Bukan Senang Menjadi Supervisor (^_^)
YY dah bekerja dalam bidang khidmat pelanggan melebihi satu dekad. Boleh dikatakan YY adalah seorang pekerja yang berpengalaman dalam bidang ni.Walau ada segelintir memperlekehkannya pekerjaan ini sedangkan ianya merupakan cermin bagi menggambarkan sebarang bentuk servis yang ditawarkan, YY suka perkerjaan ni.
Sepanjang perjalanan dalam bidang khidmat pelanggan ni, YY dah jumpa macam-macam jenis manusia. Rahsia bagaimana untuk handle mereka ni memang dah ada lama dalam poket YY.
Ada yang tak pernah diajar dalam mana-mana kitab customer service tapi YY kutip dan kumpul berdasarkan pengalaman yang telah dilalui. Tak susah handle customer sebenarnya.
Tapi yang susah adalah apabila handle pekerja di bawah naugan YY. Dengan pelbagai lapisan umur, bangsa, agama dan kadang ideologi politik memang bikin headache sepanjang masa.
Pada ketika itu YY memang rasa sukar sungguh untuk mengendalikan 40 orang manusia pada satu masa. Walaupun setiap sepuluh orang ada seorang team leader mewakili, kesukaran masih terasa.
Sukar membuat keputusan yang boleh memuaskan hati kesemua pihak. Lebih kan yang ni, kita dituduh racist, kurangkan pun dituduh racist. Tak peduli lagilah teruk!
Kadang hanya untuk benda simple seperti air-cond menjadi satu perbalahan yang cukup besar. Bila suruh tukar tempat, tak mahu pula. Rasanya handle budak kecil lagi senang.
Tu belum lagi cerita penggunaan bahasa ibunda masing-masing. Bayangkan itu pun boleh jadi pergaduhan yang hampir menjadi kes polis. Bila teringat rasa nak tergelak pun ada.
Punca utama adalah tiada persefahaman dan rasa hormat sesama sendiri. Masing-masing terasa diri lebih bagus dari orang lain. Tak ada sikap tolak ansur dan pentingkan diri sendiri.
Sebab tu dulu YY membuat peraturan bahawa tiada bahasa selain dari Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris yang boleh dituturkan bagi mengelak konflik berterusan.
Malahan tempat duduk pun YY terpaksa letak berselang seli bagi mengelakkan mereka duduk hanya dalam kalangan bangsa sendiri. Begitu juga shift dan juga lunch hour.
Susah sungguh nak menyatukan kembali tiga bangsa dalam satu department. Ambil masa untuk melakukan penyatuan dan mungkin ini yang dialami oleh pemimpin negara.
Despite dari pelbagai konflik ada juga sinar yang memberi semangat dan bertindak sebagai penyuluh di kala kelam. Bukan semua suka terlibat dalam konflik.
Ramai yang boleh duduk semeja, ketawa dengan lawak yang serupa, menangisi kesedihan bersama, in fact berkongsi makanan yang sama. Manisnya saat itu bila dikenang.
Tak dinafikan bahawa kebanyakkan di antara kita lebih selesa bergaul dalam kelompok bangsa sendiri tapi itu tidak mencerminkan bahawa kita tidak mengambil berat bangsa lain.
Penyatuan itu sebenarnya tidak mustahil dilakukan kerana itu sememangnya jati diri kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Bukan warna kulit yang membezakan kita, tapi hati.
Kerana hati yang kotor ni lah boleh meranapkan satu ikatan atau kehormanian dengan hanya sekelip mata sedangkan untuk membinanya mengambil masa yang panjang.
YY dah saksikan dengan mata sendiri kemusnahan tu. Disebabkan hati yang kotor juga habis semua staff terpaksa ditamatkan kontrak dan yang tinggal hanyalah YY sekarang.
Sekarang cuba bayangkan bahawa supervisor dalam cerita ni adalah pemimpin, staff adalah rakyat, konflik adalah isu semasa dan company tu adalah negara bernama Malaysia. Nampak?
Mengkritik itu mudah, melaksanakan itu yang payah. Berdasarkan pengalaman YY, keadilan cukup sukar dilaksanakan tanpa melukakan mana-mana pihak. Pasti akan wujud rasa tak puas hati.
Cuma dalam kita sibuk menekankan hak dan keadilan atas dasar penindasan, timbang-timbangkanlah bahawa ianya somehow akan tetap merugikan kita dan seluruh keturunan kita.
Siapa kau YY nak cakap benda macam ni? Well, YY hanya seorang Mama yang mencintai keamanan dan memikirkan kelangsungan generasi akan datang. I am just me after all (^_^)
Meriah suasana kat tempat kerja YY tu ya.. memang saya takkan faham sepenuhnya situasi YY kat sana tu, tapi apa pun saya doakan moga YY kuat semangat menghadapi dugaan yang ada.. dah lebih 10 tahun tu maknanya pengalaman pun dah banyak tu.. tahun2 mendatang pasti akan lebih bermakna bila pengalaman lalu dijadikan ukuran dan panduan.. mengendalikan 40 staff, bukan kerja mudah tu. Ai, good morning bos.....
ReplyDeletesebenarnya ni cite dulu sebelum portfolio company bertukar
Deletesekarang dah tak handle pekerja seramai tu
kalau ada pun dah tak sanggup rasanya, pening =)
apapun terima kasih ye cikgu AN
Wah, tabik spring kat YY...
ReplyDeleteSaya nak handle anak dan puaskan hati anak-anak pun susah....
Tu baru tiga orang, yang sama kaler kulit dan dari acuan yg sama...
Kalau nak memimpin kumpulan yang lebih besar memang tak lah... hihihi
Ya, tak mudah jadi pemimpin...
percaya tak saya terpaksa melakukannya
Deletekalau tak, saya tak mungkin sanggup
saya tolak jawatan lebih tinggi sebab takut lebih pening...hehe
tapi betul, memang susah nak handle pelbagai karakter pada satu masa
rebung lebih senang dibentuk berbanding yang dah dijadi buluh, keras! =)
ye la tue :)
ReplyDeletesuami sy pn skrg bekerja sbgi cust service
ReplyDeleteyeke? kerja yang bukan senang tu
Deletesebab selalu jadi punching bag =)
betul yana...takde kerja yg mudah sebenarnye...bile kite paham tanggungjawab dan peranan kite dlm tugas kite kite kene komit betul2 sebab tu semua salah satu ibadah kite sebenarnye.... in sha Allah berkat ikhlas dan sabar moga2 kerja kite diredhai Allah....
ReplyDeleteseronok tgk klik2 yana semua nampak sekepala.... tu syok tu...kerja ni kene ade geng2 yg okey n sekepala baru syok kan yana...tapi bile ade kes2 mcm tindas2 ni tak syok kan yana....lagi2 ade yg teraniya...ya Allah hope kite tak jadi laa mcm tu....kite kerja sbb nak cari rezeki halal..
betul lieya, setiap pekerjaan yang kita lakukan memerlukan komitmen
Deletedan saya akui tiada kerja yang mudah walau ada yang kata cleaner aje pun
setiap kerja ada stress, tapi bila kita mampu harungi, kita rasa seronok
ni semua kenangan lalu lieya
dah tak jumpa kesemua mereka, moga mereka semua baik-baik sahaja
bagus yana..ketua yg bagus,kalau akak mungkin takmampu jd macam yana ni,jaga 3 orang anak pun sudah terasa sukar inikan pulak nak menjaga pekerja..hehehe memang tak la kot,tp kalau bagi komputer dan kerja yg bertimbun2 diatas meja..haaa...takde masalah,akak boleh mengadap sampai ke malam..hehehe
ReplyDeleteseronok tengok yana dengan staff..macam one happy family ke
saya terpaksa kak disebabkan status saya sebagai staf senior
Deletekalau tak mungkin saya tak akan terpilih, lagipun tercabar
cabaran tu yang buat saya tetapkan pendirian
tapi semua tu hanya kenangan yang dah berlalu =)
Mula2 baca mcm hanya luahan hati menjadi supervisor. Tapi bila baca sampai habis, mendalam juga maksud tersirat entry ni ye.
ReplyDeleteboleh tak nak peluk?
Deleteakhirnya ada yang faham =)
Perkongsian entri yang bagus. Kita masih ada banyak halangan yang perlu ditempuhi bagi mewujudkan perpaduan. Sedangkan kita sesama bangsa boleh berpecah-belah akibat ketidaksefahaman, apatah lagi dengan bangsa lain. Manusia yang ada hati kotor akan suka memilih kawan di kalangan yang disukainya untuk dirinya sendiri sahaja daripada cuba memahami kebaikan dan kepentingan orang lain.
ReplyDeleteSatu kupasan yang menarik, berserta gambar2 yang semuanya betul2 menggambarkan semangat perpaduan / 1Malaysia yang sebenar...
ReplyDeleteMemang sukar nak satukan / kawal organisasi yang dah sedia ada terbahagi kepada 3-4 komposisi kaum, macam di Malaysia ni...dan macam awak tulis, makin payah bila yang dalam kaum yg sama, berpecah lagi berpandu pada idealogi politik! hahaha
Saya impikan satu aspek kita di Malaysia ni, tiru Indonesia..
Semuanya harus bercakap Bahasa Indonesia( kita, Bahasa Malaysia)
Impaknya besar, walaupun hanya cuma, bahasa :)
bukan mudah utk menjadi seorang pemimpin begitu juga sbg seorang supervisor byk aspek yg perlu di ambil kira
ReplyDeleteSetuju dengan Sis JM :)
DeleteBerbilang kaum opis YY ye. Semoga berjaya di masa hadapan dan mampu menjadi Supervisor yang thorbaik! :)
ReplyDeleteTerbaik la YY... Memang sukar untuk satukan bangsa yang berbeza nie...
ReplyDeleteHebatlah sis.. Tabik spring kathy kat sis..
ReplyDeleteKerja dlm bidang khidmat pelanggan ni bukan sesuatu pekerjaan yg mudah. Secara jujur pengalaman saya dlm bidang pemasaran, saya akui kebenaran kata2 YY tu...Nak mengadap pelbagai kerenah pelanggan ni bukan mudah & ada kala kita sendiri jadi keliru sama ada pelanggan tu betul2 minta bantuan atau saja2 tanya na kacau2... wallahualam. Tetapi perkara mcm tu pun ada terjadi kpd sesetengah kakitangan khidmat pelanggan... tak termasuk yg kena ngorat lagi hmmm ... mcm2 mmg stress..
ReplyDeleteJusteru, nak jadi supervisor kenalah faham kan... Apa pun, semoga YY terus berjaya dlm kerjaya & kehidupan... aamiin. :)
biasa la tu.. kita x kn boleh puaskan hati semua pihak.. asalkan apa yg kita buat tu yg terbaik, dah kira cukup bagus dah.. :)
ReplyDeleteItu baru 40 staff. Cuba bayangkan ajelah kalau ianya sebuah negara. Memang pening kepala. Buat ini salah, buat itu pun salah. Buat perkara baik dimarahi, buat perkara yang macam tak baik pun kena marah juga. Pendekata kalau tak suka dan hati memang dah hitam, memang sukar nak mensucikannya kembali. Bubuh Clorox pun dah tak jalan!
ReplyDeleteSaya pun tak begitu ambil pusing apa yang berlaku cuma berharap sangat anak-anak masih akan berpeluang hidup dalam keharmonian.
kat mana2 pun tak mungkin ada kepuasan dr semua pihak sbb setiap org punya sikap dan keinginan berbeza . cuma seseorg ketua itu kena pandai handle situasi demi kemakmuran bersama . tak boleh bias dan racist sbb apa pun warna kulit , bahasa dan bangsa mrk , mrk tetap manusia seperti kita ....
ReplyDeleteIdah memang tak sanggup nak handle orang... berilah idah kerja sebanyak mana pun insyaallah idah boleh selesaikan... tapi jangan beri idah 1 orang... pasti idah pening dan sukar untuk idah uruskan... bcoz im almost perfectionist...
ReplyDeleteHanya Islam sahaja yg mampu menyatukan pelbagai bangsa dan agama dgn harmoni.
ReplyDeleteSaya kagum pada mereka yang bekerja dalam bidang khidmat pelanggan. Bagi saya YY dan yang lain memang kategori orang sabar. Dahlah saban hari kena hadap kerenah yang macam-macam,...kalau rasa marah & geram still kena cakap baik-baik & berlapik. Kadang-kadang bila saya ada masalah nak berurusan dengan orang2 tertentu, saya akan hubungi kawan2 dari bidang ini. Tanya pendapat mereka - macammana nak sampaikan this matter dengan cara paling halus? =)
ReplyDeleteMoga YY terus sukses ye
setuju dgn YY.. bukan mudah nak puaskan hati semua orang.. tak berkat kesabaran dan kebijaksaan tak mustahil semua boleh bekerjasama dengan baik.. good job Yana..=D
ReplyDeleteseronok baca entri ni..
ReplyDeleteyela, bukan sng nak kerja dlm 1 team y bercampur mcm ni..
alhamdulillah blh mjad satu team y baik.. tringat zaman sekolah.. berkawan pon berkelompok dgn bangsa msing2.
kat ofis lya semua malayu & islam... bos mmg ambil pekerja islam aje.
Setuju YY... bukan mudah nak menyatukan mak mak org dlm satu bumbung ....bukan calang calang orang tau. Budak kecik senanglah marah sikit mereka boleh bersatu...ini mak org weyh!.... Memasing kekwat hihi....Insyaallah guna pendekatan yg lembut dan berhemah mereka akan menurut!
ReplyDeleteBetul yana... bukan senang nak bentuk persefahaman lagi2 dgn berlainan kaum... sbb setiap individu tu mmg ada berlainan pendapat walaupun sesama kaum...
ReplyDelete