Rezeki Pagi Sabtu (^_^)

11:42:00 pm Yana Yani 32 Comments

Tuan empunya blog MC beberapa hari ni. Tu yang tak dapat jengah blog disebabkan masalah backache yang masih lagi menghantui. Tak tahu macamana lagi nak bendung.

Sakit tu berulang walau sebelum ni specialist dalam bidang orthopedic mengesahkan bahawa ianya hanya disebabkan urat saraf. Doktor yang berikan MC ni menyarankan aku buat MRI scan.

Aku pernah buat MRI sebelum ni disebabkan masalah mata. Lama dah pun tapi masih ingat lagi rasa sakit bila dicucuk. Tak ingat nama suntikan tu yang pasti sakit!

Seriau pula kalau nak buat lagi. Masih dalam pertimbangan. Nantilah.

--------------------------------------------

Sepatutnya hari ni aku ada amali untuk dapatkan L. Tempat yang aku ambil lesen ni beritahu yang hari ni punya schedule penuh. Postpone ke hari esok. Mujur juga sebab aku masih kurang sihat.

Si Angah pula disahkan mengidap demam denggi. Tapi dia tak kena masuk wad sebab ujian darah masih dalam tahap terkawal. Pagi tadi dia ajak makan roti canai, teringin katanya.

Aku okay kan aje walau nak bangun pagi tadi dah macam robot. Yelah orang nak belanja kan, tak kan nak tolong rezeki ye dak? Hehe!

Tiga daripada lima orang adik aku turut ada tadi. Syafie ada balik ke Klang tapi dia ikut Mak dan Abah balik Kuala Lipis, ziarah Atuk. Anis pula ada aktiviti di sekolah.

Kami ke restoran yang biasa kami kunjungi. Ia berhadapan dengan pasar besar Klang. Orang yang tinggal sekitar sini mesti tahu retoran ni yang dibuka 24 jam 7 hari seminggu.


Ni lah muka-muka yang ada tadi. Yang sebelah kiri tu isteri si Nuar, Dayah. Yang duduk dekat tengah pula Annur dan yang sebelah kanan tu Angah.

Ramai kata muka kami adik beradik tak sama.


Nampak yang Angah tak sihat lagi. Muka masih pucat dan badan yang masih lagi kelihatan lemah. Kalau tak kerana keinginan dia nak makan roti canai, kami tak akan mungkin sampai sini.

Lagipun dia sorang aje yang pandai drive! Hehe!


Yang ni pula adik aku yang nombor tiga, kira pangkat De kalau ikut sebelah Mak. Aku dengan Angah paggil dia dengan nama dia aje, Dayah. Adik-adik yang lain panggil dia Kakak.

Dia ni kira melangkah bendul. Tu yang dapat Khaira Mardhiah dalam pangkuan dia tu. Baru aje habis pantang dia ni pun. Excited sangat dapat keluar dari kepompong.


Gambar Annur aku lupa nak ambil, tak apalah Annur ye! Kau pun belajar lagi kan? Jangan marah ye! Hehe! Tayang gambar anak saudara kau, Afif yang excited dapat keluar.

Dah beberapa hari dia dok tanya Papa dia kenapa tak pergi jalan. Bosan tahap melampau agaknya. Kalau tak, tak adanya dia tanya soalan gitu. Kesian.

Habis sekeping roti telur dia makan sorang.


Yang ni pula tuan empunya blog dan anak-anak! Nak juga tu! Hehe!

Itu aje nak cerita hari ni. Insya ALLAH lain kali kalau kesihatan mengizinkan, aku akan bercerita lagi. Banyak benda yang aku nak cerita ni. Nantilah dulu ye.

Nak cuba tidur awal, kalau bolehlah. Biasa memang aku payah sikit nak tidur ni. Tapi ni memang gejala biasa untuk seorang pesakit hyperthyroid seperti aku.

Emm, besok ada amali. Wish me luck ye (^_^)   

32 comments:

  1. Lama dah tak lepak kat kedai tu. Dulu2 masa bujang...lewat malam pun singgah pekena nasi lemak ayam goreng. Dekat 10 tahun tak kesana...kedai tu pun nampaknya makin maju dan selesa nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh BM pun tahu ye.
      ha'a dah maju dah sekarang
      dulu kedai dia kecil aje, sekarang dah luas dan selesa
      saya masa mengadungkan afif,
      tengah malam dok cari nasi lemak ayam goreng dia...hehe

      Delete
  2. salam hujung minggu...semoga dah sehat sepenuh nya..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. hehe...mak dia comel
      anak pun samalah dak? =)

      Delete
  4. semoga cepat sembuh... saya apa saja bernama suntikan memang penakut. saya saya tak takut masa kena suntik masa bersalin aritu je sebab time tu sakit bersalin mengatasi segalanya.. bila nurse cakap nak suntik kecutkan rahim ke hapa.. dah takde rasa... Dah lama tak makan roti canai sebab kat sini jumpa roti canai mamak je yang banyak. balik kampung baru jumpa roti canai melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik lekit, okay dah sikit ni =)
      hehe...saya kalau cucuk biasa, okay lagi tau
      memang dah biasa kena, tapi cucuk MRI tu memang sakit
      dekat sini melayu, boleh tahan sedapnya =)

      Delete
  5. semoga sakit belakang tu cepat sembuh dan tk jalan cam robot lg dh pasni..hihih..jgn marah, gurau jer.. kalau makan roti cnai, zura suka suh org kedai potong siap2 pastu buh kuah banjir... wawawa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..idak marah. memang jalan cam robot hari tu
      sakit sangat, tuhan aje yang tahu
      sekarang alhamdulillah, okay lah sikit
      kalau saya pun suka makan kuah banjir tu
      tapi en suami kata, jijik! hehe

      Delete
  6. semoga yana dan adik cepat sembuh.. sesekali dapat lepak dengan adik-berdik macam tu best juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih aiza, alhamdulillah kami berdua dah okay dah
      memang betul, tu pun bukan semua
      kalau semua ada lagi seronok =)

      Delete
  7. Smoga cepat sembuh.sedap roti canai,biasa suke roti canai kosong je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak, alhamdulillah okay dah ni
      saya pun suka roti canai
      saya semua balun =)

      Delete
  8. tapi akak tgk sama je adik beradik tuu... ialah satu mak satu ayah kan.. ehe semua comey comey... belaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke sama kak?
      kebanyakkan kata tak sama =)

      Delete
  9. backpain yer.. penyakit yg sama menghantui kita... huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a lah yang
      kita memang dah lama kena
      tapi makin teruk sejak bersalinkan aisy

      Delete
  10. Semoga sis segera pulih dari sakit tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak
      alhamdulillah kak, okay dah ni

      Delete
  11. alamak, terlepas sudah minggunya, akibat terlampau sibuk... maaf kak, selamat hari rabu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mengapa mama, saya pun tak berkesempatan
      berkunjung ke blog mama lagi
      soon ye =)

      Delete
  12. Semoga cpt sembuh...Alhamdulillah rezeki di pg sabtu kan...

    ReplyDelete
  13. Muka YY dengan dayah ada sikit sama....muka Annur dengan Angah lebih kurang....Seronok dapat bergather gather adik beradik sesekalikan YY
    Harus le gembira dapat keluar dari kepompong memasing hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ye? jarang ada yang kata sama...hehe
      memang seronok sebab bukan selalu dapat peluang =)

      Delete
  14. Semoga cepat sembuh dan kembali seperti biasa menjalankan kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah cikgu.
      kehidupan sudah kembali ditempuhi seperti biasa =)

      Delete
  15. baru dapat tengok muka yana secara clear gitu... (^_^)y

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...