Zombie Menyerang! (^_^)

9:37:00 pm Yana Yani 30 Comments

Aku sebenarnya nak cerita benda lain hari ni. Tapi ada benda menarik yang berlaku sebentar tadi yang aku rasa wajar untuk dikongsikan di sini. Yelah, sebagai kenangan. Hehe!

Tadi ada kawan Encik suami datang bertandang ke rumah. Walau dia hanya duduk di luar rumah, aku tetap sediakan juadah untuk menghargai kedatangan dia.

Tetamu bawa rezeki! Tak boleh pandang dia sebelah mata aje! Rugi!

Tengah dok kelam kabut sediakan juadah untuk tetamu, aku dengar macam bunyi pintu diketuk. Aku dah agak Aisy tengah main pintu. Dia memang tak serik walau dah banyak kali tersempit.

So aku pergi dok jenguk dia, tapi tak jumpa! Mana pula anak dara sorang ni perginya! Aku tanya Afif kot dia ada nampak adik dia. Dia kata adik ada dalam bilik.

Aku jenguk ke bilik. Tiba-tiba aku jumpa zombie! Terkejut gila aku dibuatnya. Sempat juga ambil gambar dia untuk share dengan korang. Hehe!



Ni lah dia gambar zombie yang menyerang rumah kami sebentar tadi. Tapi zombie buat muka innocence aje. Aku dengan Afif yang ketawa macam nak pecah perut.

Si Afif dok tengok Aisy muka macam zombie, dia pun sibuk nak jadi zombie juga sebab dia kata nak makan otak. Ni mesti terpengaruh cerita Zombi Kampung Pisang! Hehe!

Bila macam ni, nak marah pun tak boleh! Gelak aje yang lebih! Hehe! Yang pasti boleh jadi cerita untuk dikongsikan dengan anak, cucu, cicit satu masa nanti. Insya ALLAH (^_^)

 

------------------------------------

Cerita ni tak ada kena mengena dengan tajuk dekat atas. Tapi saja aje nak share nombor cantik pageview aku dengan korang.

Walau tak sebanyak korang, tapi nombor ni cantik bagi aku. Hehe! Yang pasti, aku tetap berbangga dengan pencapaian aku! (^_^)

30 comments:

  1. budak & bedak.. sinonim jadi bahan mainan dorang kalau kita terlepas pandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah cik lekit
      sibuk punya pasal tak perasan bedak jadi bahan mainan dia =)

      Delete
  2. haha..ni zombie kampung mana pulak ni yana :D selalu dengar zombie kampung pisang je..hehe
    ni kalau takde karen..tengok aisy dok rupa zombie..mau tak pengsannn mama dibuatnya haha
    ada2 jew kan yana..macam2 kelata dorang ni..nak marah pon tak jadi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasalnya kak
      entah zombie sesat dari mana entah...hehe

      ye kak, diorang ni lah penghibur =)

      Delete
  3. Terpengaruh dgn citer zombi la nie.hehehe..comei! =D

    ReplyDelete
  4. zombie.... makan ootaakkkkk... kalau malam sure mak dia menjerit..hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia memang dok sebut otak aje semalam
      memang malam pun time tu,
      tapi terang, relax aje...hehe =)

      Delete
  5. Tak boleh lepa..nampak botol bedak memang jadi bahan dorang..suka sangat main. ..Tp suasana ceria macam tu boleh kita rasa bahgia sebenarnya.. Moment itu harus dirakam sbg kenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya PCL, ada aje kerja dia nya
      tu memang harus diakui,
      hiburan yang tak disengajakan ni lah
      akan jadi kenangan indah =)

      Delete
  6. heheheheh..habis sebotol bedak di kerjakannya..aisy,aisy....ni mesti tengah main mekap² tu..nanti gincu mama dia pula di kerjakan ye aisy..cantiklah no page view sis tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang suka sangat main barangan saya kak
      sebenarnya semua dah letak tinggi
      especially lepas dia dah lonyotkan lipstik saya

      tak tahu camne dia boleh sampai ambil botol bedak tu
      reti buka juga pula tu...ish, aisy, aisy

      Delete
  7. Hehe....nilah dia zombinya....bebudak mmg cukup suka main bedak.....anak okje dulu pun sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...budak kan okje
      hantu dengan bedak, macam mainan wajib
      tetiba teringat zaman kecil-kecil pula..hehe

      Delete
  8. ni memang zombie menyerang... haha...

    ReplyDelete
  9. alahai... memang sebiji alisya...! selalu gak dia main bedak... sabar je la... hai la anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nama pun budak kak
      nak marah pun, tak termarah...hehe =)

      Delete
  10. hahaha....nih zombie spesis comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu lah yang tak boleh marah =)

      Delete
  11. Budak-budak memang pantang nampak bedak, habis dimainnya.

    Memang cantik nombor tu. Teruskan berusaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya cikgu, entah apa
      yang menarik pada mata diorang

      hehe...biasa aje tu cikgu =)

      Delete
  12. baik punyer number tu cik yana.. heee..

    ReplyDelete
  13. tu dia.. habis sebotol bedak aisy kerjakan.. hehe.. memang cantik nombor tu yana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu lah
      saja nak suruh mama belikan bedak baru lah tu...hehe

      hehe...saje je nak show off =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...