Cuti Dan Anak (^_^)
Aku bercuti daripada hari Rabu sampailah semalam. Kejab lagi dah masuk kerja balik. Bercuti pun secara mengejut sebab Atuk dimasukkan ke wad disebabkan asthma yang teruk.Dalam lapan orang anak yang dia ada, dia tetap minta Mak yang balik menjaga dia. Mungkin hanya dengan Mak aje Atuk selesa. Alhamdulillah Sabtu Atuk dah boleh discharge.
Aku pula sepanjang lima hari bercuti ni, banyak menghabiskan masa dengan anak-anak. Ada ketika aku terasa bosan sebab dah terbiasa dengan kesibukan di tempat kerja.
Itupun bila Afif bersekolah dan Aisy tidur. Mati kutu aku dibuatnya sebab tak tahu nak buat apa. Habis semua benda aku cuci semata-mata nak hilangkan perasaan bosan.
Mujur cuaca panas aje kebelakangan ni. Sekejab aje kering semua benda yang aku jemur. Seronok basuh time gini. Hehe!
Sehari sebelum Merah dijual, kami menghabiskan masa-masa terakhir dengan dia. Sana belek, sini belek. Tak sangka beginilah pengakhirannya yang sebenarnya tak dirancang.
Siapa sangka yang pada asalnya hanya suka-suka published dekat Mudah.com, dalam masa tak sampai berapa jam ianya terjual! Sebenarnya yang emosi lebih tu, aku aje!
Encik suami relax aje sebab dia memang dah berkira-kira nak jual especially dengan kondisi kaki dia yang agak tak berapa elok kebelakangan ni.
Afif lagilah! Aku kata Papa dia dah jual Merah, dia boleh kata tak apa sebab dia ada motor nak bawa Mama Papa pergi mana aje katanya. Sabar ajelah!
Tengah diorang dok seronok main motor keliling rumah Nenek, Aisy jatuh. Tak luka pun tapi dia dah pandai mengadu. Macam comel aje bila dia kata, "Atik! Abang wat!" - Sakit! Abang buat!
Afif dan Aisy bila ada dekat rumah, kejab bergaduh. Lepas tu kejab lagi buat pakatan sulit. Pening kadang-kadang. Tapi aku akui aku enjoy that moments.
Banyak benda yang aku tak nampak bila bekerja. Bila jadi suri rumah walau untuk seketika, banyak benda yang aku nampak daripada budak berdua ni.
Si Aisy dah banyak benda yang boleh ditutur. Cuma agak pelat tapi masih cukup jelas untuk faham apa yang cuba dia sampaikan. Banyak benda yang dia bebelkan.
Bila Abang tak ada, dia pun mati kutu. Main sekejab, lepas tu tidur! Ke mana aku pergi dia akan ekor aje tapi dia lebih senang diurus bila tak ada Afif. Dia jadi lembut.
Afif pula kebelakangan ni kalau nak ke sekolah cukup bergaya. Rambut disisir rapi, bedak disapu kemas ke muka dan minyak wangi mesti kena sembur!
Sekali tengok sebiji macam perangai Papa dia yang cukup menjaga keterampilan.
Aku seakan menemui jawapan sebab kenapa Afif berkelakuan begitu apabila menemui "nota cinta" dalam beg sekolah Afif. Macam nak kena heart attact bila jumpa nota tu.
Tulisan tangan pada nota tu cukup aku cam dan yakin itu tulisan Afif. Nota tu berbunyi "Afif, Adlina dan gambar bentuk hati"
"Afif, kau makan pun Mama suap lagi ada hati nak love-love anak orang!" jerkah aku pada Afif yang leka dengan permainan Ultraman dia.
"Apa Mama cakap?" tanya dia balik.
"Ni gambar love ni. Adlina ni siapa pula? Kenapa tulis macam ni?" tanya aku bertubi-tubi.
"Adlina tu kawan Afif lah! Afif tak suka dia pun. Hakimi yang suka dia. Dia banyak cakap, Afif tak suka!" jelas dia.
"Habis yang gambar love ni kenapa pula?" tanya aku lagi.
"Sebab Afif nak lukislah! Afif dah pandai lukis love" jawab dia selamba.
Mama sikit punya suspend jumpa nota ni, kau boleh jawab macam tu aje! Sabar ajelah!
------------------------------------
Sabtu lepas dah dengar bebelan selama lima jam untuk KPP. Mengantuk gila time tu, tak teringat langsung nak bawa gula-gula atau apa sahaja bahan untuk mengelakkan mengantuk.
Apapun banyak juga benda baru yang aku belajar especially pasal signboard. Menarik juga. Hehe!
Sekarang ni tengah berkira-kira pilih hari untuk ambil test. Orang yang dok bebel tu galakan kitorang dapat lesen P dalam tempoh dua bulan.
Aku yakin boleh. Tunggu dan lihat (^_^)
Tak biasa memang rasa mcm tu.oo..jual merah di mudah.my ye.
ReplyDeleteWah..afif da ada aweks.hahaha..budak2 skrg mmg pandai dah.melebihi apa yg kita jangkakan pemikiran dia.
Dah lepas test undang2 ke? Da lulus dapat lah lesen L kan.bru belajar memandu,cukup 20 jam belajar da boleh test jpj.tp skrg x tau lah.
hehe...ha'a, tak plan sebenarnya
Deletetu la pasalnya kak, sabar ajelah! geram pun ye jugak
tapi dia tak mengaku
test undang-undang belum buat lagi
cadang sabtu ni baru nak ambik
cam takut juga rasanya =)
Ada anak2 pun bosan juga...apatah lagi saya, huhu
ReplyDeleteDah biasa bekerja, kalau duduk rumah berhari2 dihari sepatutnya bekerja mestilah terasa masa teramatlah panjangnya. Cepat2lah dapat lesen, nanti kalau cuti, boleh jalan2...ronda2... :)
bosan sebab diorang ada buat hal lain
Deletekalau tak, tak terasa sangat
eh BM tak ada anak lagi ke?
tu yang saya berazam dalam bulan 4 dah ada lesen P =)
assalam, bunda singgah pagi isnin...
ReplyDeleteseronok dan menghiburkan telatah anak2 kecil ni kan...anak2 sebaya ni memang tengah belajar...semua benda dia nak cuba segala hal dia nak bertanya...normal la tu..
zarif pun sama..
terima kasih singgah bunda =)
Deletetulah, bebudak kan bunda
terasa kelakau pun ia juga dengan telatah diorang =)
afif..auntie nak ikut lerr pi jejalan naik moto hehe..cantik tu moto afif leh bawak sapa? haa Adlina..sedap nama tu..awat afif tak suka ?:) mama marah ea !..
ReplyDeletesemoga sabtu ni..dipermudahkan urusan yana..do not worry..goodluck yana !:)
tak akan dibaginya kak! saya pegang pun dia membebel!
Deletedia tak mengaku kak! sabo ajelah!
terima kasih kak, saya yakin boleh!
Seronoknya.kathy tgh bkira2 juga nak ambik lesen.amboi afif,pandai lukis love dah ye..
ReplyDeleteambillah kak, boleh sesama show off! hehe =)
Deletetulah kak oi, geram pun ada juga. kelakau pun ada =)
Berbakat afif ni sis.
Deletehehe...rasa kelakau plak akak cakap camtu
Deletesemoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteterima kasih MKL =)
Deletesalam. bila dah ada lesen memandu sendiri mudah la nak ke mana2 tanpa minta tolong hubby, kan?
ReplyDeleteitu adalah salah satu sebab kenapa kena ambil lesen...hehe
Deleteamboi2 ..kemainanak dare mengadu abg buat yeak ekekekee...sonok kan yana dgr budak baru nak belajar ckp nie...pelat2 die yg lawak tu...mcm dayyan skrang laaa...sonok dgr die bercakap pelat...tapi lieya tgk kan, aisy ni ngan afif mcm rapat jek...mesti jrang gaduh kan yana....abg afif pun nampak abg yg penyayang hah......
ReplyDeletecomel jek tgk afif depan cermin bersiap tu...amboi2...kemain lagi hah...dah nampak tu ciri2 mamat hensem besar kang hahaahah siap laa awek keliling pinggang kan....
gud luck yana...moga lulus dgn jayanye...lieya plak amik lesen mase betul2 abis U....lame dah tu heheheeh...mesti kaedah pembelajaran lagi menarik skrang kan...zaman lieya dulu baru2 diperkenalkan exam berkomputer.....
Deletelieya kata diorang tak bergaduh, kalau dah nama budak tu
ye bergaduh aje! asal jumpa aje gaduh, tapi kalau tak jumpa
pandai pula nak rindu-rindu...hehe
tulah lieya oii, geram dibuatnya
dah pandai nak jadi romeo tu, tapi mati-mati tak mengaku
sabar ajelah! mau mama membebel aje =)
hehe...getar juga lutut ni =)
mmg skrg ni musim panas berdengung... cepat je ketiak basah..haahahaa..tp zura suka musim panas berbanding musim hujan..kalu musim ujan zura jadik lemau je, asek nk tdo jer...
ReplyDeletetulah kan...panas sangat sekarang ni
Deletekuasa ALLAH, ari tu sejuk betul
sekarang DIA bagi terbalik pula
sama lah cam anak2 k nrl... kejap gaduh, kejap kang elok balik main gelak2... tapi tulaa, k nrl rasa masa sgt singkat tuk anak2... balik keje dah pkl 6 lebih... buat2 keje rumah, makan2 & tgk kerja2 sekolah anak, sampai kul 10 mlm anak2 dah nak tido... kejap rasanya.. nasib thn ni bos dah bg sabtu tu cuti terus...
ReplyDeleteHaa, moto tu sama cam moto kat rumah ni... hehe...
Kemain ye Afif... dah ade love2 ni... x ngaku ye....
Good luck Yana tuk ujian undang2 tu nanti... dapat lesen jauh la berjalan... hehe
begitulah kita bila jadi seorang ibu yang bekerjaya.
Deletekadang tak sempat masa untuk diri sendiri sebab lebih pentingkan
suami dan anak-anak...kalau boleh nak jadi suri rumah aje! hehe
dia sampai ke sudah tak mengaku...geram dibuatnya
hehe...mekacih kak =)
semoga yana cepat mendapat lesen tu.. wah.. afif senyap-senyap je dah ada kawan ya..
ReplyDeleteterima kasih aiza =)
Deletetulah pasalnya, ada hati nak jadi romeo =)