Si Merah, Kau Pergi Juga! (^_^)

5:09:00 pm Yana Yani 34 Comments

Hari ni dengan rasminya Si Merah yang telah sekian lama berbakti, pergi meninggalkan kami. Agak sedih juga nak ucap selamat tinggal, maklumlah dah lama mengharungi suka duka bersama.

Cehwah, ayat macam bercakap pada benda hidup aje kan. Hehe! Sebenarnya aku bercerita pasal kereta Encik suami yang dia dah jual hari ni.


Mana tak rasa sedihnya wei. Daripada zaman berpacaran sampai dah ada dua orang anak, kereta ni lah yang sentiasa ada di sisi. Time nak nikah pun kereta ni yang iring.

Nak bersalin pun kereta ni yang hantar. Pendek kata semua aktiviti penting bersama family, kereta ni lah yang memainkan peranan penting.

Now she's gone! Uwahhh! Touching beb!

Ada banyak elemen sentimental value pada kereta keluaran 1992 yang kalau diungkap, sampai besok pun tak habis cerita! Hehe! Lagilah dapat orang yang berceritanya aku, ye selamat!

Apapun kereta  ni dah bertukar tangan. Semoga dia baik-baik aje dengan tuan baru dia.


Satu ketika dulu aku pernah berkira-kira nak handover kereta ni pada Afif bila dia besar. Sebab utama kereta ni sporty dan mungkin sesuai dengan jiwa remaja Afif.

Tapi kita hanya merancangkan. Selebihnya urusan ALLAH.

Walau tak dapat merasa memandu kereta ni, Afif sebenarnya dah banyak kali jadi model untuk kereta niHehe! Jadilahkan, kenangan untuk keturunan (^_^)


Untuk sementara ni, kami tak "berkaki". Susah sikit nak bergerak. Sedih! Tapi tak apa, rezeki ALLAH ada aje! Insya ALLAH adalah tu nanti (^_^)

P/S - Aku dah start ambil lesen L. Excited plus sedikit rasa takut. Sabtu ni baru mula dengar ceramah selama 5 jam. Dah tua baru nak ambil lesen. Hehe! Wish me luck (^_^)

34 comments:

  1. assalamualaikum maaflah bertanya kenapa jual kak kereta tu? tengok keadaan masih baik

    Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam acik
      ada plan lain, lagipun kereta tu manual
      suami akak ada masalah sikit lately nak drive kereta manual

      Delete
  2. Selamat belajar memandu ya. Hehe... liza pun syg nak letgo kereta pertama hasil kerja pertama . M7ngkin nak turunkan.pd adik2. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...terima kasih kak liza
      tulah, bila dah lama bersama tu
      perasaan nak lepaskan tu, semacam
      tapi nak buat camne =)

      Delete
  3. Sayang nak jual..banyak kenangan bersama..moga sukses sis.kathy mendoakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, tapi nak buat camne
      terpaksa melepaskannya =)

      terima kasih kak =)

      Delete
  4. Lorr,knpa di jual,ke nk beli yg baru.:)
    Akak ambk lesen lg la da tua,umo 28.hehee.yana skrg umur brp ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tu lah perancangannya
      tapi sebab utama lebih kepada kereta tu manual
      encik suami ada masalah dengan kaki

      kira mudalah tu kak, saya bulan 5 nanti genap 31 tahun =)

      Delete
    2. Oo..tapi kenapa kakinya ye.sibuk je akkak ni kan.hehee..kaki akak mmg ada masalah lps xcdent.kaki yg nk guna tekan clutch tu,tapak kakinya ada tulang timbul sbb patah dulu.kereta akk smua manual,mmg susah sikit lah.ingat nk tukar gear box je utk auto.

      Delete
    3. kaki dia tu ada urat timbul dengan berselirat
      so dia selalu sakit kaki
      tu yang plan nak ambil auto

      Delete
  5. Kereta apakah pengganti simerah? Adakah vios baru? Apa pun...akan ku tunggu kemunculannya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...vios tak ada dalam senarai
      apapun...biarlah rahsia! hehe =)

      Delete
  6. inshaAllah ada rezeki kat tmpt lain :)

    ReplyDelete
  7. owh tak pe... ada la rezeki nanti sambar auto!! Amin... yana good luck ye dgr ceramah nanti :p ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...amin!
      dah selamat mendengar, mengantuk!
      prepare tuk test pula ni =)

      Delete
  8. mesti rasa sedih sebab keta tuh dh byk berjasa dekat kita kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang! lagipun banyak kenangan bersama =)

      Delete
  9. Yang pergi janganlah ditangisi..hehehe biarkan jadi kenangan terindah.

    ReplyDelete
  10. cantiklah kaler merah tu.
    kalau saya agak sayanglah nak dijual.
    heee.. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya
      tapi nak buat camne...terpaksa!

      Delete
  11. Sayangnya...mesti rindu nanti....anak2 tu tomei la...kui2

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang akan rindu sentiasa
      comel ye? baru perasan =)

      Delete
  12. terlalu banyak accumulated wonderful memories bersama si merah ni yana..sayang tuu..!
    it's ok..ada perancangan yg terbaik lagi lah tu dari cik abe hehe..

    semoga dipermudah segala urusan yana ye..goodluck :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, banyak sangat!
      memang sayang lagipun encik suami buat keputusan mengejut
      tapi tak apalah, adalah rezekinya tu nanti kan? =)

      terima kasih kak =)

      Delete
  13. salam. enjin nampak mcm masih baik lagi. x pe tuan dia akan jaga dgn baik...abe kie follow sini, tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...hehe
      nak buat camne, dah tuan empunya nak jual
      maka terjuallah ia walau sayang masih bertaut =)

      Delete
  14. Sure tengah tunggu kuda barukan YY.....kalau tak, takkan nak let go ye dak....jangan lupa buh gambar kuda baru nanti yeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya...hehe
      idak kot, nanti orang kata show off...hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...