Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak

11:04:00 am Yana Yani 42 Comments

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak | Penghujung November lalu, MyChintaHati bawa kami ke Seksyen 2, Shah Alam untuk menikmati dan menyegarkan tekak dengan Fradoo ABC yang cukup popular di kalangan warga Shah Alam. Malahan gerai ini pernah muncul dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) yang merupakan sebuah rancangan terbitan TV3 yang memberikan maklumat tempat makanan di seluruh Malaysia.

Untuk makluman, air batu campur atau lebih dikenali sebagai ABC adalah air campuran ais dan pelbagai jenis perasa yang menjadi sebahagian identiti rakyat Malaysia. Ada sesetengah berpendapat ABC berasal daripada negara Jepun. Tapi setakat ni belum pernah dengar Jepun buat tuntutan kata ABC diorang punya. Hehe!

ABC ni merupakan minuman yang amat sesuai dengan iklim seperti di negara kita yang panas dan sejuk sepanjang tahun. Kalau dia orang Malaysia pastu kata tak kenal ABC, memang tak patut!

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak
Ini budak sudah tak sabar nak hirup ABC

Masa kami tiba di gerai tersebut, hujan agak renyai-renyai. Tapi ianya tidak menghalang keinginan kami anak-beranak untuk menikmati Fradoo ABC yang sudah agak sekian lama tidak dinikmati.

Orang ketika itu agak ramai kerana ianya merupakan Medan Selera yang paling hampir dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Memang ada macam-macam gerai ada di sini. Kena pandai pilih gerai sebab ada gerai di situ yang rasa masakan macam "sampah". It might sounded harsh, but sorry to say. Kadang rasa tak berbaloi mengeluarkan barang satu sen duit untuk makanan macam tu.

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak
Budak ni pula tak suka ABC, tapi sibuk nak makan

Bila bawa anak-anak, niat asal yang hanya nak pekena ABC, terpaksa pula melayan kehendak diorang yang juga nak makan.

So diorang order nasi ayam yang berharga RM5 sepinggan. Harga tu tak menjadi masalah, even mahal daripada tu kalau sedap tak apa. Tapi untuk harga tu dengan rasa dia, ALLAH! Tak tahulah nak kata apa. Senang cakap, jawablah kat akhirat besok kalau memang berniat nak aniaya orang dengan makanan camtu.

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak
Muka dah mula kebosanan sebab lama menunggu

Agak lama juga kami menunggu. Rasa kematu juga kami dibuatnya sebab dok menunggu lama. Pujuk juga hati sebab orang ramai. So chances untuk lambat tu memang agak tinggi. Tapi berbulu juga hati bila orang yang sampai kemudian dapat dulu. Agaknya kalau YY beritahu yang YY ni blogger, ada tak diorang buat perangai camtu. Hehe!

Bukan apa, kadang YY perasan, mana-mana gerai atau restoran yang pernah masuk dalam rancangan JJCM, dalam TV aje nampak semua bagus! Tak ada yang tak bagus. Kita pun bila dok tengok review yang berbintang-bintang katanya, kita pun pergilah dak. Tapi bila kita sampai, indah khabar daripada rupa. Mula rasanya nak nyanyi lagu Penyesalan Zarul Umbrella! (^_^)

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak
Tempek sekeping gambar YY yang dah semakin bulat dan MyChintaHati

Setelah beberapa ketika menunggu, sampailah ABC yang sudah sekian lama kami tidak dinikmati. Memang tiada perbezaan dari segi rasa sejak mula kami kenali Fradoo ABC ni. Yang berbeza hanyalah harga yang agak tinggi kenaikannya. Mungkin juga sebab dah lama tak ke sini maka kenaikan harga tu buat tersedak jugalah.

Harga untuk tiga bekas tu adalah RM18. Pandai-pandailah korang buat calculation ye.

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak
Tu dia rupa Fradoo ABC yang menjadi sebutan

Rasa dia memang seriously puas hati. Sedap tak ingat! Especially rasa coklat tu. Perghhh! Sampai sekarang pun teringat. Memang untuk harga camtu, sangat berbaloi! Atau kalau dalam bahasa omputihnya, worth every cent you pay for it.

Aisyah sangat suka! Satu bekas tu dia sorang aje bedal. Langsung tak nak berkongsi dengan Abang dia. Mujur juga Afif tak doyan. Dibuatnya Afif pun nak, memang akan berlaku wrestling kat situ.

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak
Aisyah sedang menikmati Fradoo ABC

In case berlaku wrestling, Mama diorang ni pandai juga control jelita depan orang. Paling koman pun, bagi jelingan macam Medusa aje berserta dengan bisikan berbentuk amaran, "Korang tunggu masuk kereta nanti, masak korang Mama kerjakan!" (^_^)

Biasanya tengah bergaduh pun berhenti. Takut gamaknya. Lagipun YY cakap memang YY buat punya. Tiada maaf bagimu. Ini cara YY nak disiplinkan anak-anak YY.

Berbalik kepada Fradoo ABC tadi, YY sangat recommend korang untuk ke sini in term of rasa. Rasa dia memang tak boleh dapat tempat lain berdasarkan pengalaman YY. Memang sedap. Itu YY guarantee! Tapi daripada segi lain seperti kebersihan kawasan persekitaran dan macam-macam faktor lain, mungkin korang perlu mempertimbangkan untuk ke sini. Mungkin tapau lebih sesuai.


Anyway apa yang tertulis di atas hanyalah berdasarkan pengalaman YY semata. Mungkin lain orang, lain pengalaman dia. Manalah tahu ianya boleh digunakan sebagai pemangkin untuk memperbaiki servis dan juga kebersihan. Jangan tunggu ada orang report dekat Jabatan Kesihatan Negeri baru korang nak ambil action.

YY rasa sampai di sini aje bebelan YY pada hari. Till we meet again. Assalamualaikum.

P/S - Maaf, blog walking tidak dapat dilakukan pada setiap awal bulan. Sibuk. Insya ALLAH tak ada aral, hujung bulan YY akan sampai ke "teratak" korang. Jangan serik ke sini ye (^_^)

42 comments:

  1. Mestilah kena kelihatan tip-top kalau nak disiarkan dlm program tv YY
    Cuma nasib kita aje baik atau sebaliknya bila berkunjung
    Nasib baik ok tak baik kena sabarlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betul juga tu kan kak
      mungkin satu hal sebab orang ramai pun ye juga
      tapi sebenarnya peniaga kena alert benda gini

      Delete
  2. terliuqqq nengok abc fradoo tuhhh
    dengan cekelat leleh...kacang...fuhhhh kene g seksyen 2 gak ni hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap tau
      tak nafikan in term of rasa
      memang tak ada tempat lain yang boleh menandingi
      cer lain kali rasa ye

      Delete
  3. Replies
    1. memang sedap kalau kena dengan sape yang buat =)

      Delete
  4. Yang ini saya tak pernah pergilah, YY sebabnya saya bukan warga Shah Alam ^_^ Pernah juga dengar tapi serius memang tak pernah pergi. Saya ni kalau nak pergi faktor kebersihan tu memang penting. Suami saya very particular bab ni. Sebab itu kami jarang makan di gerai unless memang dah terjamin nampak kebersihannya. Kadang tu saya gurau juga kat HD, manalah tahu makan kat restoran nampak macam mahal walhal kat belakang dapur, seriau nak makan jadinya ^_^

    JJCM TV3 tu tak payahlah cerita, YY. Saya ni dah banyak kali terkena cuma omputih kata tak serik jerk lagi ^_^ Memanglah time mereka nak masuk TV, macam-macam ada tapi bila kita yang mereka tak kenal ni masuk restoran mereka, memang nak melalak rasanya ~ indah khabar dari rupa!

    Saya pun control ayu kalau depan orang tapi bila bersendirian dengan anak-anak, jagalah kalau tak dengar kata Mommy ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat ni terletak dekat medan selera
      so mungkin dia sendiri tak boleh control
      sebab ada ramai juga peniaga lain meniaga di tempat sama

      tulah kadang masalah mereka ni
      bila orang dah bagi ruang dan peluang, guna sebaiknyalah dak
      ini buat orang pikir dua tiga kali nak p lagi
      tapi kalau kita p sana hanya untuk rasa, memang terbaik
      serius takde ABC lain yang saya penah rasa sebest tu
      memang Fradoo much better
      cuma ada banyak benda perlu diperbaiki. tu aje


      hehe...rasanya semua mak gitulah MD
      nanti kat belakang, masaklah korang! haha

      Delete
  5. lama tak pergi sini..yela shah alam dengan JB bukan dekat..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...saya pun lama tak ke rumah mar
      sabar naa...sampai nanti
      lambat dengan cepat aje =)

      Delete
  6. mahal juga harga semangkuk tu....berganda2..

    ReplyDelete
  7. Rm6 henggit seketullah ni ek....Kalau puas hati tak perlah jugakkan, mahal pun.....Yg tak puas hati tu bila rasa dia hampeh...
    Afif tak doyan ABC ke pelik tu!

    Sekarang apa benda pun mahal YY...redho ajelah ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab harga tu saya takde masalah sebab memang sedap
      cumanya cara diorang handle customer tu aje
      tapi yelah OKje...semua benda naik. gaji aje idak. haha

      ha'a OKje...anak bujang tu tak minat benda gitu
      cendol pun dia tak doyan...kadang sampai kena paksa

      Delete
  8. Dah lama tak merasa abc seksyen 2 tu..dulu2 selalu ke situ masa adik belajar uitm shah alam..rasa mmg terbaik la kannn..tp tak tau la pulak kebersihannya dah kurenggg..dulu2 ok jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin satu hal masa saya pergi tu hujan
      lepas tu dia serounded by lain-lain kedai
      environment tu agak tak selesa, tak begitu bersih at that time
      tapi kalau tengok masa dalam JJCM...clean and clear! hehe

      but in term of rasa memang saya tak nafikan
      memang sedap walau agak costly

      Delete
  9. salam kak , wah wah memang menyelerakan!

    ReplyDelete
  10. sedap tgk :)

    garangnye mama ni ye..

    ReplyDelete
  11. sebab jepun bukan mcm indon yana dok claim je tarian tu die punye...masakan tu die punye...heheeheh..ops!!

    ishh saje tauu yana...entry ni mmg mengimbau nostalgia abis..zaman2 uitm shah alam dulu mmg selalu pekena abc nie...tapi kedai pemes mase tu kedai Pegaga ngan kedai bubble..tak tau le ade lagi ke tak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...win komen lieya ni
      tapi memang betulkan. almost everything dia punya

      kan...abc dia memang well known
      bebudak uitm memang tak patut kalau tak tahu
      kedai pegaga ada lagi...bubble tak perasan lah

      Delete
  12. Pagi2 ni tengok gambar Aishah makan ABC pun jadi tak keruan... dah lama sangat tak pekena ABC ni.. by the way memang dalam JJCM kebanyakkan indah khabar je.... teringat kes restoran upin ipin... kekonon sedap tapi hampeh... dah la mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala rasalah abc ni sha
      tak dapat yang dekat sini, yang dekat dengan sha pun jadilah
      hilangkan rasa teringin tu =)

      kan...biasa gitu
      tu yang kadang maleh nak percaya
      tapi rasa abc yang ni memang sedap, dia tak tipu..hehe
      servis aje yg agak lousy

      Delete
  13. lama menunggu tu buat malas nak pergi..tapi mmg best dapat perkena ABC ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan
      tapi sebab saya dah tahu rasa dia
      gagahkan juga diri menunggu =)

      Delete
  14. bak kata akak, kalau sedap, mahal pun takpe...

    ReplyDelete
  15. menarik nyer.
    mcm nak rasa je bila baca review YY. hu hu hu tapi jauh nun !
    aida pun setuju ~ mahal tapi sedap, ok alhamdulillah.
    ni mostly mahal tapi rasa? nan hadooo!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nanti turun shah alam
      jangan lupa pekena Fradoo ABC ye...dijamin terbaik!
      tulah kan, kalau mahal..pastu sedap memang berbaloi
      kalau idak, rasa nak hempuk meja...hehe

      Delete
  16. lahh mcm tu plak...sepatutnya bila dah masuk JJCM servis semakin bagus...paling geram tu bila org yg order kemudian dapat dulu mendidih arghh....bila tgk ABC Freedo besar giteww terus reda rasa marah hihih...Aisya!!! habis ke mkn sorang tu syg..byk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal JM
      mungkin satu hal orang ramai atau mungkin tak alert kot
      mujur ABC dia sedap. tak jadi nak marah...haha

      tak habis JM. eksyen aje lebih. hehe

      Delete
  17. amboiii...nmpk mcm excited aisyah yg comel tuu.....heheheh....dpt abc yg meleleh ni mau melelh air liur tgk....sedapnyerrr...mkn pulak time cuaca panas....huihhhhh.....mau order dua....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape yang tak teruja tengok presentation gitu DM
      saya pun tak boleh menahan walau sebelum tu hangin juga...haha

      Delete
  18. ALahaiiii...kat SA lah plak. Dah lama tak pekena ABC nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fiza kan selalu singgah SA
      sekali sekala meh lah pekena Fradoo ABC =)

      Delete
  19. Menarik... Tapi dah makin jauh dah nk pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kan...maria dah jadi orang JB sekarang

      Delete
  20. kejap,cerita dah lama tapi nak komen juga..aha...
    saya dah lama teringin nak merasa fradoo ni..,dengar cerita murah + banyak pilihan.. hehhe..insyaaAllah,ada rezeki nak ke sana..!

    eh,dekat meru,jalan kopi ke mana entah ada juga abc best kak..tapi lupa la dekat celah mana tempatnya.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tiada yang melarang yunk wei
      kan dekat aje. singgah lah yunk. harga dia agak mahal banding dulu
      tapi rasa still the same. highly recommend

      ko ni, meru sikit punya besau tau!
      mau sesat akak mata 4 ko ni. cam best aje ko cite ni
      mana nak cari tempat tu? tak kira, cepat bagitau!

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...