Hadiah Dari Rakan Blogger (^_^)

6:40:00 am Yana Yani 55 Comments

YY nak tutup kisah 2014 dengan hadiah pemberian rakan blogger sama ada melalui segmen atau giveaway yang YY sertai dan juga top komentor.

Kesemua yang YY ceritakan dalam entry kali ni adalah yang YY belum pernah ceritakan lagi sebelum ni. Yang lelain semua dah cerita (^_^)

Kita mulakan dengan hadiah yang YY terima sebagai top komentor bulan Ogos di blog Janji Kita. YY tak jangka pun tersenarai sebagai top komentor sehinggalah terbaca Pengomen Hebat Ogos.


YY sebenarnya dah lama dapat buku Ku Jemput Jodohku hasil nukilan Fadhlan Al-Ikhwani ni. YY bercadang nak baca dulu, barulah nak update dekat blog.

Tapi sampai ke sudah tak baca juga. YY ni jenis manusia tak boleh fokus kalau baca buku. Suka sangat skip baca especially bila melibatkan banyak muka surat. Buruk perangai kan?

Camne nak suruh anak rajin membaca kalau dah camni gayanya.

Satu-satunya buku yang YY habis baca setakat ni adalah Mustafa Kamal Ataturk: Penegak Agenda Yahudi hasil karya penulis novel sejarah nombor satu di Malaysia, Abdul Latip Talib.

Boleh klik sini kalau nak baca review YY (^_^)

Seterusnya YY dapat hadiah sebab participated Simple GA Sempena #FarahEdy Wedding Anniversary. Ni join suka-suka dan lagipun senang aje nak join (^_^)

Tak lama lepas tu terpandang nama YY tersenarai sebagai salah seorang pemenang di sini. Excited bila tahu menang! Alhamdulillah rezeki (^_^)

Yang buat ianya bertambah surprise, Farah a.k.a Mrs. Secretary tak beritahu nak bagi apa sehinggalah YY terima bungkusan di bawah ni.

MyChintaHati nak guna, YY tak bagi sebab sayang! Hehe!


Yang terakhir sekali hadiah yang YY terima untuk tahun ni adalah disebabkan YY participated giveaway anjuran +Diana Rashid. Ni YY tak tahu langsung YY menang.

YY hanya tahu apabila terpandang komen yang ditinggalkan oleh penaja supaya menuntut hadiah. Mula macam tak percaya sehinggalah YY terpandang nombor YY naik di sini.

Hadiah ni adalah yang terbesar yang YY terima sepanjang tahun ni. Sampai anak-anak YY sikit punya teruja nak buka bungkusan bila dok tengok betapa besarnya bungkusan dia.

    
YY dah explained kata yang dalam kotak tu sabun tapi Afif terutamanya tak percaya langsung sebab dia kata mana ada orang letak sabun dalam kotak besar gitu.

So YY pun since dia tak percaya, YY suruh dia dengan Adik dia buka kotak tu. Tengoklah gambar dekat bawah membuktikan betapa terujanya pasangan adik-beradik ni.


Bila dah buka tu tiba-tiba Afif bersuara, "Laaa, sabun!"

Itulah yang Mama korang cuba jelaskan sejak dari awal bebudak oi (^_^)


Gambar dekat bawah ni pula Afif suruh letak dekat blog. Dia siap suggest camne cara nak posing pada Adik dia. Tengoklah tu, dah macam duta produk Shaklee pula cara diorang posing. Hehe!


So itulah antara barangan atau hadiah yang YY terima setakat hari ni dan juga sebagai penutup cerita bagi tahun 2014. Terima kasih buat semua rakan blogger yang sudi memberi.

YY amat hargai pemberian korang walau dalam apa jua size dan nilai. Sekali lagi dengan rendah diri YY ucapkan ribuan terima kasih buat korang semua.

Antara entry yang YY pernah ceritakan mengenai hadiah pemberian rakan blogger sepanjang tahun 2014 adalah seperti berikut:

Persahabatan di Alam Maya
Kad Raya Dari Blogger
Misteri Di Sebalik Bungkusan

Besok insya ALLAH kita akan masuk ke tahun baru masihi. Besok juga ada hari suai kenal untuk sekolah agama Afif. Mama yang sorang ni dah tak sabar nak tengok anak sulung ke sekolah.

Maklumlah pengalaman pertama! (^_^)

Syukur Alhamdulillah YY dan MyChintaHati diberikan peluang untuk merasai nikmat seperti ini yang bukan mampu dimiliki oleh semua orang.

Insya ALLAH, moga kita bertemu lagi di lain entry pada tahun hadapan! Assalamualaikum (^_^)

P/S - Peringatan! Jangan masuk toilet malam ni pada pukul 11:59 malam. Tangguhkan niat korang kalau perlu. Kenapa? Nanti korang keluar tahun depan! Naya tau! (^_^)

55 comments:

  1. wah tahniah...
    selamatbmemasuki alam persekolahan afif

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki
      nanti akak sampaikan dekat dia =)

      Delete
    2. YY ni pun tangan bertuah juga mcm suami YY. Selalu dapat hadiah kan?

      Oooo, yang ni la yg YY cerita YY baca buku Mustafa Kamal Attartuk tu ye. Saya kena habis kan buku ni jgk la.

      Delete
    3. idaklah lyd
      saya jarang dapat hadiah, tu nasib aje tu =)
      ye, yang ni lah =)

      Delete
  2. seronok dpt hadiah dr kawan maya kan kak.. tahniah ya,murah rezeki anak akak..heheh..boleh tumpang guna barang mama diaorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betullah nana
      excited semacam perasan tu bila dapat hadiah kan? =)
      memang setakat ni apa yang mama diorang dapat, diorang yang belasah...hehe

      Delete
  3. saya macam dah lupa je pasal hadiah tu..saya beli online melalui PTS je..harap2 bermanfaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya belum baca pun lagi mar =)
      masalah negara sungguh saya ni bab membaca

      Delete
  4. Imbuhan berblog di tahun 2014 yg boleh jadi memori indah buat YY..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak, pencetus semangat tuk terus berblog...hehe

      Delete
  5. tahniah atas kemenangannya...

    selamat tahun baru 2015 dan semoga tahun mendatang ni akan lebih baik lagi untuk kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih NA
      selamat tahun baru juga ye...aminnnn

      Delete
  6. Wah.. Banyak hadiah sis dapat. Alhamdulillah,rezeki blogging. Hehehehe.. Kena tahan kencing berak nampaknya jam 11.59 tu eh? Anyway,selamat tahun 2015 sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak, rezeki 2014 =)
      hehe...kena! ada buat dak? hehe
      selamat tahun baru ye kak

      Delete
  7. Alhamdulillah...rezeki blogging. Tahniah YY.

    ReplyDelete
  8. Ok. Reminder last paling kelakar :)
    Tahniah menang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ada orang penah sampaikan benda tu pada saya =)
      terima kaish ye doktor

      Delete
  9. Hahaha! Pesanan penaja tu yang tak tahan. Kalau sakit perut memulas-mulas sangat macam mana?

    Untungkan YY bila berblogging ni. Dapat ramai kenalan dan adakalanya kalau nasib baik, nama naik jadi pemenang GA, segmen dan pengomen tegar. Pendek kata memang murah rezeki kalau rajin 'berkawan'. Samalah macam di alam nyata jugakan...

    Saya pun rasa makin seronok bila ada ramai kawan-kawan yang dikenali di alam maya termasuklah YY sekali. Tak kiralah beza umur, status dan apa sekali pun, janji kita happy berkawan. Thanks again YY kerana sudi jadi jemaah mengomel saya di alam maya and I appreciate it so much!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak pergi pergi ajelah, tapi keluar tahun depanlah jawabnya..hehe

      tulah kan MD, saya dah hampir tahun ketiga ni
      mula rasa keseronokkan tu terutama apabila terbinanya ikatan persahabatan
      walau belum pernah bertentang mata

      saya ni ada masa juga nak mengomel
      kebiasaannya saya ni pendiam, fakta tu tau =)

      Delete
  10. hahahah...ayat last yang tak tahan tu..kalau nak kencing tahan je la..

    nanti kalau saya buat GA lagi jemput la join ye..hehehe..
    YY ni bertuah jugak orang nya...
    heheheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kena tahan diana, kalau keluar tahun depan kan naya =)

      insya ALLAH, diana beritahulah ye
      mesti join kalau yang menjemput
      yeke? setakat ni baru berapa aje yang dapat
      tapi kira alhamdulillah lah, dapat juga
      ada yang langsung tak dapat dak? =)

      Delete
  11. banyak juga dapat tu . sis x de lck lah kat giveaway . setakat ni cuma menang bloglist 2 kali jer ... agaknya lain kali kena niat nak menang kot ... heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? saya pun dari sepuluh yang saya join, dua aje yang lekat
      tapi alhamdulillah. dapatlah juga kan dari tak dapat langsung =)

      Delete
  12. Hahhaha. Banyak kenangan bersama blogger kan kan?

    Happy new year kak Yanaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu scha, banyak sangat kenangan
      happy new year ye scha =)

      Delete
  13. Assalamualaikum

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam, selamat tahun baru NA
      aminnnn

      Delete
  14. Alhamdulillah tahniah YY... Selamat tahun baru 2015. Semoga 2015 ini membawa lebih kejayaan & keceriaan buat YY sekeluarga dari tahun2 sebelumnya... aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih KK
      selamat tahun baru untuk KK dan keluarga juga ye
      aminnnn

      Delete
  15. haha. biasalah anak-anak ni susah nak percaya selagi tak nampak depan mata . hehe . hadiah mom pun saya suka nak bukakkan sebab nak jadi orang first tengok. kekeke

    ReplyDelete
  16. Siapa yg tak suka terima hadiah dan penghargaan kan... Semoga jalinan ikatan ukhwah berkekalan. Seronok kan jadi blogger... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu BM, pencetus semangat!
      memang seronok jadi blogger! hehe

      Delete
  17. alhamdulillah..hasil berblog dapat kawan2 yg baik,tahniah diatas rezeki yg yana dapat dari kawan2 blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak
      tu yang seronok dunia blogging ni

      Delete
  18. Alhamdulillah.. hope u like it yana.. >__<

    ReplyDelete
  19. Wah rezeki bertimpa timpa nampaknya tu..hihi....Mmg nampak seronok depa bukak hadiah tu. Weyh sabun pun best jugak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah OKje
      biasa kalau saya dapat barang, memang diorang yang lebih excited =)
      sabun pun hadiah juga kan =)

      Delete
  20. alhamdulillah
    rezeki di penghujung 2014
    tahniah yy.

    bab pesanan msk toilet tu. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan rezeki =)
      hehe...cik su ada buat gitu dak =)

      Delete
  21. Tahniah kak.
    lepas baca post ni baru perasan ada entry pasal hadiah jugak dalam draft. Dah lama terperam dalam draft

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...rezeki anak-anak farhana
      kena publish juga cite gitu sebagai tanda appreciation

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...