Car & Bike 2014 (^_^)

11:42:00 pm Yana Yani 36 Comments

Disebabkan dah menjadi kebiasaan keluar dari rumah tiap kali hujung minggu, bila tak keluar memang agak kekok. Sampai Afif pun dok sibuk bertanya.

Rasa kesian pula tengok anak-anak dok terperap dekat rumah sejak pemergian Si Merah. Emm, frankly speaking memang rindu dengan Si Merah. Entah di mana dia sekarang (^_^)

Ahad lepas dan dengan kesihatan yang semakin pulih, Encik suami ajak kami keluar dari "kepompong". Excited tak terkata! Kereta Angah digunakan sebagai memenuhi hajat kami. Hehe!

Seperti biasa Encik suami bawa kami ronda sekitar Shah Alam. Memang itulah tempat yang sering Encik suami bawa sejak dari zaman perkenalan kami.

Kebetulan time dok ronda Stadium Shah Alam, terpandang banyak khemah. Memang Stadium Shah Alam ni tak pernah sunyi dengan pelbagai aktiviti.

Dah dekat baru nampak. Rupanya ada event kereta dan motor! Encik suami agak excited sebab dia apa sahaja pasal kereta dan motor memang serah dekat dia.

Orang lelaki kan (^_^)


Bila dah lagi dekat baru tahu yang dekat situ bukan takat event aje, tapi semua kereta dan motor tu untuk dijual! Kebanyakkan kereta dan motor di situ telah SOLD!

Kereta dan motor yang diletakkan dekat sini, semua kenderaan mewah! Tengok harga kereta memang boleh buat demam. Confirm yang beli jenis yang banyak duit.

Aku pun kononnya berangan nak beli Vellfire. Kononlah! Tapi harga dia yang tak tahan tu. RM250K harga dia beb! Lupakan ajelah Yana oi!

Anyway Afif pun antara yang paling excited. Habis semua kereta dan motor dia nak ambil gambar. Ni ada ciri-ciri nak mewarisi minat Papa dia ni

.
Aisy pun bila dok tengok Abang dia posing dekat dengan kereta dan motor, dia pun nak juga. Layankan ajelah! Perempuan pun hebat juga kan (^_^)


Si Annur dengan Anis pun ada ikut sama. Memang lagi happening bila dah ramai-ramai keluar ni. Biasa Anis aje yang ikut tapi sekarang ni Annur cuti semester tu yang dia pun ada sama.


Agak lama juga kami dekat situ. Dah dekat Maghrib baru kami keluar dari kawasan tu. Encik suami aje yang dok belek setiap kereta dan motor yang ada dekat situ.

Aku dah surrender awal, sakit pula pinggang dok berdiri lama-lama. Bila aku dah surrender, yang lain-lain pun ikut surrender.

Encik suami macam tak nak balik! Entah apa yang menarik tentang kereta dan motor tuSeriously, tak faham!



Lepas tu kami ke Aeon Bukit Raja. Saja aje pun ke sini. Lagipun Encik suami nak cari kedai DIY. Dia kata nak survey barang untuk rumah baru kami nanti.

Entah kenapa aku tak berminat nak join sama. So nak mengelakkan kebosanan, aku ajak Afif dan Aisy ke Molly Fantasy. Lesap gitu aje duit dekat sini.

Tak apalah, janji Afif dan Aisy seronok. Bukan selalu pun (^_^)


Begitulah kami menghabiskan cuti hujung minggu kami! Tapi kalau tak ada kereta Angah, tak akan dapat juga kami berseronok hari tu. Thanks Angah!

That's it! Dah panjang sangat aku membebel ni. Oh ya, aku belum berkesempatan berkunjung ke "rumah" korang. Insya ALLAH akan dilakukan secara berperingkat.

Line internet dekat rumah aku ni teruk gila kebelakangan ni. Tension dibuatnya! Tu yang payah nak jenguk "rumah" korang. Hehe! Fakta ye, bukan alasan (^_^)

Take care korang, Bye (^_^)

36 comments:

  1. wah.. terasa meriahannya, si baby cute pun hepi je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, dia dekat molly fantasy tu baru happy
      sebelum tu dia macam blur =)

      Delete
  2. bye bye.. ehe.. wah ken main ye cuci mata tgk keta mewah... tk pe.. tak dpt bl dapat tgk pon dah ok.. ehe...
    seronoknye lepak kat mall.. shoping apa tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang bye-bye nyer kak izan
      tu lah kak, tak dapat bel, dapat berangan pun jadilah =)
      hehe, tak ada shopping pun kak
      saje je melepak =)

      Delete
  3. anak2 zura pun suka tol berkubang dlm bola2 tuh...rasa cm nk buat satu pool kt umh buh bola smp penuh, tp cm tk berbaloi plk..bola je pun dh mahal..hahaahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah zura, diorang suka betul dapat main dalam tu
      hari tu ada juga survey harga dia
      mampu milik, tapi takut papa diorang marah
      kalau rumah bersepah =)

      Delete
  4. Wow,yani vellfire tu..suami akk pun minat gak
    huhuu,selera tinggi..:P sbln 2k tu..mcm syg je duit,lau 500 sbln dpt bayo,4 kali tu..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...berangan je kak
      tak akan dapatnyalah kecuali bulan jatuh ke riba =)

      Delete
  5. wah.. ceria muka afif dan aisy bila dapat keluar rumah.. mahal sangat rm250k kereta tu yana, tak mampu aiza pun, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya aiza, happy diorang selepas beberapa hari terkurung =)
      memang mahal sangat! sah-sah tak akan mampu

      Delete
  6. tiada yg mustahil utk memlikik vellfire tu... hehehehe

    ReplyDelete
  7. vellfire tuu cayelah afif..apa2 pon yg penting dapat posing kann..

    akhirnya dapat juga kuar ye yana ! bak 2 ker 3 minggu lagi mau tak meroyan dibuatnya hehe..
    akak pon pastikan weekand kena kuar dari dapur hehe..

    ku tunggu muh datang!! pinjam sat ayat UAI :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kak, tak dapat kereta
      dapat posing dekat dengan kereta pun jadilah! hehe

      sungguh kak! ee, tak tahu nak kata apa
      rasa macam "hidup" bila dapat keluar =)

      Delete
  8. hehehe..pandai afif beranya ye sis...cantik pula sis snap gambar 'bigboss' tu (gambar ke7),macam pro lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dah terbiasa dok jadi model blog mama dia
      tu yang sikit sebanyak dah pro =)

      yeke cantik kak? kembang hidung ni kena puji
      kebetulan aje kot =)

      Delete
  9. Wuihhh, kompak dan akrab

    ReplyDelete
  10. Mak aih, macam mana boleh terlepas Fair nih.. Ini tidak adil! Arghhh!!
    Vellfire kak Yana? Mahal tu, memang tak dapatlah kalau saya.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...rugilah dah terlepas =)
      hehe...berangan aje gee oii
      tak akan mungkin dapat

      Delete
  11. Saya pun lebih kureng sama mcm laki Yana...tapi kadang2 tu kesian pula tengok muka bini yg keboringan bila tengok pameran auto ni...hehe.
    Sebut jer Jusco Bukit Raja tu...terus terkenanglah pula zaman muda belia. Dah terlalu lama tidak kesitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nama pun lelaki kan
      peliklah kalau tak minat benda-benda gini =)

      BM dulu dok Klang ye? curious saya

      Delete
  12. Wahh menarik ni.. tak tahu pula ttg event ni. Slalu juga ke shah alam tp atas urusan kerja shj.. dah lama rasanya tak berjalan sekeluarga ke sana.. Nice sharing.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik untuk yang minat pasal keretalah
      saya suka tengok aje, kejab
      lepas tu dah malas...hee

      Delete
  13. Wah, vellfire tu... kalau k nrl pun boleh berangan je laa... hehe... Samalah tu, kalau en suami k nrl pegi pameran2 camni pun, alamatnya bertapa lamalah kat situ...
    Comeyy plak tgk Aisy kat sini... Nama anak kita serupa, Aisy K nrl lelaki.... Afif plak ceria sungguh dapat keluar kan... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasal kak, berangan ajelah ye
      saya pun jadi kebosanan lama-lama kat situ, kejab okay lagi
      comel ye? hehe, bangga mama dia. ha'a nama diroang sama
      perasan juga time pergi blog akak haro tu =)

      Delete
  14. Kalo suami sy tgk nih memg meroyan die..hahaha

    ReplyDelete
  15. Samalah mcm hubby OKje...dia pun gila TENGOK bukan gila beli moto dengan kereta....hehe
    Lagi satu gadget gadget ni,.....kalau kat you Tube 10 kali ulang tayang hiho...Entah apa yg seronoknya OKje pun tak tau....lelaki mmg cenggitu kotYY

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sungguhlah okje kan
      pelik mereka ni, bersungguh-sungguh tengok tu
      memanglah lelaki kan =)

      Delete
  16. Selalunya tempat beginilah yang menjadi kunjungan lelaki. Lama-lama pun tak apa.

    ReplyDelete
  17. cuci mata pun terapi ngelak stress tau... hehehe so ok je pi jenjalan cuci mata...

    ReplyDelete
  18. seronoknya...bila anak seronok..kita pun rasa sonok kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu!
      keseronokan mereka kebahagian kita! =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...