Titipan Kasih Untuk Afif (^_^)

7:25:00 am Yana Yani 28 Comments

Kehadapan anakku Afif Haziq Fiqrullah,

Enam tahun dahulu pada jam ini Mama masih lagi kekok memegang kamu buat julung kalinya. Mama tak akan lupa sehingga ke hembusan nafas terakhir waktu dan saat itu.

Masih jelas diingatan, pukul 1:34 pagi, hari Sabtu, 22 Nov 2008 bersamaan 23 Zulkaedah 1429, seorang putera seberat 2.28 kg telah selamat dilahirkan secara normal.

Kamu terlalu kecil untuk seorang yang tiada pengalaman seperti Mama (^_^)

First day 
Melihat kamu berada di dalam pangkuan seakan seperti tak percaya bahawa insan yang selama ni berada di dalam perut sudah berada di depan mata.

Malahan ketika membelek setiap inci tubuh kamu buat pertama kalinya membuat Mama lupa seketika segala kesakitan yang sudah pasti tidak akan kamu fahami.

First month
Asyiknya perasaan itu bila dikenangkan kembali.

Ianya seolah seperti kisah dongeng tapi sebenarnya kenyataan. Kehadiran kamu sama sekali mengubah status Mama yang selama ni hanya bergelar Isteri.

Ketahuilah bahawa kamu adalah insan kerdil pertama yang Mama amat cintai

First year

Anakku Afif,

Mama sudah mula menyayangi kamu ketika kamu hanya kelihatan seperti seketul daging di dalam ultrasound yang Mama lakukan buat julung kalinya.

Kehadiran kamu sebagai permata sulung Mama dan Papa sememang amat kami nantikan. Kami menghitung setiap detik kehadiran kamu dalam hidup kami.

Second year

Bahagia rasanya apabila kami juga boleh mengatakan kepada dunia yang kami juga bakal menjadi parent. Status itu pernah diwar-warkan mustahil kepada kami.

Tapi ALLAH itu MAHA BERKUASA.

Third year

Anakku Afif,

Melihat kamu membesar dengan sihat sejak dari dalam perut dan kemudian berada di depan mata merupakan satu nikmat yang cukup sukar digambarkan.

Suatu hari nanti kamu pasti akan fahami dan mudah-mudahan kamu juga akan merasai nikmat berkeluarga dan mempunyai anak sendiri seperti apa yang Mama dan Papa katakan ini.

Betapa sayangnya kami terhadap kamu sehingga kalau boleh kami ingin berikan segala harta di dunia ini sebagai lambang kasih dan sayangnya kami berdua terhadap kamu, putera sulung kami.

Fourth year

Anakku Afif,

Kelahiran kamu ke dunia ini beserta dengan segunung harapan. Terlalu tinggi harapan yang Mama dan Papa letakkan pada kamu sebagai anak paling tua.

Antaranya kami menaruh harapan agar kamu adalah orang yang akan menjadi imam ketika sembahyang jenazah kami berdua satu hari nanti.

Kami tahu bahawa mati itu pasti dan berdasarkan perbezaan usia, pastinya kami yang terlebih dahulu pergi. Kami mengharapkan kamu orang yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kami di sana.

Fifth year

Anakku Afif,

Bersempena ulang tahun kelahiran kamu yang keenam ini, Mama dan Papa sentiasa berdoa agar kamu sentiasa dipanjangkan umur dan menjadi anak yang taat kepada suruhan agama.

Kami juga berharap kamu supaya menjadi contoh dan ikutan terbaik pada adik-adik. Hormatilah mereka sepertimana kamu mahu diri kamu dihormati.

Usah gentar kerana kami yakin kamu mampu menjadi pemimpin yang baik dan adil dalam keluarga kecil kita kerana kamu sememangnya dilahirkan sebagai pemimpin.

Sixth year

Anakku Afif,

Ketahuilah walau di mana kamu berada, walau jasad kami sudah tidak lagi bernyawa, kamu dan Aisyah tetap harta yang tak ternilai dibandingkan dengan segala emas dan wang di dunia ni.

Kami menyayangi kamu dengan sepenuh jiwa dan raga.

SELAMAT HARI JADI SAYANG

Yang benar,
Insan yang menyayangi kamu melebihi nyawa sendiri, Mama dan Papa

28 comments:

  1. Selamat hari jadi buat Afif. Moga membesar jadi anak yang soleh dan dapat berjasa kepada keluarga dan masyarakat..berkat doa mama dan papa Afif InsyaAllah bakal jadi insan yang hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih AN
      amin...insya ALLAH, mudah-mudahan =)

      Delete
  2. Hihiii.. comelnya dia dari kecik smpai sekarang... Selamat menyambut hari kelahiran Afif.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak kecil memang comel kan? =)
      terima kasih ye KK

      Delete
  3. Alhamdulillah... Selamat hari lahir afif...

    ReplyDelete
  4. muka tak berubah dari kecik sampai ke besar..:

    selamat hari jadi Afif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ye, masa 1st day tu lain sikit rasanya
      apapun terima kasih diana

      Delete
  5. Kasih seorang ibu,sayang ibu bapa,sayu baca coretan untuk afif. buat afif sayang auntie ucapkan selamat hari lahir ye?moga menjadi anak yang sentiasa membanggakan ibu dan ayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak
      amin...insya ALLAH, mudah-mudahan =)

      Delete
  6. selamat hari lahir afif . semoga akan menjadi anak yang menjadi kebanggaan mama n ayah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih vee
      amin...insya ALLAH, mudah-mudahan =)

      Delete
  7. Wahhhhhh surat untuk anaknda ni nampaknya hihi.... Bukan main lagi mama tulis surat untuk Afif tau....reti berjiwang jugak rupanya mama ni.
    Moga makbul doa doa mama buat anaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OKje ingat OKje sorang aje ke jiwang? hehe
      amin...insya ALLAH, mudah-mudahan =)

      Delete
  8. inshaAllah...afif pasti menjadi anak baik yg soleh...

    ReplyDelete
  9. Selamat hari lahir buat afifi..tersentuh baca nukilan yana.. semoga afif membesar menjadi anak yg membanggakan ibu&bapa yer sayang...=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih farah
      amin...insya ALLAH, mudah-mudahan =)

      Delete
  10. Okey, baca lambat tapi takpa, dah ucap in advance kan, kan, kan.... Anyway, Happy Belated 6th Birthday buat Afif Haziq Fiqrullah *_* Semoga dipanjangkan usia, sihat sentiasa dan menjadi anak kebanggaan ibubapa kamu ya!

    Bila buat ucapan untuk anak-anak ni, walaupun mereka mungkin tak mampu membacanya sekarang, terasa macam emosi sangat. Macam bercakap dan berpesan di hadapan mereka. Masa dengan anak-anak memang tak pernahnya mencukupi. Sentiasa rasa ada saja perkara yang terlupa nak dilakukan dengan anak-anak pada saat dan ketika itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih MD
      amin...insya ALLAH, mudah-mudahan =)

      tulah kan, saya memang berharap satu hari nanti mereka akan baca
      semua coretan tentang mereka di sini
      manalah tahu saya tak panjang umur untuk bercerita =)

      Delete
  11. Selamat ulang tahun Afif... Semoga membesar dengan sihat dan sebagai johan! Menjadi anak yg soleh dan berguna. Tahniah YY kerana membesarkan dan memberikan didikan terbaik buat Afif...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih BM
      amin...insya ALLAH, mudah-mudahan =)

      Delete
  12. sebaya anak buah saya :)
    moga afif menjadi aset syurga untuk kak yana :)

    ReplyDelete
  13. Syukur alhamdulillah... sebaya dgn asya.. sama bulan.. cuma tua asya sikit. Happy belated birth buat afif .. smoga mbesar mjdi pemuda y penuh semangat.. cekal.. tabah.. hensem n baik budi pekerti luar n dalam. Paling ptg, mjd ank y soleh n umat y taat pdNya. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, mereka sebaya tapi afif muda sikit kan =)
      appaun terima kasih lya
      aminnnn...mudah-mudahan =)

      Delete
  14. Gambar anak-anak saya dalam cd.
    Tapi terkilan sungguh taktau cd2 tu kat mana sebab dulu saya kerap pindah rumah.
    Takut misplace je:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setakat ni semua ada dalam laptop
      ada yang dah print juga
      priceless benda tu, mau nangis kalau ilang
      letak dekat blog pun pasal takut hilang =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...