CNY: Makan Besar! (^_^)
Ke mana korang cuti hujung minggu panjang sempena CNY ni? Ada yang sambung cuti pun kan. Seronoklah! Aku pula cuti dibekukan kalau tak meraikan perayaan tu. Hehe!Tu yang tinggal sorang aje dekat office untuk beberapa hari! Best juga jadi bos ni! Hehe! Anyway cuti kali ni aku tak ke mana pun, melebarkan badan dekat rumah aje. Hehe!
Rancangan asal nak ke Terengganu. Tapi tak jadi sebab Encik suami tak suka perancangan konvoi yang kami bercadang nak turut serta. Big boss dah kata gitu, ikut ajelah kan. Hehe!
Lepas tu kononnya nak bawa Afif dan Aisy ke Zoo Negara, tapi tak jadi juga! In the end melepak dekat rumah aje. Hehe! Kami ada balik ke kampung juga yang tak berapa jauh tu.
------------------------------------
Kalau masyarakat Cina makan besar on the eve of CNY, kami pula pada first day CNY! Nak juga tu! Hehe! Paling penting dapat gather semua family members!
That's the most important part. Kalau makan besar pun setakat ada dua ke tiga orang aje, tak seronok juga kan? So bila dah ramai ni, selera dia lain macam sikit! Hehe!
Menu kami ala-ala western gitu! Yang menyediakannya adalah chef family kami, Angah! Have I ever told that she's still single and available? Hehe!
Aku macam biasa jadi tukang tengok dan makan aje. Hehe! Fakta yang tak dapat dinafikan. Tapi aku tolong juga, tolong buat air! Hehe!
Dari main dish sampai ke desert semua kerja Angah. Mak dan Syafie juga ada terlibat dalam menjayakan hidangan kami hari tu. Sedap wei! Teringat pun buat aku rasa lapar lagi!
Yang atas ni aku rasa nama dia grilled chicken with mushroom sauce. Encik suami yang memang tekak Melayu tak lalu nak makan macam tu aje.
Boleh dia cari nasi juga! Adeh, fail sungguh! Nasib baik nasi pun memang ada disediakan.
Menu yang ni nama dia crispy dory with tartar sauce. Yang ni disediakan oleh adik tunggal lelaki aku, Syafie. Daripada bab memotong sampai ke goreng, semua kerja dia.
Sauce tu pun dia yang sediakan. Boleh tahan jugalah. Lagipun aku baru first time makan ikan dory ni. Dia ni pun single lagi.
Tapi disebabkan dia masih lagi belajar, so he's not available! Harap maklum. Hehe!
Untuk desert pula, aku tak berapa pasti nama dia. Tapi sedap wei! Dalam tu ada buah kiwi, badam sangan, aiskrim vanila dan juga coklat. Ada juga diletak biskut Oreo yang telah dihancurkan.
Memang marvelous!
Kek ni sebenarnya disediakan sempena meraikan hari jadi Syafie dan Anis yang jatuh pada bulan yang sama. Tarikh aje yang berbeza.
Kek ni bukan tempah ye, tapi buat sendiri tau. Yang pasti bukan aku lah yang buatnya! Hehe! Of course adik aku, Angah! Kalau nampak pun dah rasa sedap, rasa tak usah cakaplah.
TERBAIK! (^_^)
Syukur ALHAMDULILLAH di atas kurnian rezeki pada kami sekeluarga. Yang penting dapat mempertemukan kami sekeluarga di atas meja makan yang sama.
Seronok dan ada aje benda yang dijadikan cerita. Bukan selalu dapat berkumpul macam ni. Maklumlah masing-masing mempunyai kehidupan peribadi sendiri.
Entah bila dapat peluang berkumpul macam ni lagi (^_^)
terbaiklah..sedapnyer semua menu tu sis...kalau makan di restoran kompom seratus lebih juga habis ni..hehehehe...
ReplyDeletekalau dekat restoran luar, memang confirm
Deletetak akan pergi! hehe =)
Wah,nampak sedap semua.siap promote adik lg hehee..gambar je x de:))
ReplyDeletetu nampak aje, belum rasa lagi...hehe
Deletedah pernah tunjuk gambar dia sebelum ni...hehe =)
yana ! akak tertarik dan menarik untuk bertanya kek apa kah yang super wala tu ! cer citer cerr citer..hehe
ReplyDeletepandai adik yana buat hidangan untuk makan beso untuk family, semuanya nampak yummy..
bab hubby yana yg cari nasi tu..sepesen ngan hubby akak taw ! hehe :D
alahai kak...saya tak tahulah kak
Deletesaya tahu makan aje...hehe
dia memang minat bab masak ni
especially deco kek =)
tu yang payah dengan suami saya tu, fail =)
uiksss desert tu yg sodapppp menawan kalbu.. ehehehe
ReplyDeletememang sedap! hehe =)
Deleteperghhh terbaik laa yana... meriah woooo...lengkap semua ade hah...puas dpt makan...yg paling best chef die bukan calang2 orang....adik lelaki rupenye...mmg terbaik lah heheehehe...tak kekok didapur....tapi mmg betul pun kan, kalo ramai2 camni baru syok masak2...kalo sikit2 ni mcm tak best jek nak masak....ni dah ramai2 syok borak2 sambil makan2...
ReplyDeletekek tu terliur woi lieya tgk...dah le lieya puase arini....huhuhuh
memang terbaik lieya! kenyang! puas hati dapat makan besar cam gitu
Deletehehe...dia memang dah terbiasa memasak
tu yang jadi seronok dapat makan ramai-ramai =)
hehe...sori lieya, mana tau pose =)
terbaik punya menunya.. menitik nitik dah air liur..hihihi... sedak sungguh
ReplyDeletealhamdulillah rezeki hari tu...hehe =)
DeleteWaa... tgk semua menu... terliur dibuatnya... memang sedappp2... makan ramai2 lagi best, meriah suasana... pandai adik Yana, Angah tu sediakan hidangan makan besar camni... ^__^
ReplyDeletebaru tengok dah rasa gitu kan, belum rasa lagi...hehe
Deletedia memang dah biasa buat menu gitu,
bakat plus minat, tu yang menjadi! hehe
wah.. untung ada adik chef.... terliur la tgk semua makanan tu.... adeh!!
ReplyDeletehehe...tu lah kak
Deletememang beruntung sangat! =)
Terliur pula tengok hidangan tu.
ReplyDeletehehe...sedap cikgu! =)
DeleteDalam banyak-2 gambar tu, gambar kek tu betul2 menarik perhatian saya.
ReplyDeleteI'm not a cake lover but I have to admit that picture really drives me hungry.. >.<
hehe...tu memang paling menarik hari tu
Deleteakak pun bukan cake lover
tapi kalau dapat makan, tak toleh dah =)
yang buat ko minat sebab tukang ambik gambar tu
pandai ambik gambar...hehe
Bestnya.....dapat makan free pas tu tak yah penat penat.....i loike hehe...
ReplyDeleteTetiba selera membuak buak nak makan western.....kepingin weyh
hehe..tulah pasalnya! terbaik sangat!
Deletekalau angah tak masak, memang berabad lagi
dapat makanan western =)
nampak sedap tu yana.. kek tu nampak paling sedap..
ReplyDeletehehe...memang teramat sedap! =)
Delete