Afif Di Hari Pertama Sekolah Kebangsaan (^_^)
Terasa macam
dah lama sangat
tak ketuk keyboard laptop
ni selepas kali terakhir YY menulis mengenai
Afif Di Hari Pertama Sekolah Rendah Agama.
Tak sangka dengan hanya menguruskan anak bersekolah menjadikan YY begitu sibuk berbanding hari lain walhal YY bercuti sepanjang minggu
tu. Sampai DEMAM! (^_^)
Walau
dah lewat seminggu, YY sambung juga cerita hari
ni dengan hari pertama Afif di Sekolah Kebangsaan pula. Cerita panjang
ye, sila bertabah membaca (^_^)
Anyway Afif ke Sekolah Kebangsaan pada sesi petang.
Afif
tak sihat pada hari pertama persekolahan. Tapi dia tetap gagahkan diri ke sekolah. Senyuman tetap mampu diukirkan walau dalam kesihatan yang agak terbatas.
Kagum dengan semangat dia (^_^)
Sebelum keluar rumah
tu sempat juga dia bising pasal kasut dia yang kotor sebab kena pijak dengan kawan katanya, "Mama tengok kasut Afif
ni kotor
dah! Kawan Afif pijak!"
Tengok keadaan kasut
tu memang buat YY
nak menangis padahal dia baru bersekolah pada waktu sesi pagi. Belum masuk sesi petang
dah kotor macam seminggu
tak basuh!
Jarak Sekolah Kebangsaan
tak berapa jauh dari rumah kami duduki sekarang.
So kami empat beranak hanya
merempit ke sekolah walau dalam keadaan cuaca yang panas terik.
Ternyata kami membuat pilihan yang tepat sebab jalan terlalu SESAK! Sampai
tak boleh langsung keluar ataupun masuk.
Even motor
pun tak boleh
nak menyelit.
Memang itu adalah fenomena yang sangat RARE! (^_^)
Sampai pula di kawasan sekolah bertambah membuat kami pening kepala dengan bilangan pelajar ditambah dengan
parents yang terlalu ramai!
Keadaan di sekolah memang begitu
tak terurus berbeza sama sekali dengan Sekolah Rendah Agama pada sesi pagi. YY rasa bilangan pelajar pada sesi petang sahaja melebihi 1000 orang.
Sesi petang merangkumi pelajar Darjah Satu sehingga Darjah Tiga. Darjah Satu sahaja ada lebih 500 orang belajar. Kalau campur semua sekali, memang rasanya lebih 1000 orang.
Boleh bayangkan
tak betapa
crowded suasana pada hari
tu?
Bila
dah sesak
tu, memang macam-macam perangai
students ada.
Menangis
tak usah cakaplah!
Dah macam satu jangkitan virus yang menular terlalu cepat! Bahaya sungguh! Bayangkan orang depan menangis, orang belakang
pun menangis!
Tu belum cerita adegan berguling seperti kena histeria. Siap ada
parents lain terpaksa pegang dia beramai-ramai bagi dia bertenang.
Suspend okay!
Yang tengah tidur
time duduk ada. Yang kencing dalam seluar
pun ada!
Tak sangka YY berpeluang tengok semua
tu di depan mata sendiri.
Tak tahulah
nak ketawa atau bersimpati (^_^)
Tapi semua
tu kes terpencil.
Mostly semua
students Darjah Satu Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang Klang mampu mengawal emosi masing-masing. Termasuklah Afif (^_^)
Cehwah! Puji anak sendiri pula!
Hehe!
Masa dalam perbarisan
ni dan bila lihat anak orang lain, YY baru perasan betapa kecilnya badan Afif. Masa
ni lah YY pula terasa
nak menangis. Mulalah bayangkan yang bukan-bukan.
Risau kena bulilah, apalah.
YY, MyChintaHati dan Aisyah menemankan Afif sehingga ke pintu kelas. Afif nampak
okay walau dia masih kelihatan lemah disebabkan kesihatan yang
tak mengizinkan.
Kami kemudiannya meninggalkan Afif di dalam kelas.
Hati YY
ni sebenarnya berat
nak meninggalkan dia dalam keadaan
tak sihat
tu. Terasa
nak bawa balik
aje. Tapi MyChintaHati bagi jelingan yang cukup buat YY sedar diri (^_^)
Sebelum
nak balik
tu, sempat juga YY pesan pada Afif yang kami akan kembali semua ketika dia rehat nanti. Dia hanya mengangguk.
Masa
nak rehat
tu, YY rasa macam kaki
nak cepat melangkah ke kelas Afif. Bukan apa, takut demam Afif bertambah teruk. Risau
tak usah kata!
Tapi
cover juga takut kena hidu dengan MyChintaHati. Nanti kena ceramah
free!
Hehe! Tapi YY terkejut tengok Afif macam orang
tak sakit bila YY sampai ke kelas dia.
Dia boleh berbual mesra dengan kawan yang dia baru kenali. Lega rasanya (^_^)
Rehat untuk murid Darjah Satu diasingkan dari murid Darjah Dua dan Tiga. Walau
dah diasingkan
pun, sesak sungguh! Mujur Afif ada bawa bekal.
Tengok keadaan
tu memang buat YY rasa kena sentiasa bekalkan Afif dengan makanan.
Dalam keadaan sesak
tu, memang
tak sempat rasanya
nak beli makanan sebab rehat hanya 20 minit sahaja sebelum loceng berbunyi menandakan habisnya waktu rehat.
Kepala ligat berfikir bagaimana
nak uruskan semua
tu. Teringat
Lieya Latif yang cukup hebat dalam menyediakan bento untuk anak-anak ke sekolah.
Boleh ke YY melakukan seperti dia?
Emm...
Anyway sebelum masuk ke kelas selepas waktu rehat, kesemua pelajar Darjah Satu diminta berbaris. Afif kelihatan begitu selesa dengan suasana baru
ni.
Oh ya, masa dalam pelajar yang ramai dan keadaan yang sesak
tu, YY jumpa Anuar Ibrahim!
Tak sangka dia
pun ada di sini!
Ye! Betul! Anuar Ibrahim ada!
Cuma dia agak kecil dan muda berbanding di kaca TV (^_^)
Petang
tu ketika
nak habis sesi persekolah pada hari pertama, YY
excited nak fetched Afif.
Tak sabar rasanya
nak dengar cerita dia pada hari pertama.
Tapi masa YY jumpa dia dalam ramai-ramai pelajar yang ada, YY nampak dia lemah. Jelas sekali suhu badan dia kembali naik. Luluh pula rasa hati tengok dia macam
tu.
Sementara
nak menunggu MyChintaHati mengambil motorsikal, kami dua beranak hanya menunggu sambil memerhati lalu lintas yang sesak.
Jalan seperti pada waktu masuk ke kelas, memang sesak teruk.
Afif sampai rumah selepas mandi dan makan terus tidur.
First time dalam tempoh enam tahun sebulan, dia tidur seawal
tu. Kesian YY tengok dia.
Badan dia panas sangat. Risau sungguh tengok dia macam
tu. Terasa
nak transfer seluruh kesakitan yang dia rasa
tu pada diri YY. Kalau
korang seorang Ibu pasti faham apa yang YY rasa.
Afif jarang demam tapi bila
dah demam, TERUK!
Begitulah Afif ketika hari pertama di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama.
Overall dia berperangai elok cuma kesihatan sahaja
tak mengizinkan.
Insya ALLAH besok YY akan bercerita lagi mengenai Afif dan selitkan sikit cerita Aisyah yang seperti kehilangan bila Abang dia mula bersekolah (^_^)
Assalamualaikum.
P/S - Maaf sebab aktiviti
blog walking terpaksa ditangguh buat masa
ni. YY juga masih berhutang
blog review buat pemenang Simple Giveaway by Licha. Ini semua
beyond expectation
43 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿