Zoo Negara, Kami Datang! (^_^)

7:33:00 am Yana Yani 53 Comments

Cuti sempena public baru-baru ni, YY hanya mengemas rumah sebab tak bercadang nak ke mana. Tapi budak Aisyah sibuk dok ajak jalan. Mungkin dia bosan dekat rumah.

Time dok lipat kain, MyChintaHati tiba-tiba dok suruh kami bersiap. YY dan anak-anak pun menurut perintah lagipun kami tak bajet nak pergi jauh.

Masa tengah bersiap MyChintaHati tiba-tiba bersuara,"Kita nak pergi zoo ni tau"

"Zoo Negara? Sungguh ke?" tanya YY sebab macam tak percaya.

"Sungguhlah" jawab dia ringkas. Pada masa yang sama dia tak benarkan YY bocorkan rahsia pada Afif sebab dia bercadang nak buat suprise pada anak bujang dia tu.

Kelam kabut YY dok menyediakan kelengkapan ke sana. Kan jauh nak kena menapak. So segala benda untuk memenuhi kelengkapan tekak dan perut perlu ada sebab benda dekat dalam tu mahal.

Zoo Negara! Mu tunggu kami DATANG! (^_^)

Anyway kami ke sana dengan Syafie dan Anis, adik YY. Tengok keadaan cuaca memang macam nak hujan. Dalam hati dok risau juga sebab takut tak dapat pergi.

Afif pula beria angkat tangan berdoa supaya jangan hujan. YY tak berapa dengar apa yang dia doakan, tapi agak lama juga dia berdoa.

Sampai tempat dituju Afif dah dapat agak dan dia begitu excited sambil dok menceritakan pada Aisyah. Macam-macam nama bintang dia dok sebut pada Adik dia sampai anaconda pun ada.


Kali terakhir kami ke sini adalah kira-kira tiga tahun dulu. Masa tu harga tiket masih lagi dalam belasan ringgit. Tapi sekarang, Mak ai! Dua kali ganda dah naik!

Mahal sungguh pada kami. Lagilah kalau nak tengok binatang yang ada lingkaran hitam pada mata dia tu. Memang buat terasa nak hantuk kepala ke dinding.

So kami decided tak nak tengok binatang tu.


Sementara menunggu Syafie pergi beli tiket, kami posing dulu di bahagian luar Zoo Negara. Cuaca walaupun kelihatan mendung, tapi Alhamdulillah tak hujan.

Afif kata, "Memanglah tak hujan. Afif kan dah doa minta ALLAH jangan hujan"


Keadaan dalam Zoo Negara jika dibandingkan dengan tiga tahun dulu memang ada banyak kelainan terutama dari segi infrastructure dan landscape.

Cuma bintang tak banyak bezanya. Tapi kalau dah lama tak pergi ke sini, sesuai jugalah disamping bawa anak-anak yang memang masih dalam proses pembelajaran.

Diorang memang seronok aje!


Aisyah masa dekat sini dah start ketakutan. Bayangkan gambar yang YY snap di atas pun sambil dukung dia sebab dia tak mahu dengan MyChintaHati.

Cuma masa dekat seksyen burung dia barulah seronok. Gambar dekat bawah masa diorang tengah teruja tengok Emu. Sekali pandang macam Burung Unta, tapi dia kecil sikit.


Masa dekat bahagian Harimau adalah paling best! Masa tu ada Pelatih Zoo dok campak makanan dari luar kandang. Maksudnya dia ada sama dengan kami. Orang memang ramai time ni.

Memang satu moment yang jarang dapat dilihat dok tengok Raja Rimba tu menyambar makanan yang dilemparkan. Anak-anak YY cukup teruja masa ni. Sayangnya YY terlupa ambil gambar.

Bawah ni pula dekat bahagian Savannah. Dekat sini ada Badak Sumbu, Zirafah, Kuda Belang dan banyak lagi. Atas sikit lagi akan jumpa Orang Utan dan Panda


Mulanya kami malas nak menapak naik bukit tengok Orang Utan, tapi Afif beria kata nak tengok. Dia suka dok tengok aksi Chimpanzee dan Orang Utan.

Layankan ajelah. Memang tujuan ke sini sebab nak bagi diorang seronok.


Aisyah masa mula-mula sampai dekat bahagian Gajah ni, dia macam excited sebab tak berapa nampak. Tapi the moment dia dengar suara binatang tu, terus terjerit.

"Adik atut - Adik takut" kata dia berulang kali.


Papa dia pula suka sangat menyakat. Lagi dok kata nak campak dalam kandang Gajah tu. Suka betul dok dengar budak tu terjerit-jerit tau.

"Tak nak! Mama cayanglah!" kata dia tiap kali Papa dia kata nak campak dia.


Gambar dekat bawah MyChintaHati tengah melayan anak bujang dia dok tengok Flamingo.


Masa nak ke bahagian Akuarium pula, jumpa lagi kedai jual cenderamata ni. Kami dah berapa kali jumpa, tapi kesemuanya kami dapat pujuk bebudak supaya tak beli.

Barang dekat sini memang terlalu mahal. Pening juga dok tengok harga yang tak reasonable tu. Tapi kalau dah nama budak, manalah nak faham sangat.

Atas dasar kesian, Papa dia belikan jugalah belon yang kalau dekat luar paling mahal RM5. Tapi dekat sini RM7.90. Kalikan dengan dua, total dia boleh beli dinner set dekat KFC.


Lepas tu kami beransur pulang meninggalkan memori di Zoo Negara yang cukup indah dikenang. Terutama bila bawa anak-anak yang memang pada usia excited dok tengok benda gitu.

Banyak benda yang buat diorang tertarik. Sebab tu tak rugi bawa anak-anak yang sedang keletah bercakap ni berbanding yang belum pandai bercakap.

Sebelum pulang, kami memenuhi tuntutan perut dulu. Masing-masing memang lapar. Masa dekat dalam dok tengok Mee Goreng RM16 automatik buat kami kenyang. Hehe!


Cuba tengok aksi Aisyah di bawah ni yang sibuk dok perhati Pak Teh dia yang sedang leka belek telefon sampai tak peduli anak sedara dekat sebelah.


So begitulah perjalanan kami di Zoo Negara. Rasanya ia adalah penutup perjalanan kami pada tahun 2014 ni. Lepas ni kami dah sibuk dengan persiapan persekolahan Afif.

Till we meet again korang ye. Assalamualaikum (^_^)

P/S - YY mewakili Cikgu CT Humairah nak jemput korang semua join Segmen Bloglist 2015 By SITI YANG MENAIP. Cepat tau sebab segmen tamat 31 Disember 2014! (^_^)

53 comments:

  1. Replies
    1. Syok kan YY pegi zoo. Takyah kata anak2 yg tengah umur mcm tu excited, saya ni yg dah tua renta ni pun excited pergi zoo. Suka sgt tgk haiwan2 ni. Sama plak kita compare kan harga mahal tu dgn harga makanan. Saya compare dgn sushi, YY compare dgn KFC.

      Bagus la pegi kedai makan kat dlm zoo tu, asal pergi je, rasa kenyang, boleh cepat kurus.

      Delete
    2. seronok walau penat tak boleh cite lah...hehe
      sushi kami tak makan, kalau kfc tu yelah
      sebab tu compare dengan kfc tapi memang mahal kan lyd
      hehe...betul juga tu kan =)

      Delete
  2. seronoknya jalan jalan zoo negara :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok! tapi lebih seronok tengok anak-anak sebenarnya =)

      Delete
  3. mahalnya makanan n harga tiket zoo negara..ni kalau cikgu shaari ngan cik norkiah tahu confirm tak nak dating sini lagi dah..haha.akak tak tengok panda ke?ke tak boleh tangkap gambar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mahal sal!
      memang elok bawa sendiri. air mineral botol kecil pun dah RM3
      popcorn RM6, mee goreng RM16, kalau air tin dekat mesin tu RM2.50
      banyak lagilah! tu aje yang sempat survey.
      memang tak beli pun, nasib bawa makanan sendiri

      akak tak tengok, mahallah sal
      bebudak pun okay aje tak dapat tengok =)

      Delete
  4. Anak-anak usia macam inilah yg baik utk didedahkan dgn zoo YY
    Kakak tahu mesti mereka gembira dan balik cerita tak habis-habis
    Mahu-mahu seminggu asyik cerita kisah zoo aje:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, saya setuju sangat sebab tengah keletah kan
      memang kak, tiap kali bangun pagi dok cite
      especially aisyah...seronok sangat dia

      Delete
  5. Bestnya...last datang masa farah kecik lagi yana..bayangkan dah berapa lama tak jejak zoo negara.. tengok yana share pasal zoo negara nie terus rasa nak masukkan dalam wishlist travel next year..Emir mesti suka la kalau dapat ke sini.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kalau ada budak yang dah pandai cakap
      kalau macam emir memang sesuai sebab dia pasti seronok
      anak-anak saya sampai hari ni masih lagi cite pasal keseronokkan di sana

      Delete
  6. dah lama jga tak singgah zoo..seronok tau..! saya follow sini btw

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kalau bawa anak-anak
      kalau sendiri pergi, bosan rasanya =)

      Delete
  7. Zoo Negara ni memang sesuai utk anak2 jer la sebab bagi saya lagi menarik Zoo Melaka atau Zoo Taiping... Bayarannya macam tak berbaloi jer. Terbaru...kat The Mines pun menarik juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. zoo melaka penah pergi, tapi time tu hujan
      zoo taiping belum pernah jejak kaki
      the mines pun ada zoo? ni baru tahu ni

      Delete
  8. dh lama xpi.. dok idam nk p tgk si panda tu tapi tiket mahalnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mahal!
      saya pun tak p tengok panda tu

      Delete
  9. Wah..teringinnya nak gi zoo negara. Kat johor ada juga zoo,tapi dah lama juga tak pergi. Hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya belum penah sampai johor =)
      insya ALLAH tahun depan sampai kot
      sepupu kawin dekat batu pahat

      Delete
    2. Wah..singgah kejap kota tinggi ye sis..try sate kota tinggi..

      Delete
    3. insya ALLAH kak kalau ada yang bawa =)

      Delete
  10. Zoo Negara xpenah pegi. Zoo taiping selalulah.. bawak budak2 mmg best, klu org2 dewasa p, agak boring..

    http://syidamenulis.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana-mana zoo pun kalau orang dewasa yang p memang confirm boring =)
      tapi kita jadis eronok bila bawa bebudak sama

      Delete
  11. sebab tu fikir banyak kali nak masuk zoo negara sekarang ni. tiket mahal.. dalam tu serba serbi mahal jugak. tunggu balik kg blh singgah zoo taiping murah sikit hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka juga tau mahal sebab bila check website
      harga dia tak sampai gitu, sekali tu, nak menangis juga...hehe
      saya belum penah p zoo taiping
      nanti kalau ada rezeki nak p la

      Delete
  12. haah la YY dah mahal tiket nak masuk..emm sebab dah ada panda kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mahal lah mar
      tak tahulah pasal apa, yang pasti memang mahal

      Delete
  13. Bestnya jalan2 kat Zoo! Bawa anak2 tengok haiwan secara live :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah datangnya keseronokkan
      kita jadi happy dok tengok anak-anak happy

      Delete
  14. Dekat sgt dgn zoo... Tpi x pnh g lgi.. Hihi

    ReplyDelete
  15. Bestlah anak2 dapat gi Zoo Negara. Jenuh gak nak berjalan dalam tu. Kena bawak stroller klo ada anak kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah planned nak bawa stroller, tapi boleh pula terlupa...hehe
      tapi seronoklah walau kepenatan =)

      Delete
  16. Mahainya tiket.
    Pikir 2x nak pi.
    Zoo melaka rasanya murah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan doktor
      memang kalau tahu harga mahal camtu, tak p rasanya =)

      Delete
  17. Termasuk juga dalam plan nak ke sini YY tapi macam biasalah kalau dirancang, memang asyik tak menjadi. Minggu lepas dah sampai depan pintu Farm in The City tapi tak jadi masuk. Tengok harga tiket lebih kurang pergi Zoo Negara. Lebih baiklah kita bawa anak-anak ke zoo negara dulu, lagi banyak pilihan haiwan yang dapat mereka lihat. Anak-anak sebaya ni memang seronok dibawa berjalan cuma tak tahan tengok keaktifan mereka melenjanlah. Setakat soalan cepu emas tu, kira dah biasa juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. farm in the city memang lgi mahal
      tempat dia cantiklah walau bintang tak banyak mana pun
      tapi yang pasti budak memang akan enjoy punya
      saya setujulah, dekat zoo negara lebih luas skop haiwan dia

      Delete
  18. penat sebenrnya bila menapak dr awal sampai akhir . luas kawasan tu . flamingo tu baunya 'harum ' lah kan . ni klu bwk my anak buah yg sederet masuk situ , kempes terus poket dek harga tiket ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang penat vee, kawasan dia luas
      sampai nak angkat kaki pun dah rasa tak larat
      tapi sebab melayan anak punya pasal, hilang juga penat tu
      haha...tu baru tiket, belum benda yang diorang nak minta dekat dalam tu =)

      Delete
  19. Wahh seronok... lama dah tak pergi ke zoo ni. Pasti dah banyak yg berubah... menarik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak perubahan;ah juga KK
      saya baru 3 tahun tak pergi pun nampak perubahan tu

      Delete
  20. uish....kemain rege nak tengok panda tuuu...
    memang lubuk emas betul panda ni....
    udahler high-mentenen....aishhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, 20rggt kena tambah
      tapi dia memang high maintenance sebab sini bukan iklim dia

      Delete
  21. dia memang suka dok tengok benda camni
    zoo taiping tu dengar cite murah
    kalau dekat, saya pun nak p =)

    ReplyDelete
  22. best nampak zoo ni,akak pun dah lama tak pergi, memang anak2 akan teruja kalau dapat tengok haiwan2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kalau akak dah lama tak pergi
      standby bawa makanan ye, takut lapar kat dalam
      makanan mahal dalam tu =)
      tapi yang pasti bebudak mesti sonok

      Delete
  23. seronoklah tgk animals kan..

    ReplyDelete
  24. tima kasih yy update ni.blh la nanti bawa si kecik jalan jalan nengok haiwan
    tapi tgk panda mahal kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kecil ni tak sonok bawa cik su
      tunggu dia besar sikit
      bila dah pandai berjalan dan bercakap
      confirm sonok!

      Delete
  25. Tu dia harga tiket. Berpeluh kejap.
    tengok pula harga makanan makin mencurah-curah peluh.
    dah lama sangat tak g zoo negara.
    last g zaman kecil cinonet dulu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang buat sakit jantung jugalah
      especially kalau kita pilih nak tengok panda tu
      tapi worth it dari segi keseronokkan anak-anak
      kalau sendiri pergi memang bosan beb!

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...