Muhasabah Diri: Aurat (^_^)
Sama ada kita sedari atau tidak, seseorang wanita paling senang melakukan dosa hanya dengan pemakaian dia. Sebab tu kaum wanita paling ramai menjadi penghuni Neraka. Nauzubillah!Aku mula bertudung sejak berusia 12 tahun. Jujurnya pemakaian tudung bagi aku selama ni adalah lebih kepada satu keperluan tanpa begitu memahami sebab perlunya pemakaian tudung.
Seiring dengan peningkatan usia, aku kerap mendengar ceramah agama walau hanya setakat di YouTube. Minat dengan cara Ustaz Kazim Elias memberi pencerahan tentang sesuatu topik.
Satu ceramah dia mengenai pemakaian wanita Muslimah buat aku rasa tersentap. Mula perasan bahawa selama ni aku salah dari segi pemakaian seorang Muslimah. Berdosanya!
Jujurnya satu ketika dulu legging pun dulu aku pakai walau tudung terletak kemas di kepala. Tapi sungguh, aku tak tahu langsung bahawa salah pemakaian begitu. Tiada yang menegur.
Begitu juga dengan t-shirt tanpa lengan yang aku pakai selamba. Tapi hakikat sebenarnya tak tahu atau mungkin juga tahu tapi tak ambil kisah!
Paling parah, aku mati-mati ingat bahawa aurat aku dengan adik-adik ipar adalah sama dengan adik lelaki aku. Jahil sungguh rasanya!
Tapi kita tak pernah terlambat untuk memperbetulkan diri kan?
Gambar di bawah (aku lupa dari mana sumber dia) membantu aku memahami dan mencerahkan sebarang kekeliruan yang selama ni aku tak sedari.
Aku juga belajar untuk tidak mudah menghukum orang sebab mungkin ALLAH belum memberi dia Taufik dan Hidayah. Instead of mengata, kenapa tak kita doakan dia berubah?
Aku bagi contoh seorang wanita di bangunan tempat aku bekerja ni. Selalu terserempak dengan dia di surau. Tapi dia tak bertudung, pakaian pun tak mengambarkan seorang muslimah.
Tapi dia tak pernah tinggal dua waktu sembahyang, Zohor dan Asar. Aku mesti nampak muka dia di surau pada setiap waktu tu. Jujur aku memandang tinggi dia walau dia tidak bertudung.
Mungkin dia juga masih kurang arif hal mengenai menutup aurat seperimana aku dulu. Semoga ALLAH memberi dia Taufik dan Hidayah untuk dia berpakaian seperti seorang muslimah sejati.
Jangan ada yang salah faham bila aku kata begitu. Seorang muslimah memang wajib bertudung tak kiralah apapun alasannya. Jangan kata, "Aku tak bertudung pun aku sembahyang!"
Bukankan rugi walau kita sembahyang tapi pahala kita hilang begitu sahaja disebabkan pemakaian kita. Cuba juga untuk seketika rasa kesian pada bapa, suami, abang atau adik dan anak lelaki kita.
Mereka yang akan menerima akibat untuk semua kesalahan kita. Sanggup ke kita melihat mereka di azab disebabkan kesalahan kita? Sanggup? Kalau tak, mari berubah. Belum terlambat.
Meh kita tengok video dekat bawah ni. Harap ianya memberi manfaat buat semua seperti ianya memberi manfaat kepada aku seorang insan yang tak lari dari melakukan kesilapan.
Bila kita dah berubah, jangan pula riak atau bangga diri. Jangan mengata! Ingat bahawa Syurga dan Neraka adalah hak mutlak ALLAH untuk menentukannya.
Even Rasullullah SAW yang diberikan jaminan ke Syurga juga masih sentiasa cuba memperbaiki diri. Apalah lagi kita seorang hamba yang tak sempurna dan sering melakukan kesalahan.
Hanya dengan berpakaian sepertimana yang dikehendaki syarak, belum tentu ianya menjamin tiket ke Syurga. So don't judge!
Mari kita berhenti mengata, tapi kita doakan mereka berubah. Sekiranya mampu memberi teguran, tegur dengan cara berhemah. Ingat kita nak mereka dekat, bukan makin jauh.
Teguran yang hanya ikut sedap mulut hanya buat orang menjauh. Rugi! So cuba perbetulkan cara teguran, Insya ALLAH akan terbuka pintu hati mereka.
Yang pasti, ALLAH MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYANYANG.
sebenarnya kathy pun muhasbaah diri juga bila bercakap soal aurat ni sis...kadangkala kathy pun terbabas juga dalam pemakaian ni..cuba hijrah diri ke arah lebih baik dan tak nak guna baju yang melekat di badan lagi..moga Allah permudahkan niat di hati..
ReplyDeletekita sama-sama saling ingat-mengingatkan
Deletesaya juga belum sempurna, entry ni lebih kepada
mengingatkan diri sendiri
insya ALLAH akan dipermudahkan segala urusan
Alhamdulillah, hopefully other's also will realised it as well ^^
ReplyDeletemudah-mudahan =)
DeleteTerima kasih kak Yana.
ReplyDeleteGambar tu dapat menerangkan serba sedikit perkara yg saya tak faham.
Iyaps, seharusnya golongan yg tak menutup aurat ni ditegur secara baik, bukannya dihukum.
Boleh jadi mereka masih jahil tidak tahu, kita takde hak nak menghukum mereka.
Hanya Allah sebenar-benar penghukum, kan Kak Yana... =3
terima kasih ALLAH =)
Deletesebab bagi petunjuk untuk berubah
betul tu gee sebab syurga dan neraka bukan
ditentukan oleh kita, manusia
meh kita saling ingat-mengingatkan ye =)
Sebab itu kita disuruh menuntut ilmu hingga keakhir hayat, tiada yang terlambat andai kita mahu belajar, ambil tahu dan berubah. Semoga setiap hari akan menjadi lebih baik dan meningkat dari semalam...Insyaallah
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan tu BM
Deleteye, itu yang sedang saya lakukan
semoga ALLAH memberi kekuatan untuk saya terus berubah
bukan hangat-hangat tahi ayam =)
berdoalah semoga diberikan hidayah kepada mereka.. setiap hari seharusnya kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik.. terimalah teguran orang jika ianya baik untuk diri kita..
ReplyDeletebukan semua orang boleh terima teguran
Deletekena pandai twist kalau nak menegur =)
Bagus entri ni YY...pandai awak menulis yek ....Betul nk dpt hidayah bukannya mudah ... hati kena dipaksa untuk buat kebaikan...insyaallah lelama akan ikhlas jadinya
ReplyDeleteyeke bagus? touching lah pula sebab 1st time kena puji
Deletetu lah kan, sipalah kita untuk menghukum