Angah: Dia Adik Aku (^_^)

12:15:00 am Yana Yani 18 Comments

Time aku dok published gambar kek masa cuti CNY tempohari, ramai dok tanya siapakah gerangan tukang masak. Sebab masing-masing teruja tengok gambar tu.

Tu hasil air tangan adik aku, Angah! Sebenarnya itu bukan first time aku letak gambar makanan yang Angah masak. Banyak kali juga dah cerita sebenarnya

Cuma mungkin dulu aku belum dikenali dalam kelompok blogger berbanding dengan sekarang. Cehwah, ayat! Macamlah kau popular Yana wei! Hehe!

Berbalik pada cerita Angah tadi, dia adik aku yang pertama sebab tu nama dia Angah! Hehe! So dah confirm aku ni Along kan. Antara adik-adik yang lain, memang aku rapat dengan dia.


Mungkin sebab jarak usia yang tak jauh. Dua tahun aje perbezaan kami. Time sekolah dulu aku selalu jadi bodyguard dia. Orang takut nak dekat dengan dia sebab aku.

Aku garang katanya. Hehe! Mana tak garang wei. Mak Abah aku dulu pesan, kalau apa-apa jadi dekat adik. Aku yang kena dulu. Seram!

Tu yang jaga dia semacam tu! Tak rela kena rotan beb! Aku punya prinsip dulu, aku pukul korang dulu sebelum aku kena pukul. So don't play-play! Hehe!

Angah memang ada bakat semulajadi dalam bidang masakan. Padahal dia tak pernah menghadiri sebarang kelas masakan setahu akulah! Hehe! Cuma buku resepi memang berlongok dekat rumah!

Dekat bawah ni adalah sebahagian gambar kek yang dia pernah masak. Yang lain aku tak ingat dekat mana aku simpan. Yang untung, kitoranglah sebab dapat makan! Hehe!


Sekarang ni dia kerja dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Banyak benda pasal kesihatan atau macamana nak bezakan antara houseman dan medical officer, aku tahu dari dia.

Masa dia buat degree dia dulu, dia masih lagi kerja dengan jabatan kerajaan tu. Tabik spring juga dekat dia sebab berjaya mengenggam segulung ijazah walau hanya separuh masa.  

For the time being, dia masih lagi single and available! Jodoh dia belum sampai bukan sebab jual mahal atau sebagainya. Tak adil bila mengatakan dia memilih.

Tak ada siapa dalam dunia ni yang tidak ingin mempunyai teman hidup. Apapun kami semua memang berharap dan berdoa dia menemui jodoh supaya boleh mengubat segala lara di hati.

One thing for sure, dia adik aku dunia dan akhirat (^_^)

18 comments:

  1. Mcm model iklan gigi lah..hehee..22 manis dgn senyuman..single lagi..sikit lagi sampai lah jodoh tu,nanti buat kek weeding sdri erk..kem salam kat angah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. model iklan gigi ye...memang hobi kitorang tersengih aje...hehe
      amin! itulah harapannya kak wei
      tuan empunya badan pun baca blog ni...
      biar dia aje yang jawab...hehe

      Delete
  2. ni gupernyer chef kuage yana..pandai angah menghias kek..nice!! secantik tuannyer..then kreatif orangnyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah orangnya kak...hehe
      memamg orangnya ada bakat...tak boleh kata apalah
      cuba kalau suruh saya, entah jadi apa...hehe

      Delete
  3. comel adik yana.. sebaya dengan adik aiza la umurnya.. memang cantik kek yang angah buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sebaya, adik kita pun sebaya..
      elok lah tu...hehe

      Delete
  4. cantik2 decorasi kek dia buat..kompom sedap nih..orangnye pun cantik..manis je senyum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam zura jugalah kan...bila dah kreatif
      semua benda boleh jadi =)

      ni kalau orangnya baca...mesti senyum meleret =)

      Delete
  5. ooo...adik erk..lain muke die...tgn berseni nih..pandai die buat kek

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a lain, dia lawa sikit...hehe
      tu la pasalnya =)

      Delete
  6. suka tengok kek yg pakai baju krim tu..susah nak buat kalau tak betul² fokus..hmm..cantik adik sis ni,boleh jadi adik ipar kathy ni..hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya, kena fokus dan kreatif...hehe
      ni kalau orangnya baca...tak tahulah dia kata apa
      saya ok je...hehe

      Delete
  7. ukhwah antara adik beradik..sweet..hehe..=)

    menarik sgt kek2 tu..pandai nye buat..nk belajar jugak..eheh..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...anak beradik memang kena gitu kan =)

      kalau nak belajar ye boleh aje...hehe

      Delete
  8. cantiknya adik kak Yana, pandai memasak pulak tu..
    beruntung sapa jadi husband dia.
    heee.. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak long dia cantik, ye adik dia cantik! hehe
      beruntung-beruntung =)

      Delete
  9. Kalau saya belum berpunya...ingin juga berkenalan dgnnya, hehe,,,Buleh kak long!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau belum berpunya, boleh aje!
      digalakkan sangat!
      tapi sebab dah berpunyakan...list paling akhir sekali
      hehe =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...