Mari, Mari, Dua Seringgit! (^_^)

11:15:00 pm Yana Yani 36 Comments

Lepas keluar makan dengan Angah, kami terus balik ke rumah. Kerja rumah berderet dalam waiting list. Lemah badan. Baru dua hari MC, habis tertunggak!

Mujur juga Encik suami jenis yang rajin membantu. Agaknya sebab tu anak-anak dok rajin membantu sebab dia dah bagi contoh yang baik. Alhamdulillah.

Time dok sibuk menguruskan segala kerja yang tertunggak, Afif minta aku keluarkan warung mainan dia. Hari tu dah tak bagi, tak akan kali ni pun tak bagi kan, kesianlah pula.

Warung mainan tu aku beli time Afif berusia empat tahun. Dari dia pandai berjalan, memang dok gemar mengganggu peralatan memasak aku semata-mata nak berniaga.

Lama dok cari, akhirnya jumpa dekat online yang menyerupai ciri-ciri kedai yang aku bayangkan. Afif memang sayang sangat warung mainan dia ni.

Dulu dia main sorang. Sekarang dah berdua.

 
Daripada dulu dia memang dok suka dengan dialog Mail dalam cerita Upin Ipin. Dialog tu lah yang sering dia gunakan tiap kali dia berniaga.

"Mari, mari! Dua seringgit, dua seringgit!" kata dia memecah kesunyian blok perumahan aku ni.

Paling kelakar si Aisy pun dah pandai main! Sibuk dok order makanan yang dia nak dengan Abang dia. Yang kelakar sebab dia pelat.

Telur dia kata eyo. Ikan dia kata tan. Kadang aku sendiri tak berapa faham apa yang dia nak. Bayangkan dia order makanan tu dalam versi pelat. Tapi si Afif pandai melayan.

Tak tahu dia faham ke tidak. Tapi tiap kali Adik dia order dia kata, "Okay, cik duduk dulu ye. Saya masak jab" Tak lama lepas tu terhidang makanan.


Tengoklah tu, bersungguh Aisy makan ayam goreng. Terganggu kejab kerja aku sebab dok tengok gelagat dua beradik ni. Terasa kelakar dok tengok pakatan AA ni.

Dah settle makan, Aisy ke stor mainan. Tak lama lepas tu dia keluar dengan mengheret keyboard yang dah rosak. Konon berangan guna Wifi dekat kedai makan.

Kalau suka berangan ni memang confirm anak Mama. Hehe!


Yang pasti tunggakan kerja aku makin bertambah sebab dok sibuk tengok telatah budak berdua ni. Teringat pula zaman kanak-kanak dulu yang memang suka dok main masak-masak ni.

Tengok diorang happy, aku pun happy. Sebab kegembiraan diorang penawar segala duka lara di hati. Sakit pun jadi sihat sebab diorang (^_^)

36 comments:

  1. Hehee.. kelakar & seronok pulak tengok gelagat anak2 ni kan.. :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh encik khir, sampi tak jadi kerja sebab diorang =)

      Delete
  2. Anak2 mmg penghibur hati kita.. ada jer telatah depa yg membuatkan kita happy.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan farah, merekalah penghibur
      tak dapat bayangkan kehidupan tanpa mereka =)

      Delete
  3. Hehee..seronoknya..ayam goreng 1..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok termasuk mama diorang sekali
      ayam goreng siap!

      Delete
  4. Bestnya ada warung mainan tu... anak2 k nrl pun suka main warung2 ni... sorang jadi tukang amik order, sorang masak & sorang lagi jadi customer... cuma Eisya je x pandai nak join lagi... tggu japgi dah 2 thn, 4 orang main warung2... kadang2 gelihati tgk gelagat budak2 ni main & sembang2 antara diorang... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best kak nurul
      tapi memang budak-budak suka main benda gini agaknya
      saya dulu time jadi budak pun gitu =)

      tengok diorang mainkan, buat teringat zaman kanak-kanak

      Delete
  5. wah mmg macam buka gerai sungguh laa ada wifi percuma lagi tuu.. hihi
    happy nyer mereka...
    mak dia lagi le happy kan...
    seronok tgk anak happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kelakar bila teringat balik kak
      mama diorang memang lagi happy! pasti tu =)

      Delete
  6. waawww dah nampak ciri2 bisnesman nihh...nak pulak ada customer...syok je nengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...budak-budak kan
      happy plus bangga mama diorang =)

      Delete
  7. Mcm best je...beli online kan...leh x bagi link...mcm nk belikan anak anak jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. best untuk budak-budak, kita pun tumpang rasa best tu
      saya beli dekat facebook ni
      cuba cari Yana I One, dia memang jual mainan

      Delete
  8. cantik warung afif tu sis.kalau ada nak jg beli utk alia..sama alia suka ajuk mail tu.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloilah kak kalau beli ni tuk budak-budak
      secara tak langsung didik diorang berniaga
      duit, mesin cash, peralatan memasak dan makanan memang dah ada
      dalam set tu, cer lah belikan untuk alia

      Delete
  9. Memang untunglah budak sekarangkan YY....siap mcm warung betul lagi....Kalau le anak okje nampak ni sure dia suka walaupun umur dah 11 tahun hehe.... Mahal tak YY beli kat online?
    Abang sure faham cakap pelanggan dia tu hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, zaman saya dulu main bawah pokok je...hehe
      sesuai juga kot, tapi dia kena main membongkoklah
      rendah aje warung ni pun...hehe

      emm, rm100 lebih juga kak termasuk kos penghantaran

      Delete
    2. kadang tu bila beli on line ni kurang rasa mahalnya berbanding beli kat kedaikan dengan harga yg sama...

      Delete
    3. betul juga okje, sebenarnya dari segi penjimatan masa
      lain kebih kurang aje
      cuma skop dia lebih luas

      Delete
  10. mee goreng satu..sama itu tae tarik tinggi ada tak afif hehe..

    yana ! akak ingat apa la yg nak di jual yana ni 2 seringgit..masa tu belum terjah sini tengok kat bloglist akak jer hehe..sekalinyer pi terjah nampak afif dah bukak warung pulak haa tu yg oder mee tu hehe

    nak mengemasnyer karang tu mau tak meroyan di buatnya..nasib baik adik afif rajin tolong mama kan ! ikut sapa ? of couse la papa kan..dah mama yg cakap dier pemaleh bukan auntie yg cakap tau ! tak caye pi terjah blog auntie ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee goreng tara juallah aka, ni warung western juga! hehe

      hehe, nak buat camne kak roha
      memang agak pemaleh mama diorang ni
      hakikat yang tak dapat dinafikan =)

      Delete
  11. Memang seronok ada permainan sebegini dirumah. Teringat masa dulu2...main pondok2 dan masak2 ni. Siap guna daun buat duit berjual beli. Tambah seronok dikampung ada ramai kawan2...memang meriah, dari pagi sampai kepetang...dah xingat makan dah! Siap kena piat telinga suruh makan dan balik mandi...haha

    p/s: Yana xorder ke? xpayah masak dah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa sahaja yang melalui zama kanak-kanak
      mesti penah main permainan gini
      teringat balik rasa kelakar...hehe
      samalah kita BM, saya kena "roti panjang" =)

      amboi, perli nampak...hehe =)

      Delete
  12. hahaahh diam2 dah bukak kedai makan yeak yana...awat tak bagi tau awal2 kalo tak leh jadi org pertama dtg terjah...dpt diskaun kaw2 nanti kakaakakak

    betul tu yana, tgk gelagat anak2 ...riuh rendah, tawa nangis mereka tu laa yg seronok sebenarnye.....pengubat stress kite kan yana....lieya pun same...lagi2 tgk dieorg tgh riuh2 main gini...dgn keletahnye...mmg tak kering gusi la gelak .....

    okey afif aunty nak order ciken cop ngan fresh oren satu...aisy plak nanti bagi diskaun kat aunty byk2 key heheeheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kedai kecil-kecil aje. manalah bagi tau =)

      kan lieya, setiap kelakuan diorang tu penawar hati kita
      tak boleh bayangkan kehidupan tanpa diorang

      sudah habislah aunty, lain kali mari lagilah =)

      Delete
  13. bila melihat telatah anak-anak rasa hilang sebentar kepenatan.. aiza kecil dulu pun main masak-masak juga yana, tapi kat kampung banyak main pasir dan tanah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya pun aiza
      budak-budak sekarang aje banyak habiskan masa
      indoor bukan outdoor cam kita dulu

      Delete
  14. Memang kreatif anak-anak akak ni.

    ReplyDelete
  15. masih cantik elok je mainan tuh... mainan anak2 zura sekejap je elok, sehari lps tu kompom dh terbarai.. tk tau cmne lg dh nk train suh dorang jaga mainan elok2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. budaklah zura, memang biasa gitu
      saya ni pun biasa lepas main memang suruh simpan
      sebab tu elok lagi agaknya
      itupun duit dengan menu dia, hancur dah!

      Delete
  16. alalalala... comeinya dua beradik ni... tang keyboard n wifi tu tak menahan.... heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, saya pun tak jadi kerja sebab diorang kak =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...