Gara-Gara Terlebih Bijak (^_^)
Aisyah sejak mula memasuki usia tiga tahun ni banyak benda ingin dilakukan sendiri. Malahan dia cukup marah kalau apa yang dia lakukan tu dibantu.Ada masa YY biar aje dia buat sendiri. Tapi kebanyakkan masa YY bantu apa yang dia lakukan sebab dia ambil masa yang terlalu lama untuk melakukan sendiri.
Habis dah awak tu lambat, ye Mama tolong juga! (^_^)
Nak dijadikan cerita, gara-gara kebijaksaan YY, terjadi satu peristiwa yang agak menarik untuk dikenang dan dijadikan pengajaran.
Satu hari tu lepas budak Aisyah ni mandi sendiri, YY tolong dia pakai baju. Masa nak pakaikan baju tu YY perasan gigi dia tak menepati spesifikasi yang YY kehendaki.
"Gigi kau ni kuningnya Aisyah. Tak gosok gigi ye?" tanya YY pada dia.
"Adik cok ya! - Adik gosoklah!" jawab dia.
YY kemudiannya membalut hujung jari telunjuk YY dengan tuala dengan niat menyuci gigi Aisyah. Tanpa memberikan sebarang penjelasan pada Aisyah, YY suruh dia buka mulut.
Lepas tu YY terus memasukkan jari yang telah dibalut tadi ke dalam mulut dia. Korang rasa apa yang jadi selepas jari YY dimasukkan ke dalam mulut Aisyah?
A. Aisyah cakap Mama cantik
B. Aisyah cakap Mama cantikkkk
C. Aisyah cakap Mama cantikkkk sangat!
D. Aisyah cakap Mama terlalu cantikkkk melebihi semua di atas
E. Absolutely kesemua di atas (^_^)
Dapat pilih dak jawapan yang tepat?
Ish, sambung ajelah cite, malas pula nak tunggu korang fikir. Hehe! Lepas YY masukkan jari YY ke dalam mulut Aisyah, dia punya respond memang buat YY insaf!
Aisyah tanpa YY duga terus menggigit jari YY seperti cerita Sang Buaya yang terus menggigit Sang Kerbau sebaik sahaja kayu dialihkan dari badan dia. NGAP!
Kesakitan yang teramat sangat tu buat YY terbayang pipi Aisyah terkena pelempang YY. Tapi dalam masa yang sama berfikir kesan lempangan dan YY akhirnya memilih untuk menjerit sekuat hati.
Jeritan YY yang kuat tu buat Aisyah terus melepaskan gigitan kerana terkejut.
"Adoi! Kenapa Adik gigit tangan Mama? Sakitlah!" kata YY sambil menahan kesakitan. Bisa gigitan gigi Aisyah terasa sehingga ke otak! Sakit betul!
"Coyi Mama! Cayang Mama" kata Aisyah berulang kali sambil memeluk YY.
Mama sapelah yang terlebih pandai ni?
Yang pi masuk jari dalam mulut orang pasal apa? Padanlah muka! Tulah namanya terlebih pandai! Kalau explained, Aisyah mungkin faham. Ni main masuk aje, memanglah kena ngap!
Aisyah pula dok beberapa kali kata minta maaf. Basically dia tak salah pun cuma bila dia nampak kecederaan YY, dia rasa bersalah. Raut wajah dia bersalah tu buat YY rasa comellah pula.
Masa kejadian tu, Encik suami tak ada. Kalau dah namanya perempuan, macamana pun nak dapat perhatian juga dari insan bernama lelaki. Tak dapat suami, anak pun jadilah kan (^_^)
"Afif tengok ni, Adik gigit Mama. Sakit tau!" kata YY sambil menunjukkan bekas gigitan.
Sambil dok tengok luka pada jari YY, dia pun bersoal jawab dengan YY untuk mengetahui punca luka tu boleh diperolehi. Dia cuba sedaya untuk berasa simpati dengan kecedaraan YY.
"Kesian Mama, nanti kita pergi klinik ye" kata Afif selepas mendengar cerita YY. Lepas tu dia terus sambung tengok TV tanpa lagi menoleh ke arah YY. Cis! Lelaki!
Yang masih lagi bersimpati dan kesal adalah Aisyah. Mulut dia tak berhenti menuturkan maaf sambil dok meniup ke arah tempat yang YY katakan sakit.
Tapi Mama dia ni pun mengada-ngada. Walau anak tu dah kata maaf, asyik dok ulang kata, "Adiklah yang buat Mama ni. Tengok Mama sakit" kata YY yang masih cuba meraih simpati.
Mungkin dok bosan dengan "kegedikkan" Mama dia, dia bagi lagi jelingan yang buat YY sedar siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ni. Hehe!
Moral of the story adalah, jangan terlebih bijak dengan suka-suka hati masukkan tangan dalam mulut orang. Nanti confirm kena ngap! Mujur tak hilang jari.
Lagi satu moral yang boleh diperolehi dari cerita ini adalah, orang lelaki tak kisah kalau takat luka kecil tu. So tak payah bersusah payah mengadu kat diorang.
Eh, tu kira moral juga ke? Hehe! (^_^)
tau takpe..aisyah saya lagi suka kalau saya kata sakit..dia ingat main2 agaknye
ReplyDeletehehe...budak kan
Deletekalau aisyah saya ni dia dok pujuk
dia tak macam abang dia
Kak YY, kelakar la gambar Aisyah buat jelingan manje tu..heheheh..Alahai, comel betul la anak2 Kak YY ni..^___^
ReplyDeletehehe...dia menyampah dengan kegedikkan mama dia
Deletearghhh pedihnya
ReplyDeletebisa anum wei
Deleteahaha..comelnya Aisya..rasa bersalah ye.tapi lagi epik komen si Afif tu..hihi
ReplyDeletetulah, mama dia terlebih pandai
Deletehehe...memang epik giler, confirm lelaki tu =)
Dia ingat makanan kot.. tu yang dia ngap.. hehehe
ReplyDeletehehe...agaknya =)
Deletewah , klu ada hadiah utk jwb soalan , mmg dah menang sis ni ... ok lah aisyah minta maaf ... cian mamanya . sendiri cari pasal namanya ... heh heh
ReplyDeletehehe...agak-agak vee nak jawab apa tuk soalan tu =)
Deletedia minta maap, mama dia aje yang mengada-ngada...hehe
Itulah mama masuk territory Aisyah tanpa permit yg sah hihi...
ReplyDeleteTindakan spontan budak usia Aisyah memang gigitlah, manalah dia tahu sakit
Yg dia tahu bila nampak berdarah sakit dan dia tahu org yg disayang tu sakit. Cuma tak tahu nak buat macam mana tiup-tiuplah itu daya dia. Nampak bijak kan:)
tulah pasalnya, kan dah mendapat...hehe
Deletetapi sweet juga repond dak aisyah, tu yang saya pun bertambah mengada
anyway, i've learned my lesson kak =)
Hehehehe..takut aunty kathy kat aisyah.. Macam buaya la dia. Hehehehhe.Haaa..pas ni mama aisyah pasti takut dah nak masuk jari kat mulut aisyah kan? Hhehehehehehhe.
ReplyDeletehehe...memang insaf sesangat kak!
Deletetak akan buat dah, confirm! =)
Sama-sama bijak... Hihi
ReplyDeletetulah kan...hehe
Deletefollower 212#
ReplyDeleteheheee, sama2 bijak... budak2 memanglah .. dia akan terus ngap... giginya tajam..
hehe...gitulah nampak gayanya
Deleteapapun terima kasih follow sini ye
Masukkan sesuatu kedalam mulut...tentulah digigitnya.
ReplyDeleteIni mcm nak mengadu/minta simpati kat rakan2 blogger jer heheh...
kebiasaan untuk budak seusia dia, tak akan buat camtu
Deletetapi yelah, saya dah belajar dari kesilapan lalu =)
tak juga BM, saja nak coret buat kenangan
memang bagi berus gigi dah
ReplyDeletetapi tak puas hati punya pasal, tulah jadinya =)
semoga cepat sembuh...
ReplyDeletehehe...sikit aje tu MKL
DeleteKuat di gigitnya tu sebab berdarah. Tak sengaja ☺
ReplyDeletetulah pasalnya
Deletetapi tak apalah, salah diri sendiri pun =)
Dah agak dh..mesti yana kena gigit..huhuhu.. kuat jugak tue sampai luka dh.. lepas nie igt tau..=D
ReplyDeletehehe...tak mengapalah farah
Deletepandai sangat jadi lagu tu lah =)
Hahaha!
ReplyDeleteOppsss...tergelakkan. Sowi ek, tindakan refleks ni bila baca cerita 'lucu' macam ni!
So sweetlahmu ni Aisyah pi gigit jari Mama sampai luka apa hal. Kang kalau terkesep luka tu dah jadi vampire pulak. Jenuh nak jawab soalan asal usul vampire ni nanti! Lain kali jangan gigit satu jari je ye, Aisyah! Gigit lima jari terus kalau dapat. Lagi bagus gigitkan bahagian yang 'gebu' sikit ^_^ Eh, Aisyah tak reti bacakan, so tak payahlah explain komen ni kalau taknak menempah kecederaan pada masa mendatang ya, YY ^_^
Saya pun pernah kena dengan Adik masa suap dia makan. Digigitnya jari saya, ngilu weyh. Berdenyut sampai hantar signal ke otak kemarahan nak meletus. nasib baik saya jerit nyaring je. Kalau saraf hantar balik signal dari otak kata suruh tempeleng sebagai tindakan refleksnya bila kena gigit, nayalah si Adik ni kena selepuk ^_^
Moral of the story, dengan anak-anak zaman sekarang ni silalah jangan berlagak pandai sangat kalau tak mahu 'terluka'. Hahaha. Oppss, oppps, sorilah tak boleh tahan gelak!
hehe...tak apa
Deletememang layak diketawakan sebab terlebih bijak
saya secara jujurnya tak sangka dia buat gitu sebab dia dah besar
kalau dia kecil lagi tak apa, tu yang rasa terkejut plus sakit...hehe
tulah bila kena gigit tu memang rasa nak marah sangat
tapi naluri keibuan kan, tak sampai hati. tu yang end up jerit aje =)
hehe...ye, akan ingat moral tu sampai akhir hayat...hehe
bhahaha mama oh mama..
ReplyDeletelen kali buat lagi ye tapi rasanya aisyah dah tak gigit dia.. dia nye spontan reaction tu yang menggigit penuh semangat. nanti mama kena gosok gigi sama ngan aisyah baru aisyah sonok nak gosok gigi. tapi bebudak kecik mmg payah nak suruh goosk gigi hehe
hehe...tulah kan, mama sorang ni bijak sangat
Deletesaya buat gitu cikgu, tapi anak yang sorang ni susah sikit
dia tak macam abang dia
dia banyak bagi excuses, tak tahu camne nak bagi dia minat gosok gigi tu
Luka kecik je tu hehee... saya pun lelaki kan, jadi kenalah komen mcm tu huhu... :D :D
ReplyDeletehehe...agak dah
Deletejawapan standard tu =)
saya mmg tunggu ja akak cerita jari akak digigit..hehehe
ReplyDeletehehe...boleh pula ko ni ye
DeleteEee..peritnyaaa...
ReplyDeleteLenkali memang kena explain.
Saya dah biasa tiap kali check patient kene explain :)
Cth: explain nak tarik sikit cuping telinga pt masa check dalam lubang telinga.
boleh tahanlah peritnya doktor
Deletetu lah silap saya, tak explain
kalau explain tak akan jadi camtu punya...hehe
kira moral of the story gak la tu..orang lelaki memang mc tu agaknya kot hehehe,kalau kita risaukan sesuatu sampai tak boleh tido dorang sedap tido pakej dengan berdengkur sekali hahaha...
ReplyDeleteaisyah terkejut tu sebab tu dia gigit tangan yana tu
hehe...tulah kan kak
Deletebab pakej berdengkur tu memang paling epik kak...hehe
saya rasalah, lagipun dia tak tahu tujuan saya masukkan tangan tu =)
haa kan dh kena
ReplyDeletelen kali jgn buat lagi ye mama..
aisyah x sengaja lettew..
betul tu yy
lelaki gitu la
hehe...memang confirm tak akan buat dah
Deleteserik cik su! hehe
memang dia tak sengaja, tu lah mama terlebih bijak
Ayyoo!
ReplyDeletengilu tu kak.
pedih kot kalau kena air.
aisyah, takmo macam ni tau.
gegirl kena ayu sikit.
mama kena explain dulu sebelum buat sesuatu lain kali.ekekeke.
kalau tak akan dapat kesan baru
hehe...tu la pasalnya farhana
Deletedia tak sengaja tu
tak apalah, jadi satu pengajaran berguna tu buat akak =)