Aktiviti Berkualiti Ketika Bercuti (^_^)

7:23:00 am Yana Yani 23 Comments

Kalau diikutkan cuti yang YY ambil pada kali ni agak panjang. Tapi cuti panjang pun YY tak ke mana, hanya menghabiskan masa berkualiti di rumah diteman dengan pelbagai karenah anak-anak.

Walaupun tak banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh percutian, banyak juga benda yang YY nak cerita hari ni. So silalah bertabah membaca sehingga ke ayat terakhir ye (^_^)

Anyway, sejak berpindah rumah kira-kira enam bulan lalu, rumah yang kami duduki belum fully decorated. Kami hanya kemas agak-agak boleh selesa duduk aje.

Tak sempat memanjang nak kemas. Ada aje segala macam aktiviti.

So cuti panjang banyak dok belek sana sini sampaikan bunga depan rumah yang tak pernah YY ambil kisah perkembangan dia selama ni pun YY dok belek apa yang patut.

Baru perasan ada daun pandan sesat kat situ (^_^)

Dan dalam banyak-banyak tu, paling tension adalah dengan bilik Afif sebab YY belum dapat cari kabinet atau rak yang sesuai untuk simpan segala macam jenis "mak nenek" mainan dia.


Bilik ni macamana dikemas pun tetap akan bersepah. Bukan Afif yang suka sepahkan. Afif seorang yang pembersih. Kotor sikit pun dia bising. Yang suka buat sepah tu Aisyah.

Aisyah pula suka buat muka innocence tiap kali YY tegur dia keluarkan segala macam mainan. Kalau kemas balik tak apa, tapi dia suka lari tanpa rasa bersalah! Sabar ajelah!


Disebabkan YY ada ni, dapat juga monitor pergerakkan dia. YY suruh dia keluarkan mana yang dia nak main aje. Yang lelain tu simpan, tapi dia jenis rambang mata.

Nak suruh buat pilihan pun ambil masa. Kebetulan cuddly toys dekat rumah ni sikit punya banyak. Rezeki Aisyah, sebab semua tu hadiah pemberian orang bersempena kelahiran dia dulu.


Kalau waktu bekerja YY hanya perlu masak dua kali sahaja, breakfast dan dinner. Tapi disebabkan bercuti, lunch pun kena sediakan. Kelam kabut juga terutama ketika hari Jumaat.

Time tu nak kejarkan waktu sembahyang Jumaat. Niat nak bagi Afif dan Encik suami kenyang dulu baru diorang ke masjid. Tapi bila dah siap masak Encik suami kata dia nak makan lepas solat.

Takut lepas sujud tak boleh nak bangun katanya (^_^)


Malam Sabtu kami tidur di rumah parent Encik suami. Beria bawa laptop sebab kononnya bercadang nak update blog dah reply segala jenis komen dekat sana, tapi harapan!

Line internet tak ada sebab kabel telefon dekat kampung ni kena curi. Siapalah punya kerja tu. Moga manusia tu dapatlah hidayah ALLAH suatu masa nanti.

So agak mati kutu juga dekat sana sebab tak tahu nak buat apa. Mujurlah ada anak-anak. Banyaklah melayan diorang terutamanya Afif dengan sifat dia yang ala-ala archaeology tu.


Malam minggu pula, meratakan timbunan kain yang tinggi mengalahkan gunung Everest. Bayangkan sepanjang bercuti, tiap-tiap hari YY basuh baju. Terlebih rajin katanya. Hehe!

Kebiasaanya dua kali aje seminggu membasuh. Tu yang terkejut mesin basuh yang agak uzur tu bila kudrat dia dikerah sampai mengeluarkan bunyi yang agak menggerunkan (^_^)

Bab lipat kain pula tak jadi masalah sebab YY kan ada anak dara (^_^)


Walaupun lipatan dia bukan sama level dengan YY, kira okay jugalah. Lagipun YY malas nak melarang. Dia kata nak tolong, YY bagi aje. Lantaklah kan.

Teringat Mak YY pernah kata kalau kita larang anak kita menolong nanti tiba masa dia kena menolong, dia tak nak menolong sebab kita selalu melarang. Rugi!


Nak tengok tak hasil lipatan Aisyah? Tadaaaa!


Hari minggu pula kami memenuhi jemputan jiran sebelah rumah Mak YY. Kira bekas jiran YY jugalah kan. Hehe! Nak cerita dekat sini bukan pasal pengantin, tapi anak dara YY.

Lately Aisyah memang pandai sangat bergaya. Kalah Mama dia! Kalau dulu sibuk cari bedak dengan lipstik aje, sekarang nak pakai handbag pula!


Rasa nak tergelak tengok dia berjalan dengan handbag tu. Dah macam Mak Datin berjalan! Hehe! Umur kecil ni, buat apapun nampak comel ajelah kan (^_^)


Lepas dah ke rumah pengantin, singgah sekejab rumah Mak YY. Jumpa dengan anak saudara YY yang jarang dapat peluang untuk berjumpa. Kebetulan hari tu adalah hari jadi dia.

Anyway YY nak ambil peluang ni nak ucapkan SELAMAT HARI JADI yang pertama buat Nur Khaira Mardhiah! Sayang anak saudara Mak Long yang sorang ni (^_^)

Mak Long doakan moga Khaira panjang umur, murah rezeki dan paling penting sekali Mak Long doakan moga hilang segala macam jenis alergik yang membelenggu Khaira.

Untuk makluman Khaira ni agak sensitif sampaikan nak makan kek pun tak boleh.

Ummi dia tak sanggup ambil risiko disebabkan alahan dia yang pelbagai. Dia pernah masuk ICU disebabkan alergik pada makanan. Kesian.


Lepas dah ke rumah pengantin, kita round the world! Ni kira aktiviti luar pertama dilakukan sepanjang YY bercuti panjang. Syok betul rasanya!

Inilah dia juga sebab mengapa YY suka pakai jeans bila pergi kenduri kahwin. Senang sikit nak berjalan! HeheMeh tayang selfie empunya blog dengan anak-anak.

Jangan muntah hijau udahlah ye. Bukan selalu kan? (^_^)


Berjalan cara kami mungkin berbeza dengan berjalan cara korang. Kadang kami hanya pusing keliling bandar tanpa keluar dari kereta. Tu pun dah buat rasa bahagia.

Tapi kalau dapat berhenti lepas tu makan pula Dunkin' Donut, memang added advantage! Hehe!

  
Gambar dekat atas masa kami lepak dekat perkarangan letak kereta Stadium Melawati Shah Alam. Entah apa aktiviti yang diadakan. Yang pasti YY tak berapa suka suasana bingit tu.

Tak kena langsung dengan jiwa tak berapa nak muda YY ni. Tak faham kenapa ada orang boleh enjoy music bingit gitu. Hanya beberapa ketika di situ, terus ajak Encik suami balik.

Lepas tu Encik suami ajak ke Plaza Alam Sentral. Orang lain dah beli persiapan sekolah, kami baru nak survey. Maklumlah, anak sulung! Pengalaman tu kurang.

Even ada orang kongsikan pengalaman pun, feel dia tetap lain bila dialami sendiri. Bila dok survey tu, terkejut juga dengan harga yang kami dok congak. RM600++ tak termasuk yuran sekolah!

Tapi mungkin sebab survey dekat hypermarket. Kalau dekat tempat lain mungkin murah. Ni nak tanya dekat korang yang lebih berpengalaman, apa beza jenama canggih dengan tak canggih?

Ada beza ke huh? Sekali pandang nampak sama tapi harga memang obviously berbeza sangat! Cuba share sikit kot boleh digunakan sebagai panduan. (^_^)


Kebetulan masa dok survey tu, MPH buat jualan. Banyak juga buku-buku yang dijual pada harga yang sedap mata memandang. Kalau tahu confirm dah bawa duit lebih.

Terpaksa berlalu pergi dengan hati yang agak ralat sebab pameran tu hanya sampai Selesa sahaja. Tak apalah, better luck next time (^_^)

So begitulah cara YY menghabiskan masa bercuti YY yang boleh dikategorikan sangat berkualiti! Langsung tak sentuh laptop sepanjang tempoh tu. Hehe!

Bukan tak nak, tapi tak berpeluang sebab ada aje urusan yang perlu dilaksanakan. Rasanya ini ajelah bebelan YY untuk kali ni, kang pengsan pula korang baca bebelan berjela YY.

Tu pun belum tentu ada yang baca tiap baris. Apapun kesudian korang untuk singgah sini apatah lagi meninggalkan komen, memang sangat dihargai! Sayang korang semua (^_^)

Till we meet again ye korang, Assalamualaikum.

P/S - Jom sertai "Simple Giveaway by Licha" dan rebut hadiah wang tunai bernilai RM120 untuk enam orang pemenang dan lain-lain hadiah menarik! Cepat! Giveaway tamat pada 2 Januari 2015.

23 comments:

  1. seronok beraktiviti bersama keluarga....

    ReplyDelete
  2. Saya baca dlm lrt ni, 2 stesen baru habis. Hehe . Seronok gak sesekali cuti lupakan dunia maya ni kan . amboi pasni habis handbag mama ada orang pinjam

    ReplyDelete
  3. kalau lah saya bab rumah baru ni... memang lah first akan buat... biar anak2 ngan aktiviti sendiri... terbongkang terbaliklah membuatkan rumah baru... dah siap baru lega... sehari pun sempat siap... (teringat masa memula pindah Sabah dulu terlalu banyak barang, semua simpan dalam stor dah tu keluar satu satu kotak... lelama selesai... ehhhh dalam dua tiga hari jer hahaha)

    ReplyDelete
  4. sama la kampung saya. sampai sekarang TM takde service dah. sebab asal pasang kabel, lepas seminggu hilang. so kat kg adik beradik saya guna broadband jer.. Sama la lala ni.. anak dara suka menyepah. kemas memang tak reti, menolong apatah lagi. hahahaha... saya pun tak suka sangat tempat2 bising. makin tua makin tak serasi pulak... Masa sekolah pakai jugak baju jenama canggih. Rasa selesa sebab kurang berkedut.. Kain dia tebal. tak tau la beza dengan kain biasa mungkin nipis.. duduk sikit dah berdekut bagai

    ReplyDelete
  5. wah seronoknya :) hihi. kalau masa cuti aktiviti dengan family adalah yang terbaik

    ReplyDelete
  6. YY,

    Bercuti panjang ya. Habis cuti, masuk balik kerja nanti bertimbunlah kerja menanti tu....

    ReplyDelete
  7. Kak YY, sabtu ahad baru ni Nur pergi ke Shah Alam, semalam Nur dan kawan-kawan pergi Kompleks PKNS dan SACC Mall..kalau pergi ke Plaza Alam Sentral semalam msti terserempak dengan akak kan..InshaAllah Nur kenal akak sebab dh cam sangat muka afif dan aisy..hehehe..Nur suka sangat tengok aksi aisy dan afif pada gambar akak dan diorang tu..comel sgt2..Nur pun naik keje hari ni pun dah tak larat sangat sebab pusing sakan kt area Shah Alam baru-baru ni..huhuhu..

    ReplyDelete
  8. wah meriah jugak bila cuti2 ni yer n TQ ke blog KA even dah lama x menjenguk ke sini yer ..

    ReplyDelete
  9. Memang best entri sis yang banyak cerita ini. Bukan apa,penuh pengisiannya. Kathy tabik juga kat sis sebab ingat semua aktiviti tu. Kalau kathy maunya terlupa tu nak tulis apa. Hehehhe. Confirm ada je tinggal...

    ReplyDelete
  10. Ni betul2 entry lepas gian ni ye YY. Panjang betul kronologi dia.

    Aisyah ke yg selalu buat sepah mainan abang dia? Heheh. Suci betul. Tapi takpe, dia rajin tolong lipat kain. Mesti sejuk je hati, tak jadi nak marah. Dah la pandia bergaya ye, kemain dgn clutch tu.

    Anak saudara YY tu alergi teruk ye? Kesiannya. Harap2 dia akan pulih satu hari nanti.

    ReplyDelete
  11. kalo bab permainan tu..mmg la..susah sgt.. mcm kat rmh ni, setiap set permainan mmg letak dlm plastik/kotak siap2.. jd setiap kali nak main bru keluarkan.. lps dh siap simpan semula.. klo x buat mcm tu, mahunya bersepahlah.. salah 1 lg buat mcm tu sbg preparation, buatnya terbanjir besar lak mcm last year, sng..terus angkut..

    betul tu YY.. selagi anak rajin nk menolong..trs je galakkan.. xperlu dihalang..

    hihi.. dah dasar anak pompuan kan YY.. mmg gitulah kekdahnya..nk cantik sentiasa..melaram apa y kita pakai..

    ReplyDelete
  12. selalunya yg buat penuh umah ni mmg brg permainan budak lah . boleh kot kalau masuk kat dlm kabinet plastik . yg x blh masuk tu , letak jer kat atas kabinet ... amboi , dah nama perempuan kan . tu masih kecik tu . blm besarr lagi . x pe , blh geng mama bergaya nanti ... alahai , masih kecik lagi dah alergik . cian baby tu . mamanya kena rajin cari maklumat . insha Allah , ada penyelesaiannya nanti .

    ReplyDelete
  13. Gambar aisyah dgn handbag tu mmg comei!!! Kemain ye aisyah sekarang... dah jadi anak dara ni, memang mcm2 nak nye... hehhe

    ReplyDelete
  14. Hai Yana Yani (YY),

    Done follow sini #166.

    Yana ade join GA uni ker? sebab tak nampak entry GA tu kat blog yana, n takde url entry yana kat blog uni. tp uni ade tengok yana leave comment kat blog penaja bgtau yg yana ade join GA uni.

    kalau ade join, tolong leave url entry kat sini ye : http://www.mystorymory.com/2014/12/giveaway-2014-bersama-mystorymorycom.html

    Tq! :)

    ReplyDelete
  15. Sebenarnya itu baru nama cuti YY.....cuti lama tapi berehat jer kat rumah, jalan pun dekat dekat. Serious itu baru kita rasa rehat sebenarnya.... Bayangkan kalau berjalan jauh penat tau, org yg drive lagilah penat....

    Nama pun budak kecik YY, mmg tak makan saman le hihi......Weyh budak pompuan mmg gitulah .....kecik kecik dah pandai melaram tau!
    Kami pulak kalau cuti, mmg suka gi Shopping complex ...entah apa yg dicari tak tau....jalan jalan pun dah cukup best!
    Hari tu masa gi PD beli baju sekolah budak Si TLBD...habislah 100 hengit, tu pun tak masuk kain dengan kasut....Kain tak yah belilah, ok lagi...save sikit hihi

    ReplyDelete
  16. akak baca setiap baris tau..hehehe nak bgtau jugak tu, mcm akak pun sama kadang2 kitorang ronda2 je tak keluar pun,dok dalam kereta je.tu pun dah cukup seronok buat anak2..
    oh ke plaza alam sentral ke. ofis akak kat sebelah tu je,hari2 dok tengok jualan mph tu..
    apapun dapat meluangkan masa bersama anak2 itu satu hal yg sangat menyenangkan hati kan

    ReplyDelete
  17. Ishhh... jangan serkap jarang, YY. Saya baca hingga ke abjad yang terakhir sebelum noktah terakhir tau. Saya ni kalau baca entri orang tak pernah main tali skipping. I redha aje kalau orang tulis panjang-panjang ^_^

    Tengok pada lipatan Aisyah tu dah okeylah, boleh buat hantaran kahwin dah gayanya. Hahaha.... Samalah perangai Aisyah ni dengan Adik Cute. Kotnya rakan sebaya mereka ni memang gitu kot perangainya. Adik Cute tu nak main satu toy je tapi dipunggahnya semua keluar dari simpanan. Kita suruh kemas je dia mulalah penat, nak pengsanlah konon terus baring atas sofa.

    Errkkk... saya ni berjiwa muda tapi muzik bingit ni wa tak main. Tension kepala otak. Jantung pun kena kerja lebih masa berdegup kencang kalau dengar lagu genre bingit telinga nih!

    Bab baju sekolah tu, masa takda pengalaman dua tahun lepas saya beli jenama Professor hasil hasutan kakak saya ^_^ Bila dah bijak sikit saya pilih Canggih. Kainnya licin dan takdalah cepat kuning. Nak gosok pun senang, pejam mata boleh (Jangan ikut, tergosok tangan saya tak bertanggungjawab!) Lagipun macam Abang ni Canggih tu sizenya besar sikit berbanding dengan Professor.

    Tahun pertama anak pergi sekolah saya mewah berbelanja sebab takda pengalaman. 5 hari sekolah 5 helai baju, 5 helai seluar pendek, 5 helai seluar panjang dan 5 pasang kasut saya belikan. Kononnya nak senangkan anak, senangkan emak ya juga. Tak payah hari-hari cuci segala. Sekarang ni rasa nak melalak pulak bila teringat kebodohan sendiri membazir duit ^__^

    YY, saya still pelik okey orang cuci pakaian 2 kali seminggu. Saya ni setiap hari cuci baju dan lipat baju. Kalau hujung minggu mahu 2 kali mesin basuh beroperasi sehari. Ke saya ni yang bermasalah? Hahahaha!

    ReplyDelete
  18. Dalam kata tak sempat, xde mood... Nah, panjang berjela juga entrinya! Sampai xtau nak komen yg mana...
    Tapi kagum dgn Mummydearie...panjang betul komennya, satu persatu tu!

    ReplyDelete
  19. Aktiviti keluarga yg menyeronokkan... suka tengok Aisyah bawak beg tangan tu.. :) :)

    ReplyDelete
  20. Mesti la farah baca setiap baris yana..seronok baca aktiviti cuti yana bersama family...macam2 cerita ada..=D

    ReplyDelete
  21. Ekekeke.
    sy baca sampai habis okay.haha
    Akak tulis lagi panjang pun takpe.
    sy jenis tak reti nak skip bacaan.
    Serius comel aisyah bawak handbag tu.
    cukup tak suka suasana bingit. Kadang dengar lagu yang heavy sikit pun rasa macam "melalak apa tu"

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...