Abang Hebat! (^_^)

11:54:00 pm Yana Yani 0 Comments

Pagi tadi lepas buat breakfast, aku rasa lantai rumah melekit semacam aje. Geli pula aku rasa! Cuma mengingatkan kembali bila kali terakhir lantai dapur ni aku cuci, tak berapa nak ingatlah pula!

Kesibukan sebagai seorang Mama, isteri dan pada yang sama as an employee buat aku lupa beberapa perkara. Tapi memang rasa dah agak lama.

Sedang aku sibuk buat persiapan nak cuci dapur (pakej sekali dengan tandas), tiba-tiba anak bujang aku menyapa aku.

Malam tadi dia demam panas sampailah pagi tadi, lepas masukkan ubat nampak dia okay sikit. Kecerian dia mengurangkan kegusaran aku.

"Mama nak buat apa tu? Mama nak basuh lantai ye? Afif nak tolong boleh?" tanya dia bertalu-talu. Belum pun sempat aku memberi keizinan, dia nak cangkung sambil cucu lantai guna berus tandas!

  
Biasanya aku tak pernah larang anak aku menolong. Tak kisahlah kerja apapun! Dari memasak, membasuh, menyidai, melipat, lap lantai; aku akan benarkan mereka turut serta.

Tiada istilah, lelaki tak boleh buat kerja ni atau ni kerja orang perempuan aje!

Pada aku, tiada salahnya mereka menolong selagi ia di dalam kemampuan mereka. Benar kerja yang dilakukan oleh insan kecil ni tak akan sempurna! Mereka perlukan galakan!

Aku percaya dengan didikan dan latihan berterusan, mereka mampu lakukan semua tu dengan lebih baik satu hari nanti.

Aku teringat cerita rakan sekerja yang merungut tentang kerja rumah yang tidak mendapat bantuan daripada anak-anak. Selidik punya selidik, rupanya dia tak pernah benarkan mereka menolong.

Even kalau anak-anak tu menolong, dia tak puas hati dan sanggup mengulang kerja tu sekali lagi. Dia juga menyalahkan pembantu rumah kerana buat "semua kerja"! Dan "didikan" tu telah menyusahkan dia hari ini.

Bayangkan pada usia yang tak berapa nak muda tu, penat lelah di tempat kerja belum habis, balik rumah terpaksa pula buat semua kerja rumah seorang diri. Tiada istilah rehat, dah macam tawanan perang!

Aku kesian dengar cerita dia, tapi jujur aku rasa, she dick her own grave! Kalaulah dia memberi ruang untuk anak-anak tu "menolong", mungkin dia tak susah seperti hari ini.

Yang susah kami sebagai collegue dia sebab terpaksa dengar rungutan dia hampir setiap hari!

Aku teringat jiran aku dulu, dia ada 9 orang anak lelaki. Yang mengagumkan adalah setiap seorang mampu melakukan semua kerja rumah! Balik dari kerja, makanan dah terhidang dan dia tinggal makan aje!

Rumah dah siap kemas, baju dah siap basuh dan berlipat! Aku kagum dengan didikan dia! Itulah yang aku cuba terapkan dalam diri setiap anak-anak aku.

Pertolongan mereka sangat berharga walau hanya sebesar zarah! Semoga dengan didikan ini mampu menjadikan mereka insan yang "terbaik" di dunia dan akhirat!

Lamunan aku terhenti bila Afif memberi batang mop kepada aku.

"Mama, Afif dah penatlah!" kata dia sambil bersandar ke dinding.

"Wah! Pandai anak Mama ni tolong Mama buat kerja kan?" kata aku dengan nada memuji.

"Abang hebat kan Mama kan?" kata dia bangga.

"Hebat! Lain kali tolong Mama lagi ye!" kata aku.

Dia berlari ke ruang depan mendapatkan Papa dia yang sedang leka menyapu sampah. Bangga dia bercerita tentang pertolongan yang dia telah lakukan kepada Papa dia.

Dari jauh aku dapat lihat Encik suami tersenyum sambil mengusap lembut rambut anak bujang dia. Mungkin kah dia mempunyai harapan yang sama? (^_^)

 

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...