Apakah Deep Web? (^_^)
Apakah Deep Web? | Deep Web? Apa kebendanya tu? Kau tak tahu? Aku lagilah tak tahu! Hehe! Untuk makluman, aku ni jenis manusia yang suka nak tahu especially apabila melibatkan perkara yang tak pernah aku tahu sebelum ni. So bila aku melayari Facebook baru-baru ini dan terjumpa maklumat di bawah, aku agak curious!Bila aku terbaca pasal tu, aku terus cari Google. Tapi aku masih samar-samar dan masih tak begitu memahami. Disebabkan nak tahu punya pasal, aku tanya budak-budak IT dekat office, hopefully dia orang ada better explanation. Tapi dia orang pun tak pernah dengar rupanya! Dia orang punya first reaction pada perkataan tu adalah sama dengan reaction aku bila terbaca pasal Deep Web.
So apa itu Deep Web?
Menurut Wikipedia, Deep Web merujuk kepada laman sesawang yang tersembunyi. Disebabkan ianya tidak berdaftar, maka ia tidak dapat di cari oleh mana-mana search engine. Ia juga merupakan laman sesawang yang complex entity yang mengandungi pelbagai maklumat dari pelbagai jenis sumber dan melibatkan campuran fail dan media yang berbeza.
Ada pakar mengatakan bahawa Deep Web adalah 100 atau 200 kali ganda lebih besar dari internet yang biasa dilawati oleh pengguna seperti kita. Menurut Mirror News, sekali pandang ia kelihatan seperti eBay di mana kita boleh membeli pelbagai barangan, tapi Deep Web bukanlah laman sesawang biasa.
Barangan yang dijual juga adalah barangan haram yang dijual secara terbuka dalam talian di mana ia tidak dapat dibeli di laman sesawang biasa seperti pornografi kanak-kanak, dadah kelas A, pelbagai senjata dan juga passport. Ada juga latihan tentang bagaimana untuk melancarkan bom dan juga ada penembak yang memberikan harga yang kompetitif untuk perkhidmatan mereka.
Semua itu dapat diperolehi hanya dengan beberapa klik sahaja tanpa dapat dikesan! Klik sini untuk bacaan lanjut.
Aku takut pula bila dah memahami tentang Deep Web. Terfikir juga, kadang-kadang tu lebih elok kalau kita tak tahu apa-apa! Korang pula macam mana? Berminat untuk meneroka? Apapun nasihat di bawah perlu dipertimbangkan sebelum meneroka!
tempat hacker cr makan....
ReplyDelete