Banjir: Doakan Mereka (^_^)

1:00:00 pm Yana Yani 44 Comments

Imeg dari terbangdisyurga.blogspot.com
Semalam bila menonton berita, YY tersentuh hati melihat kesengsaraan mangsa yang terlibat akibat banjir yang semakin buruk di beberapa buah negeri di Malaysia.

Paling teruk setakat semalam adalah negeri di bahagian Pantai Timur terutamanya di Kelantan diikuti Terengganu dan Pahang. Malahan Johor juga telah diletakkan amaran berjaga-jaga.

Banyak jalan utama di Kelantan telah ditutup kepada lalulintas kerana air sungai pada ketika ini berada pada paras bahaya.

Setakat malam tadi, puluhan ribu mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Walaupun keadaan banjir yang semakin buruk, amaran darurat masih belum lagi dikeluarkan oleh kerajaan kerana pelbagai aspek perlu dipertimbangkan.

YY dengar radio pagi tadi mengatakan ada satu dua kawasan di Kuala Lumpur juga turut dilanda banjir. Takut sungguh mendengarnya.

Pagi ni pun YY dapat SMS dari Mak YY yang kandungannya adalah seperti berikut:
Imej dari maramissetiawan.wordpress.com/
Tadi Ayah De call Mak, Pak Ucu pun message Mak, diorang beritahu (Kuala) Lipis tenggelam. Jambatan ke Padang Tengku pun dah tenggelam tapi kampung belum banjir lagi. Cuma (elektrik) api, air dan line telefon dah empat hari tak ada katanya

Marilah kita semua mendoakan paras air tidak terus naik. Kita bersama-sama mendoakan agar mereka terus tabah hadapi dugaan ni.

Hari ni hari mereka, kita tak tahu bagaimana pula hari kita nanti. Bagaimana ALLAH akan menguji kita nanti.

Ingatlah bahawa setiap musibah yang berlaku ada hikmat yang tersembunyi. Semoga yang terlibat bersabar dan insya ALLAH setiap yang hilang atau rugi akan diganti dengan yang lebih baik oleh ALLAH SWT. Amin.

P/S - Initiative kerajaan di beberapa buah negeri dan juga penganjur menghentikan sebarang konsert sempena sambutan tahun baru adalah TERBAIK. Seeloknya duit untuk penganjuran konsert ini disalurkan kepada pihak yang terjejas akibat banjir. Mereka lebih memerlukan.

44 comments:

  1. salam YY,,semoga cepat surut banjir kali ni..semoga dpermudahkan semuanya,,amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam cik siti
      tulah kan, moga mereka diberikan kekuatan

      Delete
  2. amin
    besar kan dugaan
    rumah anum air dah naik sampai jalan raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah anum pun naik air ye
      simpati saya mendengarnya

      Delete
  3. Kasihan pada mangsa banjir. Lebih teruk kali ni. Setiap kali baca tentang mangsa yang terkorban, aduhai sedih bukan kepalang especially si ibu yang terlepas anak berusia setahun setengah tu. Moga cepat surut air banjir ni dan berakhir kesengsaraan mereka yang terbabit. Apa apa pun memang betul tu, YY. Setiap musibah yang berlaku ada hikmahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian sangat MD
      kita yang tengok ni dah terasa sukar, mereka yang rasa lebih lagi
      tulah, saya ada baca juga
      nak ajal dia, banjir tu hanya penyebab

      Delete
  4. Semoga semuanya kembali pulih.. sayu baca dan tengok info dan gambar2 yg dikirim kawan2
    dkt fb dan wasap.
    Jemput singgah entry shad, Jom Aktifkan Mykad
    #prayforpantaitimur

    ReplyDelete
  5. waktu begini program2 macam tu sangat tak sesuai.. lebih baik tumpukan pada mangsa banjir yang banyak tempat masih terputus hubungan & bekalan makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat suria
      mereka lebih memerlukan pelbagai bantuan
      hiburan tak mengenyangkan

      Delete
  6. risau bila ada ahli keluarga kita di landa musibah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah mar
      bukan takat ahli keluarga aje
      yang tak ada talian darah pun

      Delete
  7. Sebaiknya tak payahlah sibuk nak bergembira dalam pada saudara dan sahabat kita sedang berduka..

    ReplyDelete
  8. betullah diana
    bencana tu untuk mereka
    tapi peringatan tu untuk kita semua

    ReplyDelete
  9. amin amin.. mudah mudahan Allah permudahkan urusan mereka disana. insyallah kita doakan bersama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, itulah harapannya
      moga segalanya dipermudahkan
      aminn

      Delete
  10. harap mereka tabah melaluinya dan keadaan menjadi bertambah baik dan bantuan banjir makin bertambah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan vee
      kita semua mengharapkan mereka tabah

      Delete
  11. doa dan terus doakan mereka...

    ReplyDelete
  12. Tengah keadaan teruk macan ni takkan nak buat konsert lagi. Ada baiknya salurkan ke tabung bencana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malangnya bukan semua berfikiran seperti kita
      pada mereka kehidupan perlu diteruskan =)

      Delete
    2. but that's the fact
      memang ada gitu doktor

      Delete
  13. Kathy sedih ,sayu + trauma sis. 2007 kota tinggi banjir besar kathy antara seorang mangsa. Kenangan tu macam baru je berlaku. Moga mereka tabah Ya Allah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kan kak, kalau dah rasa memang kita trauma
      tapi kali ni punca banjir lebih teruk berbanding sebelumnya
      moga mereka kuat kan kak

      Delete
  14. Bersamalah kita terus berdoa agar mereka sentiasa tabah dan selamat dlm mengharungi ujian ini... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah KK kan
      itulah yang kita boleh sumbangkan setakat ni

      Delete
  15. Sentiasa mendoakan mereka.. semoga banjir di sana cepat2 surut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan farah
      kesian dok tengok cite mereka dekat news

      Delete
  16. Selain dr pembatalan semua aktiviti hiburan...sebaiknya dana tersebut disalurkan kpd mangsa banjir. Semoga diberi kemudahan segala urusan bantuan dan menyelamat...amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah BM, sewajar tindakan sebegitu harus diambil
      mereka memang terjejas teruk, tengok pun rasa nak menangis
      aminnn

      Delete
  17. Replies
    1. kan...
      tumpang bersedih dengan nasib mereka

      Delete
  18. Smoga mereka terus tabah dgn dugaan ni. Memang sedih tgk keadaan kat sana. Banjir paling teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan fiza
      tuhan menguji mereka
      kita dekat sini hanya boleh berdoa dan membantu semampu yang boleh

      Delete
  19. melihat kesan dari banjir ni dah macam tsunami rasanya..moga mereka yg terlibat terus tabah dan redha menghadapi ujian ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak? teruk sungguh!
      malahan lebih teruk dari tsunami dulu kesan pada negara kita sekarang
      banyak harta benda yang rosak
      tu belum cite mental dan psikologi mereka yang terlibat

      Delete
  20. tu la kan
    skrg ni sedey j tgk
    semuanya kna mula dr bawah.sama samalh kita bantu

    kuala kangsar dh surut tp siang td naik balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALLAH nak menguji tu dalam pelbagai cara
      kita doakan semuanya kembali pulih
      saya baca juga pasal tu pagi tadi

      Delete
  21. Kun fa yakun.
    bila Allah cakap jadi maka jadilah.
    tak siapa duga banjir kali ni sangat teruk.
    Kesannya tak ubah seperti dilanda tsunami.
    Salah satu teguran Allah pada kita yang makin lalai sebenarnya.
    mereka sangat kuat. Sy mungkin tak sekuat diaorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan farhana
      sesuatu benda yang berada di luar kawalan kita
      sama-samalah kita fikirkan dan muhasabah diri sendiri

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...