Nenas, Test dan Kek (^_^)

10:09:00 pm Yana Yani 21 Comments

Seumur hidup aku, aku tak pernah peel buah nenas. So bila Encik suami request masak lemak nenas, berpeluh juga dahi aku. Macamana ni?

Aku pernah tengok Abah kopek dulu, macam susah! Tu yang buat badan rasa macam nak demam aje! Masak lemak tu okay lagi. Memang aku dah selalu masak. Tapi nenas!

Mujur Encik suami tak request pajeri nenas, kalau tak confirm aku kena sawan! Hehe! Lama juga aku tenung buah nenas tu sebab tak tahu nak mula dari mana.

Aku bantai aje peel buah nenas tu. Sana luka, sini luka. Mungkin tak betul teknik aku mengopek. Bila dah berjaya, rasa bangga pula! Hehe!


Tiba-tiba Encik suami muncul dekat dapur, "Laa, Abang tak suruh pun kopek nenas tu canti-cantik. Nanti dimakan masak perut, keluar jadi tahi juga!"

"Memanglah keluar jadi tahi cik Abang oii, tak akan jadi emas. Ye pelik!" jawab aku pula sambil tergelak. "Lagipun kalau main kopek aje, bazir" tambah aku lagi menghalalkan cara mengopek tadi.

"Tu udang tu nak dicampur dalam ni juga ke? tanya Encik suami sambil menundik ke arah udang yang sudah siap dibersihkan.

"Ha'a, tak akan letak nenas aje. Macam pelik" jawab aku pula.

"Ye buatlah" kata Encik suami sambil berlalu pergi. Aku pula teruskan kerja memasak walau luka disebabkan nenas menyebabkan kerja memasak agak perlahan.

Hasil berhempas pulas mengopek nenas, terhidang juga masak lemak nenas! Seronok bila tengok Encik suami laju aje makan. Worth it luka tadi! Hehe!

  
Lepas makan tengahari aku kelam kabut pula bersiap untuk buat test undang-undang. Mujur dah ada yang boleh diharap, senang sikit kerja aku. Alhamdulillah!

  
Aisy pula sibuk nak menolong juga. Bila Papa melarang, dia menangis. Manja betul! Kena tegur sikit pun dah menangis. Ish, anak siapalah ni ye? Hehe!


Tapi sekejab aje pun dia menangis, lepas tu menjerit dah! Satu taman boleh dengar suara dia! Sebab tu Papa dia panggil dia budak manjah! (Manja dalam bahasa Jawa)


Lepas dah settle semua kerja rumah. Aku berkejar pula ke Pusat eKhidmat, MYEG Klang yang terletak di Rantau Panjang. Kira tak berapa jauh dengan rumah aku ni.

Aku nak bagi teguran terbuka pada pihak pengurusan MYEG. Sila pastikan semua staff diberikan latihan khidmat pelanggan. Jangan ingat semua yang datang tahu apa mereka perlu lakukan.

Kalau ye pun nak tengok YouTube atau Facebook, layanlah customer semesra boleh. Itulah gunanya khidmat pelanggan. Lagipun perkhidmatan anda, kami bayar! Harap maklum!

Mungkin sebab hati bengkak dengan customer service yang pandang semua orang bodoh, aku dapat 42/50 aje! Ish, suka-suka hati aje nak salahkan orang! Hehe!

Tak apalah, janji LULUS! Minggu depan buat amali pula, lepas tu dapatlah L! Hehe!

Disebabkan dah lulus, aku nak reward diri aku sendiri! CehwahHehe! Tapi sebenarnya lebih kepada teringin! Dua tiga hari ni dok berceita pasal kek aje, tu yang buat teringin.

Aku buat kek memang boleh tahan jugalah, tapi tak adalah sehebat Angah! Hehe! Jadilah kan? Sekurang-kurangnya jadi juga kek bukan jadi kambing! Hehe!


Tapi moment paling best bila dok tengok anak-anak suka dengan hasil daripada air tangan aku. Semua yang rasa tadi pun kata sedap. Tak sampai satu jam, kek tu habis dimakan! Bangga beb!


So begitunya cerita tentang nenas, test dan kek! Semua benda yang berlaku pada aku hari ni dan yang pasti pengalaman yang tak boleh dilupakan.

Okay korang, chow dulu! Nak layan Afif dengan dia punya dinosour pula. Aisy dah lama beradu! Selamat berhujung minggu! (^_^) 

21 comments:

  1. ok la sis kupas nenas tu..cantik jer kathy tenogk..masak lemak dan kek tu sedap pula kathy tengoknya..nyum..all the best sis,kat sana kelas memandu kena bayar berapa sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay ye camtu? hehe...baru belajar
      based pada pendapat yang rasa, memang sedap. hehe
      terima kasih kak
      alahai, tak berapa tahu sebab bukan saya yang bayar...hehe
      tapi kalau tak silap tak sampai 950

      Delete
  2. Macam tak percaya je tak pernah kupas nenas...hehe, sampai luka2! Tapi hasilnya nyum2!
    Begitu juga dgn kek...kalau dalam 1jam dah licin...memang sedap sgtlah tu!
    Selamat belajar memandu...jgn dilanggar segala benda dah lah ye... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang menyebabkan BM tak percaya saya tak pernah kupas nenas ni
      sungguh! memang first time.
      luka sebab tercucuk mata nenas tu, sampai sekarang rasa ngilu lagi

      based pada pendapat yang rasa, memang sedap! nak ke? hehe
      adeh, terburai perut saya dok gelak baca statement BM ni
      cer bagi semangat sikit, tu bukan semangat!

      Delete
    2. Kalau ada sesiapa yang tak biasa kupas nenas boleh guna alat ni masa nak buang duri-duri nenas tu. mungkin boleh membantu dan memudahkan kerja - Alat buang Duri Nenas

      Delete
  3. aiza tak reti juga kupas nenas, hehe.. selalu mak aiza buatkan.. aiza suka makan pajeri nenas, makan mesti bertambah..
    itu la, PR sesetengah khidmat pelanggan mereka memang menyedihkan.. harap pihak MYEG ambil perhatian..
    memang nampak sedap kek tu yana.. pandai membaking.. amboi, afif makan sorang-sorang je.. auntie aiza nak sikit.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nanti suatu hari mesti kena kupas juga
      saya fail lah masak pajeri, kena belajar awal-awal ni

      tulah aiza, saya first time berurusan dengan diorang
      tapi sakit hati betul dengan servis yang diberikan

      nampak pun dah sedap, belum rasa lagi tu...hehe
      saya memang minat baking ni aiza
      cuma tak ada kelengkapan aje, asal nak baking memang rumah mak di tuju
      afif punya sedap, makan sikit punya banyak!

      Delete
  4. Akak pun x pernah feel nenas.hahaa..alhamdulillah dah lepas test undang2..da bole start bawa kereta ni..caiyokkk yana..rajin betul buat kek.mood akak da ilang pulak nk mentry.hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kita sama kak! tapi saya dah ada pengalaman sikit dah ni
      tulah, alhamdulillah syukur sangat
      lagi sikit nak gagal...hehe
      hehe...belum boleh lagi kak..kena belajar lagi

      saya memang suka baking, tak ada kelengkapan aje =)

      Delete
  5. waah... kek tu, rajin anak akak menolong ye, baju gegurl tu sama dengan sufi punya baju, tapi sufi putih.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bolehlah sikit-sikit
      yeke sama, hehe

      Delete
  6. akak suka masak lemak nenas tu...sedap3

    anak akak suka makan kek tp mama dorg ni x sempat2 nak membuatnya lg..bizi sgt katanye

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru 1st time masak
      budak mana tak suka makan kek kak
      saya pula tak ada kelengkapan...hehe

      Delete
  7. haha..yana ! gelak akak baca n3 yana bab kupas nenas tu..mmg cantik arr alur2 yg yana buat kat nenas tu..akak pecaya kalau yana tak pernah kupas nenas..sebab cara yana peel nenas tu macam nak makan cecah ngan kicap hehe..cantik beralur ! tu yg hubby yana dok tegor :)

    see!..kata tak pandai buat kek..! cantik tu kejadian kek yana..colorful lagi...kreatif tu..of coz lah dorang suka..budak2 kan suka yg berwarna warni tu yg menarik perhatian dorang..and most importantly, he certainly taste yummy kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pula tergelak baca statement akak...hehe
      mana saya nak tahu kak, saya ingat Abah dulu peel gitu
      saya pun buatlah...hehe

      saya tak kata tak pandai, tak mahir aje...hehe
      tu yang buat semangat nak buat lagi kak...hehe

      Delete
  8. Cantik dah tu peel nenasnya....okje mmg tak pandai kopek...malas pun ye nasib laki okje tak pandai nk request macam macam...hehe syukur!...
    Anak pun tgh nk belajar keta minggu depan lesen L pun dah dpt!
    Kat rumah ni kek kurang laku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya pun baru tu lah first time dok kopek okje
      sebelum ni tak pernah pun...nak menangis rasanya
      yeke...hehe, samalah

      dekat rumah saya ni semua budak lagi, tu yang laku =)

      Delete
  9. Salam kak,heheh..tetiba masuk entri ni,sebab tergoogle. panjang ceritanya la..
    orang lelaki kupas nanas apasal cantik ,kita buat haru betul,kekadang kulit dengan isi terpotong ,sudah.tinggal berapa percent ja isi yang boleh dimakan. hahaha

    p.s/ tapi kan,staff dekat myeg rantau panjang mmg em.... em em.. sikit. huhu..
    dah lepas semua ujian,dah lega dah.

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...