Makna Disebalik Lagu (^_^)
Makna Disebalik Lagu | Masa aku jadi student dalam Diploma Pengajian Perniagaan dulu, ada satu subjek yang paling aku suka attended. Subjek tu code dia BEL atau nama panjang dia Bahasa Inggeris. Dia lebih kurang macam satu platform untuk menghadapi Malaysian University English Test (MUET). Setiap semester, lecturer berbeza untuk subjek ni. Cara pengajaran pun of course lah lain.Ada seorang lecturer tu yang aku suka cara pengajaran dia. Time class dia aje aku rajin, kelas lain ponteng memanjang. Hehe! Memang dia berjaya menarik minat aku! Ada sekali tu kitorang kena buat projek menyanyi. So budak lelaki yang hanya ada 5 orang dalam kelas buat satu live band menyanyi lagu Hotel California yang dipopularkan kumpulan Eagle.
Memang best persembahan diorang. Tapi lepas persembahan lecturer tu tanya soalan, "When you sing that song, do you understand the lyric?"
Senyap. "Class, does anyone of you know?" tanya dia lagi. Semua senyap. Time tu kalau ada jarum peniti jatuh pun boleh dengar. Hehe! Lepas tu, dia kata lagu tu berkaitan dengan pemujaan syaitan. Dia explained setiap satu persatu lirik pada lagu tersebut. Time ni baru aku tahu maksud bintang terbalik. Especially masa part diorang sebut, "they stab it with their steely knives, but they just can’t kill the Beast” yang menceritakan kekuatan syaitan. Itu kata atau pemahaman dia.
Sejak dari hari tu aku kalau dengar lagu bukan setakat dengar aje. Aku akan cuba faham maksud sesuatu lagu tu. Kadang kala lagu tu sedap didengar tapi mempunyai maksud yang tak elok. Contoh paling mudah lagu Bad Romance nyanyian Lady Gaga. Muzik dia memang agak menarik dipendengaran telinga tapi maksud dia sungguh mendukacitakan.
Begitu juga dengan lagu Californication nyanyian Red Hot Chili Peppers yang menceritakan mengenai seks bebas. Emm, besok belum tentu habis kalau aku list down satu persatu. Hehe! Kalau macam lagu dalam bahasa Melayu memang kaw-kaw kena tapis. Contoh macam lagu Seksis nyanyian Anita Sarawak yang di banned atas alasan memcacatkan bahasa Melayu.
Baru-baru ni lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan dan Kaka yang nyaris kena banned sebab dikatakan mengalakkan remaja lari dari rumah. Lagu dalam bahasa Inggeris yang terang-terang mengajak melakukan seks tak ada pula kena banned. Musykil aku! Mungkin "mereka" terlepas pandang agaknya.
Moral of the story,hati-hati bila mendengar lagu dari bahasa yang kita tidak fahami atau kurang arif. Ia secara tidak langsung memberi impak dalam kehidupan kita. Macamana pula boleh bagi impak? Cuba korang dengar lagu Pergi Tak Kembali nyanyian Rabbani. Lagu tu kalau difaham betul-betul, memang buat kita takut pada mati. At least pada aku.
Secara tak langsung berikan kita initiative untuk mendekatkan diri pada DIA yang satu. Macam lagu raya jugalah kan, dengar aje lagu Selamat Hari Raya nyanyian Saloma memang buat rasa nak raya! Kenapa kita boleh menangis, ketawa atau even marah bila dengar lagu? Sebab muzik dan lagu memang secara tak langsung mempengaruhi kita secara sedar atau tak sedar.
Lagu lebih kurang sama dengan filem yang kita tonton. Ada permulaan dan pengakhiran. Malahan ada message atau makna tersembunyi yang perlu diselami. Jangan setakat dengar aje! (^_^)
P/S - Aku suka dengar lagu Gadis Jolobu Waris dan Hattan. Especially masa diorang sebut, "tak tahu tanyo dulu jangan goma-goma memandai-mandai"
betul tu kadang2 melodi dia sedap.. lirik depa tak amik pot dah. main nyanyi jer.. pahamnya tidak. sekarang ni kpop bagai.. lagi la. Kadang2 kpopers ni hafal kemain lagu korea tapi sepatah haram tak paham bahasa korea... ntah apa dia sebut pun depa bukan tau. So, kena hati2.. yelah risau dok nyanyi2 ntah lagu puja puji benda tak sepatutnya pun tak elok
ReplyDeletetulah yang saya cuba saya sampaikan =)
Deletebila kita tak faham maksud, lain boleh jadi
pendek kata... biarlah telinga kita ni mendengar akan perkara yang baik2 je... banyak je kan music nasyid yang makin sedap didengar...
ReplyDeletebetul! benda baik didengar akan dizahirkan
Deletedalam perbuatan
tapi kan kak, susah nak tarik remaja dengar nasyid
kalau seperti lagu korea, nad selalu tgk translate lirik dulu sebelum dengar. selalunya begitu tapi berapa org aje yang akan tgk translation sebelum dengar..huhu
ReplyDeletebagus nad buat gitu...
Deletesekurang-kurangnya ada initiative mencari makna
bukan takat dengar aje =)
yana..terus terang akak cakap..akak mmg kurang gemo or tak gemo langsung lah bab lagu yg berbahasa asing ni..salah satu sebabnya nilah seperti yg yana perungkaikan..lagi2 yg tahu dok menyanyi ikut rentak je..makna disebalik liriknya langsung tak faham pon hehe..nak ikut up to date lah katakan..:)
ReplyDeletehehe...jiwa masih muda lagi kak
Deletetu yang melayan juga...tapi
dah kurang pun sekarang
yezzz.. mmg kena peka dgn lirik lagu tersebut.. bukan main nyanyi sj tanpa faham maksudnya...setujulah dgn entry ini... kan...
ReplyDeletehehe...biasa muda mudi ni kurang peka
Deletehanya peringatan sebab ada yang tersembunyi dalam terang
tu le penting kite paham bait2 lagu tu kan yana...lagi pun lagu2 omputih ni ade yg merepek2 jek lirik die....mmg bagus kite nyanyi lagu omputih ni sbb boleh tajamkan lagi skill speaking kite cume nye kite kene alert laa maksud lirik tu....
ReplyDeletelieya baru tau ni yana bile bace cite yana yg lagu tu sebenarnye pasal pemujaan syaitan....
saya dulu pun gitu lieya, mendengar sebab nak lancarkan
Deletepemahaman dalam BI, tapi layan juga yang jadi...hehe
lagu tu kalau tengok lirik dia, memang ada unsur-unsur ilmu itam
dari mula sampai habis lagu
tapi menurut suami mama yang orang n9 sembilan memang lagu itu ada unsur lucahnya... memang perceritaannya pun menceritakan kalau dah dapat gadis jelebu memang akan terus melekat...
ReplyDeleteyeke mama? saya tak tahu pula sebab bukan orang negeri
Deletetapi dari pemahaman saya, lagu hanya berkisar
tentang adat kenapa melebihkan perempuan
tak ada pula saya terhidu unsur kelucahan di situ
mungkin salah pemahaman saya
Tq sis atas info tentang lagu hotel california tu.jujur memang kathy suka sangat lagu tu.kena waspada lain kali.
ReplyDeletesama-sama kasih =)
Deletesaya pun suka dulu tapi tak tahu kan
nak buat lagu mana
dulu masa 1st time dgr nasyid Pergi Tak Kembali ingatkan lagu dance sbb melodi dia bukan main rancak lagi..
ReplyDeletehehe..saya pun sama zura
Deletemuzik dia memang rancak dan terkeluar dari
rentak muzik nasyid biasa
Cubalah banned kat malaysia ni.. Tak boleh. Nanti ada orang merusuh kata Malaysia ni negara konservatif!
ReplyDeleteawat tetiba emosi ni
DeletePMS ke? =)
Betul tu,sedap je dengar ikut melodi.tp x tau makna.
ReplyDeletebiasa melodi atau muzik yang indah
Deletehanya tirai untuk menutup lirik yang
membawa makna tertentu
Best lagu..lagu loghat Nsembilan.
ReplyDeletehehe..saya pun suka =)
DeleteLagu inggeris memang banyak yg tidak baik maksudnya tapi selalunya diabaikan sahaja. Menyanyi tanpa faham maksudnya pun kalau menduakan Allah boleh jadi syirik. Jgn kerana melodi yg sedap...kita tertipu dan terjebak dalam kemungkaran. Itulah cara musuh Islam.
ReplyDeletesaya tak faham apa BM cuba sampaikan
Deletemaklumlah budak baru belajar
memang kalau nak dengar sesuatu lagu tuh kne tau maksud disebalik..
ReplyDeleteye, itu yang seeloknya
Deletelagu waris ngan hattan tu pun akak suka..
ReplyDeletebetul tu..sepatutnya lagu yg berbahasa inggeris ni lah yg perlu ditapis sbb maksud lagu2 tu mmg ada yg tak elok pun,tp ntah la kan.org putar jugak kat radio..mmg la muziknya best tp maksudnya tu..hmmm
saya pun tak faham kenapa lagu dalam BI mudah sangat terlepas
Deletepadahal kita memang ada lembaga penapisan
emm..entahlah
kebanyakan lagu nyanyian lady gaga ada makna yang tidak baik.. remaja sekarang ni suka sangat lagu inggeris macam ni..
ReplyDeletebiasa diorang suka dengar rentak muzik dia tu
Deletetahu sebab dulu pernah jadi remaja juga...hehe
Selalunya okje dengar lagu.....main dengar jer tp kalau duk dlm keta sorang sorang....atau tengah majuk startlah.....mendalami maksud sesuatu lagu sungguh hehe
ReplyDeletekebanyakkan orang gitu, saya dulu tak terkecuali
Deletesekarang aje dah start menapis =)
Biasanya mmg gitu.syok je nyanyi ikut rentak tp makna x tau
ReplyDeletehehe...betul tu
Deleterentak memang sedap tapi kita memang kena tahu maksud setiap lagu tu..& kerana lagu macamni (sebab tak paham) boleh merosakkan jiwa tanpa sedar..
ReplyDeletelagu kaka zizan tu memang dah terang2 ke arah negatif pon..
tulah pasal, biasa orang suka dengar melodi
Deletetapi makna setiap lirik lagu tu tak ada siapa ambil kisah
sedikit sebanyak ianya mempengaruhi kita
bkn terlepas pandang , mmg x ambil tahu . bahayanyanya pd zmn sekarang sbb ramai dah generasi Y petah berbahasa inggeris dan ramai antara mrk tdk ambil tahu ttg maksud lirik lagu inggeris kegemaran mrk ...
ReplyDeletesebab tu ke? saya tak rasa begitu
Deletekalau kita mendengar melalui hati, kita boleh tangkap message sesuatu lagu
tapi kita memilih untuk hanya mendengar, memang kita juga tak berminat
ambil tahu maksud pada lagu tu