Afif Dah Boleh Diharap II (^_^)

2:22:00 pm Yana Yani 26 Comments

Sebelum aku ada cerita kesungguhan Afif nak menolong aku mencuci pinggan mangkuk. Klik sini siapa yang belum baca ye (^_^)

Hari ni aku nak cerita pasal Afif lagi! Tak sangka pada usia 5 tahun 2 bulan 16 hari, dah banyak benda yang aku dah boleh harapkan pada Afif.

Rasa macam baru semalam dia ada dalam perut. Hehe! Sekarang dah ada depan mata dan sedikit sebanyak ciri-ciri kepimpinan tu boleh dilihat dengan jelas.

------------------------------------

Disebabkan musim panas sekarang dan ditambahkan dengan tahap kebosanan yang tinggi sebab cuti panjang hari tu, aku buat operasi "pembersihan"

Habis semua benda yang boleh dicuci aku cuci! Bila dah kering dia jadi macam gunung Everest! Tinggi melangit aje aku tengok, tak rajin betul nak bagi dia rata!

Tapi kena juga buat! Tengah dok berdukacita tu kan, tiba-tiba anak bujang aku cakap benda yang buat aku rasa excited dan bangga!

"Mama, Afif nak tolong boleh?" tanya dia sambil dok belek beberapa helaian baju.

"Afif nak tolong? Kalau nak tolong, tolonglah. Pergi pilih baju Afif. Afif lipat baju Afif aje" kata aku pula walau hakikatnya terasa gusar sebab membayangkan baju yang bakal dilipat.

"Mama ajarlah Afif" kata dia lagi sambil memerhati aku melipat baju.


Bersungguh dia melipat kain baju dia. Nampak tekun aje! Hasilnya pun diluar jangkaan aku! Aku bayangkan dia lipat tak kemas, tapi sebaliknya! Padahal baru first time dia melipat baju!

Unbelievable! (^_^)


Bila dia dah siap, aku puji! Bagi semangat sikit dekat dia yang hasil kerja dia dihargai! Lain kali boleh tolong lagi! Nak pula Mama dia tak rajin melipat kain baju ni. Hehe!

Afif bila kena puji bukan main lagi dia seronok!


Jujurnya hasil lipatan tu belum kategori sama level dengan aku. Tapi kalau nak tunggu sama level, belum tentu time tu dia nak buat. Baik ajar sekarang!

Aku banyak tengok orang yang tak yakin bila anak dia nak menolong. In the end bila dia dah tua, dia masih lagi kerja kena buat semua kerja rumah. Kesian bila dengar dia mengeluh.

Tapi nak buat macamana? Dah terlambat nak menyesal sekarang. So belajar dari pengalaman dia, aku ajar anak aku baik Afif mahupun Aisy semua kerja yang boleh dilakukan.

Hasilnya mungkin tak sempurna tapi kita tak akan tahu apa si kecil ni boleh lakukan hasil daripada didikan dan dorongan yang diberikan. Percayalah, kita akan terkejut!

Nak melentur buluh, biar dari rebungnya kan? (^_^)

26 comments:

  1. sebjik muka mama dia...cuci pinggan dh pandai...lipat pakaian dh pandai...nnt suh dia basuh kete plk..hahaahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke sebiji muka saya...orang lain kata ikut muka papa dia
      basuh keta pun dia dah buat zura...
      belum publish aje...hehe

      Delete
  2. Betul tu Yana... umur camni dah boleh diajar sikit2 buat kerja rumah yang ringan2 camni... even anak k nrl, Damia & Sofia pun dah boleh diharap lipat baju sendiri cuma x sekemas kita lipat.... rajin anak bujang Yana ni yer... ^__^

    p/s : pavlova tu crispy luarnya dan dalamnya lembut macam marshmallow... kalau makan crust tu aje, mmg manis jg, bila tambah krim & buah-buahan masam, jadi balance rasanya... sedappp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, nanti dah besar senang dah kita
      tak adalah dok mengharap dekat kita lagi dak

      ooo gitu ke, saya tak pernah rasa pavlova ni

      Delete
  3. Afif right good boy .. anak sapa ? of coz lah mama kann! :)

    akak pon sama yana..akak nak dorang berdikari..there is discipline in the life..siapa buat sepah dier kena kemas ..okay apa ! hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau baik aje tu memang ada mama...hehe

      betul tu kak, mesti kena bagi disiplin
      idak kang tak jadi apa =)

      Delete
  4. bagus kak.. anak mama pun dah bisa diharap.. lega dan dapatlah mama berehat sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu lah pasalnya
      senang kita kan =)

      Delete
  5. Replies
    1. alhamdulillah...boleh diharap dah =)

      Delete
  6. Pandai anak bujang sorang ni.kathy pun biasakan anak2 buat kerja sis.Supaya lebih berdikari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dia ada initiative nak membantu tu
      kira sejuk juga hati...hehe

      Delete
  7. Masa kecil ni lah perlu diajar, biarkan...walaupun hasilnya kurang sempurna, sekurang2nya dia tahu tanggungjawab. Lama2 biasalah dan mungkin lagi kemas dari mama dia... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mana tahu kan
      orang kata lelaki kalau buat kerja
      lebih kemas daripada perempuan...tak tahulah kan =)

      Delete
  8. wah.. bagusnya afif.. dah besar nanti boleh jadi suami mithali macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang dia kena bantu isteri dia besok =)

      Delete
  9. walaupun anak lelaki tp memg boleh diharap

    ReplyDelete
  10. amboi anak teruna pandai lipat baju dalam umur 5 tahun tu kira ohsem dah la tu.. anak teruna 25 tahun pun belum tentu pandai lipat baju lagi tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kira handsome sangatlah tu sebab boleh diharapkan =)
      sebab tu kena ajar, besok umur 25 tahun boleh tolong mama =)

      Delete
  11. bagusnya anak bujang ni... hihihi.. memang anak kena suruh atau ajar dr kecik... mg bawa ke besar rajinnya.. kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tujuan asalnya
      biar senang sikit mama dia kemudian hari =)

      Delete
  12. bagus tu...anak2 perempuan sy dah boleh gosok uniform sek mrka sendiri. mrka di thn 5 dan 2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal juga ajar diorang iron unifrom sendiri
      bagus juga tu kan...bila diorang berdikari,
      senang sikit kita

      Delete
  13. Caya lah afif..boleh buat keje orang pompuan.hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak mengapa
      senang bini dia besok =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...