Ubat Kurus, Mengarut! (^_^)
Mood nak menulis entry masih lagi down disebabkan cuti hujung minggu yang agak panjang. Office ni pun agak sunyi disebabkan ramai lagi yang masih bercuti.Ceh, ramailah sangat! Padahal tiga ketul aje. Hehe!
Sementara tengah lunch ni kan, aku nak share dulu pasal post di Facebook yang agak mencuit hati aku. Lagipun nak dapatkan balik mood menulis ni. Hehe!
Lately ada ramai orang berniaga dalam talian. Ia merupakan pendapatan sampingan yang agak berbaloi bagi mereka yang rajin berusaha. Salah seorangnya adalah Encik suami.
Cuma bezanya cara kita nak pasarkan perniagaan kita. Macam Encik suami dia lebih suka eBay. Paling popular adalah Facebook sebab free kan.
Sejak kenal dunia blog ni, aku memang dah jarang ke Facebook. Cuma pergi tadi sebab nak cari news pasal sorang close mate yang baru bersalin. Uniknya dia bersalin dekat rumah!
Dok scroll down tadi, tertarik dengan satu komen pada satu post pengiklanan ni. Nama hamba ALLAH ni kena tag, mungkin dia agak bengang. So dia meluahkan apa yang berbuku di hati
Tapi apa yang cuba disampaikan, ada kebenarannya.
Aku yang baca tergelak juga baca komen dia ni. Nasib baik aku sorang aje dalam office. Kalau tak, confirm orang dok kata aku gila sebab gelak seseorang.
Tapi memang betul sebenarnya. Kita terlalu taksub dengan supplement sampai tak sedar ianya sebenarnya banyak memberi impak negatif pada kita.
Dulu ada seorang doktor pernah kata pada aku, jangan ambil sesuatu supplement lebih daripada enam bulan especially yang berbentuk tablet atau kapsul.
Benda tu boleh buat masalah pada buah pinggang sekiranya diambil secara berterusan. Dia lebih sarankan kita ambil benda segar. Macam sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya.
Pagi tadi pun terbaca cerita ni dalam blog Aku Penghibur pasal pemakanan dan gaya hidup sihat. Sebenarnya tak salah ambil supplement, jangan berterusan aje.
Elok nak sihat, jadi lain pula karang. So senang cerita makan benda daripada bahan segar aje. Lepas tu senaman!
Orang macam aku tak rajin senaman. Tapi tiap kali nak ke surau dekat office ni, aku turun naik tangga. Kira senaman jugalah kan. Hehe!
Apapun SELAMAT KEMBALI BEKERJA (^_^)
malas mama nak layan karut mengarut ni, .. haha
ReplyDeletehehe, saya pun biasanya abaikan aje =)
Deletebetul tu kak, kadang yang jual itu ayat manis-manis. ^_^ tapi tak salah nak ambil supplement tapi pada acik naturally itu lebih baik
ReplyDeletep/s : harap dapat vote blog acik untuk favorite lifestyle blog di media social awards. cara-cara ada di blog acik
nama pun berniaga acik wei, mesti kena manis ayat tu
Deletebaru orang nak beli...hehe
akak dah vote dah =)
kalau yg effect dia boleh nampak dalam masa yang singkat tu lagi la was was kan.. paling selamat berdiet secara semulajadi.. tapi perlu komitmen & kerajinan yang tinggi la
ReplyDeletehehe...betul-betul
Deletebenda yang cepat nampak hasilnya tulah yang tak elok
yang kena usaha tu yang tahan lama...
pendapat sayalah kan...hehe =)
makanan tambahan nie perlu tapi bukan dlm kuantiti yang banyak.. seeloknya makan makanan yg berkhasiat dan jgn lupe bersenanam... kalau nak kurus harap kan ubat smpai bila pun tak jadi..
ReplyDeletemakanan tambahan tak perlu sebenarnya
Deletedalam piramid makanan tak ada pun pasal supplement ni
elok makan makanan yang segar dan semulajadi
baru terjamin
nak kurus harap ubat memang tak jadilah...hehe
ye ye jagan diamalkan makan ubat kurus memang kebanyakkannya mengarut... ; sebaiknya jaga makan dan banyakkan bersenam..
ReplyDeletewalau kita kata mengarut
Deletetauke ubat kurus tetap kaya PCL...hehe
betul apa yg ditulis si pengomen tu.
ReplyDeletesupplemen ke apa ke, kalau nak kata baik, mesti ada buruknya.
yg penting, gaya hidup tu nak kena sihat.
baru tak kena serang penyakit.
hurmm..
hehe...betul gee
Deletesebenarnya ubat-ubat ni ada banyak bahan
kimia yang secara tak langsung memudaratkan kesihatan
so apa kata kita cuba hidup cara sihat pulak
instead of bergantung pada benda-benda gini kan =)
jangan layan...hihihi
ReplyDeletememang tak pernah layan pun MKL...hehe
Deletesegala iklan produk indah kabar dari rupa atau lbh tepat lg-mengarut...
ReplyDeletekesian sapa yg sanggup habiskan duit utk semua tu...kerana takde jalan pintas utk kurus..utk cantikkan kulit..
betul kak
Deletememang tak ada jalan pintas untuk kurus
kalau adapun, hanya akan memudaratkan
Terpulang pada seseorang nak percaya ke tidak...mungkin secara kebetulan dia makan dan di iringi diet seimbang dan senaman yang konsisten bolih kurus kot...
ReplyDeleteApa pun sebarang suplement yang diambil harus ada pengesahannya dan tidak memudaratkan...kita apa yang kita makan, kurang senaman, stress dan gaya hidup seharian kita mempengaruhi semua itu...
Yang penting sehat dan bahgia..
saya setuju bab pengesahan tu sebab bukan semua supplement
Deleteyang berada dipasaran ada pengesahan daripada Kementerian Kesihatan
yang camni yang bahaya
cuma saya rasa lebih elok kita elakkan ambil supplement
dalam tempoh masa yang lama
kecuali atas nasihat doktor =)
ayat2 manis perlu ada dalam setiap perniagaan, tak kira dengan cara apa pon..yg menjadi mangsa kita lah..lagi2 yg mudah terpedaya dan juga taksub pda obat2 ..terutama perempuan ( tak semua ) :)
ReplyDeletemana ada jalan pintas nak cantik..shortcuts nak kaya adalah hehe :D
hehe...betul tu kak
Deletebiasalah kita perempuan kan...nak cantik tu mesti
usaha tu yang agak malas sikit...hehe
yes...mana ada jalan pintas nak cantik! =)
sy mik supplemen ephyra tuh hah....mcm mne..sama erk kesannya mcm kapsul or tablet
ReplyDeleteephyra ni untuk apa ye mimi
Deleteada pengesahan daripada Kementerian Kesihatan tak?
saya bagitahu apa yang pernah diberitahu oleh seorang
doktor pada saya dulu
dia kata tak elok ambil supplement dalam jangka masa panjang
banyak kesan mudaratnya
selebihnya, maaflah. saya kurang arif =)
Diet sendiri lebih baik kot kalau btl2 nak kurus.. hehehe
ReplyDeletetulah yang sebaiknya
Deletelagi selamat...cuma kena KENTAL
hehe =)
itulah..kadang kala takut juga nak ambil supplemen ni..kalau tgk kat fb jangan cakaplah,macam² ubat di jual..ubat rapat lah,itu la inilah..tak terkejar kita..hehehehe...
ReplyDeletehehe...saya pun kalau tengok tu sambil lalu aje
Deletetak kuasa nak menyinggah
lagipun banyak impak negatif dari positifnya
diet tak payah ambil supplement lagi bagus = )
Elok sangatlah kalau gitu bagi org yg mmg tak pernah ambik supplement mcm okje ni walaupun kusss semangat.....hehe...
ReplyDeletekita samalah okje, saya pun tak ambil supplement
Deletehehe...sap sikit =)