimasukkan ke wad disebabkan
asthma yang teruk.
Dalam lapan orang anak yang dia ada, dia tetap minta Mak yang balik menjaga dia. Mungkin hanya dengan Mak
aje Atuk selesa. Alhamdulillah Sabtu Atuk
dah boleh
discharge.
Aku pula sepanjang lima hari bercuti
ni, banyak menghabiskan masa dengan anak-anak. Ada ketika aku terasa bosan sebab
dah terbiasa dengan kesibukan di tempat kerja.
Itupun bila Afif bersekolah dan Aisy tidur. Mati kutu aku dibuatnya sebab
tak tahu
nak buat apa. Habis semua benda aku cuci semata-mata
nak hilangkan perasaan bosan.
Mujur cuaca panas
aje kebelakangan
ni. Sekejab
aje kering semua benda yang aku jemur. Seronok basuh
time gini.
Hehe!
Sehari sebelum Merah dijual, kami menghabiskan masa-masa terakhir dengan dia. Sana belek, sini belek.
Tak sangka beginilah pengakhirannya yang sebenarnya
tak dirancang.
Siapa sangka yang pada asalnya hanya suka-suka
published dekat Mudah.com, dalam masa
tak sampai berapa jam ianya terjual! Sebenarnya yang emosi lebih
tu, aku
aje!
Encik suami
relax aje sebab dia memang
dah berkira-kira
nak jual
especially dengan kondisi kaki dia yang agak
tak berapa elok kebelakangan
ni.
Afif lagilah! Aku kata Papa dia
dah jual Merah, dia boleh kata
tak apa sebab dia ada motor
nak bawa Mama Papa pergi mana
aje katanya. Sabar
ajelah!
Tengah
diorang dok seronok main motor keliling rumah Nenek, Aisy jatuh.
Tak luka
pun tapi dia
dah pandai mengadu. Macam comel
aje bila dia kata, "
Atik! Abang
wat!" - Sakit! Abang buat!
Afif dan Aisy bila ada dekat rumah, kejab bergaduh. Lepas
tu kejab lagi buat pakatan sulit. Pening kadang-kadang. Tapi aku akui aku
enjoy that moments.
Banyak benda yang aku
tak nampak bila bekerja. Bila jadi suri rumah walau untuk seketika, banyak benda yang aku nampak daripada budak berdua
ni.
Si Aisy dah banyak benda yang boleh ditutur. Cuma agak pelat tapi masih cukup jelas untuk faham apa yang cuba dia sampaikan. Banyak benda yang dia bebelkan.
Bila Abang tak ada, dia pun mati kutu. Main sekejab, lepas tu tidur! Ke mana aku pergi dia akan ekor aje tapi dia lebih senang diurus bila tak ada Afif. Dia jadi lembut.
Afif pula kebelakangan ni kalau nak ke sekolah cukup bergaya. Rambut disisir rapi, bedak disapu kemas ke muka dan minyak wangi mesti kena sembur!
Sekali tengok sebiji macam perangai Papa dia yang cukup menjaga keterampilan.
Aku seakan menemui jawapan sebab kenapa Afif berkelakuan begitu apabila menemui "nota cinta" dalam beg sekolah Afif. Macam nak kena heart attact bila jumpa nota tu.
Tulisan tangan pada nota tu cukup aku cam dan yakin itu tulisan Afif. Nota tu berbunyi "Afif, Adlina dan gambar bentuk hati"
"Afif, kau makan pun Mama suap lagi ada hati nak love-love anak orang!" jerkah aku pada Afif yang leka dengan permainan Ultraman dia.
"Apa Mama cakap?" tanya dia balik.
"Ni gambar love ni. Adlina ni siapa pula? Kenapa tulis macam ni?" tanya aku bertubi-tubi.
"Adlina tu kawan Afif lah! Afif tak suka dia pun. Hakimi yang suka dia. Dia banyak cakap, Afif tak suka!" jelas dia.
"Habis yang gambar love ni kenapa pula?" tanya aku lagi.
"Sebab Afif nak lukislah! Afif dah pandai lukis love" jawab dia selamba.
Mama sikit punya suspend jumpa nota ni, kau boleh jawab macam tu aje! Sabar ajelah!
------------------------------------
Sabtu lepas dah dengar bebelan selama lima jam untuk KPP. Mengantuk gila time tu, tak teringat langsung nak bawa gula-gula atau apa sahaja bahan untuk mengelakkan mengantuk.
Apapun banyak juga benda baru yang aku belajar especially pasal signboard. Menarik juga. Hehe!
Sekarang ni tengah berkira-kira pilih hari untuk ambil test. Orang yang dok bebel tu galakan kitorang dapat lesen P dalam tempoh dua bulan.
Aku yakin boleh. Tunggu dan lihat (^_^)
18 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿