Teristimewa Buat Aisyah (^_^)
Yang teristimewa anakku Dayana Hanna Aisy,Pejam celik hari ni dah genap tiga tahun Aisyah menjadi teman penghibur buat Mama, Papa dan Abang. Tak sangka cepat betul masa berlalu.
Rasanya macam baru semalam Mama mabuk teruk ketika mengandungkan Aisyah. Aisyah tahu tak yang Mama masuk wad lebih dari enam kali kerana kekurangan air? Teruk betul rasanya.
Mama langsung tak mampu menguruskan diri sendiri. Mujur Papa adalah insan yang paling memahami ketika Mama dalam situasi yang cukup susah Mama nak gambarkan.
Mungkin satu hari nanti Aisyah akan mengalami sendiri. Cuma Mama berdoa agar Aisyah tidak mengalami kesukaran sepertimana Mama ketika mengandungkan kamu.
Anakku Aisyah,
Mama kembali sihat seperti sediakala ketika melepasi fasa pertama kehamilan. Mama tak reti nak duduk diam malahan ligat seperti bukan wanita mengandung. Papa selalu bising (^_^)
Segalanya berubah ketika kamu berusia lapan bulan di dalam perut apabila doktor mengesahkan yang Mama mengalami Placenta Previa type 3 yang memerlukan Mama berada di bawah jagaan doktor.
Masa ni doktor kata Mama berkemungkinan memerlukan pembedahan bagi menyelematkan dua nyawa iaitu Mama dan juga kamu. Tapi kuasa ALLAH tiada siapa dapat menghalang.
Uri yang dikatakan menutupi sepenuhnya laluan untuk kamu keluar beralih dan kamu boleh dilahirkan secara normal. Syukur sebab Mama terlalu takutkan pada pembedahan (^_^)
Kamu selamat dilahirkan pada Hari Jumaat, 2 Disember 2011 bersamaan 6 Muharram 1433 pada pukul 1:17 pagi. Kamu berat sikit dari Abang ketika lahir, 2.9kg
Anakku Aisyah,
Kelahiran kamu telah melengkapkan keluarga kita. Mama adalah insan yang paling bahagia dengan kehadiran kamu tak terkecuali Papa dan juga Abang.
Abang walau pada permulaan agak menolak kehadiran kamu tapi dia lama kelamaan menerima dan amat menyanyangi kamu. Mungkin pada peringkat permulaan sukar bagi diri dia.
Tapi selepas beberapa ketika dia sudah boleh menerima dan amat protective apabila melibatkan kamu Bayangkan tak ada sesiapapun dibenarkan menyentuh kamu tanpa keizinan dia.
Bila teringat bagaimana Abang yang ketika itu berusia tiga tahu mampu menjaga kamu, Mama rasa amat terharu. Tangan kecil itu begitu berjasa sepanjang kehadiran kamu.
Hormatilah Abang kamu tu walau Mama dan Papa mungkin tiada lagi untuk menemani perjalanan kamu berdua. Dia tetap berjasa dengan cara dia yang tersendiri.
Anakku Aisyah,
Papa pula ada insan yang paling bangga dengan kehadiran kamu. Mana tidaknya, kamu adalah "bunga" pertama dalam keluarga di sebelah Papa.
Papa terlalu banyak berkorban demi membesarkan kamu dan Abang. Mungkin dia orang yang paling kamu geruni tapi jangan lupa bahawa dia juga adalah orang yang sering kamu cari.
Kamu dengan Papa sanggap akrab. Semua benda yang baru kamu buat atau dapat, mesti nak tunjuk pada Papa. Bangun pagi pun cari Papa kecuali kalau nak susu, baru kamu cari Mama (^_^)
Sayangi dan hormatilah Papa sehingga akhir hayat dia. Tanpa dia, tiadalah Abang dan juga kamu. Tanpa pengorbanan dan kasih sayang dari dia, tiadalah kegembiraan Abang dan juga kamu.
Janganlah sia-siakan manusia yang kamu gelar Papa ni.
Anakku Aisyah,
Bersempena ulang tahun kelahiran kamu yang ketiga ni, Mama nak ucapakan SELAMAT HARI JADI. Percayalah bahawa Mama sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu dan juga Abang.
Mama mengharapkan supaya Aisyah menjadi anak yang solehah dan seorang yang taat kepada setiap suruhan DIA yang SATU. Mama sentiasa mendoakan kebahagian kamu dan juga Abang.
Mama nak juga kamu tahu bahawa di mana pun kamu berada, kasih sayang Mama tidak boleh ditandingi oleh sesiapa pun di dunia ni.
MAMA sayang kamu mahupun Abang sama sahaja. Malahan kasih sayang pada kamu berdua melebihi kasih dan sayang Mama pada diri sendiri.
Kalau diri ni perlu dikorban sebagai bukti kasih sayang, Mama sanggup lakukannya tanpa sebarang rasa ragu-ragu. Ini kerana Mama sememangnya SAYANG pada kamu.
Anakku Aisyah,
Mama mewakili Papa dan Abang mendoakan semoga Aisyah sentiasa bahagia dan ceria sepertimana Aisyah yang kami kenali sejak tiga tahu yang dulu.
Teruskanlah menjadi penghibur hati kami dan semoga kamu sentiasa di dalam rahmat DIA yang SATU. Sekali lagi SELAMAT HARI JADI diucapkan SAYANG!(^_^)
Yang teramat menyanyangi kamu
Mama
Selamat hari lahir yg ketiga buat Aisyah....
ReplyDeleteSemoga membesar sebagai anak solehah yang membahagiakan mama dan papa...
Ingat pesan mama ni tau :)
Aunty pun touching jer rasa baca nukilan ni walau ianya ditujukan utk Aisyah... Baca sambil duk ingat yg ni mama aunty yng tulis... Betapa tulusnya kasih seorang insan bergelar IBU :)
semua yang menjadi ibu pasti mampu
Deletemelahirkan nukilan seperti ni sebab kita ibu =)
apapun terima kasih ye
Happy birthday Aisy.. oo..dekat tarikh birtday Aisyah dengan Afif ya.. seronokla sambut hari jadi, boleh buat sekali.. moga Aisyah membesar jadi insan hebat yang berjasa kepada keluarga dan negara ya..
ReplyDeletebulan memang lain, tapi kalau hari memang dekat sangat =)
Deletememang boleh celebrate sekali, tapi payah juga sebab ada yang dah pandai jealous
apapun terima kasih AN
aminnnn
Selamat ulang tahun kelahiran, Aisyah. Moga membesar menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah :)
ReplyDeleteon behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih ye
DeleteHappy 3rd Birthday buat si Cute Aisyah. Sedapnya nama penuh, tak susah ni nak sebut senafas. Hahaha!
ReplyDeleteTerkejut tengok gambar Yana yang pertama. Ingatkan nak bagi 'hadiah' buat Aisyah. Manalah tahu ada adik baru. Hihihi... Lebatnya rambut Aisyah masa lahir sama macam superheroes saya berdua. Berat masa lahir sama dengan si Abang ler, lebih sikit 2.96kg tapi Abang keluar sebulan cepat.
Tak banyak beza si Aisyah masa baby dengan sekarang ni. Mukanya sama je tak banyak berubah ye. Yang penting, comel memanjang. Susah si Afif nak jaga bila dah besar ni. Tapi takpa, catwoman ni dah cop nak buat menantukan! Hahaha....
Be a good girl, Aisyah. Be a good daughter. Be a good Muslimah yerk!
tak susahkan, tapi kalau sebut dengan nama papa dia, sikit tergeliat juga kot..hehe
Deletehak tu masa mengandungkan aisyah, saja aje letak
kot nanti dia dah besar baca blog ni, dia tahulah kan =)
bab adik lama lagi kot, saya kena berpantang lepas rawatan iodine aritu
hehe...comel memanjang ye. apapun terima kasih ye MD
sweet komen ni, i like =)
nama dia Dayana Hanna Aisy ke? nama panggilan Aisyah la ye? kompius kejap masa memula baca.
ReplyDeleteSelamat Hari Ulang Tahun Aisyah..semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi muslimah solehah..
ha'a mar, saya aje yang gelar dia aisyah tu =)
Deleteapapun terima kasih ye
aminnn
Selamat haro lahir aisyah. Smoga membesar sebagai anak yg solehah.
ReplyDeleteon behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih ye =)
DeleteSelamat hari ulang tahun ke 3 Aisyah! Si gadis comel yang lincah. Semoga sihat membesar sebagai Johan! Mungkin sudah tiba masanya untuk Aisyah dapat adik kot... hehe
ReplyDeletesi gadis comel yang lincah, suka ayat ni =)
Deleteaminnn, saya memang mengharapkan begitu
tapi bab adik perlu diketepikan dahulu walau berkeinginan
saya perlu selesaikan rawatan dahulu
Selamat hari jadi Aisyah.. Moga kamu membesar menjadi anak yang cemerlang dunia & akhirat.. Amin
ReplyDeleteon behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih ye
Deleteaminnnn
Dear aisyah...selamat hari lahir yer? Moga Allah sentiasa melindungi mu selalu. Aunty kathy berdoab agar aisyah sentiasa sihat dan membesar menjadi anak yang solehah.
ReplyDeleteon behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih kak
Deletemudahannya, aminnnn =)
selamat harii lahir aisyah ... semoga membesar menjadi anak seperti yg mama kamu harapkan ... aaamin .
ReplyDeleteon behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih vee
Deleteaminnnn
Hepy Bezday Aisyah....sedap nama Aisyah....
ReplyDeleteIngat dan ikut kata kata nasihat dari mama dan papa. Moga makbul doa seorang ibu.
Anak okje paling besar 2.56 YY....si bongsu hihi....anak kecik kecik mak bukan main besau
on behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih ye OKje
Deletekecil aje anak OKje, saya ni aisyah paling besar
tu pun susah juga nak neran =)
Happy birthday, Aisyah.
ReplyDeleteDah besar sekarang.
Moga menjadi anak solehah.
terima kasih doktor
Deleteaminnn
alhamdulillah...
ReplyDeleteaisyah sgt comel dari baby..
tang bulu kening lebat tu cantik.
selamat ulangtahun kelahiran yang ke-3 buat asiyah.
semoga terus membesar mbenjadi ank y berjaya duniakhirat.
semoga aisyah membesar menjadi ank gadis y cantik paras rupa & baik budi pekertinya..amin
hehe...semua budak comel kan lya =)
Deleteapapun terima kasih ye
sweet sangat ucapan tu...aminn
Alhamdulillah... happy belated birthday buat Aisyah... semoga sentiasa sihat & ceria sekeluarga... aamiin aamiin ya Rabbal alaamiin..
ReplyDeleteon behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih KK
Deleteaminnn, begitulah harapannya =)
selamat hari lahir aisyah..sama umur dan sama bulan kelahiran dengan adrien rupanya ya..adrien hari ni 9 disember..semoga aisyah terus membesar menjadi anak yg solehah,hormat kedua ibu bapa..cemerlang didunia dan di akhirat ye sayang
ReplyDeleteyeke? happy belated birthday untuk adrien ye =)
Deleteaminnnn kak
terima kasih sesangat, rasa nak menangis pula
hapy belated besday aisyah.
ReplyDeletesayu je baca nukilan yy ni smga aishah mbedar sbgai anak solehah.aamiin
on behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih ye QR
Deleteseorang ibu QR, pasti QR juga akan buat benda yang serupa =)
happy belated besay Aisyah dari auntie JM..semoga menjadi anak yg taat dan patut cakap mama ye aminn
ReplyDeleteon behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih ye JM
Deleteaminn
on behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih
ReplyDeletehehe...comel selalu pastinya =)