Kad Raya Dari Blogger (^_^)
Syawal dah nak sampai ke penghujung, aku masih lagi bercerita pasal sambutan raya. Nak buat camne, baru sekarang berkesempatan bercerita. Hehe!Anyway hari ni nak cerita pasal kad raya yang aku terima dari rakan blogger.
Jujurnya aku dah lama tak dapat kad raya. Kali terakhir aku dapat kad raya adalah masa zaman sekolah menengah dulu yang dah hampir 14 tahun aku tinggalkan.
Sebab tu bila kad raya yang pertama sampai dari blogger Kathy Rbain, aku excited sangat! Tak sangka dapat kad raya ni. Terima kasih Kak Kathy (^_^)
Terharu sangat!
Ingatkan berhenti takat tu aje. Tapi dapat lagi!
Tak lama lepas tu aku dapat kad raya dari Farah pula, empunya Blog Mrs Secretary. Dalam tu siap ada hadiah untuk top komentator.
Farah memang ada bagi tahu sebelum ni nak bagi benda tu. Terima kasih Farah ye, suka sangat hadiah yang disertakan sekali tu. Dah beberapa kali pakai. Hehe!
Beberapa hari menjelang raya, aku dapat pula kad raya dari Jari Manis. Tapi ni lebih dari muka tak malu aku. Time dia tanya sape nak kad raya, dengan tak malu aku cakap aku nak! Hehe!
Sungguh tak malu. Apapun terima kasih JM juga untuk duit raya yang diberikan kepada Afif dan Aisy. Diorang suka sangat sebab belum raya dah dapat duit raya.
Yang terakhir aku dapat adalah dari Vee Sandi. Vee pun memang ada bagitau yang dia nak beri kad raya ni. Memang terharu bila dapat kad ni. Terima kasih Vee ye.
Insya ALLAH panjang umur, tahun depan aku reply kad raya mereka semua ni. Terima kasih kerana bersusah payah memberi aku kad ni. Truly appreciated it (^_^)
Semoga persahabatan di alam maya ni berkekalan.
Memang best dpt kad raya.. Lebih di hargai.. Alhamdulullilah setiap tahun dpt kad raya
ReplyDeletetu lah acik, lama dah tak dapat kad raya
Deleteni tahun pertama dapat dari teman blogger
p/s - acik belum bagi alamat ni
Bestnya.....bukan kad raya je..duit raya pun dapat...
ReplyDeletealhamdulillah
Deleterezeki anak-anak =)
wah.....salam syawal.
ReplyDeletesalam syawal MKL
Deleteerr..bukan dah nak abis ke =)
Wah byk juga yana dpt kad raya... bestnya...
ReplyDeletelagi banyak akak punya rasanya =)
DeleteWah...terbaiklah.. InshaAllah tahun depan ada lg..
ReplyDeleteterima kasih kak ye sebab sudi bagi
Deleteterharu sebenarnya =)
Syawal bertambah meriah bila dpt kad2 raya dari rakan2 blogger kan... tahniah Yana.. :)
ReplyDeletetulah kan, terasa dihargailah pula =)
DeleteAlhamdulillah dah selamat sampai..=D
ReplyDeleteterima kasih farah =)
DeleteAmboi...... glemer nampak tahun ni dapat banyak kad Raya hehe....
ReplyDeletehehe...agaknyer kot
Deletewahahah =)
bestnyer dapat banyak kad raya..sejak teknologi makin canggih ni dah takde dapat kad raya pun.. semua ucap melalui fb atau wasap je
ReplyDeletetulah yang sebabkan dah lama tak dapat
Deletetapi kali banyak pula dapat
best kan dpt kad raya drp kwn blogger
ReplyDeletebetul, rasa dihargai sangat =)
DeleteWah.. Byknya..
ReplyDeletesikit aje kot kalau bandingkan dengan maria =)
Deleteakak baur nk tinggalkan komen kat sini...yeay..dah sampai ek
ReplyDelete