Part 1: Port Dickson Here I Come! (^_^)

11:13:00 pm Yana Yani 4 Comments

Sebenarnya perancangan untuk ke Port Dickson adalah agak last minute. Asalnya Encik suami ajak pergi balik hari aje. So semua ahli keluarga sebelah aku diangkut kecuali Syafie.

Last minute dia tukar plan kata nak tidur sana pula. Pagi hari nak pergi tu baru dok sibuk Google mana resort atau apartment yang boleh kami sekeluarga mengidap.

Sebenarnya semua antara kami kecuali Encik suami, first time menjejakkan kaki ke Port Dickson. So bila tanya cost apartment untuk disewa memang boleh buat senak jantung!

Tapi tak apalah, janji ada tempat nak mengidap!

Sempat lagi budak-budak ni dok main dinosour sebelum pergi. 

Perjalanan kami hari tu adalah berdasarkan "redah" sebab Encik suami tak berapa nak ingat perjalanan ke sana. Aku dengar orang cerita perjalanan nak ke PD ni dekat aje.

Tapi hari tu aku rasa macam dah jauh sangat! Dah rasa sama macam nak balik ke Kuala Lipis. Jauh betul rasanya! Mungkin sebab kami tak familiar dengan suasana keliling tu yang buat rasa jauh.

Layan budak berdua ni kejab dekat R&R Seremban
Trademark Afif, Peace!

Time sampai tu dah petang, agak excited jugak bila nampak pantai sepanjang perjalanan tu. Sebelum pergi ke apartment yang kami nak mengidap tu, kami singgah sekejab ke pasar. Cari benda untuk di makan!

Apartment kami terletak di Teluk Kemang. Harga dia RM350 untuk satu malam dan ada dua bilik sahaja. Kalau compare dengan apartment lain yang pernah kami sewa di tempat lain, memang agak berbeza.

Nak cerita banyak juga yang tak puas hati tentang kemudahan yang disediakan. Contoh paling ketara adalah semua bantal, cadar dan tilam lebih ada extra charge dan paling teruk kena ambil sendiri!

Tapi malas nak spoil kan mood untuk bercuti, kami just terima seadanya!

Nasib baiklah ada nice view, boleh ubat "panas hati" 

Lepas dok berehat kejab, kami keluar nak tengok keadaan sekeliling. Ada fuction dekat Pantai Teluk Kemang tapi aku lupa apa nama function tu.

Ramai juga orang time tu. Aku nampak macam-macam aktiviti juga yang ada. Time tu dah agak lewat petang dan dah menunjukkan tanda-tanda nak hujan.

So kami tak bercadang nak berada lama dekat situ. Malam tu cadang nak keluar lagi nak tengok TATU. Sebelum ni tengok dekat TV aje, mesti best kalau dapat tengok LIVE abang-abang tentera in action.


Afif pula terlalu excited nak mandi laut. Berapa kali dia dok merengek minta mandi laut. Lagilah bila Aunty dia dok belikan pelampung, mulalah dia!

Disebabkan cuaca yang tak elok tu, terpaksalah kami semua dok pujuk dia. Walaupun dengan muncung yang boleh sangkut hanger baju, Afif masih boleh dipujuk! Luckily!

Tak dapat mandi laut, tengok pun jadilah!
Tengah dok buat muka comel minta dibagi pelepasan mandi laut

Malam tu hujan turun pula. So hasrat nak tengok TATU secara live terpaksa di cancel. Wah, kecewa sungguh rasanya tak dapat tengok abang-abang tentera buat aksi akrobatik!

So malam tu masing-masing tidur awal. Nak tengok TV buat sakit mata aje sebab dia punya saluran tak berapa clear! Lagipun kami punya plan untuk aktiviti besoknya macam banyak aje!

Nak tahu apa dia, tunggu next entry ye. Chow (^_^) 

4 comments:

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...