Terima Kasih Daun Keladi (^_^)

11:39:00 pm Yana Yani 26 Comments

Beberapa hari lepas aku publish cerita mengenai Makna Disebalik Lagu. Tak sangka sebenarnya apabila cerita yang dikupaskan tu menarik minat ramai.

Cerita tu juga menjadi antara top five cerita paling popular dalam blog aku ni. Tapi kalau tak kerana BM, (bukan Bahasa Malaysia ye. Hehe!) semua ni tak akan mungkin jadi.

Blogger yang mempunyai lebih 1 juta pembaca tu memberi ulasan tentang cerita yang sebenarnya dikupas dan digilap berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Disebabkan ulasan tu, banyak back link yang aku dapat. Terharu, bangga, semua ada! Perasaan yang tak dapat diungkap atau dilafazkan dengan kata-kata.

TERIMA KASIH saudara Bin Muhammad kerana mengangkat blog aku ni ke perhatian pembaca Relaks Minda. Aku amat menghargainya. Sekali lagi TERIMA KASIH!

TERIMA KASIH juga pada Kak Izan sebab ada menyelitkan nama aku untuk ulasan cerita yang sama dalam blog dia. Dia ni pun antara pengomen tegar blog ni macam BM (^_^)

Sebenarnya cerita dalam blog aku ni adalah hasil garapan aku sendiri berdasarkan situasi atau perasaan aku pada sesuatu cerita tu. Itulah juga antara sebab aku menjadi seorang blogger.

Menariknya, semua cerita yang aku ulas tu mempunyai pageviews paling tinggi berbanding dengan cerita peribadi aku. Antaranya Siapa Mustafa Kamal Ataturk dan juga Deep Web.

Tapi pageviews untuk cerita peribadi aku yang paling tinggi adalah Abang Hebat yang aku percaya dicari oleh mereka yang berfikiran "kotor". Malu pula nak cerita apa yang mereka cari.

------------------------------------

Aku juga nak ucapkan terima kasih kepada Kak Kathy Arbain. Dia adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku kepada blogger lain.

Selain daripada tu, dia juga orang yang bertanggungjawab dok adjust blog aku ni. Aku apa sahaja pasal IT atau yang sewaktu dengannya memang agak blur. Hehe!

In fact, cursor dan watermark tu juga merupakan pemberian dia. Hubungan yang dibina di alam maya ni juga memberi satu ikatan persahabatan yang amat bermakna.

TERIMA KASIH kak!


---------------------------------------

Tak lupa juga kepada Fiza Ismail. Dia ni adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku pada dunia blogging. Kalau tak kerana kesanggupan dia mengajar aku, blog ni tak akan wujud.

Fiza Ismail mengajar aku dari A sampai Z dunia blogging ni. Sehingga aku mampu berdiri di atas kaki sendiri. TERIMA KASIH untuk segala ilmu yang Fiza berikan.

Tak mampu aku balas tapi hanya boleh TERIMA KASIH untuk segalanya. Oh ya, dia ni sebenarnya merupakan colleague aku (^_^)

---------------------------------------

TERIMA KASIH juga kepada Kak Azie yang merupakan penyumbang referring URLs paling tinggi pada blog aku ni selain daripada Fiza Ismail.

Selain daripada mereka berdua tu, Kak Atien, Aiza, saudara Muhammad Khairuddin Lim (MKL) dan juga Cikgu Helmi juga merupakan penyumbang reffering URLs tertinggi blog ni

TERIMA KASIH kerana meletakkan blog ni dalam senarai bloglist korang

--------------------------------------

TERIMA KASIH juga kepada pengomen tegar blog ni, terutamanya komen daripada Kak Roha yang sentiasa buat aku tergelak sorang-sorang.

TERIMA KASIH kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk mengomen setiap cerita yang diterbitkan. Walau tak dapat nak listkan semua nama, tak bermakna aku tak hargai.

Daripada komen yang tak lebih daripada 10 patah perkataan sehingga yang berperenggan, semua aku balas sebagai tanda menghargai komen korang.

Last but not least adalah pembaca blog ni. Walau tidak meninggalkan sebarang jejak, aku amat hargai setiap kunjungan korang

Terutama untuk Annur, adik aku yang rajin singgah tapi tak rajin tinggal jejak. Hehe!  

Yang pasti TERIMA KASIH DAUN KELADI (^_^)

26 comments:

  1. All the best Yana.. semoga terus sukses ye.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara khir
      hargai kunjungan saudara khir
      Amin =)

      Delete
  2. sama sama kasih... wah entry menyentuh perasaan... tak sangka kan dgn ber blog pon kita dapat merapatkan ukhwah... saling tolong menolong dan menghargai ..

    :).. mg lepas ini makin rajin menghasilkan entry yang top top kebabomm bom bom lagi... ehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak izan, secara tak langsung
      kita telah membantu antara satu sama lain
      ia juga menjalin ikatan ukhwah sesama kita =)

      hehe...tak de sampai kaba bom
      kang hangus lagi naya...hehe

      Delete
  3. Eh..nama akak pun ada,x sangka lak selalu ke sini..hehee..sama-sama daun keladi,insha allah dtg hari-hari.:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ada...memang akak antara yang selalu ke sini
      terima kasih ya, terharu dengan sokongan akak =)

      Delete
  4. sama-sama kasih yana.. terima kasih juga kerana yana pun selalu singgah di blog aiza.. bersama kita menyokong antara satu sama lain.. kadang tu aiza rasa persahabatan di alam maya terasa lebih mesra.. semoga persahabatan kita semua akan terus berkekalan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kasih
      Sokongan antara satu sama lain lah yang
      memberi dorongan dalam menulis sesuatu entry
      Betul aiza, kadang lebih rapat daripada kenalan dunia nyata
      Itulah harapan saya juga =)

      Delete
  5. byknya terima kasih... hehehehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...dapat daun keladi pun jadilah...haha!
    Sebenarnya saya yg perlu berterima kasih kerana saya main cilok cerita dan buat entri sendiri...tapi tidaklah copy paste jer...hehe. Sekadar menyambungkan apa yg disampaikan, semoga ramai yg mendapat manfaatnya. Teruskan berkarya dgn kisah2 menarik dgn cara tersendiri! Kisah dan gaya penceritaan anda antara yg amat menarik dibaca!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke BM? ni yang buat lagi terharu ni =)
      hehe

      Delete
  7. Tak sangka nama kathy pn terselit sekali.tak perlulah sebut pemberian yang kecil tu sis.erti persahabatan amat bermakna berbanding yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama akak mesti kena ada dalam senarai
      tak ada akak, belum tentu saya jadi seperti saya sekarangt =)
      kecil pada akak, besar pada saya!
      saya amat hargainya =)

      Delete
  8. Oh ya ke.. macam tak percaya pulak, blog saya menjadi penyumbang reffering urls di blog ni. Apa-apapun tahniah kerana selalu berkunjung ke blog saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ye cikgu
      terima kasih pada cikgu juga ye =)

      Delete
  9. ahlhamdulilah.. rakan-rakan blogger sangat membantu ^_^ moga di permudahkan urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lah acik, mereka memang amat membantu
      amat terharu =)

      Delete
  10. yana! akak sambung noh..terimakasih daun keladi if ada n3 sure ku terjah lagi dan lagi..komen !! oohh pasti :D
    terharu akak u ! terimakasih jugak buat yana selalu berkunjung balas keblog akak..komen tak usah citer panjang berjela but i like sangat..rasa dihargai setiap apa yg akak update thanks dear !

    upss..akak suka mai sini sebabbb..yana rajin balas komen... betul !! tak tak tipu akak ikhlas puji ni hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...akak ni kan memang penceria hari sayalah
      suka dok baca komen akak =)
      kita tolong satu sama lain eh =)
      terima kasih sesangat =)

      Delete
  11. silaturrahim dalam dunia bolgging ni mmg tak disangka-sangka kan? ramai je blogger yang prihatin... dan saling membantu tanpa kita sedar.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah kak nora
      hubungan tu kadang dalam dunia maya ni
      lebih rapat dari dunia realiti
      semangat tolong menolong tu amat dihargai =)

      Delete
  12. Ada sebahagian yg saya kenal, sebahagian lagi tak. Hehe.
    Apapun, suka berkunjung ke sini, sebab bahasa kak Yana.
    Heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahasa akak? hehe
      pelik tu, cer elaborate sikit

      Delete
  13. Seronok bila menghargaikan YY.... Ni baru betul namanya kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan kita hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betul!
      saya teramat setuju statement tu okje =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...