Di Satu Malam Keliwon (^_^)
Di satu malam keliwon selepas menunaikan rukun Islam yang kedua, YY duduk bertafakur seketika sebelum YY kemudiannya teringat yang ada benda yang YY masak di atas dapur.YY kemudiannya terus membuka telekung dan berlari ke arah dapur bimbang ada sesuatu yang tak diingini berlaku pada masakan dan juga kami anak beranak.
Maklumlah pada usia yang tak berapa nak muda ni, mudah lupa! Hehe! Lagipun time tu hanya ada YY, Afif dan Aisyah. Encik suami masih belum pulang dari kerja.
Setelah memastikan semuanya dalam keadaan selamat, YY kembali ke bilik bagi mengemas telekung dan sejadah yang ditinggalkan tadi. Dalam perjalanan ke bilik, YY terdengar suara kecil menyanyi.
"Nina bobo, Nina bobo" dalam bentuk nyanyian yang agak kurang jelas sebutannya. Tapi perkataan Nina bobo itu memang diulang beberapa kali.
Kaki YY terhenti seketika tak kala mahu masuk ke dalam bilik. YY terpandang satu susuk lembaga putih duduk tegak di atas sejadah yang YY tinggalkan sebentar tadi.
"Astaghfirullahaladzim" tutur YY ketika terpandang susuk lembaga terbabit. Jantung tiba-tiba macam terhenti dek kerana terkejut.
"Wahahaha" jerit lembaga tu apabila terdengar suara YY beristighfar. Jeritan suara itu makin kuat apabila YY melahirkan rasa takut, "Ish, takutnya!"
"Wahaha" jerit lembaga itu untuk ke sekian kalinya.
YY memberanikan diri untuk menghampiri lembaga berkenaan yang langsung tak berganjak dari kedudukan asal tapi cukup kuat ketawa mengilai. Telekung yang digunakan, YY selak.
Ketika itulah terus ternampak dengan jelas rupa lembaga tersebut.
"Wahh!" sergah dia apabila YY mula menyelak telekung yang disarung. Nampaklah kelibat Aisyah dengan senyuman meleret. Cis! Budak bertuah!
Kemudian dia bertanya, "Mama atut tak? - Mama takut tak?"
Sebenarnya sejak dari mula terdengar suara yang menyanyikan lagu Nina bobo itu YY dah tahu itu adalah Aisyah sebab dia pasti akan menyanyikan lagu tu tiap kali cuba menakutkan orang.
Bila nampak susuk tubuh tu pun YY yakin itu adalah Aisyah sebab kaki dia terkeluar dari celah telekung tu. Memang suka sangat menyakat orang dak Aisyah ni tau sampai Mama pun kena!
Tapi kalau bab nak menakutkan Mama dengan cara macam ni, salah oranglah!
Mama ni agak lambat sikit bab takut benda gini. Sorrylah ye Aisyah, itu pun sebenarnya Mama berlakon macam takut. Hehe!
Lagipun kalau betul memang ada hantu rupa gini, Mama bukan lari untuk menyelamatkan diri. Mama lagi kejar sebab Mama rasa comel sangat hantu ni. Hehe!
By the way, ramai yang bertanya atau keliru dengan nama Aisyah. Dayana Hanna Aisy adalah nama yang terdapat dalam surat beranak Aisyah. Nama Aisyah pula hanyalah nama gelaran.
Nama Aisyah itu pun sebenarnya YY aje yang gunakannya sebagai satu alternatif menangani kelincahan dia yang kadangkala bikin headache. Orang lain panggil dia Aisy.
Lagipun nama adalah salah satu bentuk doa kan? Disebabkan itu kita sebagai seorang Muslim disarankan memberi nama anak dengan maksud atau makna yang elok.
Ada ustaz pernah kata, jangan nama dah mempunyai maksud yang elok tapi kita memanggil atau menggunakan pula nama yang langsung tak mempunyai maksud. Ingat, nama adalah doa.
Manalah tahu kan dengan nama Aisyah itu dia juga boleh mempunyai pekerti yang mulia sepertimana Saidatina Aisyah RA. Sebagai seorang Mama, memang itulah harapan YY (^_^)
Dekat bawah ni YY belanja pula korang gambar sekitar sambutan birthday Aisyah yang hanya YY buat secara kecilan. Janji ada kek dahlah sebagai tanda (^_^)
Kenapa time Afif buat besar, time Aisyah buat kecilan? Oops, bukan pilih kasih tau! No! No! Nak buat besaran pada usia sekarang, Aisyah tak akan ingat.
Bila dia dah seusia Afif, barulah buat besaran sikit.
Anyway bila dah jadi Mama kepada dua cahaya mata ni, YY mula menyedari bahawa agak sukar memahamkan anak-anak bahawa kasih sayang kita sama aje pada mereka.
Mereka tetap rasa kita pilih kasih walau berapa sukar kita membuktikan sebaliknya. Betul tak mak, mummy, mama, ibu, bunda dan apa sahaja gelaran korang? (^_^)
ni mesti terpengaruh filem 'nina bobo' yang selalu tayang kat astro tu kan..hehe.,comelnya!
ReplyDeletedia tak tengok pun cerita tu
Deletetapi dia terikut lagu yang saya sendiri dok nyanyi =)
Kak YY, nama Aisy tu nama timangan Saidatina Aisyah r.a. Oleh sebab Saidatina Aisyah ialah isteri Rasulullah yang masih perawan semasa dinikahi baginda dan isteri Rasulullah yang paling muda dalam kalangan isteri-isteri yang lain, Aiyah dimanjai oleh baginda. Menurut kisah yang Nur pernah baca, kalau Rasulullah s.a.w bermain-main atau bermanja dengan Saidatina Aisyah, baginda akan memanggilnya dengan nama 'Aisy atau Humairaa (pipi kemerah-merahan)..=)
ReplyDeleteye nur, akak tahu mengenai hal tu
Deleteakak dah pernah ulas sebelum ni, tapi explain lagi sebab
masih ramai yang bertanya
apapun terima kasih ye =)
pengaruh nina bobo la aisyah ni..hehe..
ReplyDeleteala saya biasa beli satu slice je sudah..bukan anak saya makan beria..
dia suka dengar lagu tu aje mar
Deleteanak saya dua orang mar, satu slice tak cukup
lagipun diorang gemar makan kek =)
camna agaknya klu betul nampak lembaga ya ... mlm jumaat tu ... heh heh . selain nama yg bermaksud baik , org tua juga pesan jgn bagi nama panjang2 . nanti berat budak tu nak bawak ...
ReplyDeleteustaz kazim kata, jangan takut, cucuk aje mata dia...hehe
Deletenama tu sebenarnya suami saya yang beri
suara saya tak cukup kuat melarang =)
hehe..comel je dia, pandai nyakat mama nya.
ReplyDeletehehe...tulah
Deletememang pandai sangat menyakat =)
Alahai Aisyah, kalau setakat macam tu rupa hantu, memang takda makna aunty ni nak pura-pura pengsan takut tau! Ada juga kena geletek itu hantu, baru tahu siapa yang lagi berhantu mengusik nanti!
ReplyDeleteOh, nama betulnya Aisy ajelah. Ingatkan hari tu tertinggal huruf 'a' dan 'h' maklumlah excited buat warkah untuk anak *_* Tapi bila fikir balik, tak mungkin juga ya reporter macam YY boleh terlupa eja nama penuh anak sendiri :)
Oh, saya faham! Bila dah ada dua anak memang kita cuba tak pilih kasih tetapi orang sekeliling selalu je salah tafsir. Saya pernah meluah rasa dalam blog bila Mami dan HD kata saya lebih sayang Abang daripada Adik. Luluhnya rasa bila suami sendiri kata saya tak happy sangat pun masa Adik lahir, tak macam masa Abang lahir. Weyh, sakit kena operatekan takkan nak terkinja atas katil baru dapat baby! Lagipun dulu Adik kecil, tak banyak masuk blog. Asyik cerita keletah Abang je tapi sekarang ni Adik dah keletah comel giler, maka Abang kena beri laluan pulak.
Anak saya Abang tu selalu juga komplen katanya semua tak sayang dirinya lagi. Semua cuma sayang Adik sahaja. Puas tau saya dok peluk, explain, hugging menghugging supaya dia faham yang both pun anak Mommy. Kalau salah seorang takda, gelapnya dunia Mommy ni!
Aisy kecil lagi tak payah birthday party ya. Nanti dah besar sikit kita buat party kat tadika yek macam Abang Afif ^_^
tulah kan, konon nak menyakat
Deletetak ada maknanya mama dia ni pun nak takut
begitulah cerita sebenarnya, tak akan nama anak saya sendiri tak ingat...hehe
kan MD, susah betul nak berlaku adil
lebih-lebih lagi bila yang memerhati mengatakan kita pilih kasih
saya paham apa yang MD rasa sebab saya pun pernah melaluinya
macam kek tu, cadang nak tulis nama aisy aje
tapi teringat afif yang mudah jealous dan selalu kata saya tak sayang dia
in the end saya letak dua nama...harap2 dua2 puas hati =)
Alahai...bijak Aish cuba menyakat Mama nya... Kalau Afif yang nampak macam mana agaknya?
ReplyDeleteBudak2 masa kecil macam tu lah... masih belum mampu berfikiran jauh dan matang, walaupun kita telah berikan yang terbaik dan sama rata... xde apa yg nak dirisaukan, kita dulu macam tu juge...
afif time tu tenagh leka bermain
Deletebiasanya dia tak peduli apa yang berlaku dikeliling bila dia tengah main =)
mungkin juga BM, tapi ada juga yang saya kenal dah besar panjang
masih berprasangka buruk pada parents sendiri
geramnya...comel.
ReplyDeletehehe =)
DeleteBukan main aisyah ye? Pandai nak takutkan mama dia. Pasal nama aisyah kathy dah lama tahu sebab kathy dari dulu lagi dah baca entri sis. Hehehe..aisyah atau aisy,dua² nama yg cantik.
ReplyDeletetulah kan kak, saya pun tak sangka terkena =)
Deletehehe...akak pembaca setia mesti tahu
tapi ada yang baru sampai, nak tak nak kena juga explain...hehe
Haha....alah mama tak atut pun Aisyah...
ReplyDeleteNi mesti bahana tengok Nina Bobo yeh....Eh berani ke dak kecik tu tengok YY?
Okje dulu zaman budak ni kecik mmg beli kek sebijik tp la ni dah tak beli dah.....makan kek jer kat luar....sapa nak menghabiskan....
tulah, takat dia duduk gitu, sorilah tak takut pun...hehe
Deletedia tak tengok OKje, tapi dia selalu dengar saya menyanyi lagu tu bila nak sakat dia =)
hehe...saya bab kek ni kecik ke besar, mesti kena ada =)
Anak sekecik anak anak YY pun dah tahu kata mak ayah pilih kasih, yg besar mcm anak okje lagilah......pening kekadang tu...
ReplyDeletedah besar lagilah payah nak explain
Deletenanti diorang bila dah berkeluarga sendiri mungkin akan paham
pandai aisyah ni...sel-sel otak sedang berhubunglah tu..mujur mamanya xde sakit jantungkan..huhuhu..nakal
ReplyDeletehehe...sel-sel otak berhubung ye =)
Deleteidaklah terkejut sampai gitu siti
Bijak aisyah nih tau..geram aje..
ReplyDeleteBetul tuh yana..kdg2 kita rasa dh bg kasih syg secukupnya pd anak anak..dh berlaku adil tp anak anak tetap akan rse mcm pilih kasih..adoiii
dia suka menyakat, sebab tu dok panggil dia penghibur =)
Deletekan mimi, pening juga padahal mereka kecil lagi
tak tahu macamana mereka boleh mempunyai kefahaman gitu =)
Mashaallah saya si hantu kek geram sangat bila tengok kegebuan kek tu.
ReplyDeleteCantik pulak tu.
Siap save gambar senang bagi cth kat kedai lain kali.:)
hehe...doktor suka makan kek ye
Deletesaya ni sejak umur makin bertambah ni, kurang dah makan kek
tapi suka melayan anak-anak bab kek ni =)
hahah..
ReplyDeletecerdiknya budak aisyah ni..
pandai usik mama dia.. lps tu buat muka cute gitu plok.. hihi
ye la YY.. bukan kata pilih kasih. nanti bila aisyah dh sekolah semestinya YY akan celebrate kat sekolah sama mcm abg dia jugak kan.
dia memang gitu lya
Deletesuka sangat menyakat orang, karakter dia gitu
penghibur buat kami sekeluarga
yang jealous dekat sini bukan si adik, tapi si abang
padahal dah buat sikit punya besar tuk dia, still kata tak sayang kat dia, pening =)
Hehee... nasib baik mamanya tak lemah semangat.. klu tak silap2 boleh fengsannn pulak hehee... :D
ReplyDeletehehe...tapi betul
Deletesaya memang bukan jenis cepat terkejut
lambat sikit nak rasa takut ni lebih-lebih lagi bila ada orang yang perlu dilindungi
hahaha..pandai aisyah sakat mama ye..memang anak kedua ni banyak akalnya kot,samanya je perangai aisyah ni dgn adrien,kalau adrien suka jd hantu pocong..hehehe
ReplyDeletebetul tu..kasinh sayang kita pada anak2 sama je,cuma mereka je rasa kita ni pilih kasih kadang2 tu, sebagai mama kita cuba buat apa yg terbaik utk anak2 kan..
agaknya lah kan kak, saya perasan karakter dia lebih kurang sama dengan adrien
Deletebila baca cite adrien saya teringat aisyah...hehe
beza dari segi jantina aje
tulah kan, tapi malangnya anak-anak berpendapat sebaliknya
payah juga nak bagi paham
Pandai mengusik...
ReplyDeletehehe
Deletehihi.pandai ngusik org ye aisyah.
ReplyDeleteaamiin.
semiga aisyah membesar sbgai anak solehah
mmm, saya bru nak merasa mendidik ank.
in shaa Allah smga dipermudahkan.
kalau masuk 2,3 org nnti mungkin jga akan rasa sepeti apa yg yy rasa skrg ni ..
terlebih pandai sangat bab mengusik orang si aisyah ni QR
Deletedia jenis manusia happy go lucky =)
tak apa, slow-slow
kalau anak satu aje memang tak nampak, tunggu lebih dari tu =)
Haha.. dah agak tadi mesti anak2 YY punya angkara. Tapi sedikit terkejut dengan Aisyah je yang terlibat. Wah, ligat juga dia.. pandai nak usik mamanya.. memang comel.
ReplyDeleteSamalah, saya pun rasa sebab umo adik lecil lagi, buat sambutan hari jadi secara kecil kecilan dulu.. bukan niat nak bezakan antara anak..
afif tak pandai buat macam ni dekat saya
Deletekalau setakat sergah tu dia biasa buat
tapi kalau jadi antu ni, memang aisyah aje =)
tulah kan, bukan sebab nak membezakan
ahhaah..mama atut tak? mesti lah atut heeeee
ReplyDeletehehee...sori ye
Deletetak takut langsung...hehe
hehe...tu pasal tak takut =)
ReplyDelete