Latihan Untuk Anak Dara (^_^)
Hari ni YY cuti sempena meraikan kemenangan Malaysia ke atas Vietnam. Malaysia layak ke final Piala AFF Suzuki dengan agreget 5 berbalas 4. Yeah! Nanti nak lanyak Gajah Putih pula. Hehe!Tapi sebenarnya YY cuti bukan sebab tu pun, memang sengaja nak kasi habis cuti tahun. Nak pilih hari lain dah fully booked. Sebab yang lain nak bagi korang semua jealous! Hehe!
Masuk hari ni dah dua hari dekat rumah dengan "senang-lenangnya". Semalam pun cuti bersempena sambutan hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. "Bahagia" rasanya.
Ada colleague dekat office begitu bangga bercerita anak dia yang berusia 17 tahun dah mula berjinak-jinak melakukan kerja rumah. Selalu dia dok kata kena kerap bagi latihan pada anak dara.
YY hanya mendengar aje apa dia kata, tak pernah bagi respond tiap kali dia ceritakan tentang kehebatan anak dara dia. Tapi dalam hati YY ni kata, "Ala, aku tak heran pun!"
Sebab apa YY kata gitu, anak dara YY umur lima bulan dah diajar menolong. Menolong pun atas kerelaan dia sendiri tau tanpa ada sebarang unsur paksaan pun.
Dia umur 17 tahun baru nak start bagi latihan, YY lima bulan dah kasi anak dara YY mahir cukup-cukup! Lagilah YY cuti panjang ni kan, memang "bahagia" sungguhlah YY!
Anak dara YY si Aisyah sejak dari hanya pandai meniarap dah sikit punya hebat dekat dapur. Memang tak ada sesiapa boleh challenge kehebatan dia. Tu yang "senang" sungguh YY ni.
Kadang dah settled urusan di dapur, dia ke depan rumah pula cuba menguruskan apa yang patut. Tak perlu bagi arahan, dia dah sangat faham selok belok rumah.
Kebiasaannya kesemua kerja rumah dia memang pastikan semuanya terurus. "Senang" sungguh YY ni kan dapat anak dara rajin gini.
Time dia berdiri pun masih tergetar-getar lagi dia dah hebat dalam menguruskan segala periuk belanga. Pendek kata serahlah apa sahaja tugasan dekat dia, gerenti beres!
"Senang" sungguh YY ni.
Tu belum cerita bab masak lagi. Bab masak pun hebat juga anak dara ni!
Tanyalah apa jenis bawang sekali pun, confirm anak dara yang sorang ni dapat jawab semua sebab sebelum YY masak dia dah rasa dulu bawang tu time tengah raw.
"Senang" YY disebabkan "bantuan" Aisyah.
Lipat baju? Lagilah hebat. Pejam mata pun dia boleh buat korang tau! YY pun tak tahu mana dia belajar melipat baju menggunakan teknik tu. Hebat!
Bila dah sampai ke level ni, memang bertambah "senang" YY
Dengan kekerapan latihan buat kerja rumah sejak berusia lima bulan, masuk umur tiga tahun semua benda tu dah tersangat senang pada dia. Sebab dia dah biasa buat!
Sekarang nampak macam dah maju setapak sikit dia nak macam cuba menceburkan diri dalam perniagaan. Sambil dia menolong kerja rumah, sambil dia meniaga ketayap.
Ada yang nak beli ke?
Ni masa YY tengah dok type entry ni dia tengah cuba mencari tapak pengiklanan untuk bisnes dia di surat khabar padahal tengah melipat baju tu. Nampak tak kehebatan dia?
Sebab tu YY bangga sangat dengan anak dara YY ni tau sebab bagi "kesenangan" pada YY. Moga mudahlah perjalanan hidup dia sebab dah bagi kesenangan pada Mama dia ni sejak dari kecil.
Entry ni diterbitkan sebab saja nak for show dekat colleague YY tu aje. Setakat anak dara dia umur 17 tahun baru pandai buat kerja rumah, sumpah aku tak heran!
Anak dara YY umur tiga tahun dah level PROFESSIONAL! Kau ada? (^_^)
haha.. professional betul... kalau bab ni saya memang kena mengaku, saya nan hadooo... memang tak leh challenge ler, sebab anak perempuan pun nan hado....comelnya anak dara deme, jeles ni..
ReplyDeletetapi anak-anak lelaki kat rumah ni pun kalau bab bagi 'kesenangan' yang gitu kepada mamanya, memang agak mahir jugalah walaupun tak dididik sejak dari awal.. tak nak menjadikan depa ni pro se pro sangat, memang kena cantas sejak nampak bibit-bibitnya lagi... kalau tidak, menangis saya nak kemas hasil tangan diorang tu..
hehe...kan "senang" kalau anak-anak rajin mengemas gini
Deletekira "aman" dunia sebab "kerajinan" mereka tu
tak kisah sama ada dak lelaki ke perempuan, sama aje =)
hehe
ReplyDeletebagusnya
terlebih "hebat" =)
Deletekawan baik saya masa kecik.. kita dok main dia dah masuk dapur.. masak bagai.. umur 17 tahun dah expert segala bagai sampai saya yang belajar masak dengan dia bila dah masuk zon anak dara ni. 8 tahun dah buat kerja rumah.. 13 tahun.. sebelum pergi sekolah.. dah siap semua. Masak, membasuh, mengemas.. mak dia tak payah buat apa2 dah. goyang kaki jer. tapi tu la.. akademi kurang la sebab mak bapak jenis tak kisah bab pelajaran. kerahan tenaga buat kerja rumah jer.. tapi masak memang expert dari kecik. setakat anak kawan YY yang 17 tahun baru pandai buat kerja rumah tu... bukan lawan la hahahahaha
ReplyDeletesaya dulu pun ada juga kenalan macam tu
Deletetapi dia okay juga bab pelajaran
tulah dia cik lekit, hari-hari dok cite anak dia hebat padaha dah umur 17 tahun
naik bernanah jugalah dengar, tau lah bangga
tapi kalau dah hari-hari, jelak juga mendengarnya...hehe
Hebat2 Aisy! Bulan depan bolehlah mamanya dok kat rumah jer... sebab Aisy dah boleh gantikan kerja mama kat opis...hehe
ReplyDeleteWah, sambung cuti... 4hari xkan dok kat umah jer, mesti gatal tapak kaki tu nak berjalan2...hoho!
hehe...saya tak ada hal bercuti, saya takut orang kat opis demam
Deletedengan kelincahan anak dara dok buat kerja
msalahnya dia "hebat" sangat...hehe
tak ke manalah BM, kat rumah aje melebarkan badan =)
Dah 17 tahun baru nak mengajar kerja rumah? Saya rasa macam dah terlambat aje tu ^_^
ReplyDeleteUntungnya YY ada anak dara yang rajin. Bertambah sayang pulak saya kat Aisy ni. Eh, apa ker hal pulak nih! Baguslah YY dah menerapkan nilai-nilai wanita idaman kat si Aisy ni masa umurnya baru 5 bulan. Ingatkan masa Aisy pada mengagah je, YY nak mulakan latihan kerja rumah ni ^_^
Masa anak dara kecil pun dah 'senang' hidup YY harapnya sampai dia dewasalah kesenangan itu berpanjangankan......
Hai untungnya ada anak dara berjiwa 'usahawang' ni. Kecil-kecil dah pandai bisnes. Buat kerja pun semua all in one. Untung, untung.....
dia tak cakaplah dia baru ajar, tapi dia salah cakap anak dia umur 17tahun
Deletedah hebat buat segala kerja rumah, kalau kadang-kadang cite, saya tak ada hal
tapi kalau dah sepanjang masa bercerita macam anak dia aje bagus,
mau tak bernanah telinga saya ni MD wei?
amin MD, moga berterusanlah dia bagi kesenangan
tapi bukan level gini lagilah sepanjang masa, botak kepala camni sebab tension...hehe
Hehehehe...kelakr lak entri ni. Aisyah,aisyah.. Memang luar biasa ni.. Anak mama..hehehehe.
ReplyDeletememang luar biasa sungguh anak dara mama yang sorang ni =)
Deleterajin betul anak dara akak, hehehhe
ReplyDeletehehe...terlebih rajin hajar wei =)
DeleteWahhh rajin betul.. bab gambar yg last tu mmg tak boleh tahan saya nak menyengeh tengok hehee.. :D
ReplyDeletehehe...memang rajin sangat KK wei
Deletetu yang senang memanjang mama dia ni =)
haha..kelakar plok YY..
ReplyDeletebab mop lntai tu, mmg terbaiklah bantuan anak kita..
smpai berkilat
hehe...tulah kan lya
Deletesikit ke banyak tetap dia bagi bantuan seikhlas hati =)
Salam dear, mohon hubungi saya di 017-9438392 (whatsapp) untuk penghantaran hadiah GA Blogger Diana Rashid. Terima kasih :)
ReplyDeletesalam terima kasih =)
Deletekalau tak ada whatsapp camne? hehe =)
Melentur buluh dari rebungnya...
ReplyDeletepunyalah dia nak gambarkan hebatnya aisy tu , mcm2 gaya ada . bagi kwn tu tgk ... heh heh . klu camtu hebat gi my anak buah . baru 10 thn dah blh masak satu menu kat dapur . pi habaq kat kwn tu ye ... hehehee ... manusia mmg suka berbangga camtu . layankan jer yana ...
ReplyDeleteHahahaha kelakar pulak baca... betul la... kena ajar anak dr kecik... so dah besar xperlu suruh lg dah... dah pro... heheh
ReplyDeletesiap dengan penapis teh lagi tu... heehhehe sweet tgok budak2 main kan.. teringat pula zaman kecik. Cuma tak der kenangan untuk diperlihatkan.. hanya kenangan je.. :)
ReplyDeleteHaha....tak mau kalah yer.....
ReplyDeleteMemang hebat dak Aisyah ni tau senang mama dia ni nanti , boleh goyang kaki....
anak dara memang patut diajar awal2 untuk buat kerja rumah kan,mcm akak dulu kecik2 lagi dah kena buat kerja rumah juga..tapi aisyah lagi hebat 5 bulan dah pandai tolong mama..bagus ni,nanti dah 17 tahun mama dok rilek je semua kerja aisyah yg bereskan..
ReplyDeleteHahaha..btl2 kiranya aisyah lagi hebat la daripada anak dara umur 17thn tue kan..untung la yana..=D
ReplyDelete