Part I: Pengembaraan Dan Makan-Makan (^_^)
Sabtu baru ni YY ada appointment di HTAR Klang. Ada ujian darah yang perlu dilakukan di sana. Untuk pesakit hyperthyroid seperti YY, ujian darah adalah perkara biasa.Cuma yang luar biasa pada hari tu adalah pengembaraan yang kami tempuh.
Kebetulan hari tu Encik suami tak ada. Kami ke hospital dengan Angah. Tapi pada masa yang sama Angah ada temujanji dengan Pusat Servis Proton. So Angah hanya drop kami di hospital.
Afif sebenarnya keberatan untuk membenarkan YY ke hospital sebab dia bimbang YY akan masuk ward lagi seperti sebelum ni. Tapi selepas diterangkan, dia pula terlebih excited.
Kebiasaannya bila ada temujanji dengan Klinik Pakar di hospital ni, manusia ramai. Tapi hari tu tak ramai sangat, mungkin disebabkan hari Sabtu.
YY juga tak menjangka dalam tempoh setengah jam settled urusan pengambilan darah. Disebabkan habis awal dari yang dijangka, YY decided untuk naik bas.
Rasanya tak rela menunggu Angah yang entah bila akan settle dengan urusan dia di Pusat Servis tu. Afif punya respond memang YY dah jangkakan.
Bila YY khabarkan tentang planned YY untuk menaiki bas, dia adalah manusia paling seronok! Di sinilah bermulanya pengembaraan kami tiga beranak.
Tahun lepas dia begitu teruja menempuh perjalanan dari Klang ke Berjaya Times Square menaiki Komuter dan Monorail yang begitu adventurous bagi dia. Klik sini kalau nak baca.
Kali ni dia teruja menaiki bas!
Anyway, perjalanan keluar dari Klinik Pakar ke perhentian bas pun terasa sekejab dengan pelbagai soalan dari dia. Padahal jauh juga kami berjalan kaki.
Untuk sampai ke Pusat Servis yang Angah kunjungi memerlukan kami menaiki dua bas.
Satu dari HTAR ke stesen bas Klang. Satu lagi dari stesen bas Klang menuju ke Pusat Servis Proton Pantai Bharu yang terletak di Jalan Meru Klang.
Afif memang terlalu teruja bila dia dapat peluang yang jarang dapat dilakukan. Dalam bas tu asyik tersengih sepanjang perjalanan. Cuma Aisyah yang macam orang cuak.
Hanya dalam bas yang kedua barulah Aisyah mula dapat menyesuaikan diri.
Masa dalam bas kedua ni dia mula nak bercerita dan tersenyum. Kalau tak dia hanya nak duduk atas riba YY aje. Tak mahu langsung berganjak walau Abang dia ajak dia main.
Sebenarnya jarak antara Pusat Servis Proton dan HTAR tak lah terlalu jauh. Tapi disebabkan menaiki public transport, ianya terasa begitu jauh!
YY rasa YY lagi laju berjalan kaki dari bas yang kami naiki. Tapi tak apalah dak, merasalah juga Afif dan Aisyah mengembara.
Lagipun rasanya lebih elok dari menunggu Angah di HTAR (^_^)
Lebih kurang satu jam lebih barulah kami sampai di tempat yang kami ingin tuju. Ini adalah kali kedua kami di Pusat Servis ni. Kali pertama YY dah pernah ceritakan di sini.
Dekat sini Afif dan Aisyah mula rasa selesa dengan suasana sekitar Pusat Servis ditambah dengan kawan baru yang mereka temui di sana.
Budak yang bertudung tu cukup peramah. Malahan celoteh dia buat mereka yang terdengar perbualan antara dia dan Afif turut tergelak.
YY tak boleh lupa cara dia bertanya pada Afif, "Awak, nama awak sape?"
Bila dia tak dapat respond dari Afif, dia cakap, "Awak malu ye? Awak tulis nama awak dekat sini"
Afif sebab ditemuramah oleh seorang awek, dia agak malu untuk menjawab. Even Aisyah yang biasanya peramah juga menjadi pendiam apabila disoal oleh budak tu.
Tak tahulah apa yang menyebabkan mereka diam tiba-tiba. Tapi seriously suka dengan perwatakan budak tu. Sweet sangat cara pakaian dan of course pertuturan dia.
Anyway selepas settled urusan Angah di sana, kami ada tempat lain yang ingin di tuju. Nak tahu ke mana kami menyambung pengembaraan dan apakah menu makanan?
Kena tunggu next entry. Hehe!
YY boleh aje nak tulis sampai habis, cuma YY kesian dekat korang kena baca sampai naik lenguh tangan dok scroll sampai ke ayat terakhir. Untuk kesenangan semua, kita sambung next entry ye.
Till we meet again korang. Assalamualaikum! (^_^)
seronok nek bas kan... tgh plan nk bawa anak2 naik bas dan lrt juga nih... hehe...
ReplyDeletememang seronok cikgu maria
Deletebukan selalu pun kan dapat peluang gitu
selalu naik keta aje =)
Kak YY, sekarang ni stesen monorail di KL Sentral dah cantik, siap ada sky bridge untuk ke NU Sentral (shopping mall dalam KL Sentral)..Nur dah 2 kali masuk ke shopping mall tu, best...nanti Kak YY bawa la Angah dan Anis ke sana..=)
ReplyDeleteyeke? akak memang dah lama tak ke sana lagi
Deletelast pergi tahun lepas tu ajelah
nantilah kalau ada peluang, akak ajak diorang
thanks for the info ye nur =)
happy moment
ReplyDeleteindeed =)
Deleteseronok kan bawa anak2 naik bas..
ReplyDeletememang seronok mar, benda baru bagi diorang
Deleteanak-anak semuanya comel.
ReplyDelete=)
Deleteteringin rasanya nak jalan2 bawak anak tanpa asben.. camna la gamaknya. hahahaha
ReplyDeletesaya ni adik-adik dekat
Deletetu yang suami bagi kelulusan
kalau tak, tak merasa juga
wah excited benor tu ... dah lama sis x naik bas sejak habis belajar dulu ... pandai mak bapaknya didik budak tu . nice jer kan ...
ReplyDeletememang excited benor, lagipun bebudak kan
Deletesaya pun dah lama tak naik bas, baru ni dapat peluang =)
betul, memang pandai. respect! =)
Bestlah anak2 dapat naik bas. Dah lama tak naik bas.
ReplyDeletebest fiza
Deletesangat-sangat!
alahai...comel je...
ReplyDelete=)
DeleteMesti anak² teruja. Selalu naik keta je bila dapat naik kenderaan awam mesti suka.
ReplyDeleteteruja sangat kak
Deletebetullah tu, selalu naik keta aje
sesekali naik kenderaan awam, excited diorang
Salam...boleh hantar alamat rumah anda ke email saya . Khairuddinlim@yahoo.com. Tqvm.
ReplyDeletesalam MKL
Deletedone =)
Seronok la anak2 yer dpt explore benda baru..=D
ReplyDeletebetul tu farah
Deletememang seronok diorang dok explore benda baru =)
cuba sekali sekala bawa
ReplyDeletemesti diorang pun teruja =)
Budak-budak kalau buat sesuatu di luar kebiasaan mereka, memang mereka rasa seronok. Setakat ni saya pernah juga bawa anak naik bas dan LRT ni setakat suka-suka. Abang tu pernah sekalilah naik bas (Adoi, malu pulak! Sekali je belajar naik bas dengan anak) tapi si Adik belum pernah lagi. Mommy mereka pun dah lupalah YY sistem bas ni. Kang terkial-kial nak masuk duit bayar tambang dengan superheroes yang ligat berpusing keliling badan nih ^_^
ReplyDeleteWah, dominan betul sikap budak perempuan tu ya! Saya bayangkan cara dia panggil Afif tanya nama. Rasa cam nak gelak pulak bila berimaginasi. Afif, jangan jadi macam Bubbly Abang ye bila dah sekolah nanti. Dengan awek pun kena buli!
Saya ada hati nak bawa superheroes naik train tapi hakikat yang saya sendiri tak pernah naik train adalah sungguh memalukan. Macamana si 'ketam' ni nak mengajar anak-anaknya ya? Hahaha....
betullah MD, diorang rasa something yang baru
Deletebagus juga sebenarnya untuk pembelajaran diorang
sebenarnya dok bawa budak yang dah besar lagi susah dari bawa baby kan MD
saya faham sangat kerisauan MD tu sebab saya pun alami
kalau budak kecil bagi makan aje senyap
ni dah besar, alahai. pening dengan pelbagai ragam
afif dengan budak perempuan memang pemalulah
tapi budak perempuan suka sangat tegur dia =)
lamanya CT tak merasa naik bus. ade naik bus pun masa bawak anak murid pergi keluar ada aktiviti. maksudnya yg jenis naik bus loncat ni mencabar. baru2 ni ada CT ke klang kawan kawen.. huuurm jem yang amat.
ReplyDeletedulu bas ni merupakan pengankutan utama ke opis
Deletesekarang aje dah lama
baru-baru ni aje dengan anak-anak, mujur semuanya masih sama =)
klang ada masa-masa dia jem
tapi kalau dah jem satu tempat, memang completely jem seluruh klang
tu yang uniknya bandar klang ni...hehe
Seronoknya... comel pulak tengok anak2 mcm tu kan.. :) :)
ReplyDeletetulah sebab benda baru pada diorang kan
Deletekita pun jadi seonok =)
Seronok betul afif dapat naik bas. Anak sulung saay pulak seronok naik komuter.
ReplyDeleteBas belum pernah lagi.
tu kalau dia naik bas, mesti seronok juga tu
Deletebiasanya budak camtulah kan bila jumpa benda baru =)
seronok dapat naik bas,anak2 akk ni belum berkesempatan nak bawa naik bas lagi
ReplyDeletebebudak kak! pengalaman baru pastinya sesuatu
Deleteyang mengujakan diorang =)
seronokkan skali skala bawa anak anak naik bas.
ReplyDeletesy nk try bawa baby naik lrt pulak.
besar mcm anak saya naik apa ape pon x ksh.tido je. hahaha.
seronok sebab diorang biasa naik kereta aje
Deletenaik lrt dengan komuter diorang dah
betullah cik su, usia gitu belum pandai lagi tunjuk ragam =)
Hyperthyroid ni macam mana kak?
ReplyDeletesama macam thyroid biasa ke
hyperthyroid ni keadaan apabila kalenjar thyroid tu leb ih aktif dari biasa
Deletedia overproduce, tu yang buat laju heartbeat etc =)