Kau Pukul Anak Aku! (^_^)
Selama enam tahun bergelar seorang Mama ni, jiwa aku agak sensitif apabila melibatkan anak-anak. Hati mudah terguris. Tak kisah apa sahaja pun, memang sensitif!Tapi aku rasa bukan aku seorang aje yang macam tu. Rata-rata mereka yang bergelar ibu ni memang berperasaan begitu. Sensitif pasal anak.
Beberapa hari lepas ada aku ceritakan yang aku mengalami backache dan diberikan cuti rehat selama dua hari. Sepanjang tempoh tu duduk rehat dekat rumah aje terutama hari pertama.
Memang tak larat nak bangun. ALLAH aje yang tahu rasa sakit yang ditanggung. Afif pun tak ke sekolah hari tu buat pertama kalinya sebab aku tak larat nak hantar. Tapi dia memang suka!
Bangun aje dari pembaringan, aku nampak sarapan yang dah dibeli Encik suami. Jarang dia beli sarapan tiap kali dia kerja malam sebab aku memang akan buat sarapan.
Tapi hari tu, mungkin dia tahu kesihatan aku tak mengizinkan.
Aku tak berapa lalu nak makan. So bungkusan nasi lemak tu aku letak di atas meja yang sebenarnya agak tinggi daripada jangkauan Afif dan Aisy kecuali kalau mereka memanjat.
Nak dijadikan cerita, dari jauh aku nampak Aisy memanjat meja tu cuba mencapai bungkusan nasi lemak. Tengah sakit tu, aku berlari selaju mungkin cuba menghalang Aisy menarik bungkusan tu.
Tapi tak sempat. Tumpah habis nasi lemak tu ke atas lantai. Encik suami yang kebetulan berada tak jauh dari situ tanpa banyak bicara terus memukul Aisy. Sentap aku!
Dalam hati aku jerit, "Kau pukul anak aku!"
Rasa nak debik balik aje orang yang memukul tu. Geram!
Aku pukul anak aku tak apa, tapi kalau orang lain pukul anak aku atas alasan apa pun memang aku sukar nak terima hakikat. Walaupun dalam kes ni melibatkan Encik suami.
Satu rumah bergegar dengan jeritan Aisy yang mungkin sakit, mungkin takut dan apa sahaja kemungkinan. Luluh hati aku ni seorang Mama bila dengar anak menangis macam tu.
Sempat lagi ambil gambar walau niat asal nak memujuk dia. Aisy memang suka tengok gambar sendiri. Selalu perasan comel.
"Tangannya ligat betul! Tak serik-serik! Berapa kali nak kena pukul?" bebel Encik Suami pada Aisy yang masih dalam esak tangis.
Aku diam seribu bahasa walau sukar nak terima hakikat. Aku tak pernah menegur Encik suami didepan anak-anak. Tujuannya lebih nak anak-anak menghormati status Encik suami sebagai Papa.
Selalunya bila anak-anak tiada berdekatan baru aku menegur. Biasanya tiada sebarang reaksi diberikan tiap kali aku menegur. Tak tahulah dia terima atau tidak teguran tu.
Aku berusaha memujuk lagi Aisy yang masih lagi memangis. Sambil tu aku cakap, "Papa pukul sebab Aisy salah. Kalau tak salah Papa tak pukul"
Aisy diam tak lama lepas tu sebab dapat main buih sabun yag keluar dari mesin basuh. Time tengah hati tak tenteram, aku terlupa berapa kuantiti sabun yang perlu dimasukkan.
Tu yang tinggi melangit aje sabun. Tapi benda tu lah yang buat Aisy diam
Afif pun tumpang sekaki main. Masa Adik dia menangis aku terdengar dia kata pada Adik dia, "Tu lah, kan Papa dah marah"
Tengahari tu Encik suami nak bawa aku ke klinik so anak-anak kena ditinggalkan sebentar dekat rumah Mak. Encik suami cuba mendukung Aisy yang pada mulanya tak mahu dekat dengan Papa dia.
Tapi terpaksa juga bila Encik suami tetap mendukung dia walau dia tak mahu. Sambil tu Encik suami cuba bermain dengan Aisy. Mungkin cuba memujuk.
Terdengarlah hilai tawa Aisy dalam pangkuan Papa dia. Aku pun senyum dengan telatah dua beranak tu. Tak lama lepas tu Encik suami mencium kawasan yang dia pukul tu beberapa kali.
Sebak seketika bila dia kata, "Papa sayang Aisy tau. Papa tak suka Aisy buat perangai macam tu. Aisy perempuan. Orang perempuan kena lembut bukan kasar"
Kami berdua memang mempunyai pendekatan yang berbeza dalam mendidik anak. Macam aku, aku percaya dengan cara lembut baru anak dengar.
Tapi Encik suami percaya dengan kekerasan baru anak lebih berdisiplin. Langgar arahan dia memang sengaja cari penyakit. Main tetap main, disiplin tetap disiplin! Tu principal dia.
Aku tahu walau dia garang macamana pun, dia tetap sayang pada anak dia walaua kasih sayang tu ditunjukkan dalam cara yang berbeza.
Cuma aku, aku rasa sampai bila-bila aku akan sensitif tiap kali melibatkan anak. Yelah, Mama kan!
Perasaan ibu itu hak kita. Kita berhak untuk rasa sebegitu. Cuma diharap perbezaan cara itu akan memberikan hasil yang sama iaitu kasih sayang dan didikan menjadi sempurna.
ReplyDeleteAnak masih kecil la kita nak garang sekali sekala. Dah besar, garang pun kadang2 tak bermakna dah.
itulah harapan setiap ibubapa ni
Deletekasih sayang dan didikan yang sempurna untuk
menjadikan mereka insan terbilang =)
cuma amat sukar menerima hakikat apabila anak disakiti
at least bagi saya =)
naluri seorang ibu memang begitukan yana.. bila anak sakit kita pun terasa sakitnya juga.. bagus yana tak tegur suami kat depan anak-anak.. bila dah besar sikit nanti tentu mereka akan faham ayahnya marah bukan kerana benci tetapoi kerana sayang..
ReplyDeletetulah kan aiza, rasa macam kita juga kena pukul
Deletememang saya berusaha untuk tak menegur dia didepan anak-anak
bimbang tindakan tu akan hanya mengeruhkan lagi keadaan
baru perasan aiza komen ada typo.. hehe..
Deletebetul tindakan yana tu.. jangan mengeruhkan lagi keadaan..
tak mengapa typo error tu, tak begitu perasan
Deleteboleh tutup mata lagi...hehe
saya lebih garang dengan anak saya berbanding asben tapi bila asben marah anak saya memang kita sebagai mak terasa & rasa tak puas hati. sebab saya memang akan sensitif bila orang cakap pasal anak saya.. saya dah kurang atau sekarang memang takde langsung cerita perkembangan anak saya kat blog. even dalam 10 yang mendoakan kebaikan.. kalau datang 1 pun yang mengutuk anak saya tetap bg kesan pada saya.
ReplyDeletepatut dah lama tak ada cerita pasal lala
Deletetu lah kan, memang sedikit sebanyak mengganggu emosi
kita ni sebagai ibu kan
ye la budak2.. kdg2 kita sbg mak ni, or ayah ke.. kdg2 kita geram kalau pasangan kita tu konon marah sgt ke anak kita tu.. tp kalau kita lak yg buat kita lak yg tak sedar,.. hihi
ReplyDeletehehe...saya tahu dia mendidik
Deletetapi saya ni cukup terkesan bila amak disakiti
Huhuu..akak x de la sesensitif cm gtu..ok2 je.nk didik ank x boleh nk lembut je,ada masa perlukan ketegasan.bila ank kena pukul dgn ayahnya mmg x perlu tegur suami ketika itu di depan anak2 kecuali pukul yg melampau..nk terus pujuk tengah ank menangis ketika tu biar sambil memberi peringatan..sbb ini dan itu maka akan di hukum..jika kita pujuk..alo..alooo..cayang mama..papa buat ea..meh cni kat mama..mama sayang smbil peluk cium ank tu..pd akk tu cara yg x betul..sbb nnt ank akn mind set yg dia boleh buat apa je sbb mama akan membela dia..takut jd melampau manjanya.yg susah kita nnt bila ank2 mula besar.sekian,,hanya pndpt akak je=)
ReplyDeletesaya tak adalah buat gitu kak
Deletesaya pun diam aje tak de pun dok buat gitu
sebab memang dia salah pun, cuma saya kata saya tetap terkesan
walau tindakan en suami untuk mendidik, saya tak cukup kuat menerima
biasa kalau anak-anak kena marah or kena pukul, saya memang dok jauh
tak dekat sebab takut saya pun menangis...hehe
Kalau OKje mungkin tak berapa nak kisah kot sebab tau yg suami tu nak mengajar....
ReplyDeletebukan nak mencederakan... tengok sebab dan musababnya. Bagi Okje kadang kadang budak ni kena jugak dimarah atau dipukul supaya mereka tau bila masa mereka buat tu salah atau betul. Depand jugak pada bebudak... Apa pun setiap tindak tanduk ibu bapa memarahi tu bukan benci tapi sayang!
hehe...saya tahu dia nak mengajar
Deletecuma saya kata saya ni terkesan bila anak dipukul walau apa sebab pun
tak sampai message yang saya cuba sampaikan ni...hehe
Ke Okje yg lambat pick up ni YY hehe
Deletehehe...idaklah sampai lambat pick up
Deletelain pemahaman aje...hehe
K nrl ingat siapa yang pukul tadi... k nrl pun kekadang macam tu, tersentak jgk bila en suami marah anak2... tapi bila pikir balik bukan dia tak sayang anak, ade sbab dia marah anak tu... kalau kita berlembut je ngan anak2 pun x boleh juga, sorang lagi kena tegas... ^__^
ReplyDeletehehe...tajuk ni entry ni cam gimik aje kan
Deletetahu dia sayang, cuma yelah
kita kan mak, mudah sentap
yang tu saya stuju, perlu ada yang tegas dan lembut
idak tak jadi apa =)
anjat boboy ! ingat anak yana kena pukul or dera kat sekolah tadi..tajuk n3 buat surprised akak jer tau!
ReplyDeletesama la ngan akak yana..if akak yg pukul sampai haru biru..takper! but orang lain or abah diaorang memang sentap la..seriously geram sangat..dalam hati dok kata ingat senang aq nak kuar kan budak ni ! uiss kaso bahasa hehe..dah geram semua lepas hehe..dalam hati jer tu..:)
maybe..disebabkan kita yg melahirkan diaorang .. rase susah payah bertarung nyawa nak bersalin..so, tu yg buat kan kita cepat terasa if ada yg pukul anak kita..naluri seorang ibu kuat sungguh pengaruhnyer kan yana! uiss panjang beno komen aq ni! :)
tak payah terperanjat...hehe
Deletetulah kan, kita dok mengandungkan diorang selama lebih 9 bulan
senang-senang pula orang lain nak tibai ye dak
saya pun sama kak, dalam hati aje
kang cakap berdepan, kita pula kena tibai...hehe
saya setuju akak kata gitu =)
yana mcm lieya laaa...lieya pukul anak takpe, tapi jgn orang lain termasuk husben sendiri....kite ni mak yg mengandungkan die so takpe kalo kite yg pukul tapi jgn org lain...uihh boleh sentap woo ngan laki sendiri ......tapi tu laaa dieorg pun pukul sebab bersebab....hope anak2 kite jadi insan yg berguna kan yana ...amin...
ReplyDeleteyana dah ok ke tu....hope dah sihat sepenuhnye yeak....
sama kita eh? tulah kan lieya, kita jadi sakit hati kalau
Deleteorang lain buat apa-apa, tapi kalau kita sendiri tak apa...hehe
tu saya memang tahu, diorang tak akan pukul tanpa sebab
cuma touching lieya weii =)
sihat dah alhamdulillah =)
Sekarang jarang tengok bapa yang garang, selalunya ibu yang garang. Anak2 selalunya takutkan ibu dari bapanya... ini yang biasa saya lihat lah. Bagi saya, elok bapa garang, tapi betempatlah... Macam bapa kita dulu2! Penampar pun boleh kena...hehe, tapi kita tau, bukan tidak sayang tapi kalau dah buat salah, kenalah!
ReplyDeleteyeke BM, sape kata ni..hehe
Deletekebanyakkan yang saya kenal semua kata bapa yang garang
tapi yang komen dekat sini sebaliknya pula =)
tapi betullah BM, bapa kita dulu garang ye
penampar naik kat muka...ambik kau
tiada soal bicara dah! hehe
kathy lebih garang berbanding abah diorang ni..tapi kalau sesekali abah diorang marah anak²nya pandai pula kathy sentap..hehehehe.
ReplyDeleteyeke...tak nampak garang pun..hehe
Deletemuka suami kak kathy yang nampak garang
tapi memang biasa perasaan tu pada kita seorang ibu kan kak =)
kita pn rasa nk marah kalau org pukul ank kita..even suami sendiri.
ReplyDeleteselalu pesan kat diri sendiri..biar tak terbawa emosi
sayang anak tangan-tangankan
mestilah marah, anak kita kan...hehe
Deletesebab sayang kita tangankan diorang
tujuan nak mendisiplinkan aje
apa pon jangna terlalu ikut emosi mungkin marahnya sebagai pengajaran ..
ReplyDeletetapi janganlah teruk2..
kalau teruk jadi kes polis acik wei...hehe
Deleteinilah naluri seorg ibu, mungkin berpunca daripada keperitan 9 bulan mengandung berbanding bapa. Tapi, walau apapun pesan org2 tua ,sayangkan anak tangan-tangankan tetap releven.
ReplyDeletebetul tu, sebab sayangkanlah kita tangankan diorang =)
Deletetapi macam saya ni seorang mama, anak kena tibai camtu
sakit hat! =)
itulah pasal....
ReplyDeleteMungkin didikan berbeza sebegitu lebih baik buat anak-anak. cuba tengok cerita Anakku Sazali, dek sayang sangat anak dia sampai tak pernah pukul pun last-last anak dia jadi apa... Nak sayang tu boleh, tapi kalau buat silap kena marah juga kadang-kadang. hehehe.. tapi saya suka cara kak Yana dan suami kak Yana mendidik anak. walaupun kontra, tapi itulah yg terbaik. en.Suami dengan caranya kerana dia Lelaki dan kak Yana dgn kelembutan kak Yana, kerana kak Yana perempuan.. ^^
ReplyDeleteautomatik saya teringatkan kes yg berlangsung di Sweden sekarang, bagaimanalah agaknya nasib mereka ye.. ):
kan gee kan, kena marah sebab salah
Deletetapi cam akak ni sebab dah jadi mama, anak kena pukul walau diorang salah
sentap ooo! kau tunggu kau jadi mama nanti kau faham perasaan akak ni =)
biasa dalam hubungan suami isteri memang akan wujud sifat kontra
sebab tu kita saling melengkapi, betul dak? =)
yang macam kes dekat sweden tu, undang-undang diorang melarang
macam satu kes penderaan kalau dekat msia
sweden mementingkan hak anak-anak
kes masa berlangsung, wait n see
jujurnya simpati dengan mereka
terbalik lah pula ye
ReplyDeletetapi tak apalah dak, at least ada seorang yang diorang takut =)
kadang2 zura pun pernah terpukul anak2 bila dh hilang kesabaran sgt. lps terpukul tuh, bila tgk dorg tido rasa menyesal sgt...zura pun trus usap2 dan cium tempat yang zura pukul tuh..
ReplyDeletekalau saya yang membantai memang akan rasa gitu...hehe
Deleterasa bersalahkan?
susah nak hilangkan perasaan tu tapi saya jarang buat =)
kalau akak pun mcm tu juga,biar akak yg pukul anak takpe jgn org lain pukul,bkn pukul je,klu marah pun akak dah sentap ok...kdg2 org taknak kawan dgn anak pun akak sentap jugak,ye la apa salah anak akak tu ye,bkn apa..bila dgn sepupu yg besar dorg dah ada geng,anak akak kecik lg dorg dah taknak kawan..sedih pulak hati mama dorg nih...hehehe mungkin hati ibu ni mcm tu kot,cepat tersentuh kalu bab anak2 nih..
ReplyDeletekalu en.suami marah anak pun akak bole marah dia balik,klu tak bole jaga anak biar akak je yg jaga..tengok tu emosi terlebih,pd hal klu akak pun marah yg sama jg pd anak,tp tu la biar akak yg marah anak2 jgn org lain...hehehe
kan kak kan, sakit hati plus geram kalau orang buat apa-apa pada anak kita
Deletetak usah kata orang lain, suami tu yang dok marah pun kita rasa geram
saya memang sebiji cam akak! hehe
tak boleh langsung orang kata apa-apa pasal anak
touching giler =)
Walaupun saya masih belum berumah tangga, tapi pengalaman mendidik anak murid selama 3 tahun ni, sedikit sebanyak menguji kesabaran saya juga. Saya berharap dapat lakukan yang terbaik.
ReplyDeletejujurnya cikgu, kanak-kanak zaman sekarang amat berbeza
Deletedengan zaman kita jadi kanak-kanak
mereka memang amat menguji kesabaran kita
all the best cikgu ye =)
Eh cara sy sama.mcm hubby yana...dlm mendidik anak anak sy mmg tegas...tp xla anak anak wat silap sket sy trus pukul..de jugak sy gunakan pe dekatan yg lmbut kan...incik hubby sy lebih berlembut dgn anak anak..tp bile incik hubby dh start mrh n pukul anak walaupun xkuat mana sy akan mrh die...memg sy akan ckp kau pukul anak aku bang...sy memg xleh trime kalo die pukul sbb bg sy tgn laki laki nih kasar n keras tau...
ReplyDeletetu lah kan mimi
Deletememang susah nak terima hakikat bila suami pukul anak kita
walau mereka sebenarnya hanya nak mengajar =)
begitulah naluri seorg ibu, sy pun x dpt terima bila suami, mertua marah anak..apatah lagi suami kdgkala sedap mulut maki anak, dlm hati ni mmg panas je..memang geram dgn cara suami menegur salah anak dengan kekerasan dan dia suka mengcondemn anak tu dgn kata2 yg x sepatutnya
ReplyDeletelelaki agaknya. berbeze sifat dengan seorang wanita
Deletekita sebagai mak ni memang tak akan faham naluri seorang bapa
kita hanya tahu pasal diri kita, sebab tu susah tuk kita terima orang lain marah
atau pukul anak kita walau dah terang lagi bersuluh mereka salah =)