Kebanggaan Sebagai Seorang Perempuan (^_^)

7:22:00 am Yana Yani 42 Comments

Tiada apa yang lebih membahagiakan dan membangga apabila seorang yang bergelar perempuan mampu memperolehi zuriat sendiri.

Macam aku sendiri disebabkan hyperthyroid yang aku hidapi, ada doktor yang pernah mengatakan bahawa aku mempunyai harapan yang tipis untuk mempunyai zuriat sendiri.

Tuhan aje yang tahu perasan aku apabila mendengar berita tu. Sebelum bercinta dengan Encik suami juga aku dah menerangkan bahawa aku mungkin tak akan mampu memberi dia zuriat.

Sekurang-kurangnya sebelum terbit rasa kasih dan sayang, dia nak tinggalkan aku, aku boleh menerima. Tapi siapa sangka kami akhir membina mahligai. Jodoh.

Kuasa ALLAH membuktikan dan mengatasi segala dakwaan manusia. Aku dikurniakan sepasang cahaya mata, seorang putera ketika perkahwinan baru berusia setahun.

Manakala seorang puteri pula ketika usia perkahwinan menginjak ke usia setengah dekad. Mereka berdua inilah yang menerangi jalan yang aku sangkakan suram.

Melihat mereka membesar di depan mata, memang satu moment indah yang sukar aku gambarkan. Hanya mereka yang bergelar ibu memahami.

Kalau boleh setiap moment yang precious tu nak dicapture supaya dapat disimpan di dalam memori sebanyak boleh. Sayang betul aku pada mereka berdua ni.


Mereka berdua ni sebenarnya agak akrab. Mana ada Abang, situlah ada Adik. Cuma masing-masing mempunyai karakter tersendiri yang menyebabkan mereka berdua unique.

Yang paling tua seorang yang cukup mematuhi rules. Bangun tidur terus kemas tempat tidur, baju atau pinggan kotor tahu mana nak letak. Teratur orangnya.

Yang muda pula seorang rules breaker. Mainan yang dia main, tak reti simpan. Sampah makan tak tahu buang dalam tong sampah. Botol susu minum pun campak mana dia suka.

Kadang disebabkan hal rumah bersepah pun boleh jadi satu pergaduhan antara mereka berdua.


Tapi dah nama adik beradik, elok balik. Mulalah buat pakatan sulit. Kalau dah buat pakatan sulit ni, memang masaklah aku dikerjakan. Panas juga hati.

Cuma aku jarang nak marah. Mungkin penyakit yang aku hidapi ni buat aku terasa bahawa mati tu dekat aje. Siapa tahu mungkin itu adalah waktu terakhir aku bersama mereka.

So why not I just enjoy that moment (^_^)


Cuma one thing for sure diorang tahu berkasih sayang. Nama pun adik beradik kan. Afif sebagai Abang Long mula menunjukkan kepimpinan yang kadang buat aku rasa nak menangis.


Harapan aku agar kasih sayang ni akan berterusan walau jasad aku tiada lagi di atas muka bumi. Dan aku akan terus berasa bangga menjadi mama pada mereka berdua.

Perasaan bangga ini tak akan pernah padam.


Buat mereka yang masih belum mempunyai zuriat, bersabarlah. Anggaplah ianya satu ujian dari Si Pecipta. ALLAH Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Mungkin rezeki kita bukan pada anak, tapi pada benda lain. Jadi usahlah bersusah hati. Ingatlah bahawa ALLAH tidak membebani seseorang manusia melainkan apa yang terdaya olehnya.

Ianya dinyatakan jelas di dalam Al-Quran iaitu di dalam surah Al-Baqarah, ayat 286. Tejemahannya adalah seperti berikut:

ALLAH tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia mendapat dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

42 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cara Membuat Donat Simple

7:37:00 am Yana Yani 54 Comments

Cara Membuat Donat Simple | Hari ni aku nak ajar orang cara-cara membuat donat yang simple dan mudah. Ilmu yang ada elok dikongsi lebih-lebih lagi ada yang masih belum mahir membuat donat.

Donat ni merupakan kuih kedua yang aku rasakan cukup simple untuk dibuat setelah kuih buah melaka. Kedua-duanya mempunyai method yang hampir serupa. Cuma buah melaka kena sumbat gula but still kuih tu kuih paling suka aku buat (^_^)

Untuk buat donat ni, aku tak guna sukatan yang begitu specific. Semuanya dibuat berdasarkan anggaran. Sebab tu kadang donat aku terlembik! So, apakah bahan dan cara membuat donat yang simple dan mudah?

Bahan yang korang perlukan adalah tepung gandum, yis segera (aku guna jenama Mauripan), marjerin (aku guna Planta) dan susu manis (aku guna jenama F&N)

Cara Membuat Donat Simple dan Mudah
Bahan buat donat

Mula-mula sekali korang tuangkan kesemua yis tadi ke dalam cawan yang berisi air bersuhu biasa dan berkapasiti lebih kurang 200ml ke atas. Kak Haniza colleague yang mengajar aku buat kuih ni suruh aku tunggu sampai yis tu berbuih baru campur dalam tepung. Tapi aku tak rajin nak menunggu.

Aku campur aje lepas dah campur dalam air. Tak kuasa nak menunggu! Tapi kalau korang nak buat macam Kak Haniza ajar tu, dipersilakan. Jangan lupa letak secubit garam atau ikut macamana korang suka dalam air berisi yis tadi.

Cara Membuat Donat Simple dan Mudah
Air bercampur yis

Lepas tu korang masukkan tepung gandum ke dalam apa-apa bekas bersaiz besar yang boleh ditutup. Gunakan separuh aje tepung dari pek 1kg tepung gandum tu. Biasanya aku ratakan pek tepung tu, lepas tu aku tekan bahagian yang aku nak macam dekat bawah ni. Lebih atau kurang, nasiblah! Hehe!

Cara Membuat Donat Simple dan Mudah
Tuang tepung gandum dalam bekas

Lepas aku dah letak tepung ke dalam bekas tu, aku campurkan dengan air yang dah berisi yis tadi. Aku juga tambah dua sudu marjerin ke dalam adunan tu. Kalau adunan tak sebati, tambahkan air je lagi sikit demi sedikit. Sepatutnya ke masuk air aje dulu. Dah sebati, baru masuk marjerin, Tapi aku dah cakap dah, tak rajin aku menunggu.

Cara Membuat Donat Simple dan Mudah
Adunan bersama air dan marjerin

Bila adunan dah sebati, last sekali korang letakkan satu sudu susu manis kena dalam adunan korang. Lepas korang dah campur susu ni, doh dia sepatutnya dah tak melekat kat tangan. Tapi kalau melekat juga, mungkin kurang tepung. Tapi kalau aku, tak ada kuasa aku nak adjust. Aku biar aje dia lembik. Janji boleh telan, udah ler! Hehe!

Cara Membuat Donat Simple dan Mudah
Adunan bersama susu manis

Lepas tu korang biar ajelah dia dalam bekas tertutup untuk lebih kurang satu jam. Kalau aku boleh skip step ni, aku dah skip. Malangnya tak boleh. Memang korang kena tunggu dia kembang baru boleh digoreng.

Cara Membuat Donat Simple dan Mudah
Sebelum adunan mengembang

Sambil dok menunggu dia kembang, korang boleh ler update blog dulu ke atau buat apa-apa yang patut bagi mengisi masa lapang untuk satu jam tu. Lepas dah satu jam, pergilah intai apa jadi pada doh korang. Kot ler pula dia bertukar jadi Godzilla, naya! Tapi kalau dia elok aje nampak kembang, tahniah korang dah berjaya.

Bagi aku sendiri, feeling yang paling seronok bila buat donat ni adalah apabila melihat doh dia kembang memenuhi setiap ruang bekas yang korang letakkan doh tadi. Memang buat aku rasa bangga sangat! Hehe!

Cara Membuat Donat Simple dan Mudah
Adunan sudah mengembang

Lepas tu korang bentukkan dia ikut suka korang. Nak jadikan dia Ultraman ke, Power Rangers ke, suka koranglah. Aku tak rajin nak bagi dia berbentuk donat atau yang lagi advance. Aku buat bulat aje. Ala setakat gentel, lepas tu gelek dia bagi bulat. Senang sangat. Lagipun tetap nama dia donat. Sama ajelah kan. Sebab tak rajin aje, dia jadilah bulat! Hehe!

Cara Membuat Donat Simple dan Mudah
Masa untuk membentukkan donat

Gorengkan pula dalam minyak panas ye. Bukan main letak aje. Bila dah kuning keemasan, angkat dan toskan. Bagi sejuk kejab. Jangan skip step ni kalau tak nak cedera tangan (^_^)

Lepas dah agak sejuk, barulah sadurkan donat yang sudah siap digoreng tadi dengan gula atau apa sahaja perasa yang korang suka. Enak di makan ketika panas. Cehwah! Ayat dah macam chef!

Cara Membuat Donat Simple dan Mudah
Proses menggoreng donat

So semua anak murid cikgu dah faham? Bagus! Lepas ni bolehlah cuba buat ye. Senang aje kan? Jangan lupa klik banner Nuffnang tu sebagai tanda terima kasih pada cikgu.

Hehe! Boleh gitu ye. Apapun selamat mencuba korang (^_^)

Resepi lain yang harus dicuba
Resepi Kek Tok Gajah!
Resepi Kek Coklat Moist Bakar
Resepi Kek Marble Bakar
Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan

54 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam

7:17:00 am Yana Yani 32 Comments

Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam | Hari Rabu baru ni, kami sekeluarga di jemput menghadiri majlis sambutan hari jadi sepupu Encik suami, Rina di Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam.

Belum masuk dalam tempat tu pun aku dah rasa semacam. Bukan apa, nampak tempat tu macam exclusive sikit buat aku rasa tak sedap perut. Orang macam aku yang dah terbiasa makan nasi berlauk ikan masin ni, tempat macam ni bukan kata masuk, lalu pun aku tak pernah! Hehe!

Kami terus duduk tempat yang memang telah di khaskan untuk semua ahli keluarga besar arwah Wak Jalil. Tak lama lepas kami duduk, waiter datang memberikan menu. Aku tengok menu aje dah rasa pening. Nak menyebut nama pada menu pun macam nak terbelit lidah dibuatnya. Nak order lagilah rasa takut bila dok tengok harga.

"Siapa yang belanja ni?" tanya aku pada sepupu Encik suami, Ana yang duduk bersebelahan. Ana dengan senyuman menjawab, "Rina. Celebrate birthday dia"

"Order aje apa yang berkenan. Rina belanja" tambah Ana lagi. Dia juga ada menyebut beberapa jenis menu. Malangnya otak yang tak berapa muda aku ni gagal captured.

Tapi dengar perkataan "belanja" tu aje dah buat aku hilang perasaan tak sedap perut. Encik suami belum apa-apa dah kata, "Sayang orderlah, Abang tak pandai"

"Lah, Ayang pun tak pandai nak order" kata aku pula.

"Ala, Sayang order ajelah apa-apa. Abang telan je nanti. Tapi nak yang ada ayam tau" kata dia pula sambil menyeluk tangan di dalam poket mencari racun pembunuh senyap (rokok).

Lepas tu dia hilang. Cis, aku kena jugalah order benda ni sesorang. Tapi Ana yang duduk bersebelahan memang banyak membantu bila dok nampak aku terkial-kial nak order. Kampung sungguh aku ni!

Tak lama lepas tu makanan yang kami order sampai. Cepat juga diorang buat. Lagipun kami terlalu ramai malam tu. Tak termasuk customer lain. Efficient! Dia punya rasa, korang boleh tengoklah gambar dua hero aku dekat bawah ni bagi melambangkan rasa yang dilahirkan melalui steak yang diorang telan.

Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam
Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam

Aku pula, aku ambil lamb. Tapi apa nama dia pada menu, aku tak ingat. Aku balun aje! Makan pun aku selamba pakai tangan, tak reti nak pegang garfu dengan pisau at the same time.

Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam

Tapi seriously memang sedap walau hakikatnya itulah pertama kali makan lamb cara gitu. Sehingga menjilat jari! Sedap! Memang highly recommend! Kalau ada omputih dekat situ, mau jijik dia menengok kelakuan aku dok terjilat-jilat gitu. Hehe! Tapi ada aku kisah, janji kenyang!

Anyway aku tak tahu pula makan steak aje pun boleh kenyang (^_^)

Tak lama lepas tu bergegar sekejab suasana Palperro Steak House apabila kami semua menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buat birthday womanNak cakap girl macam tak sesuai pula. Oops, Rina! Terbocor rahsia pula. SorryHehe!

Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam

Bawah ni pula antara kaum kerabat Encik suami yang hadir. Ramai kan? Banyak tu jugalah gamaknya ringgit yang si Rina habiskan. Seram aku membayangkan.

Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam
Polperro Steak House, Seksyen 7, Shah Alam

Apapun terima kasih sesangat kepada Rina kerana menjemput kami sekeluarga ke majlis sambutan hari jadi dia. Paling best sebab bagi orang macam aku merasa makan steak (^_^)

Aku doakan moga Rina dipertemukan semula jodoh bagi mengisi kekosongan di hati dan dipanjang umur sehingga boleh melihat anak dia, Benji beranak pinak. Tak lupa juga semoga rezeki yang ada ni makin bertambah dan boleh belanja kami lagi makan di tempat-tempat yang aku segan nak jejak. Hehe!

Kalau korang ada perasaan teringin ke sini. Bolehlah klik pautan ni ye. Aku rasa korang tak akan kecewa dengan servis dan hidangan yang di sediakan. Jalan-Jalan Cari Makan TV3 juga pernah mensyorkan Palperro Steak House. So moh ler cuba. Tak pun korang "ketuk" lah sesapa suruh belanja  (^_^)

-------------------------------------------

On the way nak balik, aku tanya Encik suami, "Bila pula Sayang nak bawa Ayang makan tempat gini lagi. Sedap rupanya menatang steak tu"

"Tunggu Abang jadi Datuk" jawab dia ringkas.

"Lah nak tunggu berpangkat Datuk Datin ni, memang tak dapatlah untuk orang macam kita ni" jawab aku pula.

"Mana pula sayang jadi Datin, jadi Neneklah!" kata dia dengan riak wajah selamba. "Anak Afif Aisy besok boleh belanja kita. Sayang nak hari-hari pun boleh" tambah dia lagi.

Aku diam lepas dengar dia kata gitu. Tapi aku ada rasa macam nak makan orang malam tu!

32 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Dekorasi Simple Rumah Aku (^_^)

8:41:00 am Yana Yani 55 Comments

Dekorasi Simple Rumah Aku | Pagi-pagi aku nak cerita pasal dekorasi simple rumah aku yang sebenarnya bukan dekorasi pun, Hehe! Cerita pun sebab teringat hutang aku dengan Hainom OKje yang beria nak tengok. Buat masa sekarang, kami tak buat apa-apa dekorasi. Semua barang dari rumah sewa kami sebelum ni kami susun atur ikut kesuaian dan keperluan. Kami tak beli langsung perabot baru.

Aku mulakan dengan bahagaian dapur tempat di mana aku menghasilkan hasil seni yang bombastic. Hehe! Bahagian asalnya adalah bilik stor, tapi kami pecahkan untuk keselesaan.

Dekorasi Simple Rumah Aku

Persoalan yang kebanyakkan jiran aku di kawasan ni timbulkan di group Facebook adalah di mana nak letak mesin basuh? Kalau rumah asal, aku sendiri tak tahu mana nak letak. Tapi mujur bilik stor tu kami pecahkan. So kami dapat alihkan bahagian dapur ke tempat lain. Tempat yang asalnya dapur, kami letak mesin basuh.

Dekorasi Simple Rumah Aku

Kalau dulu dekat rumah sewa yang telah diduduki selama tujuh tahun, kami makan atas lantai aje walau sebenarnya ada meja makan. Tapi kami lebih selesa makan di bawah aje. Tapi rumah yang baru kami duduki selama tiga bulan ni, kami dah makan atas meja. Lagipun dekat sini ruang ia agak luas dan selesa.

Jam dan lukisan dinding yang korang nampak tu pun dah lama Encik suami. Tersimpan agak lama di rumah sewa dulu. Bila dah ada rumah sendiri ni barulah dia sangkut. Bagi naik seri katanya

Dekorasi Simple Rumah Aku

Jarak antara ruang dapur dan ruang tamu agak jauh berbanding rumah sewa kami dulu. Tapi jujurnya aku paling suka bahagian ni terutama warna cat yang menambahkan seri.

Bagi akulah! Hehe!

Dekorasi Simple Rumah Aku

Untuk bahagian ruang tamu pula, hanya ada dua benda baru aje yang kami beli. Langsir dan karpet. Nanti ada rezeki lebih barulah nak letak bunga atau apa-apa yang patut. Hehe!

Dekorasi Simple Rumah Aku

Bahagian luar iaitu di depan rumah, aku paling suka tangga yang ada. Ianya kelihatan seperti villa kalau tengok dari bahagian depan. Rasa cantik sangat bahagian ni. Hehe!

Dekorasi Simple Rumah Aku

Dekat sini juga, taman permainan tak berapa jauh dari rumah aku. Tapi walaupun dekat, jarang juga dapat pergi sebab aku dan Encik suami bekerja.

Bila hujung minggu pula tak ada dekat rumah. Tu yang jarang bebudak ni dapat peluang bermain dekat situ. Gambar bawah ni masa sepupu-sepupu dia ada datang berkunjung.

Dekorasi Simple Rumah Aku
Dekorasi Simple Rumah Aku

Belakang rumah aku pula sebelum ni adalah hutan, tapi dah clear sebab tuan tanah dia nak buat kebun tebu dekat belakang tu. Tapi sejak dia clear, kami discover somethingNak tahu apa dia? MONYET! Ye, betul! Kami perasaan pun masa aku baru balik kerja. Sebenarnya dah lama dengar orang sekeliling bercerita. Cuma baru ni dapat tengok secara live! Hehe!

Dekorasi Simple Rumah Aku
Dekorasi Simple Rumah Aku

Habis sayur yang di tanam oleh jiran sebelah dikerjakan oleh kawanan monyet ni. Aku tengok ni pun dari dalam rumah. Tak ada keberanian nak keluar. Lagipun mereka ni mempunyai reputasi yang boleh mencederakan. Bebudak tak ada dekat rumah masa ni. Kalau ada pun, aku tak akan bagi tengok. Bahaya!

Tapi sebenarnya wujud juga rasa kesian dekat kawanan monyet ni sebab diorang dah kehilangan habitat. Tu yang diorang belasah aje apa yang ada. Diorang tak ada pilihan.

Aku rasa itu ajelah bebelan aku mengenai dekorasi rumah sampai cerita monyet pun masuk blog aku. Popularlah diorang lepas ni. Hehe! Aku nak pergi sambung buat donat ni. Perut pun dah menyanyi dah ni. Hehe! Okay, take care korang ye.

Till we meet again. Assalamualaikum (^_^)

Entri lain yang berkaitan:
Rumahku: Proses Renovation
Rumahku: Painting Time!

55 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Blog Peribadi Juga Boleh Berjaya (^_^)

3:57:00 pm Yana Yani 39 Comments

Satu ketika dulu aku pernah persoalkan sama ada blog peribadi boleh berjaya dan mempunyai trafik bulanan yang cukup tinggi seperti blog yang mempunyai niche berbeza.

Hakikatnya, boleh! Ya, kita sebagai blogger yang memilih untuk menggunakan niche blog peribadi juga mampu mengecapi kejayaan dalam bidang ini.

Ada banyak contoh blogger blog peribadi yang berjaya dalam bidang ni sehingga dikejar oleh pelbagai syarikat ternama hanya disebabkan nama mereka yang gah dalam dunia blogger.

Contoh paling mudah adalah Ben Ashaari! Paling terbaru, dia diberi peluang untuk melihat sendiri cara pembuatan kapal terbang jenis Airbus di Perancis bersama beberapa blogger lain.

Liku perjalanan Ben Ashaari dalam bidang blogger ni juga bukan mudah. Tapi yang pasti beliau seorang yang cukup rajin dan hasilnya seperti apa yang kita lihat sekarang.

Disebabkan contoh yang ditunjukkan oleh beliau dan beberapa blogger lain yang seangkatan dalam dunia populariti blogger, aku juga menyimpan keinginan.

Aku tulis satu entry yang bertanyakan pendapat korang. Alhamdulillah, aku menerima pelbagai responds yang membina berdasarkan pengalaman masing-masing.

Terima kasih untuk semua yang memberikan pendapat.

Komen yang paling berinformasi dan sekaligus akan aku berikan ganjaran adalah dari Vee Sandi. Vee bukan setakat tinggalkan komen di sini, dia juga tinggalkan message di Facebook.


Dia juga menyarankan aku menghubungi saudara Hasrul Hassan. Nama tu acap kali aku dengar sebenarnya terutama apabila melibatkan panduan blogger mengenai SEO.

Cuma tak pernah terlintas untuk menghubungi beliau. Surprisingly, saudara Hasrul memberikan responds yang tak aku sangka.

Dalam entry dia yang bertajuk 10 Cara Blog Peribadi Tingkatkan Trafik Bulanan sedikit sebanyak membantu aku mempelajari memberapa tips yang aku perlu do's and don'ts.

Antaranya blogger blog peribadi disarankan memperkenalkan diri ke blog peribadi lain, perlu join contest atau giveaway, perkenalkan URL kita kepada orang lain di Facebook dan banyak lagi.

Untuk pembacaan lanjut mengenai tips tu, korang boleh klik pautan di sini. Korang juga boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut cara menaikkan trafik blog.

Kesimpulannya, bukan senang nak jadi senang. Apa sahaja kerja yang dilakukan memerlukan usaha. Termasuk dunia blogger itu sendiri. Tiada jalan mudah atau pintas.

Bukan klik satu button, terus popular! There is no such thing. Memang tak ada shortcut untuk seseorang blogger menaikkan atau maintain trafik blog.

Cuma yang pasti, mana-mana blogger pun boleh berjaya. Pokoknya usaha dan ditambah dengan kesabaran yang biasanya agak mahal untuk diperolehi (^_^)

P/S - Tetiba rasa nak nyanyilah pula, "Kalau aku kaya, hari-hari raya, bil-bil jiran keluarga, aku belanja selamba" (^_^)

39 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Pageviews Satu Pencapaian? (^_^)

1:08:00 pm Yana Yani 46 Comments

Berdasarkan pemahaman aku, pageviews memang merupakan satu pencapaian bagi seseorang yang bergelar blogger. Boleh kata tanpa pageviews, bukan blogger.

Dengan jumlah pageviews yang tinggi melangit, seseorang blogger mudah mendapat tempat dikalangan pihak sponsor seperti Nuffnang atau yang sewaktu dengannya.

Melalui pageviews itu juga, income besar boleh diperolehi dengan hanya perlu menstabilkan kedudukan blog tersebut. Best betul dengarnya kan?

Pageviews memang memberi impak bagi sesebuah blog.

Bagi blog Diari Seorang Mama ni, pageviews dalam sehari memang hanya dalam lingkungan 500 sehari. Tak pernah lebih tapi selalu kurang. Hehe!

One thing for sure, aku dah mula jatuh cinta dengan bidang ni. Kalau boleh nak jadikan ianya sebagai satu kerjaya. Angan-angan yang tak mustahil kan? Hehe!

Recently aku perasan jumlah pageviews yang aku perolehi mencecah sehingga 800 sehari. Mungkin masih rendah berbanding orang lain, tapi pada aku dah cukup tinggi!


Begitu juga dengan ranking Alexa yang makin naik berbanding sebelumnya. Tapi jujurnyakan korang, aku sebenarnya masih kurang faham tujuan ranking Alexa diwujudkan.

Aku hanya faham, benda tu makin naik aje! Hehe!


Tapi untuk income melalui blog, memang aku tak pernah merasa walau satu sen pun lagi. Tapi memang padanlah kan dengan pageviews tu.

Tak apalah, perlahan-lahan aku merangkak dari bawah. One day aku boleh juga berlari beriringan dengan korang kan? Hehe!


Jujurnya dulu tak kisah sangat pageviews ni, tapi sekarang aku tengok orang lain boleh cecah puluhan ribu sehari dengan hanya cerita pasal kasut dia baru beli, kenapa tak aku?

Mana silapnya? Macamana nak berubah?

Korang tolong jawabkan. Kadang aku ni hanya nampak bahagian depan. Bahagian belakang sama ada ianya betul atau tidak, korang sebagai readers lebih mengetahui.

Cuma ambil masa sebentar, perhatikan dari segi mana atau bagaimana aku boleh membawa Diari Seorang Mama ni ke satu level lagi. Penat duduk takat tu je.

Satu jawapan yang marvelous dari sesiapa sahaja akan aku bagi reward (^_^)

46 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Pakaian Ke Jemputan Perkahwinan (^_^)

7:09:00 am Yana Yani 36 Comments

Aku tulis entry ni disebabkan ada beberapa rakan blogger seperti Hainom OKje dan Lieya Latif bertanya kenapa aku menghadiri kenduri kahwin pakai seluar jeans.

Untuk pengetahuan, aku ni seorang yang cukup suka berpakaian casual apabila menghadiri undang perkahwinan. Tu memang trademark aku.

Aku rasa selesa walau mata yang memandang terasa pelik.

Bila berkeja aku pakai baju kurang. Nampak formal sikit kan? Kadang-kadang tu ada juga pakai seluar slack especially bila mood menggosok baju hilang bak angin lalu.

36 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bila Belum Ada Anak Sendiri (^_^)

2:57:00 pm Yana Yani 28 Comments

Aku ni tadi dok belek segala macam jenis gambar yang ada dekat laptop ni. Sengih sesorang bila tengok segala gambar yang menyimpan pelbagi memori.

Time dok belek tu terpandang macam-macam gambar yang Annor transferred dari hand phone canggih dia ke laptop ni. Penuh dengan gambar Afif dan Aisyah yang pelbagai aksi.

Ada gambar tengah posing ala-ala retis. Ada yang macam ada unsur buli anak aku pun ada. Cis, berani kau buli anak aku ye Annor?

Ni lah dia bila orang belum ada anak sendiri. Menumpang kasih dari anak sedara  sendiri. Ada sedara sakit, dia pun terasa sakit. Anak sedara menangis, dia pun menangis.

Pendek kata, jangan disentuh anak sedara dia kalau korang tak nak dapat penyakit. Mau hilang kepala korang kalau usik anak sedara dia.

Aku perhati ramai yang macam tu. Belum ada anak sendiri, anak sedaralah segala intan permata. Bila dah ada keluarga sendiri, barulah perhatian tu dialihkan pada keluarga sendiri.

Lagipun budak macam usia Afif dan Aisyah ni buat apapun comel aje. Tu yang agaknya buat Annor teringat, lepas tu telefon sampai menangis. Rindu katanya (^_^)

Meh tengok gambar Aisyah dulu yang disnap oleh Mak Sedara diorang, Annor. Gambar Afif aku akan buat lain entry ye.

Sebagai seorang Mama yang berkerja, banyak moment indah epecially bab tumbesaran anak-anak yang aku terlepas. Tu yang kadang bila tengok gambar, terasa rugi. 


Aku paling suka gambar dekat bawah ni. Manis betul aksi tu dirakamkan. Terima kasih Annor untuk memori yang diberikan walau hanya dalam bentuk gambar.


Yang bawah ni pula gambar Aisyah kena buli. Diorang letak penyepit kain dekat rambut Aisyah. Aisyah pula macam orang blur. Mesti baru bangun tidur.

Tapi still sweet  (^_^)


Gambar yang akhir ni pula sekali tengok macam kelakar. Cuba korang perhati rambut Aisyah tu. Macamana diorang boleh bagi tegak gitu pun aku tak tahu.

Walaupun ada unsur buli disitu, aku tetap rasakan yang Aisyah comel. Hehe! Yelah anak sendirikan. Buat apapun comel aje (^_^)


Aku rasa itu ajelah bebelan aku hari ni melalui entry warm up ni. Rasa macamana dah lama tak post entry sebab sibuk  memanjang selepas cuti panjang aritu.

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

28 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bila Lama Sangat Bercuti (^_^)

11:50:00 pm Yana Yani 51 Comments

Macam korang sedia maklum, aku agak lama bercuti dari jumpa orang dan paling best tak buat langsung kerja rumah selama lapan hari.

Memang rasa marvelous dok berguling atas katil sambil main games kat laptop ni atau pun merapu meraban kat blog. Makan pula Encik suami uruskan.

Bahagia sungguh hidup rasanya. Tapi tak best juga bila terpaksa berjauhan dari anak-anak. Tu paling menyeksakan especially bila tertengok gambar budak-budak tu. Rindu betul.

Tapi sekarang semuanya dah back to normal. Dah boleh jumpa Afif dan Aisy. Paling best dah boleh peluk cium diorang. Kerja rumah pun of course dah kembali buat.

Part paling aku malas tapi terpaksa juga buat ialah melipat kain baju. Tengok aje pun dah rasa macam nak demam. Kalau masak tu walau aku malas juga, tapi seronok juga buat.

Ni melipat kain baju, alahh! Sakit segala sendi badan dibuatnya. Tu kira untung Encik suami dah tolong basuhkan sebab dia rimas nampak kain baju kotor tinggi menggunung time aku bertapa.

Dia yang basuh. Kerja aku, melipat aje. Tu pun malas juga. Ni aku tengah dok pikir macamana nak meratakan kain baju yang tinggi menggunung ni.

Ada ke mesin lipat baju? Senang sikit kerja aku, tinggal masuk mesin aje. Hehe!


Anak-anak aku pula dengan perangai memasing. Kembali rock my world. Jujurnya aku suka dengan suasana kelam kabut tu walau kekadang terasa pening. Hehe!

Maklumlah aku manusia biasa yang tak sempurna.

Malam ni Afif dah lama berlayar. Agak awal berbanding biasa. Atas lantai pula tu dia tidur. Memang lost weight kalau hari-hari aku angkat dia masuk bilik.

Tu lah tugasan aku bila Encik suami bekerja. Contohnya macam malam ni lah.


Si Aisyah pula, masih belum menunjukkan tanda-tanda nak tidur. Sibuk ajak aku main tu lah, main ni lah. Aku ambil kamera tadi dia macam faham pula. Posing mengalah retis.


Nampak tak photobook yang Aisyah pegang tu? Mak aku kata sepanjang ketiadaan aku, diorang berdua beradik asyik dok belek aje photobook tu.

Afif pernah tidur sambil peluk photobook kepunyaan dia. Rindu sangat kat Mama dia ni gamaknya. Photobook tu memang aku buat sorang satu untuk diorang dua beradik

Pengalaman laptop rosak, cukup mengerunkan aku sebab semua gambar diorang dari first day sampai sekarang ada dalam laptop tu.

Hilang memang confirm menangis. Tak ada kenangan.

Tu yang aku ambil initiative printed semua dalam bentuk photobook walau terpaksa berhabis agak mahal untuk semua ni. Tak apalah, bukan selalu dak? (^_^)
  

Malam ni pula agak dull dengan ketiadaan Encik suami. Aisyah baru aje tidur. Kain baju yang tinggi menggunung tu agak malas aku nak ratakan. Entah bila datang rajinnya.

Tu yang mengadap laptop walau aku tahu line internet semput bila malam cam gini. Nak buat entry ni aje dah dekat dua jam. Habis masa menunggu dia loading.


Aku rasa itu ajelah bebelan aku untuk hari ni. Nak kena lipat juga kain baju yang tinggi menggunung tu sambil layan Supernatural dekat channel AXN walau malas.

Aku suka dengan watak adik beradik Winchester tu. Especially si Dean walau jalan cerita memang mengarut. Aku menganggap cerita tu hiburan yang melalaikan tapi tengok juga! Hehe!

Okaylah korang, take care tau. Sebelum terlupa, SELAMAT HARI MALAYSIA buat semua warganegara MALAYSIA. I am a proud MALAYSIAN and a proud MAMA (^_^)

51 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Ben Ashaari Follow Blog AKU! (^_^)

7:28:00 am Yana Yani 38 Comments

Korang tengok tajuk aje pun korang dah tahu apa aku nak ceritakan. Mesti ada yang kata aku POYO! Hehe! Tak kisahlah poyo ke apa.

Yang penting memang aku excited bila terperasan masa dok balas komen korang ada blogger yang cukup OTAI boleh mencemar duli ke sini.

Aku rasa Abang Ben dok membalas jejak orang yang dok follow dia. Sebabnya tak ada angin, tak ada ribut tetiba dia ada kat sini. Idak pelik ke kecuali memang sebab tu. Hehe!


Aku dah follow dia sejak belum jadi blogger lagi. Bila dah jadi blogger, memang blog dia adalah antara yang pertama aku follow selain dari Fiza Ismail dan Suria Lekitlekit gurl.

Adalah juga beberapa kali tinggalkan komen dekat blog dia. Tapi lepas tu aku dah malas. Lagipun aku rasa tak hilang populariti dia hanya sebab aku tak komen. Hehe!

Apapun, terima kasih bebanyaklah Abang Ben. Besar nilai Abang Ben follow blog saya ni. Boleh juga tayang dekat Kak Kathy. Hehe!

Masa aku mula-mula perasan Ben Ashaari follow blog kebanggaan aku ni, aku dengan excited terus beritahu Encik suami sebab memang dia aje yang ada dekat rumah. Hehe!

"Sayang, sayang ingat tak yang Ayang cerita pasal blogger yang duduk dekat rumah aje, jaga anak-anak tapi dapat beribu-ribu income tu?" kata aku dengan nada excited.

"Mr. Mama tu ke? Kenapa dengan dia?" tanya dia dengan penuh minat.

"Ha'a! Dia follow blog Ayang!" kata aku yang macam nak terjerit.

"Dapat duit ke dia follow?" tanya dia lagi.

"Mana ada orang follow dapat duit. Sayang ni!" jawab aku pula yang mula hilang mood nak bercerita.

"Lah! Ingat dapat duit excited semacam" kata dia pula yang macam perli aku.

"Sayang perli Ayang ke apa ni? Ben Ashaari tu!" kata aku pula mempertahan diri.

"Eleh, Siti Nurhaliza add Abang jadi friend dia dekat Facebook pun Abang tak heran" kata dia dengan nada mengejek pula.

Benci tau dia ni. Aku sikit punya excited bercerita dia boleh pula kata gitu. Dah laki aku tak layan cerita aku pasal Ben Ashaari, aku cerita dekat korang pula. Hehe!

Baru rasa berbalas perasaan excited aku! Hehe!

38 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Pojen a.k.a Frozen (^_^)

7:33:00 am Yana Yani 27 Comments

Masa korang baca entry hari ni, aku mungkin dalam perjalanan atau mungkin dah sampai ke Bukit Tambun, Pulau Pinang sebab sepupu aku nikah lepas solat Jumaat.

Paling best aku dah dapat jumpa anak-anak. Arghhh! Excited sebab aku rindu singguh dengan diorang berdua. Rasa macam lama betul tak jumpa diorang.

Well hari ni aku nak bercerita pasal anak dara aku, Dayana Hanna Aisy. Hari ni genap dah umur dia dua tahun sembilan bulan dan sepuluh hari.

Aisyah tak banyak bercakap berbanding Abang dia, Afif. Tapi tangan dia cukup ligat. Malahan tak serik langsung walau dia dah banyak kali luka.

Tapi kalau dia dah mula bercakap, pening pula korang nak melayan dia. Bukan pening sebab apa. Korang pening nak memahamkan apa yang cuba dia sampaikan.

Anak dara aku ni pelat. Aku ni Mama dia pun kadang tak faham apa dia cuba cakapkan. Kena dengar banyak kali baru dapat tangkap. Dia pun sampai marah bila aku tak faham. Hehe!

Macam Sabtu baru ni lah. Lepas menghantar Afif  ke kelas tambahan di sekolah dia, aku dan Aisyah lepak rumah Mak kejab. Aku beria bawa laptop konon nak update blog.

"Mama, pojen!" Aisyah tiba-tiba bersuara.

"Apa dia?" tanya aku yang kurang faham permintaan Aisyah.

"Pojen! Pojen!" kata dia lagi dengan bersungguh-sungguh.

"Cuba Aisyah cabut jari dekat mulut tu. Mama tak faham" kata aku lagi. Aisyah memang suka hisap ibu jari dia.

Dia cabut ibu jari yang dia tengah hisap tu, lepas tu dia kata lagi, "Pojen!"

Macam sama aje bunyi dia aku dengar. Berpeluh aku nak fahamkan apa dia cakap. Mak aku pun yang cuba fahamkan pun tak faham juga. Blank kejab kami.

Lepas tu Aisyah tunjuk laptop, "Pojen Mama!"

Baru aku dapat tangkap apa dia cuba katakan, "Frozen? Aisyah nak tengok Frozen?"

"Haaa! Pojen!" kata dia pula dengan senyuman sampai ke telinga.

"Lah, Frozen rupanya ko nak tengok!" kata Mak aku pula a.k.a Wan dengan gelak besar. Kalau Aisyah tak tunjuk laptop, memang sampai ke sudah aku tak faham. Hehe!

Hasrat nak update blog memang hai hai, bye bye. Kena layan Aisyah dok menengok cerita yang entah dah berapa ratus kali dia dan Afif tengok.  

Anak-anak aku ni memang tak terkecuali terkena penangan cerita Frozen. Entah apa yang Walt Disney buat sampai semua budak dah macam kena possessed dengan cerita ni.


Anyway, berbalik kepada cerita Aisyah tadi. Mujur dia tengok sampai lagu Let It Go tu aje. Lepas tu dia dah sibuk main. Cuma masa lagu tu, Aisyah suruh aku nyanyi juga.

Setakat nak menyanyi tu tak menjadi masalah, sedap juga suara aku ni. Tapi yang menjadi masalah, aku tak hafal lagu tu. Aku cuba tahu jerit let it go, let it go aje. Hehe!

Mujur dia tengok kejab aje.

Tapi kejab aje pun, macam-macam aksi dia tunjuk. Kejab muka serius. Penat muka serius, dia sumbat jari dia dalam mulut. Dah penat hisap jari, dia baring pula. Macam-macam.


Ni lah dia budak yang paling aku rindu sepanjang tempoh pertapaan aku. Tak terkecuali Afif. Tiap-tiap hari aku telefon sampai berbelas minit. Rindu nak dengar celoteh diorang.

Afif dah pandai bercakap, memang banyak celoteh dia. Semua benda dia cerita sampai apa yang dia makan pun dia cerita. Aisyah pula tak berapa pandai lagi cakap dekat telefon.

Tapi dengar dia sebut "Mama" aje pun dah cukup hilangkan perasaan rindu aku pada dia. Jujurnya, indah sebenarnya perasan sebagai seorang Mama ni (^_^)

---------------------------------------------------

Aku sebenarnya rasa serba salah bila korang dok risau dekat aku. Aku okay aje sebenarnya. Cuma rasa terseksa sikit bila berjauhan dengan anak-anak.

Tapi okay dah ni. Penyakit yang aku ceritakan sebelum ni, aku dah boleh hidup dengannya. Dah jadi sebahagian diri aku. Anyway aku memang okay! Confirm! Hehe!

Selagi aku ada anak-anak, suami, ahli keluarga dan tak lupa juga korang yang sentiasa menyokong, aku mampu harunginya. Terima kasih kerana menyokong.

Oh ya, aku berhutang "lawatan" dengan beberapa orang rakan blogger. Sorry tau. Mujur tak glamour, idak jenuh! Hehe! Tapi ada seorang blogger famous dok mencemar duli ke sini.

Siapa? Tungggguuuu 

27 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...