Misteri Di Sebalik Bungkusan (^_^)
Hari Jumaat minggu lepas adalah hari di mana YY banyak menerima kejutan yang tak dijangka. Pagi ketika menghantar Afif dan Aisyah, YY dikejutkan dengan kematian anak bekas jiran YY.Seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang meninggal dengan cara yang menyedihkan. Dia meninggal kerana kecedaraan di kepala akibat dihempap pagar rumah yang tumbang secara tiba-tiba.
Petang on the way balik kerja pula, ada kemalangan yang mengakibatkan kematian. Tak kenal siapa pun antara mangsa. Tapi keduanya hancur akibat digilis lori pembancuh simen.
Ajal orang, ajal kita entah macamanalah pula.
Encik suami beria nak tengok. YY tak mempunyai jiwa yang kuat untuk melihat benda seperti tu. Tengok dari jauh aje. Apapun YY kagum dengan kepantasan anggota polis pada hari kejadian.
Sampai pula di rumah Mak, YY dapat lagi benda yang mengejutkan.
YY diajukan dengan persoalan yang YY sendiri tak tahu jawapan. "Ni benda apa yang kau beli ni?" tanya Abah sambil memberikan bungkusan plastik berwarna ungu kepada YY.
"Beli? Mana Along ada beli apa-apa" jawab YY bersahaja.
"Habis tu apa benda ni? Posmen tanya Abah benda apa yang macam pasir ke batu ni. Kau buka tengok apa ada dekat dalam" kata Abah yang ada nada risau di situ.
"Siapa As dari Johor ni ye?" tanya YY pula selepas membaca nama pengirim pada bungkusan. Kepala dok ligat berfikir siapalah gerangan pengirim sambil tangan mengoyakkan bungkusan.
Dalam bungkusan plastik tu ada pula lapisan surat khabar. Bila YY buka aje lapisan surat khabar tu, habis berterabur beras di atas lantai melalui bocoran pada bungkusan tu.
Serentak dengan tu Mak YY menjerit, "Buang! Buang! Ish! Entah apa benda tu Long!"
Abah pun menambah, "Buanglah Long. Entah apa benda orang nak tuju-tuju ni"
"Eh jab, Along macam pernah nampak bungkusan ni. Nasi Arab segera ni. Ada kawan Along meniaga benda ni" kata YY cuba menenangkan keadaan.
Dalam kepala otak ni teringat +Mar Mansor yang pernah mempromosikan nasi Arab ni tak lama dulu. Tapi tertanya juga, "Awat dia bagi beras ni? Nak suruh review ke?"
"Ish, bau dia macam ketiak $%#@!^ lah Long!" kata Mak YY yang buat satu rumah tergelak (^_^)
Masa YY sampai dekat rumah, YY masih lagi terfikir siapa yang hantar Nasi Arab tu. Fikir punya fikir, YY teringat Mummydearie yang pernah kata nak bagi something.
Pengesahan dari dia buat misteri disebalik disebalik bungkusan, solved! (^_^)
Time nak masak benda tu, ada juga benda lain jadi. YY dah excited nak masak nasi Arab buat julung kalinya. Bila dah siap peram ayam, YY baru perasan perkataan "bakar"
Seingat YY, +Mar Mansor tak ada pula sebut pasal bakar. YY selongkar balik entry dia cari cerita pasal nasi Arab. Dia guna pemanggang ajaib rupanya untuk bakar ayam! Patutlah!
Ni dah jadi kes naya! Oven tak ada apatah lagi benda yang berunsurkan ajaib! Termenung kejab dok fikir macamana nak bakar ayam ni. Dok bayang buat deep fry aje dah!
Tetiba terpandang microwave oven yang tak pernah langsung YY guna sejak Encik suami perolehi dari cabutan bertuah ketika dinner kira-kira tiga tahun lepas.
YY tekad dok masak guna benda tu. Apa nak jadi, jadilah! (^_^)
BERJAYA! Rupanya boleh aje panggang ayam guna microwave oven. Selama ni dok set dalam kepala otak benda tu kegunaan dia hanya untuk panaskan makanan aje. Hehe!
Rasa bangga bila dapat hidangkan pada keluarga nasi Arab versi YY. Senyum sampai ke telinga walau dalam hati dok tanya, "Awat color nasi Arab aku ni lain?" (^_^)
Lagi satu YY tak sangka pula bungkusan sekecil itu boleh mengenyangkan perut tujuh orang manusia yang kelaparan pada hari tu. Puas makan!
Afif dengan Aisyah adalah orang yang paling berselera makan pada hari tu. Siap bertambah makan! Encik suami pula agak slow, confirm tak kena kat tekak dia. Hehe!
Tapi pada YY sedap aje. Nak buat pun senang aje. Even Angah yang selalu dok makan nasi Arab dekat luar pun kata sedap nasi Arab tu. Pendek kata, puas hatilah! (^_^)
Terima kasihlah Mummydearie ye sebab belanja nasi Arab untuk kami sekeluarga. Kalau tak kerana Mummydearie, memang tak akan pernah merasalah jawabnya!
Happy kami anak beranak makan hari tu.
Moga bertambah murahlah rezeki Mummydearie dan keluarga ye. Lain kali, belanjalah kami lagi ye. Lagipun kita ni kan besan to be. Oops! Hehe!
itu memang nasi dia kaler kuning ke atau tambah kunyit... seingat saya pernah masak nasi kunyit yg kuning macm tu.... (nasib baik tak buang kan....)
ReplyDeletesaya atak tambah kunit pun NA
Deletetak tahulah kenapa color dia jadi gitu, makan sedap juga..hehe
Saya kat IOI Mall Putrajaya masa tu, YY ^_^
ReplyDeleteApalah posmen ni! Suka betul over react. Pi hantar jelah. Dok citer macam-macam kat orang tua YY, takutlah pakcikmakcik tu. Yalah, Alongnya blogger famous sekarang ni manalah tau orang nak dengki. Hahaha....
Saya tak tahu apa. Contact si As yang menjual tu dan terus buat dropshipping. Penjualnya baru WA saya semalam tanya macam mana rasa chicken mandy tu, okey ke tidak. Saya pun jawablah, saya tak tahu menahu sebab yang itu saya belikan untuk kawan. Saya tunggu YY sms saya dok nak beritahu sedap ke tidak, maka bolehlah saya proceed lagi beberapa bungkus untuk 'stok' saya kat rumah. Hahaha....
Aduhai, ingatkan nak buat surprise rupanya pembeli yang terkejut disurprisekan dengan andaian yang nak gelak ni dengar ^_^ So, saya anggap hutang nasi Arab dah langsai ya. Puas saya nak cari delivery tapi tak dapat so hantar instant ajelah, masak sendiri! Kata rajin ke dapur demi keluarga ^_^
tulah kan, posmen yang anta barang dekat rumah parent saya
Deletesuka bersoal jawab dengan abah saya, tak pasal-pasal orang tua tu takut
bukan sebab dengki ke apa, dia dari dulu dok paranoid kalau dapat bungkusan ni
hehe...terima kasihlah MD
memang sedap sampai dah terlupa langsung nak SMS beritahu tak kesedapan dia =)
saya sebenarnya tak minta pun, MD yang bagi kan...hehe
tak apalah walau kena masak sendiri, merasa juga nasi arab =)
moning singgah pagi
ReplyDeletepetang ni anum
Deleteselamat petang lah ye =)
Hihi... kakak ingatkan misteri apa tadi:)
ReplyDeleteMemang sebungkus kecik tu takat utk 7 org boleh kenyang YY
tulah kak, abah saya takut sangat tau =)
Deletealhamdulillah rezeki kami aritu =)
part suh buang tu Cik Iman tergelak agagaa nasib baik tak buang, sedap tu nasik arab :D
ReplyDeletehehe...orang tua bila ketakutan gitulah cik iman
DeleteWah.. tajuknya misteri sungguh..
ReplyDeleteTapi mmg betul pun, tetiba dpt bungkusan, mesti la tertanya2 kan, siapa yg beri..
Posmen tu concern dgn apa yg dihantar.. :)
tulah ira, mujur juga MD bagi tahu nak anta
Deletekalau dia main anta aje, memang confirm buang gamaknya =)
hehe...terlebih concern posmen tu
wah..untungnya yer...mintak sikit boleh?
ReplyDeletealahai, nak selamat masuk perut kak
Deletedah hambis digest pun =)
tak tau pulak oven boleh masak nasi, hahaha
ReplyDeletesalah baca kamu ni hajar
Deletebukan oven tu buat masak nasi, masak ayam =)
Alfatihah buat arwah....betul tu ajal mereka dah tahu ajal kita? Seriau memikirkan amalan yg tak seberapa.....
ReplyDeleteOK.....ok....rezeki memang tak disangka sangka, tetiba Nasi Arab depan mata... Tahniah kerana berjaya masak yek YY.... Nampaknya jiran sebelah mak mengumpul banyak pahala 2014 ni...jeles weyh....
tulah kan OKje, mati boleh jadi pada bila-bila masa sahaja
Deletealhamdulillah, moga bertambah rezeki jiran sebelah OKje tu
saya pun tak sangka dia nak beri =)
untungnya....
ReplyDeletealhamdulillah
DeleteHadoi! Misteri jugak ye.. Tak sangka, boleh pulak terfikir ada orang nak tuju2...
ReplyDeleteMemang tuju2 betullah tu... dah kembung perut... kekenyangan! hehhe
hehe...orang tua BM
Deletecara mereka berfikir tu lain sikit sebab dah lama
melalui perjalanan hidup =)
Suami YY x kena kat tekaklah tu.. Hehe..
ReplyDeleteTapi si comel2 tu macam berselera.
hehe...tulah doktor
Deleteanak-anak memang suka sangat
Hahahaha :D tak tahan suruh buang sebab takut kena tuju ye?
ReplyDeleteAnyway, salam singgah dari segmen mialiana
Done following
http://fadzirazak.blogspot.com/
hehe..tulah. kelakar bila teringat moment tu
Deleteterima kasih ye FR
saya tak pernah try buat nasi arab ni tapi mkn free selalulah ... sekarang dah byk yg segera . cara buat pun ada disertakan sekali , senang ... warna x penting , yg ptg sedap yana .
ReplyDeleteguna yang instant memang senang sangat vee
Deletealhamdulillah rezeki kami, first time dapat makan nasi arab =)
Hehehe..kelakar lah kejadian beras nih..adoiii
ReplyDeletehehe...saya pun bila teringat balik terasa kelakar =)
Delete1st, al-fatihah buat jiran YY.. semestinya syurga tempatnya..
ReplyDeletedan buat yang terlibat kemalangan maut tu, salam takziah.. lya mmg tak mampu jgk nk tgk kejadian2 mcm tu. Takut xleh tidur malam.. huhu.. itu lah, kita nanti mcm mana ye?
alhamdulillah.. mmg rezeki YY ni. memang nampk sedap sgt..
yelah kan, budak lagi. belum berdosa
Deletelya pernah mengalaminya pasti trauma, tulah
bila memikirkan nasib sendiri, entah camne pengakhiran kita kan
alhamdulillah, padahal 1st time makan ansi arab tu
Fuyoo... nasi tuu.. tetap menyelerakan bila tengok walaupun dad makan malam.. selera... selera... :) :)
ReplyDeletekan KK
Deletetengok dah sedap, makan lagilah sedap =)
alhamdulillah..rezeki kan,tak sangka dengan berblog kita dpt ramai kawan dan tak sangka kawan2 ini sangat prihatin dan baik..tengok sanggup tu poskan nasi arab untk yana...mesti seronokkan dapat makan nasi arab ramai2..
ReplyDeletetulah kan kak
Deletebila berblog ni saya jumpa macam-macam kawan
malahan saya dah terima macam-macam juga dari kawan maya ni
alhamdulillah, tapi serius kami semua sonok aritu
Wah... Byk... Alhamdulillah... Rezeki..
ReplyDeletebanyak cikgu, sebungkus dapat makan ramai
Deletealhamdulillah rezeki kami aritu
hahhaa.surprise gituu MD buat utk yy.
ReplyDeletealhamdulillah.kenyang kan.
aamiin
hehe...mujur dia beritahu nak anta
Deletekalau main anta aje, mun gkin dah masuk bakul sampah...hehe
Macam2 berlaku dalam sehari ya..apa pun tahniah..Murah rezeki YY hari tu. Sukalah ya dapat nasi arab..
ReplyDeletetulah, aritu banyak sangat benda berlaku
Deleteish...mestilah suka
ditambah pula 1st time dapat makan nasi arab..hehe
Hahaha, lawak je bila semua org dah cuak bila tgk beras berterabur. Kalau sedap, berbaloi la beli. Tgk si Aisyah sampai meniti nasi tu kat bibir. Hehhe.
ReplyDeletehehe...orang tua lyd
Deletedia punya rasa takut tu lain sikit agaknya
sedap, ada juga plan nak beli lagi
dia memang berselera makan aritu =)
ohh...terjawab sudah misteri di sebalik bungkusan itu...senang sudah skrg jika mau mkn nasi Arab..sudah ada pes segera
ReplyDeleteyes, misteri dapat diselesaikan
Deletebetullah tu, senang sangat nak buat =)