Cerita di Ahad Terakhir November (^_^)

7:39:00 am Yana Yani 40 Comments

Cerita ni terjadi pada Ahad terakhir bulan November. Cerita yang dah agak basi juga tapi tak apalah cerita aje. Lagipun baru sekarang berpeluang untuk bercerita (^_^)

Mak dengan Abah tak ada sebab menghantar sepupu bertunang di Johor. So Angah, Annur dan Anis dari awal dah booked YY dan anak-anak untuk bersarapan di luar hari tu.

Kebetulan Encik suami pun tak ada sebab terpaksa overtime buat julang kalinya dalam tahun ni. Rasa macam pelik tengok Encik suami tak ada weekend tu. Tak apalah, dah namanya tanggungjawab.

Dalam kereta diorang semua dah planned nak menuju ke mana. Angah, awal-awal dah kata dia yang belanja. Dengar perkataan belanja tu yang YY ikut aje ke mana arah tuju. Hehe!

Diorang nak pergi ke restoran yang sememangnya port biasa YY dan anak-anak pergi. Kalau sesiapa yang biasa ke blog YY ni mesti tahu ke mana arah tuju YY pada pagi tu (^_^)

Sampai aje ke restoran tu, YY macam biasalah makan menu biasa YY makan. Dapat pekena nasi lemak ayam goreng dan teh ais, memang marvelous!


Aisyah pada pagi tu lebih banyak dengan Annur. Sampai susah orang tu nak makan sebab dia nak menggedik juga dengan makcik dia yang sorang ni.

Lepas YY siap makan, YY ambil turn layan budak Aisyah pula. Anak-anak YY ni cukup suka minum air bali, tak kisahlah sama ada ianya panas ataupun sejuk.

Memang satu gelas akan habis untuk tiap seorang. Tapi depands juga, kadang tu terpaksa juga tapau sebab tak habis. Nak tinggal gitu aje, sayang! Hehe!


Aisyah time ni dia nak suap sendiri air bali tu. Tapi bila dia suap sendiri, dia suka main-main. Habis basah baju dia. Tension juga tengok keadaan baju dia time tu.

So sebagai jalan penyelesaian, YY ambil sudu pada tangan dia dan YY yang suap. Tahu tak macamana dia cope dengan penyelesaian YY?

Dia bagi jelingan yang boleh buat terbunuh okay! Amboi! Pandai dah buat gitu ye. Nasib baik dekat kawasan public, kalau tak mahu ada orang yang kena debik ni (^_^)


Lepas kami semua dah kekenyangan, kalori yang ditelan tadi perlu dimusnahkan. So Angah bawa kami ke Aeon Big yang terletak tak berapa jauh dari rumah YY.

Anak-anak YY bila sampai tempat gini memang suka sangat dok tuju bahagian mainan. Mujurlah tak macam dulu dok berguling-guling kalau nak mainan.

Cuma nak kena ada sikit kesabaran melayan diorang dok belek setiap mainan yang ada. Tak apalah, janji terbakar kalori tadi. Hehe!

Si Aisyah dia suka dok belek semua mainan yang bersifat girlish. Biasalah, budak perempuan kan. Dia punya keterujaan dok tengok benda tu pun kadang buat kita rasa terhibur juga.

Rasa macam boleh bayangkan diri sendiri masa kecil pula. Hehe!


Afif pula sebagai the only teruna pada hari tu, banyak diam. Tapi bila dia nampak Ultraman, tetiba mulut macam mesin bertih jagung. 

Entah apa yang buat dia begitu teruja dengan adiwira yang ni. Tapi bukan Ultraman aje yang buat dia turns on. Banyak juga mainan adiwira lain yang buat dia teruja semacam.

Layankan ajelah. Janji diorang tak minta (^_^)


Annur pula dok buat Aeon Big tu macam dia yang punya. Habis semua kasut yang ada dekat situ dia suruh Aisyah cuba. Aisyah pula mengikut aje pula tu!

Tapi serius kelakar dok tengok Aisyah berjalan menggunakan heels.


Dah habis satu Aeon Big kami jelajah, barulah kami balik. Adik-adik YY tu pun melepak dulu rumah YY. Memang gitulah diorang bila Encik suami tak ada.

YY pun suka juga diorang ada, jadi peneman (^_^)

So begitulah cerita yang berlaku pada hujung minggu terakhir November yang lalu. Nak tahu ke mana kami pergi pada hujung minggu pertama Disember? Besok YY cerita ye.

Till then, Assalamualaikum.

P/S - Rasanya dah stabil sikit kesibukkan YY. Insya ALLAH aktiviti blog walking akan berjalan seperti biasa lepas ni. Tunggu ye kawan-kawan semua. YY kasi "bom" terus! (^_^)

40 comments:

  1. enjoynyer ;)

    Jemput join segmen CN yer ;)

    http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya join ye cikgu
      dah scheduled kan pun sebenarnya

      Delete
  2. Jangan lupa singgah belog Coretan Hati Kathy. Yang Diari Resipi dah kurang berupdatenya.

    ReplyDelete
  3. Kalau tak sibuk, mesti sampai punyakan, YY. Tahu dah ^_^

    Seronoklah si Aisy dan Afif membakar kalori bersama makcik-makciknya. Eh, siapa punya kalori yang terbakar habis sebenarnya? Entah-entah mak budak-budak ni dok berehat kat tepi tukang snap photo je.... Kenapa tak ambil gambar Aisy pakai high heels, nak juga tengok....

    Baguslah anak-anak YY ni, walaupun tak berganjak dari tempat toys ni, tak minta pun mereka. Adik Cute pun memang tak berganjak sama tapi kalau tak ambil masuk troli, mahu dia buat ala-ala drama kena belasah gangster ^_^. Saya selalu tipu je kalau tak mahu belikan. Saya letak dalam troli sampai kat kaunter nanti, saya keluarkan. Tapi si kecil ni pandai, masuk je kereta dimintanya toys yang dia nak beli tadi. Pandai-pandailah Mommy nak bagi alasan supaya satu kereta tak sakit telinga dengar rintihan hati si kecil ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...terbakar juga kalori saya okay
      bukan senang nak dapat shoot terbaik tau
      sampai aisyah pakai heels pun tak sempat snap...hehe

      mungkin dah terbiasa dari kecil MD
      tak ada masalah kalau nak bawa tempat gitu
      just remind aje yang diorang atk boleh minta, so far diorang okay
      tak penah lagilah buat cam dulu dok terguling tak ingat dunia =)

      Delete
  4. sebelum2 ni husband saya selalu takde bila weekend...keje..sekarang ni alhamdulillah..ada memanjang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbalik pula cite kite ye mar
      saya pula sekarang hujung minggu tak ada suami sebab dia OT =)

      Delete
  5. Try kasut baruu...
    Mintak yang cantik-cantik tau:) Hehe..
    Mainan ape tu? Ottomen ke?
    Pandai die bagi jelingan kat mama dia ye:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak beli apa-apa pun doktor
      tengok-tengok aje =)
      tulah, jelingan dia boleh buat terbunuh! hehe

      Delete
  6. Zumal singgah balas dan follow sini... Best kalau ada aktiviti keluarga masa hujung minggu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kaish zumal ye
      tapi memangs eronok sekali sekala dapat peluang gini =)

      Delete
  7. AMBOI... jelingan aisyah menikam kalbu. hehe..
    lya pon sgt bz sekarang,. ni sempat bw mana2 y sempat je ni. lya pon kena keje hujung minggu lps. komitmen.. nak wak camner kan..

    aisyah sama mcm kakak asya.. mmg duk menilik la mainan2 mcm tu.. sgt gegirl kan. hehe

    **kalo YY nak kirimkan lya beli mainan tu boleh aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kan
      dia bab jeling memang dah kategori hebat =)
      kan lya, hujung tahun kot. banyak benda yang tetiba muncul =)
      budak perempuan kan, biasalah tu

      memang bercadang nak kirim, tapi takut ada hati lain yang terluka =)

      Delete
  8. nasi lemak jugak yg terpaut di hati saya... saya suka test nasi lemak di macam2 tempat... selalu nya dengan mudah mengesan kalau mereka tipu... ramai peniaga yg menggunakan nasi putih

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah makanan kita sejak turun temurun
      betullah tu, ada setengah tu letak dengan halia
      lagi sedap kalau dengan santan

      Delete
  9. Sedap pulak tengok Aisyah hurup air bali tu... mintak cikit..
    Keadaan saya berbw pun agak berterabur kebelakangan ni.. hari tu kemaskan bloglist tiba2 kesibukan off line melanda.. haru biru jadinya aktiviti berbw huhu... Apa pun, Ahad yg meriah juga mcm tu kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah selamat dalam perut dia KK
      samalah kan, susah sikit bila blog list berterabur
      saya pun menghadapi masalah sama lately
      emm, camne pun cara kita menghabiskan masa bersama keluarga. tetap seronok kan

      Delete
  10. bagus afif dan aisyah ni..tak minta mainan pun kalau anak akak taktau la mcm mana,biasanya adrien ok,tp yg susah nak kontrol abg adam la..haih boleh bikin panas dibuatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dah terbiasa kak
      kalau tak pun pening juga saya nak melayan
      mujur juga memasing tu senang nak control =)

      Delete
  11. Tak boleh dok diam kat rumah nampaknya YY sekeluarga bila dihujung minggu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dah semestinya BM
      hujung minggu aje mesti hilang =)

      Delete
  12. Bestnya... Ada je xtvt terisi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah walau sekejab, berbaloi juga =)

      Delete
  13. hahahha.memang dh kena bom pon kan..
    thanks yy :)
    suka anak anak kan bila ada yg melayan mereka selain mama dan papa
    annur tu adik yy erk?
    sedapnya nasi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ni time reply belum sempat nak kasi bom
      tunggu sat lagi kasi bom =)
      ha'a, adik saya atas yang paling kecik
      dia yang selalu rajin melayan anak buah dia
      tapi sebenarnya, kesemua adik-adik saya rajin nak melayan anak buah =)

      Delete
  14. Wah.. plan baik punya ni. Makanan buat gembira hari mama. Pegi jalan ke aeon big pula menggembirakan hati anak2.. wah, anak dara YY, dah pandai nal bergaya.. seronok kalau ada yang tolong teman, kita leh relax sikit dan anak2 pun biasanya behave bila ada orang lain selain mak ayah dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan baik juga lah, lagipun orang belanja, apa lagi kan...hehe
      budak perempuan kot cikgu AN, dah semulajadi gitu
      kita memang relax sangat bila ada adik-adik sekali ni, senang buli...hehe

      Delete
  15. Tengok gambar nasi lemak dan teh ais tu, tiba2 mulut duk mengunyah sendiri... Sedapnya alahai!
    Bagus budak2 tu cuma belek2 jer mainan... Sambil mama pula boleh bakar kalori... hehehhe
    Owh, patut lah berdas das dapat komen kat blog.... Thanks YY :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...oops sori! lama dah tak makan ye
      saya ni kerap betul makan, tu yang lebar aje badan la ni =)
      dah biasa di ajar dari kecil boleh tengok tapi jangan minta
      nanti saya datang lagi blog nur ye

      Delete
  16. Pandai dah buat muka protes ye aisyah. heheh. Tapi comel sgt. YY kalau baju basah bila dia suap sendiri, kena pakaikan bib la kat dia. Baru selamat baju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah lyd, dia marah saya ambil sudu tu
      sebab tu dapat jelingan membunuh tu
      buat dah lyd, budak dah besar, banyak sangat benda susah nak buat
      dia cabut bila saya pasangkan, panas kata dia

      Delete
  17. Hkaa..jelignan tajam dari aisyahh..dah le mata tu besar kan....garang jugak YY ni heee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, jelingan yang membunuh...hehe
      garang juga saya ni, tapi bebudak tak takut

      Delete
  18. amboi, jelingan yg bahaya.. hehehe

    ReplyDelete
  19. air bali blh buat sendiri yana . beli jer beras bali tu , rebus . bln puasa kekadang buat ari bali ni . simpan dlm peti sejuk dulu . masa buka bar keluarkan . segar je kat tekak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tahu, biasa juga buat vee
      cuma nak cite kat sini tiap kali order, diorang order air bali =)

      Delete
  20. Seronok dapat bersama keluarga... walaupun hanya keluar makan2 dan window shipping jer pun...
    ermmm idah pun lately busy laa... hujung tahun nie kerja melimpah2... tak per la... dulukan apa yang patut kan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok idah walau hanya buat yang simple
      janji dapat spend time dengan diorang =)
      yelah kan, hujung tahun banyak benda nak kena clear

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...