Pesanan Seorang Insan Bergelar Mak (^_^)

7:03:00 am Yana Yani 19 Comments

Insan yang YY gelar Mak ni adalah insan yang paling YY kagumi di dalam dunia. Kehebatan Mak dalam menguruskan kami enam beradik memang tidak boleh ditandingi oleh sesiapa.

Walau tanpa certificates sebagai bukti kecemerlangan dalam pelajaran. Tanpa wang gaji sebagai bukti wanita berkerjaya, Mak tetap mampu mendidik kami dengan cara dia yang tersendiri.

Mak sering dikecam dan dihina atas pelbagai faktor, tapi Mak tidak pernah mengajar kami membenci apatah lagi membalas perbuatan mereka yang melakukan kecaman atau hinaan.

Malahan kami adik-beradik diajar supaya memperkayakan diri dari segala segi sebagai bukti insan yang sering menerima hinaan seperti dia juga mampu berbangga melalui anak.


Sepanjang 32 tahun menjadi seorang isteri kepada Abah, Mak adalah insan yang paling setia menemani kami di setiap tangis mahupun gembira.

Tidak pernah walau seketika melupakan kami walau di mana sahaja kami berada. Nama setiap di antara kami adik beradik sentiasa meniti dibibir beliau.

Insan pertama yang akan mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada kami saban tahun tanpa jemu disusuli dengan nasihat sebagai panduan perjalanan.


18 May 2013 02:08 AM - Selamat ulang tahun yang ke 30 Kak Long. Semoga Kak Long menjadi wanita yang beriman, isteri dan ibu yang solehah dan dikurniakan kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Dikurniakan kesihatan yang baik, suami yang soleh dan zuriat serta keturunan yang soleh dan solehah. Dilimpahkan dengan rezeki yang halal dan berkat. Amin

18 May 2013 02:12 AM - Mak minta maaf banyak-banyak kalau ada salah silap masa mengandung, melahirkankan, menyusukan dan membesarkan kau. Carilah ilmu yang Mak tak ajarkan pada kau ketika membesarkan kau. Carilah ALLAH kerana pada-NYA tempat kembali kita nanti.

18 May 2013 02:14 AM - Dirikanlah solat dengan sempurna. Tutuplah aurat dengan sempurna. Didiklah anak-anak kau mengenal akhirat, jangan cuma mengajar mengenal dunia sahaja.

29 Sept 2013 10:40 PM - Salam. Sebelum Mak nak tidur ni, Mak nak minta maaf kalau selama Mak membesarkan kau, Mak pernah sakiti mental dan fizikal kau. Maafkan Mak ye. Kalau terkurang didikan Mak Abah beri, carilah sendiri ilmu dunia dan akhirat. Jangan hidup dalam kejahilan. Dan Mak nak beritahu satu perkara ni, Mak sayang kau sangat-sangat, muahh. Mudah-mudahan ALLAH jadikan kita semua orang-orang yang beriman. Amin.

22 Dec 2013 07:36 AM - Selamat meraikan ualng tahun perkahwinan. Semoga kebahagian Kak Long sekeluarga kekal hingga ke syurga. Amin. 

18 May 2014 08:32 AM - Selamat ulang tahun yang ke 31 sayang. Mudah-mudahan anak Mak ni bahagia dunia dan akhirat. Dimurahkan rezeki yang halal dan berkat. Dikurniakan pasangan hidup yang beriman dan setia kehujungnya dan dikurniakan zuriat keturunan yang soleh dan solehah. Amin. Mak sayang Kak Long sangat. Muahh



Semua yang di atas adalah sebahagian SMS dari Mak yang masih YY simpan. Nak menyalinnya semua terasa sukar kerana kelompak mata terasa begitu berat. Murni sungguh kasih Mak.

Mak, ketahuilah yang Mak tak pernah salah dan tak pernah gagal dalam mendidik Along dan adik-adik. Sekiranya ada kecacatan, bukan disebabkan Mak, tapi kekhilafan diri kami sendiri.

Beruntungnya kami kerana mempunyai insan sehebat Mak dan Abah. Berbahagianya kami kerana dilimpahkan dengan kasih dan sayang Mak dan Abah. Tak terbalas semua itu.

Kami semua menyanyangi Mak dan Abah sepenuh jiwa dan raga. Hanya ALLAH yang boleh membalas setiap pengorbanan Mak dan Abah.


Tajuk Lagu: Jasa Bonda
Penyanyi/Artis: Warisan

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas

Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia

Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda


19 comments:

  1. Entah kenapa walau N3 ini adalah satu N3 yg cantik dan indah mata kakak jadi panas dek airmata yg bergenang YY. Betul mak yg kita ada tak ada galang gantinya..

    ReplyDelete
  2. Touching sungguh mesej mak sis ni.. Tersentuh kathy mendengarnya tau? Memang hebat mak sis ni. Penuh dengan pesan dan peringatan juga pernyataan sayag pada anak. Untung sis.

    ReplyDelete
  3. Terkesima melihat pada sms ucapan dari mak kesayangan YY ni. Biarpun caranya berbeza dengan emak kesayangan saya, perasaan tetap sama. Sebagai anak, kita memang sangat bangga dengan ibu kita sendiri, cara mereka menguruskan keluarga dan membesarkan kita adik beradik. Memang patut jadi role model, idola kita dalam hidup ini.

    Moga anak-anak kita nanti akan mempunyai perasaan kasih sayang sama ataupun lebih pada kita sebagai ibu mereka, daripada apa yang kita rasa untuk emak-emak kita kini.

    ReplyDelete
  4. entry ni membuatkan saya nak menitiskan airmata lah... saya dah takder mak tapi saya baik dan rapat dengan mak tiri yg begitu baik menjaga bapa saya...

    ReplyDelete
  5. utg ada mak blh hantar sms mcm tu . my bonda buta huruf . jadinya cuma anak2 jer cal dia ... bunda kita adalah segala - galanya ...

    ReplyDelete
  6. alahai..saya pun tumpang terharu dengan ayat2 dalam mesej mak YY ni.. memang seorang wanita yang sangat penyayang.. moga Allah berikan kesihatan yang baik buat beliau... moga kasih sayangnya dapat anak cucu rasa lama-lama...

    bagus sekali YY simpan mesej yang berharga ni...

    ReplyDelete
  7. Apa yang ibu YY buat nie menjadi inspirasi untuk idah... idah pun nak buat untuk anak2 juga... kata2 yang menyejukkan hati... Semoga ibu YY sihat sejahtera hendaknya... :)

    ReplyDelete
  8. Mak saya seorang yang tidak banyak cakap dan tak tau pun guna telefon. Memang xakan dengar ungkapan2 spt diatas tapi tanpa luahan pun saya tahu, dia sgt sayangkan saya...

    ReplyDelete
  9. Akak feeling-feeling baca sms emak YY. Tooching dan berharga sangat :)

    ReplyDelete
  10. Pesanan2 yang sangat bermakna..dari mak sendiri kan..
    psst..kita ni beza setahun aje..

    ReplyDelete
  11. Lepas baca SMS2 tu, kena ambil tisu kejap lap mata...
    Kemudian sambung baca lagi hingga ke noktah terakhir...
    Tulusnya pesanan mak...
    Ikhlasnya pesanan mak...

    Saya pun kadang2 rasa tak boleh nak jadi sehebat mak sendiri...
    Mak kita ni terlalu hebat, kan?

    Huwaa, tak sabar nak skype dgn mak hujung minggu ni...
    Memang rindu sgt2 dgn mak kat M'sia...
    sob sob :(

    ReplyDelete
  12. Kasih dan pengorbanan ibu mmg tiada tandingannya.. Tidak dapat dinilai dengan harta benda. Saya sayang ibu saya...

    ReplyDelete
  13. mmg sebak baca msg2 dr mak YY
    kasih ibu kita melebihi segalanya..
    lya pon mmg syg sgt2 kat mama dia..
    time lya sakit dr belum kawen smpai sekarang..mmg dia akn jaga lya.. sbb tu lya xleh khilangan n takut sgt kehilangan

    ReplyDelete
  14. Kasih ibu hingga ke syurga...

    ReplyDelete
  15. Bergenang air mata baca sms2 mak yana tu... ikhlas dan tulus sungguh kasih sayang mak pada kitakan... kita ni blm tentu boleh jadi mak yg hebat utk anak2 kita... tapi mak kita... mmg tiada galang gantinya...

    ReplyDelete
  16. Kasihnya ibu, gitulahkan YY......
    Kasih yg tiada tolok bandingnya. Kasih emak dengan anak mmg macam tu tapi kasih anak dengan emak tak akan sama hebatnya. Moga kita sama sama menyanyangi emak kita selagi mereka masih ada

    ReplyDelete
  17. tak dapat nak teruskan bacaan sebab takut menangis..nanti org sebelah cakap apa pulak kat akak ni

    ReplyDelete
  18. Touching baca entri yana nie.. sifat seorang ibu mmg macam tue... sentiasa doakan yg terbaik jer utk anak2nya..

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...