Hari-Hari Tanpa Kereta (^_^)

11:20:00 pm Yana Yani 32 Comments

Daripada zaman anak dara, aku tak pernah lekat dekat rumah tiap kali cuti hujung minggu. Ada aje aktiviti yang nak dilakukan dan ianya berterusan sehingga dan ada anak.

Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri tentang istirehat. Terpulang pada diri masing-masing bagaimana nak merehatkan diri. Bagi aku, keluar dari kawasan rumah adalah istirehat. Hehe!

Setakat dok pusing keliling kawasan perumahan pun aku dah rasa okay, janji berada di luar kawasan rumah. Tapi semenjak si Merah pergi meninggalkan kami, langkah kami agak terbatas.

Sebenarnya dekat rumah ni ada aje kereta lain yang agak berusia dipinjamkan oleh Abah Encik suami. Tapi disebabkan dia dah berusia, aircond tak ada!

Dalam keadaan cuaca yang panas semacam kebelakangan ni, berada di dalam kereta tanpa aircond bukanlah satu cadangan yang baik. Terasa macam duduk dalam microwave. Hehe!

So buat julung-julung kalinya kami menghabiskan masa berkualiti di dalam rumah. Tak adalah teruk sangat pun. Tapi kesian pada Afif dan Aisy yang kebosanan. Hehe!

Diorang kadang-kadang macam "lost"


Bosan tengok TV, Afif ajak adik dia mewarna. Banyak tempat lain diorang boleh mewarna, depan pintu bilik juga pilihan hati. Mungkin dekat situ simbol ilham. Hehe!

  
Bosan dengan mewarna, Afif ajak adik dia main kedai makan. Dia suruh keluarkan warung mainan dia, tapi aku buat tak dengar aje. Kejam sungguh! Hehe!

Walaupun tanpa warung, "bisnes" Afif tetap berjalan seperti biasa. Terdengar dia dok sibuk melayan dan ambil order daripada "rakan imaginasi" dia.

Aisy pula jadi Pak Turut aje. Sekali sekala aku dengar dia kata, "Dah abis!" Mungkin Abang dia suruh masak makanan yang "diorder" tapi dia jawab dah habis! Hehe!


Bosan main kedai makan, diorang tidur. Bila cuaca dah agak redup baru kami bergerak ke rumah parent Encik suami. Barulah nampak diorang "hidup"

Keadaan macam ni mungkin akan berterusan untuk dua atau tiga minggu lagi. Tak mengapalah, sooner or later terbiasalah diorang dengan situasi ni.

Kena juga sedikit sebanyak ajar mereka tentang ilmu susah! Barulah kehidupan ni lebih dihargai. Tiba-tiba teringat lagu puisi Ahmad Ramli. Next time aku share lagu ni ye. Kalau rajinlah! Hehe!

P/S - Aktiviti blogwalking agak slow sedikit. Sorry ye (^_^)

32 comments:

  1. alololo comeinya afif... kecik2 dah ada bisnes eh... kedai makan pulak tu.... adiknya setia pulak jadi assistant.... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia memang dari pandai bercakap dok minat berniaga
      sebab terikut dengan mail cite upin ipin =)

      Delete
  2. besarnya oreo yang dia pegang tu.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tahu tu oreo? hehe
      dapat free time beli double pack oreo

      Delete
  3. tak per lepak2 kt umah pun, jimat duit sikit kan..kalau keluar kang ada saje benda nk dibeli.. hahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga kan...sekurang-kurangnya jimat
      duit untuk minyak kereta =)

      Delete
  4. Cuaca panas siang hari memang patut duduk dlm rumah aje...kalau kwmi wnak beranak memang biasa...malam baru keluar, itu pegi makan minum lepak menenangkan kebosanan.. Kalau 'patah kaki' memang mati akal dibuatnya..huhuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu kami keluar juga PCL
      ni sebab tak "berkaki' kan, memang terpaksa duduk rumah
      no choice...hehe

      Delete
  5. duduk di rumah pun dapat meluangkan masa berkualiti bersama mereka..
    amboi, nampak maju perniagaan kedai makan afif buat tu.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aje bila dah terpaksa aiza..hehe
      memang maju sangat sampai bersepah rumah =)

      Delete
  6. kecik2 dah pandai bisnes ye afif..bagus tu,

    akak ni pun dah lama tak bawa anak2 pegi jalan,nak pegi taman pun malas dgn cuaca mcm ni,si kecik tu pun da start batuk2 semalam..risau pulak dibuatnya.

    kat spital klang tu,bkn 1st class ...hehehe,tp wad tu mmg tak ramai sgt sbb adam duk wad mata bkn wad kanak2,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...terpengaruh dengan mail upin ipin kak

      aisy pun batuk berkahak sekarang ni, takut masuk wad lagi cam aritu
      cuaca sekarang, kena kurangkan aktiviti luar

      hehe...mana nak tahu
      akak tak cerita...hehe =)

      Delete
  7. Hmmm...kena bersabar lah jawabnya sis..tapi mesti ada plan nak tukar keta baru kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm...tengok rezeki nanti camne kak
      tak berani juga nak kata banyak =)

      Delete
    2. kereta encik hubby kathy ni dah uzur sis..tak boleh nak jalan jauh...:(

      Delete
    3. alhamdulillah ada juga kereta kak untuk bergerak ke mana
      saya pun ada, kereta abah mentua
      tapi payah sebab tak ada aircond...hehe

      Delete
  8. Apalah sangat duduk rumah...petang keluar juga, kira xduduk jugalah namanya tu...hehe
    Cuaca sekarang ni memang sesuai lepak dirumah jer. Cuma xbestnya menaikkan bil aje la...tapi jimat benda lain banyak! Bila agaknya dapat ferrari tu? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. BM ni suka buat saya tergelak tau
      kira duduk rumh jugalah tu, tak pernah sebelum ni tau...hehe

      hehe...betullah BM. bil api memang naik...hehe
      keta ferrari afif dah ada, cukuplah...hehe

      Delete
  9. nampak gayanyer mmg ' lost ' abes budak2 ni yana..maybe dorang dah biasa ada aktiviti tiap2 hujung minggu kan.. so, the choice Afif..bukak gerai makan hehe..kalau mama boring boleh join sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang kena join kak
      dia suruh makan apa yang dia masak...
      layankan aje =)

      Delete
  10. sabar yer kak.. tak apa duduk di rumah pun best jgk kan
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nak buat camne kan
      duduk rumah pun best juga =)

      Delete
  11. nasib baiklah ada adik beradik. cer sorang-sorang, mesti bosan.. hehe.. aisy malas nak masak ye...tu yg dia sebut dah habis tu.... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mau mati kutu gamaknya
      agaknya gee oi, kadang melayan diorang ni
      boleh tahan juga =)

      Delete
  12. Betul YY.....sekarang ni mmg panas betul ....nk htr budak sekolah pun rasa mcm bercinta sungguh....
    Betul okje pun sama....hujung minggu mmg pantang tak keluar rumah hehe...
    Kereta apa agaknya yek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, dugaan sungguh!
      saya pun selalu gak keluar tiap kali weekend
      tapi dah tak "berkaki" sekarang, payah sikit =)

      Delete
  13. wah nnt dapat kete baru..mesti berdezuppp tak lekat kat rumah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. camne tahu ni...hehe
      tu sudah pasti kak, balas dendam katanya =)

      Delete
  14. walaupun tanpa kereta tp ade jugak aktiviti anak anak kat rumah kan

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...