Part II: Pengembaraan Dan Makan-Makan (^_^)

7:06:00 am Yana Yani 30 Comments

Hari ni best betul sebab cuti public. Nasib annual leave dah habis, kalau tak esok confirm sambung cuti lagi. Hehe! Tapi cuti pun bukan dapat ke mana sebab musim hujan.

Apapun YY tumpang bersimpati buat semua yang terjejas akibat banjir terutama mereka yang berada di bahagian Pantai Timur. Moga korang semua tabah menghadapi ujian ini.

Okay, meh kita sambung cerita semalam. Kalau semalam cerita pasal pengembaraan. Hari ni punya cerita lebih kepada bab memenuhi tuntutan perut kami (^_^)

Anyway selepas selesai urusan Angah di Pusat Servis Proton, kami bergerak ke Sungai Burung untuk mengambil adik YY yang ketiga, Dayah.

Dayah seorang surirumah sepenuh masa. Seminggu ni dia dapat kelulusan cuti dari suami dia untuk bersama kami di sini. Paling seronok Afif dan Aisyah sebab boleh main dengan Khaira.


Perjalanan dari Jalan Meru ke Sungai Burung mengambil masa yang agak lama juga. Letih wei duduk dalam kereta lelama gitu tapi atas dasar pengembaraan, ianya tetap seronok!

Sampai di rumah Dayah, kami tak duduk lama disebabkan keadaan cuaca yang mula menunjukkan tanda mahu hujan. Takut juga tengok keadaan cuaca tu.

On the way tu hujan turun dengan agak lebat. Memang pemandangan agak terhad. Kami singgah di sebuah Restoran Mee Udang Banjir yang terletak betul-betul di bandar Kuala Selangor.

Kami ternampak signage Jalan-Jalan Cari Makan TV3 yang tergantung kemas di restoran terbabit. So bila nampak signage tu, expectation kami agak tinggi. Kami assumed ianya pasti sedap.


Masa nak ambil order tu, macam-macam jenis udang si pengambil order dok sebut. Lobster pun ada. Entah camne rasa lobster tu pun YY tak tahu sebab tak pernah rasa.

Setelah dipertimbangkan dari segala segi, kami just order udang hak yang jenis biasa aje. Kalau order lobster kang ada yang kena cuci pinggan kat dapur pula. Naya aje (^_^)

Bila order sampai, kami terus melahap sebab kebetulan time tu memang semua kelaparan. Lagipun kami semua telah melalui perjalanan yang agak jauh.

Tapi sebelum makan tu, sempat jugalah snap gambar dulu. HeheDah katanya blogger, maka snap gambar dalam apa jua situasi adalah harus! (^_^)


Masuk aje makanan tu ke dalam mulut, YY ada rasa macam benda tak kena. Tak tahulah kot tekak YY. Tapi bila tanya dekat adik-adik YY, diorang semua mengatakan benda yang serupa.

Frankly speaking, rasa dia sungguh mendukacitakan. YY tak recommend langsung korang makan. Tak tahulah camne JJCM boleh recommended restoran ni.

Tak tahulah kot hari tu aje rasa dia gitu. Hujan kan, tukang masak mengantuk sebab sejuk kot. Atau mungkin juga tekak kami yang berbeza dari orang lain. Tapi tak mungkin tekak kami menipu.

Even teh ais yang menjadi kegemaran YY pun tak sedap. Teh ais tu adalah teh ais paling lousy yang YY pernah rasa. Walaupun sungguh mendukacitakan in term of rasa, YY telan jugalah.

Adik-adik YY semua makan udang aje. Tak mampu diorang nak habiskan. Dayah kata berhampiran dengan rumah dia ada sebuah restoran mee udang yang lebih sedap.

Lain kali kalau berpeluang, kami akan cuba pula restoran yang dikatakan Dayah.


Afif dan Aisyah pula order Nasi Goreng Pataya. Tapi diorang berdua kongsilah. Tak habisnya kalau order sepinggan sorang. Kang Mama dia juga yang kena habiskan.

Based dari cara budak-budak ni makan, nampak gayanya sedaplah kot pada tekak diorang sebab habis licin diorang berdua beradik makan.

Tapi Laici Kang, Afif kata tak sedap.

Diorang lebih rela minum ais kosong dari menghabiskan air Laici Kang yang menjadi antara menu biasa kegemaran diorang.


Hari tu Angah yang belanja kami. Kalau tak silap, harga yang dikenakan untuk empat mangkuk Mee Udang Banjir dan Nasi Goreng Pataya termasuk air adalah RM40 ++

YY tak pastilah harga tu mahal ke murah. Tapi rasanya harga tu boleh tahan jugalah. Cuma yang pastinya tak akan pergi lagilah kat sini.

Kalau sedap tak apa juga, tapi tekak kata sebaliknya.

Anyway lepas tu kami balik terus ke rumah. Tak ada ke mana dah petang tu sebab masing-masing dah get ready nak tengok final AFF Suzuki.


Sambil tengok bola, sambil makan Mee Maggi. Masyuk jugalah dalam suasana sejuk disebabkan hujan tu. Lagi best bila kita mendahului sebelum takdir mengubah segalanya.

Nak kata apa. At least kita menang juga walau tanpa piala.

So begitulah pengembaraan kami pada Sabtu lepas ditambah dengan memenuhi tuntutan perut yang tak begitu kena pada tekak kami.

Ahadnya pula YY dan Encik suami bawa Afif membeli kelengkapan sekolah. Nak tahu sama ada ianya menyeronokkan atau tak, Insya ALLAH besok YY ceritakan ye.

Till we meet again korang. Assalamualaikum (^_^)

P/S - Belum terlambat lagi untuk korang sertai "Simple Giveaway by Licha". Ada hadiah wang tunai bernilai RM120 dan lain-lain hadiah menarik! Cepat! Giveaway tamat pada 2 Januari 2015.

30 comments:

  1. Replies
    1. mee maggi tu memang sedap
      mee udang aje yang idak =)

      Delete
  2. JJOM tue kan dIbayar..sedap tak sedap kena la kata sedap..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang ada guess gitu, cuma saya tak pasti aje
      ni farah dah kata, memang betullah kan
      tak paham camne hak tak sedap dia kata sedap =)

      Delete
  3. seram tengok cili dalam pinggan megi tu...hish..kalo masak megi kari, tak letak kari pon dah pedas pada saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke mar?
      kurang pedaslah mar
      tambah cili baru berdesing sikit =)

      Delete
  4. Nampak macam mi maggi lebih sedap daripada mi udang (kes bodek ni sebenarnya padahal dah diberitahu pun mi udang tu tak sedap...hahaha...)

    Betul tu, YY. Kalau makan luar dan kena bayar harga untuk makanan yang tekak kita kata tak sedap, memang rasa tension. Nak kata menyesal tu macam melampau pulakkan dan makanan tu habis dihadam masuk perut. JJCM ni pun bukan boleh percaya. Dah banyak kali saya kena. Eh, dah banyak kali kena tu maksudnya salah sayalahkan. Dah saya tak insaf-insaf nak juga ikut kata JJCM tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...emmang tak sedaplah MD
      tak tahulah kot pada tekak MD sedap
      tulah kan, rasa tak berbaloi! baik masak sendiri
      hehe...bab banyak kali kena tu, saya pecaya...hehe

      Delete
  5. maybe masa JJCM datang tu tukang masaknya orang lain. dah lama so chef bertukar hehe.. mai la penang makan mee udang utara pulak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...logik juga tu
      dah penah pergi penang, tapi tak tergerak hati nak makan mee udang dekat sana
      mungkin lain kali ye =)

      Delete
  6. rasanya maca JJCM dtg mrk masak kaw2 punya bagi rasa terbaik . dah nak masuk tv n dptkan komen yg power dr JJCM kan ... saya pun ada pengalaman mkn mee tom yam yg x de rasa tom yam ... grrr .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betul juga kan
      yelah nak masuk TV, kenalah buat terbaik
      ini memang rasa dia tak ada umpph langsung

      Delete
  7. mmg tak semestinya sedap tekak diorg sedap di tekak kita... pernah juga ke restoran yg tak sdap mana tapi dapat JJCM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun masuk akal juga
      bukan semua orang punyai selera sama
      thanks for the reminder cikgu =)

      Delete
  8. Bukan boleh percaya sedap sangat eventhough dah masuk rancangan JJCM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan apa, bila dah masuk TV
      kita pun bajet sedaplah
      manalah nak tahu sebaliknya doktor shikin wei =)

      Delete
    2. Kat Seremban ni pun ada kes macam ni.
      Dorang just nak promosi kedai lah tu..tapi rasa tak sedap sangat pun.

      Delete
    3. pada saya tu cara paling teruk mempromosi
      bukan apa, confirm orang pergi sekali aje
      kalau sedap lain cite

      Delete
  9. Fuhh... sedapnya tengok udang yg berendam tu.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak sedap, tapi rasa dia kurang kick lah KK

      Delete
  10. Kalau bab makanan terutama mee udang ni, minta maaflah... tak mengundang selera sebab memang tak suka makan udang...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BM tak makan udang ye
      saya pun kurang juga. tapi dah orang belanja...hehe

      Delete
  11. pernah gk pergi mkan kedai yg masuk jjcm.. kt area cheras..xingt nama pa kwdai tu.. xla swdap mna pon

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang kata kalau masuk jjcm ni
      memang indah khabar dari rupa =)

      Delete
  12. yang masuk jjcm tu belum tentu sedap kot hehehe..tapi sebab masuk tibi kena la cakap sedap agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya setuju
      ramai yang mengatkan benda yang sama...hehe

      Delete
  13. mmm, agak mndukacitakan la ye..
    nak x nak tpaksa jga makan..

    ReplyDelete
  14. Kak, nanti g nilai ehh.
    rasa mee udang dlaila.
    memang sodap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak belum penah sampai nilai
      bagi lah alamat lengkap
      mana nak tahu kalau takat bagi nama restoran =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...