Hug A Terrorist (^_^)

1:34:00 am Yana Yani 24 Comments

Hug A Terrorist | Angka korban di Gaza akibat serangan yang kononnya atas dasar mempertahankan penduduk negara Zionis dari pengganas semakin meningkat dari hari ke hari. Tiada tanda-tanda ianya akan berhenti walau Syawal bakal menjelma.

Kebanyakkan yang menjadi mangsa korban adalah terdiri dari golongan kanak-kanak dan wanita. Adakah golongan yang dibunuh dengan kejam ni merupakan pengganas? Mana mungkin mereka mampu melakukan keganasan!

Ada di antara mereka masih belum mampu bertatih ataupun masih mengharapkan bantuan dari yang lebih tua atau dewasa untuk meneruskan hidup. Dunia sudah mula menyedari kekejaman ni. Pelbagai cara dilakukan untuk menyedarkan dunia tentang kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Terbaru adalah keberanian Azizulhasni Awang memakai sarung tangan "Save Gaza" di dalam acara velodrome untuk Sukan Komanwel. Dia bakal dikenakan tindakan disiplin. Despite all of that, aku menganggap dia adalah HERO! Bukan semua mampu melakukan apa yang Azizulhasni lakukan. Tabik spring kat dia.

Selain itu ada sebuah viral video yang mempunyai message yang jelas untuk Zionis si Laknat. Aku tertarik untuk kongsikan ianya di sini. Video yang berdurasi lebih dua minit ini cuba melihat reaksi atau respond orang ramai (khabarnya di New Zealand) apabila melihat dua kanak-kanak memegang signage - Hug A Terrorist.

Ramai memuji apa yang dilakukan oleh dua kanak-kanak ni. Ianya dianggap usaha murni. Pada minit akhir video seorang wanita berkata, " I say on both sides, we are all people that should be loved. No fighting and I love you"

Atas dasar kemanusian, perlakuan yang tak ubah seperti haiwan oleh rejim Zionis adalah amat menyedihkan dan harus dihentikan serta merta. Ini adalah JENAYAH! Kanak-kanak dan wanita Palestinian tidak seharusnya dibunuh dan dinafikan hak dalam negara sendiri. Apatah lagi dianggap sebagai pengganas.

Bukan setakat di Palestin sahaja. In fact di Syria, Mesir, etnik Rohingya di Myanmar, Afghanistan dan even di seluruh dunia! Golongan yang disebutkan tadi harus dilindungi dan disayangi. One thing for sure, ZIONIS si LAKNAT harus diperangi!


Firman ALLAH SWT, surah Al Maaidah ayat 78:
"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh" - Sumber

Di saat kita sedang bergembira menanti tibanya Syawal, ada insan lain yang sedang berduka. Bantulah mereka ni dalam apa sahaja cara yang kita semua mampu lakukan. Gaza: Doa kami sentiasa bersamamu

24 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Kepekaan Itu Perlu (^_^)

11:16:00 am Yana Yani 20 Comments

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama. Setiap bangsa atau agama yang dianuti perlu dihormati demi menjaga keharmonian.

Paling penting sekali menjaga sensitiviti bangsa atau agama yang dianuti. Sebab tu kepekaan dalam melakukan sesuatu perkara dalam Malaysia adalah amat perlu.

Peka terhadap apa yang sesuatu agama atau bangsa tu boleh atau tak boleh lakukan. Hormatinya. Dengan cara ini sahaja kita boleh mengekalkan kemakmuran dalam negara.

Tanpa sifat peka tu ianya kelak akan menyusahkan diri kita sendiri malahan ianya boleh menjadi satu masalah buat negara.

Cuba perhatikan iklan untuk pertandingan melukis di bawah ni yang bersempena bulan Ramadhan. Sekali pandang mungkin kita tak perasan apa-apa yang ganjil.


Begitu juga apabila kita melihat hadiah yang disediakan untuk para pemenang. Pun kita tak akan perasan apa yang cacatnya tentang pertandingan ni.


Mungkin lain pula pandangan kita apabila kita mengetahui bahawa sebenarnya Klang Ho Chiak tu sebenarnya menjual makanan yang tidak HALAL.


Mungkin juga pertandingan ni bukan mensasarkan masyarakat Islam. Tapi apa motif pula bersempena Ramadhan?

Masyarakat Islam yang mengetahui mengenai kedai tersebut, mungkin tak akan menyertai. Bagaimana pula yang tak tahu dan memenangi hadiah yang disediakan?

Sebab tu aku tegaskan di sini bahawa kepekaan itu perlu. Penganjur perlu peka dengan sensitiviti masyarakat yang pelbagai agama dan bangsa. Tak boleh main hentam aje.

Kalau ia pun nak mempromosi, janganlah mempromosi membabi buta.

Lain cerita pula yang jadi pada aku.

Hari Khamis masa aku sampai office, aku nampak ada beg kertas di atas meja. Senyum sampai ke telinga memikirkan aku dapat something untuk Hari Raya.

Tak sangka Puan Bos nak bagi hadiah.


Sekali pandang, aku mati-mati ingat ianya merupakan pewangi rumah.

Ditambah pula Puan Bos beri email yang mengatakan, "Hey Yana, hope you like what I got for your new house this Raya"


Tapi bila aku belek, rupanya bukan pewangi rumah tapi vinegar a.k.a CUKA!


Aku agak musykil dengan penberian tu. Apa dia tahu ke aku tak reti masak? Tapi apa kena mengena dengan tak tahu masak dengan cuka, ye dak?

Atau mungkin juga masa dia beli, dia pun ingat benda tu pewangi rumah. Tapi tak apalah kan, aku pun tak ada hal sangat benda gini. Not a big deal.

Cuma yang pasti aku tak akan gunalah sebab bahan yang digunakan tu dalam vinegar tu. Buat perhiasan ajelah jawabnya.

Sebab tu apa sahaja kita lakukan atau berikan, kita perlu peka demi menjaga sensitiviti orang lain. Mungkin kita tak berniat, tapi orang yang diperlaku atau menerima akan terasa hati.

Bila mana ianya melibatkan sensitiviti sesuatu bangsa atau agama walau hanya sebesar zara, ianya boleh mencetuskan konflik. Bahaya kanSo be aware and alert!

This entry was auto-published

20 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Salam Syawal 1435H (^_^)

6:33:00 am Yana Yani 29 Comments

Hari ni dengan rasminya aku mengistiharkan bahawa ini adalah entry terakhir yang di typed secara live sebelum aku dan keluarga bercuti untuk menyambut Syawal 1435H.

Tapi sebenarnya ada lagi dua entry yang aku dah scheduled kan untuk the next two days. Saja nak bagi banyak sikit entry keluar untuk bulan ni. Hehe!

Anyway hari ni kemalasan sudah ditahap maksimum. Mujur jugalah ada kerja yang perlu dibereskan kat office. Kalau tak, mau aku tak kerja hari ni. Hehe!

Afif dah start bercuti hari ni. Semalam begitu excited dia mengira kalendar. Aku tak sempat nak mark kalendar, dia pergi marked sendiri. Senang!


Tahun ni turn Encik suami. So tahun ni kami hanya beraya di Kapar sahaja. Tak jauh dari rumah kami. Kami tak macam orang lain. Kalau dah kat Kapar, Kapar ajelah.

Tak ada raya pertama dekat sini, dan seterusnya sebelah lain pula. Memang kalau dah seminggu, seminggulah dekat situ! Tapi tahun ni berkemungkinan besar tradisi akan berubah.

Rasanya macam dapat juga balik ke Kuala Lipis tahun ni walau tiada pengesahan dibuat oleh Encik suami. Tapi dia memang gitu punya perangai. Last minute baru bagitau.

Persiapan raya pula nak kata siap sepenuhnya, idak juga. Tapi baju budak berdua tu dah lepas. Tinggal nak cari kasut dan beberapa lagi barang tuk Aisy.

Bila dikira barang untuk Aisy lebih banyak dari Afif. Bukan berat sebelah, tapi Mama dia geram dok tengok segala macam fesyen baju. Murah pula tu. Hehe!

Kalau Afif beli banyak pun rasa fesyen dia sama aje. Cuma warna aje yang beza. Pula tu mahal betul barang tuk budak lelaki ni. Seluar jeans aje dah sama harga macam orang dewasa.

Tu belum capal dengan kasut yang boleh buat pitam juga harganya.


Cantik tak hitam putih? Hehe! Saje aje buat gambar baju raya bebudak tu macam tu. Bagi surprise sikit. Nanti hilang seri kalau tunjuk awal-awal. Hehe!

Untuk kami suami isteri dapat sehelai dua yang baru pun, kira syukur Alhamdulillah. Biarlah lebihkan pada budak berdua tu. Kuih raya pula langsung tak ada lagi!

Orang lain sibuk dok cerita kuih raya yang diorang buat. Aku habuk pun tak ada lagi. Aku rasa kalau orang datang nanti, aku hidang biskut lemak aje. Hehe!

Anyway dikesempatan ni aku nak minta ampun dan maaf sekiranya ada entry yang aku keluarkan selama ni ada mengguris hati dan perasaan sesiapa sahaja yang membacanya.

Jujurnya tak berniat.

Kepada semua rakan blogger yang akan pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing, berhati-hati memandu di jalan raya. Tak payah gopoh-gapah, Insya ALLAH selamat sampai.

Makan segala juadah hari raya tu jangan lupa kami di sini ye (^_^)

Once again, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari aku and the gang - Encik suami, Afif dan Aisy.

29 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Menolong Sambil Main (^_^)

6:42:00 am Yana Yani 26 Comments

Kebiasaannya bila anak-anak nak menolong, aku tak pernah kata tak boleh. Asalkan benda yang diorang nak tolong tu tak mendatangkan sebarang kemudaratan pada diorang.

Lagipun ianya bagi aku satu bentuk didikan awal. Nanti dah besar, bolehlah aku menumpang harap (^_^)

Sabtu lepas Encik suami mengemas di bahagian laman rumah. Memang sejak dari kami berpindah, laman tu tak pernah dibasuh atau dikemas.

Kesian pula dok tengok dia mengemas seseorang dalam cuaca panas tu. Dahlah puasa kanSo aku ajak bala tentera aku menolong. Diorang apa lagi, excited!

Bukan aku tak tahu yang diorang ada agenda tersembunyi. Lagilah bila melibatkan air ni.


Encik suami beri tugasan pada bala tentera dia. Afif dia suruh sapu lantai. Aisy pula dia suruh tadah air dan siram apa yang patut. Aku pula dia suruh tengok aje. Hehe!

"Sayang tu dok tepi sana ajelah. Kang sakit pinggang, susah!" kata dia bila aku menyuarakan hasrat nak menolong.

Happy aku dengar pembahagian tugas tu. Hehe! Adil dan saksama! (^_^)

Mula-mula tu nampak elok ajelah Afif dan Aisy dok buat tugasan yang diberikan. Nampak macam bersungguh-sunggguh bekerja.


Sekali sekala Papa diorang dok mengajar teknik yang betul menyiram dan menyapu.

Time tu pun budak berdua tu dah lain aje cara diorang buat kerja. Lagilah si Aisy yang bertanggungjawab mengawal air. Baju dah start basah dah.


Lepas tu Encik suami hanya biarkan aje Afif dan Aisy buat kerja. Dia sambung balik kerja menyental lantai yang dah berdaki tu. Aku pula hanya jadi pemerhati. Hehe!

Nampak okaylah sekejablah budak berdua tu menolong.


Lepas tu tiba-tiba si Aisy menyiram Abang dia yang tengah bekerja. Menjerit Abang dia. Tapi bukan Abang dia seorang aje dia buat camtu, Mama dengan Papa dia pun dia siram juga.


Kain baju yang aku tengah sidai tu dia siram juga. Sabar ajelah!

Sudahnya kami sekeluarga pun dok main siram-menyiram. Basuh lencun memasing. Tapi seronok juga moment tu. Hehe!

Si mastermind tu, Aisy boleh pula gelak besar bila tengok semua orang basah disebabkan dia.


"Ish korang ni, disuruh kerja kok main" ngomel Encik suami. Tapi dia juga adalah antara orang selain dari Aisy yang bertanggungjawab buat kami basah.

Walaupun budak berdua tu banyak main dari menolong, sekurang-kurangnya siaplah kerja mengemas laman depan tu. Nampak bersih sikitlah berbanding sebelum ni.

Ni kiranya dah readylah nak menyambut tetamu time Syawal nanti. Hehe!

P/S - Aku dah tak sabar nak cuti ni korang wei! Bukan pasal seronok nak raya ke apa. Tapi seronok memikirkan cuti panjang tu nanti. Cepatlah masa berlalu!

26 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Afif Penatlah Puasa (^_^)

6:53:00 am Yana Yani 38 Comments

Hari ni nak cerita pasal anak bujang lagi, Afif Haziq Fiqrullah.

Sepanjang bulan puasa ni, boleh kira dengan tangan berapa kali Afif bangun bersahur. Dia punya alasan sikit punya panjang berjela tiap kali aku kejut dia bangun sahur.

Ada sekali tu aku kata,"Afif kena bangun sahur juga walau takat minum air aje. Nanti dapat pahala banyak"

Tahu dia jawab apa? Dia kata, "Afif dah banyak dah dapat pahala, nanti tak larat Afif nak bawa"

Geram tak dengar statement gitu?

Sudahnya aku yang malas nak kejutkan dia lagi tiap kali sahur. Tapi Alhamdulillah walau dia tak bersahur, dia mampu berpuasa juga sehingga ke dua petang atau lebih sikit. Tu aje limit dia.

Tapi tu kalau hari dia bersekolah. Kalau hari cuti hujung minggu lagilah dahsyat alasan dia. Entah berapa kali weekend aje yang dia berpuasa. Malas aku nak kira.

Kalau hari tu dia memang nak berpuasa, Adik dia sogoklah makanan apa pun, dengan alim dia akan kata, "Aisy makanlah, Abang puasa"

Sejuk hati Mama dia ni dok dengar dia kata gitu. Tapi cuba kalau dia memang tak nak puasa, seboleh mungkin dia akan keluarkan segala statement untuk tak nak puasa.

Macam weekend baru ni. Dia bangun aje dari tidur dia tanya, "Mama bangun tak pukul lima tadi? Mama masak apa?" tanya dia bertalu-talu.

Aku sempat jawab soalan pertama aje. Soalan kedua dia dah jawab sendiri. "Wah! Nasi goreng! Sedap ni" kata dia sambil terus duduk dekat meja makan.

"Afif nak makan boleh?" tanya dia sambil buat muka kesian.

"Afif kan puasa. Tunggu petang sikitlah baru makan" jawab aku pula.

"Afif penatlah puasa" kata dia lagi. Kali ni dah ada bunyi nak menangis.

"Afif tak sahur. Lagipun puasa memanglah penat. Sebab tu jangan main sampai tak ingat dunia, tu yang buat cepat penat. Kang tengahari tidur" jelas aku panjang lebar.

"Nanti nasi goreng dengan roti telur tu basi' kata dia lagi dengan muncung sedepa.

"Mana ada basi!" jawab aku agak meninggi.

"Habis tu kenapa Mama masak nasi goreng tu dengan roti telur tu? Afif tahu Mama masak untuk Afif" kata dia lagi. Kali ni tangan dah capai roti telur.

"Mana ada Mama masak untuk Afif, tu lebih sahur pagi tadilah!" jawab aku pula berdalih. Tapi memang aku sengaja masak lebih untuk dia berdua beradik.

"Letak balik roti tu!" tegas aku pada Afif.

Lepas kata gitu aku ke depan kejab. Sengaja nak lari dari perdebatan dengan Afif. Boleh biul kepala dok bersoal jawab dengan dia.

Bila aku ke dapur balik aku tengok dia berdua beradik boleh makan dengan bahagianya! Geram betul aku dibuatnya. Tapi dah terlambat!

Tak betul gamaknya pendekatan aku nak bagi dia berpuasa. Tak apa, belajar dari pengalaman (^_^)


Kalau weekend ni memang tempat biasa kami lepak adalah di rumah parent Encik suami yang terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dari rumah kami.

Malamnya adalah pertama kalinya Afif dan Aisy bermain bunga api. Bertambah seronok dok dapat main dengan sepupu diorang, Rayyan.


Tapi bila tengok balik gambar ni, macam yang terlebih seronok tu Papa diorang! Mesti dia dok teringat zaman dia jadi bebudak dulu. Hehe!


Yang paling pasti mood aku nak berkerja dah ke laut! Kerja walau banyak pun aku rasa tak bersemangat nak buat. Hati dah teringat nak raya aje dah ni.

Menghitung hari (^_^)

38 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Zionis Si Laknat (^_^)

6:43:00 am Yana Yani 24 Comments

Tragedi yang menimpa ke atas pesawat malang Malaysia Airlines, MH17 adalah satu kezaliman walau tiada pengesahan dibuat oleh kerajaan Malaysia mengatakan ianya telah ditembak jatuh.

Secara tak langsung, tragedi itu buat kita lupa seketika kezaliman yang terpaksa ditempuhi rakyat Palestin sejak puluhan tahun yang lalu demi untuk sebuah kemenangan dan kebebasan.

Adakah wujudnya konspirasi untuk mengubah tumpuan Malaysia dan dunia? Wallahu a'lam.

Kekejaman Zionis si LAKNAT belum menunjukkan yang ianya akan berhenti dalam masa terdekat sedangkan Syawal bakal menjelang tiba.

Aku tertarik dengan satu program temubual yang dikongsi oleh Aman Palestin. Temubual itu dikendalikan Channel 4 News anchor, Jon Snow.

Beliau telah mengajukan soalan "maut" sekaligus memalukan Mark Regev, seorang jurucakap Perdana Menteri kerajaan Zionis secara langsung di TV Britain.

Jon Snow mempersoalkan serangan membabitkan empat orang kanak-kanak lelaki yang sedang bermain bola di sebuah pantai di Gaza dan keperluan menyerang Al-Wafa hospital.

Jurucakap Zionis yang tak berapa cerdik tu hanya mampu berulang kali mengatakan, "The Israel military does not target civilians"

Ia jelas kali membuktikan kejahatan dan kekejaman Zionis.



Bayangkan anak-anak kita yang sedang leka bermain bola di sebuah pantai dan kemudian menjadi mangsa sasaran bom Zionis si LAKNAT.

Jelas sekali si LAKNAT ini sengaja membunuh dan mencederakan kanak-kanak tersebut dengan alasan tak perasan. Logik ke?

Dengan segala peralatan canggih yang mereka ada, alasan itu hanya digunakan sebagai menghalalkan perbuatan terkutuk dan keji diorang.


Sekarang bayangkan pula yang apakah perasaan kita apabila diberitakan tentang pembunuhan anak-anak kita tadi yang ditegas si LAKNAT tak sengaja.

Tak boleh bayangkan? Cuba lihat keadaan mayat di bawah, bayangkan ianya muka-muka orang yang korang kenali dan sayangi.

Apa perasan korang lepas tu? Marah? Benci? Dendam?


Perasaan inilah yang terpaksa ditanggung setiap hari oleh parents di Palestin. Yes, you heard it right. SETIAP HARI! 

Kesakitan dan keperitan kehilangan orang tersayang tak tertanggung. Tapi itu tidak sama sekali membakar semangat mereka untuk berjuang demi untuk sebuah kebebasan. 

Dunia sudah mula menyedari kezaliman ini, malahan begitu ramai celebrities antarabangsa yang lantang bersuara atas dasar kemanusian walau diberi tekanan hebat oleh media Barat.

Sebagai seorang saudara seagama, adakah kita hanya mampu berdiam diri di atas semua kezaliman ini? Tepuklah dada korang untuk jawab persoalan ni.



We will not go down, in the night, without a fight, you can burn up our mosques and our homes and our schools, but our spirit will never die, we will not go down, in GAZA tonight

#JusticeForMH17
#FreePalestine

24 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Raya: Shopping Time! (^_^)

6:38:00 am Yana Yani 32 Comments

Untuk raya tahun ni, kami membuat persiapan ala kadar aje. Hampir keseluruhan budget sudah digunakan untuk renovation rumah aritu. Malah kami langsung tak membeli perabot baru.

Sebab tu bila Hainom OKje dok tanya bila nak tunjuk rumah baru, aku naik segan. Hehe! Tapi aku akan tetap tunjukkan, lagipun kita perlu berbangga dengan apa yang kita miliki dak gitu?

Berbalik ke tajuk asal, petang Sabtu hari tu Encik suami bawa kami ke bandar Klang untuk shopping. Bunyi macam banyak sangat fulus! Hehe!

Niat membeli memang tinggi menggunung, tapi fulus pula tak sama tinggi. Basically memang tak ada budget sebenarnya, tapi untuk anak-anak ada aje!

Kami nak anak-anak merasai nikmat berhari raya. Lagipun kita tak tahu berapa lama mereka dipinjamkan kepada kita, betul tak betul? Kami pakai baju tahun lepas pun tak ada hal! (^_^)

Cerita aje nak beli baju diorang, bukan main excited aje budak berdua tu. Aisy pun dah pandai menunjukkan rasa seronok.


Anyway dekat sini kalau nak datang kena cepat sikit, kalau tak susah nak dapat parking. Ni kami pun terpaksa parking berhadapan bangun Courts yang lama.

Malas nak cari yang dekat sikit. Janji dapat parking udah ler walau agak semput juga nak berjalan. Walau tak membeli banyak, best juga dapat cuci mata dekat sini.


Tempat ni agak luas, so sila pastikan korang ada cukup tenaga untuk pusing keliling tempat ni. Ada macam-macam barang untuk keperluan raya ada di jual di sini.

Janji poket penuh! Hehe!

Disebabkan dah sedia maklum dengan keluasan tempat ni, kami dah standby bawa stroller. Afif dengan Aisy sumbat aje dalam tu. Naya kalau diorang buat perangai minta dukung.


Dekat sini pun ada jual macam-macam mainan. Kalau anak korang jenis hantu mainan dan korang tak boleh control diorang, silalah elakkan laluan di mana ada mainan.

Selamat sikit budget. Hehe!

Macam anak-anak aku ni, aku bagi chance tengok aje. Lagipun diorang dah sedia maklum yang parent diorang ni tak akan beli mainan walau diorang menangis berguling-guling.


Manusia tak usah cakaplah, sikit punya ramai! Maklumlah minggu tu adalah minggu terakhir untuk mereka bershopping terutamanya kalau kampung jauh.

Kalau dekat cam kami ni, minggu depan pun boleh shopping lagi. HeheAiceh, cam banyak sangat duitnya (^_^)


Time dok pusing tu, cari juga kedai Kak Atien yang khabarnya ada berniaga dekat situ. Tapi tak berjumpa pula. Bukan jodoh nak berjumpa agaknya.

Anyway kalau nak berjalan ni, kami kebiasaannya akan heret adik aku yang paling kecil, Anis. Disebabkan jarak usia aku dengan dia agak jauh, orang selalu ingat dia anak aku. Hehe!

Anak pun anaklah kan. Not a big deal.


Macam budak-budak lain, Afif dengan Aisy agak gila dengan karakter dalam cerita Frozen. Dah lah sana sini ada jual barangan dalam cerita tu, mulalah diroang pun.

Terbelek sana, terbelek sini.


Aku tak begitu pandai sangat bab memilih baju untuk anak-anak. Kebiasaannya Encik suami yang buat decision. Lagipun Encik suami sebenarnya adalah stylist kami.

Dia paling lantang bersuara kalau dia tengok kami pakai pakaian yang tak kena pada mata dia.


Aku pula hantu dengan bunga. Geram betul tengok bunga-bunga yang ada dekat situ. Ni kalau aku berduit memang aku angkat dah!

Ni nanti malam raya diorang akan buat bidding untuk semua bunga-bunga ni.

Kalau korang bernasib baik, korang boleh beli bunga yang asalanya puluhan ringgit dengan harga beberapa sen sahaja.

Tapi malam tu memang akan ramai oranglah. Mau sesak nafas dibuatnya.


Dekat sini dapatlah beli sikit barang tuk Afif dan Aisy. Malamnya pula kami ke Uptown Shah Alam. Aku tak snap gambar langsung dekat sana.

Lagipun dah banyak kali cerita pasal Uptown aku dok selit dekat sini. Tak ada bezanya dengan sebelum ni pun. Cuma malam tu manusia sikit punya ramai sampai nak berjalan pun susah.

Satu-satunya gambar yang ada dekat sana adalah gambar selfie Afif dan Anis aje.


Sampai aje rumah, masing-masing tidur tak sedar diri sebab kepenatan. Mujur tak terlajak sahur (^_^)

So gitulah cerita shopping raya kami tahun ni. Tinggal nak cari barang tuk Aisy pula ni. Sabtu nantilah jawabnya. Yang pasti kami semua dah dalam mood raya. (^_^)

32 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

MAS MH17 Dalam Kenangan (^_^)

6:17:00 am Yana Yani 22 Comments


Hari ini masuk hari ketiga kita digemparkan dengan berita yang mengejutkan seluruh masyarakat antarabangsa secara amnya dan Malaysia secara khususnya.

Dalam kita masih lagi dihantui dengan misteri kehilangan MH370 yang sehingga kini masih belum terungkai, kita pula diuji dengan kejadian yang menimpa MH17.

Such a heartbreaking news.

Tiada sesiapa yang inginkan perkara seperti ini berlaku dalam keluarga mereka. Grief after a sudden lost macam ni pastikan akan berlarutan untuk satu tempoh yang lama.

Sehingga ke hari ni, masih belum diketahui apakah punca dan siapakah penyebab tragedi yang meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan krew penerbangan MH17.

Yang pasti mereka semua menjadi mangsa keadaan dalam kemelut politik yang melanda antara Ukraine dan Russia yang masing-masing saling menunding jari.

Kita juga harus ingat bahawa apa yang berlaku ke atas MH17adalah di atas perancangan DIA yang SATU. Sebagai orang yang beragama Islam, kita harus percaya kepada qada dan qadar.

Salam takziah aku ucapkan kepada semua ahli keluarga penumpang dan krew MH17. Walau tak kenali sesiapa pun di atas pesawat malang terbabit, aku tetap merasai kesedihan itu.

Buat ahli keluarga yang beragama Islam, percayalah bahawa ALLAH tidak menguji hamba-NYA melebihi kemampuan yang hamba-NYA mampu pikul.

La Takhaf Wa La Tahzan Innallaha Ma'ana - Jangalah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya ALLAH ada bersama kita.

#PrayforMH17
#PrayforMH370
#PrayforSabah
#PrayforPalestin
--------------------------------------------

"Ya ALLAH Ya TUHANKU, Kau tabahkanlah hati ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH17 dan MH370 dalam menghadapi ujianMU yang amat getir ini Ya ALLAH.

Kau berikanlah kekuatan kepada mereka Ya ALLAH.

Ya ALLAH Ya TUHANKU, Kau permudahkan segala urusan mencari dan membawa pulang kesemua mangsa yang terlibat dalam tragedi ini Ya ALLAH.

Hanya kepadaMU kami berserah Ya ALLAH.

Ya ALLAH Ya TUHANKU, Kau lindungilah saudara seagama kami di Palestin dan di seluruh dunia dari sebarang kejahatan musuh agamaMU Ya ALLAH.

Sesungguhnya KAU Maha Pengasih dan Maha Penyanyang. Amin Ya Rabbal Alamin"

22 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bila Nak Raya? (^_^)

6:22:00 am Yana Yani 38 Comments

Afif sejak mula berpuasa dulu, setiap pagi dok mengadap kalendar. Dah macam satu rutin pada dia. Soalan paling kerap keluar, "Mama, bila kita nak raya ni?"

Kalau aku rajin, aku siap kira kan berapa hari lagi yang tinggal. Kalau tak berapa nak rajin aku jawab, "Lama lagilah"

Tapi kalau dah setiap hari tanya soalan yang sama, naik mual juga Mama dia ni nak menjawab. Hehe!

So penyelesaiannya aku mark kalendar tu hari yang dah berlalu. Yang tak bertanda maknanya bilangan hari yang tinggal. Aku suruh dia kira sendiri.


Waktu pagi kebiasaannya aku agak sibuk, tu yang kadang terlupa nak mark kalendar. Tapi Afif akan ambil pen or pencil suruh aku mark. "Mama, ni pencil. Cepatlah tanda" kata dia.

Lepas tu nampak kesungguhan dia mengira.


Bila dia kira macam dah dekat, mulalah excited semacam. "Yes, yes dah nak raya! Afif tak sabar nak raya" kata dia bersungguh-sungguh. Siap macam nak melompat lagi.


"Eleh, Afif puasa pun tak. Macamana nak raya?" tanya aku.

"Afif puasalah Mama! Puasa sampai pukul dua!" jawab dia pula.

"Kenapa tak sampai petang macam Papa dengan Mama?" tanya aku lagi. Saja nak tengok sejauh mana dia boleh pergi. Hehe!

"Mama ni lupa ke? Afif budak kecik lagi tau. Afif baru enam tahun. Budak-budak memanglah tak puasa. Mama bukan ALLAH" jawab dia panjang berjela.

"Apa pasal pula cakap macam tu?" tanya aku agak curious bila dia kata aku bukan ALLAH.

"Yelah, ALLAH tak cakap pun tak puasa tak boleh raya. Mama aje yang cakap" jawab dia lagi dengan penuh confident.

"Memanglah, tapi tak seronoklah raya kalau tak puasa penuh" kata aku lagi.

"Afif seronok aje!" jawab dia pula dengan tersengih-sengih.

Budak Afif ni kalau dilayan memang dah macam pendakwa raya. Boleh bersimpul urat lidah aku bila bersoal jawab dengan dia. Sudahnya perbualan tadi tamat gitu aje (^_^)

Tapi semua yang dekat atas tu hanya berlaku sekiranya dia bangun pagi tak buat perangai. Kalau dia bangun pagi mendung semacam aje tu, tahulah dia nak buat perangai.

Yang tak boleh blah, siap boleh buat drama swasta tu!

Tangan sakitlah, kaki sakitlah, semuanya sakit semata-mata tak mahu sekolah. Kalau perlu menangis, dia akan menangis. Tapi taklah seteruk alasan dulu yang dia pernah bagi.


Dia menangislah kuat mana pun, aku buat tak layan aje. Dia masuk aje bilik air bila tengok aku tak layan. Masuk aje bilik air mulalah dok nyanyi lagu raya pula. Ish, anak sapelah ni ye? (^_^)

Tapi jujurnya aku bahagia melalui episod seperti tu setiap hari. Terasa nikmatnya menjadi Mama. Senyuman dan kegembiraan mereka berdua adalah kebahagian aku.

Yes, I am a proud Mama (^_^)


Samseng Facebook - Sistem Trafik Percuma FaceBook!
Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum
CD Buat Cookies

38 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Part III: Pneumonia Again (^_^)

6:31:00 am Yana Yani 40 Comments

Kali ni aku nak ceritakan part akhir kisah Aisy yang admitted sebab pheumonia. Berbanding sebelum ni, jujurnya aku tak perasan Aisy menghidapi virus yang sama.

Kalau sebelum ni dia batuk berkahak dan bila bernafas macam semput. Tapi kali ni punya dia tiba-tiba demam, tiba-tiba badan dia lemah dan tiba-tiba tak mahu makan.

So memang tak suspek langsung pneumonia. Tapi aku tetap ada perasaan bersalah sebab tak begitu peka dengan keadaan kesihataan anak.

Hari ketiga Aisy di Wad Pediatrik 6A selepas 24 jam dia diberikan antibiotik, dia kelihatan ceria. Hari tu adalah pertama kali dia menguntumkan senyuman.


Hati Mama dia ni dah kembali lega. Aisy dah back to normal. Syukur Alhamdulillah. Dia pun dah boleh nak main, mulut dah kembali berbunyi dan yang pasti dia dah kembali aktif.

Hari tu juga aku dikhabarkan oleh seorang medical officer yang Aisy akan dibenarkan pulang sekiranya dia terus menunjukkan perkembangan yang baik.

Dengar aje perkataan balik tu, senyum aku terus sampai ke telinga! Hehe!

21 Jun 2014, hari keempat Aisy di wad ni. Perkembangan dia semakin bagus setelah 48 jam diberikan antibiotik. Doktor pun dah cabut segala jenis jarum yang ada.


Diorang pun dah tukar cara pemberian antibiotik. Sebelum ni pakai drip, sekarang melalui oral iaitu dalam bentuk syrup. Maksudnya Aisy perlu minum ubat tu.

Gembira tak terkata bila Aisy sudah mula menunjukkan perubahan positif. Paling aku suka dengar bila kami juga dibenarkan pulang setelah empat hari di sini.


Kalau nak bandingkan dengan kali pertama Aisy masuk wad, kali ni kiranya sekejab aje kami di sini. Aku sendiri tak tahu macamana nak gambarkan perasaan aku ketika tu.

Ditambahkan pula melihat keadaan kesihatan Aisy yang bertambah baik. Seronoknya hanya tuhan aje yang tahu. Kalau boleh melompat, aku dah melompat dah! Hehe!


Aisy pula bila aku kata kami dah boleh balik, bukan main seronok. Siap tolong aku packing barang lagi. Nampak sangat yang dia dah tak sabar nak balik.

Asyik tanya mana Papa dia aje. Aku bagi pen dan kertas, barulah dia berhenti bertanya. Tapi bila dah dapat pen dan kertas, acting macam pelukislah pula.

"Mama nyum, nak tis" - Mama senyum, nak lukis.


Melihat perubahan Aisy memang buat aku lega sangat. Dalam masa yang sama aku berharap kami tidak perlu melalui episod seperti ini lagi.

Biar aku aje yang sakit, anak-anak biar sihat walafiat.

Aku dah tak sanggup rasanya tengok diorang sakit. Tiba-tiba teringat nasib anak-anak di Palestin, pasti ibubapa mereka mempunyai harapan yang sama.

Anyway bila balik tu, Encik suami terus bawa kami ke rumah baru. Aku tak merasa nak tengok rumah lama yang telah setengah dekad kami duduki. Terkilan juga.

Malam tu juga Encik suami panggil adik-beradik dia, minta tolong mengangkat semua barangan perabot kami. Kiranya secara rasminya kami berpindah malam tu.

Aisy pula kembali aktif, sementara Afif masih lagi tak beberapa sihat ketika tu. Tapi sekarang mereka berdua dah kembali menggegarkan dunia aku (^_^)

Apapun aku bersyukur di atas segala kecerian dan kesihatan Afif dan Aisy. Kebahagian mereka adalah kebahagian aku. Semoga mereka tak akan lupa semua tu bila besar kelak.

Yang pasti Mama sayang sangat pada kamu berdua, Afif dan Aisy.

Entri lain yang berkaitan:
1. Part I: Pneumonia Again
2. Part II: Pneumonia Again
3. Part III: Pneumonia Again

40 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Karipapku Menyanyi (^_^)

6:11:00 am Yana Yani 48 Comments

Kejadian yang berlaku ni sebenarnya dah agak lama. Baru ni nak cerita dekat sini.

Sebelum ada anak, aku ni tak berapa rajin nak buat kuih-muih ni. Paling koman pun aku buat cekodok dengan roti goreng sardin aje.

Mujur juga Encik suami tak pandai nak buat special request, apa aku masak dia bedal aje tanpa banyak bicara. Sedap tak sedap belakang cerita. Hehe!

Lagipun dia tak suka pada perubahan. Nak masak jangan lari dari skop biasa aku masak. Tak apalah kan, lagi senang kerja bini dia ni. Tu yang buat aku sayang lebih dekat dia tu. Hehe!

Tapi sejak ada anak-anak especially bila mereka dah pandai nak minta makan itu ini, mula aku rajin dok belek segala buku resipi.

Tak pandai masak pun, buat-buat pandai. Afif pula tiap kali aku masak tu kena pada tekak dia, mulalah dia pun kata,"Mama sedapnya Mama masak. Mana pergilah jual kat pasar"

Yang kata sedap tu, ko aje sayang oi. Orang lain tengok aje dah kembang tekak. Hehe!

First time aku buat karipap, entah rupa apa jadinya. Agak gerun juga rupa dia. Dahlah aku tak pandai nak klim kan dia. Lepas tu time uli guna gelas aje. Memang menakutkanlah rupa dia.

Tak sanggup aku nak letak gambar karipap tu kat sini. Aku bimbang ada orang akan kena sawan sebab dok ketawa terguling-guling tengok karipap aku.

Kali kedua punya aku dah siap standby beli acuan karipap dengan penguli. Gagal sekali bukan maksudnya gagal untuk selama, ye dak? (^_^)

Bersemangat aje aku buat kali ni. Semuanya smooth aje. Tapi the moment aku letak dia dalam kuali, boleh pula dia menyanyi.

Adeh, karipap ni pun satu hal lahTime camni pula dia nak buat perangai.


Bukan satu dua aje pula tu yang menyanyi, ramai! Dah macam koir Kampung Pisang! Bukti perlu dihapuskan! Tak boleh hidang dekat Encik suami rupa gini.

Kang dia kena sawan gelak. Payah.

So aku bedal semua yang menyanyi tu. Tak tinggal satu pun. Siapa suruh dia menyanyikan? Yang mana dok diam, yang macam sopan aje tu, aku biarkan.

Aku hidangkan pada Encik suami dan anak-anak. Lutut macam rasa getar juga, takut diorang tak suka yang rupa sopan tu.

"Mama tak nak makan ke? Sedaplah Mama. Tapi pedas aje" tanya Afif bila dok tengok aku tak makan.

"Tak apalah, Mama cium bau dia aje dah kenyang" jawab aku cover line. Padahal aku dah melantak sikit punya banyak kat dapur tadi.

Nak angkat perut sampai dah tak larat. Kenyang sangat. Hehe!


Aku tengok Encik suami diam aje. Siap berulang makan. Tu tandanya sedap. Kalau dia berbunyi, adalah yang tak kena. So bolehlah aku tarik nafas lega. Hehe!

Walaupun rupa karipap aku agak buruk, tapi rasa dia sedap tau! Inti sedap, kulit dia ranggup. Sebab tu ada pepatah omputih kata, don't judge the book by its cover.

Lepas ni nak buat kuih apalah pula eh? (^_^)

Samseng Facebook - Sistem Trafik Percuma FaceBook!
Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum
CD Buat Cookies

48 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Part II: Pneumonia Again (^_^)

6:19:00 am Yana Yani 22 Comments

Sebelum ni aku ada cerita permulaan kisah Aisy dimasukkan ke wad dan kesukaran houseman mengambil darah Aisy untuk ujian denggi. Kali ni pula nak cerita hari kedua Aisy di Wad 6A.

Sebelum ni Aisy pernah dimasukkan ke Wad 6B ketika dia berusia sepuluh bulan. Pelawat bebas keluar masuk ketika masa melawat di wad tersebut.

Berbeza dengan Wad 6A, hanya ibubapa dibenarkan melawat. Atas budi bicara pun, hanya dua orang pelawat dibenarkan pada satu-satu masa.

Nak menjaga sesiapa pun di hospital ini perlu ada pas kebenaran walau aku tak nampak sebarang keperluannya sepanjang aku menjaga Aisy di situ.


Hari kedua Aisy di sini, dia masih lagi kelihatan lemah. Masih lagi tak mahu makan dan minum. Jarum dibahagian tangan pun ditukar ke bahagian kaki pula.

Sebabnya darah dibahagian tangan untuk ujian darah tak begitu cantik menurut houseman. Sakit lagi Aisy. Masa diorang nak "kerjakan" Aisy, aku disuruh tunggu di luar.

Dekat luar tu dok dengarlah jeritan Aisy. Lama aku rasa aku menunggu di luar. Tak sedap rasa badan menanti Aisy di luar ni. Rasa serba salah pun ada.


Disebabkan pengalaman yang tak berapa best dengan orang yang berbaju putih, Aisy dah aimed bila mereka menghampiri dia, dia akan sakit.

So tiap kali ada orang baju putih dekat, tak kiralah doktor atau jururawat dia dah menjerit macam tarzan sampai satu wad boleh dengar . Dia akan peluk aku kuat sebab terlalu takut.

Kadang jururawat hanya datang nak sukat suhu dan blood pressure, dia dah menjerit macam nampak kucing yang nak melompat ke arah dia. Aisy takut kucing.

"Takut betul awak ni. Akak bukan nak sakitkan awaklah, nak sukat suhu aje huh" kata jururawat bila Aisy menjerit ketika dia menghampiri.


Kedatangan specialist memang paling aku nantikan sebab hanya mereka yang boleh confirm status sebenarnya Aisy. Setelah beberapa kali ujian darah, Aisy disahkan menghidap pneumonia.

"Penyakit ni boleh berulang ke?" tanya aku pada specialist tersebut.

"Ye, ianya boleh berulang terutama untuk kanak-kanak yang berusia bawah lima tahun" terang dia.

"Tapi puan tak perlu bimbang, kita akan bagi dia antibiotik dan juga gas untuk bantu dia bernafas" jelas specialist bila nampak perubahan pada wajah aku .

Pneumonia yang dihidapi Aisy kali ni masih lagi pada peringkat awal berdasarkan ujian x-ray. Kali pertama dulu dia lama di hospital disebabkan teruk.

Ujian x-ray ketika tu tak nampak langsung lung dia. Doktor kata Aisy teruk ketika tu.

Anyway sementara Aisy masih belum lalu nak makan ni, antibiotik diberikan melalui drip. Air juga masih lagi diberikan sebab badan Aisy masih kering.


Sepanjang Aisy ada dekat sini, setiap benda masuk dan keluar dari Aisy perlu dicatatkan untuk tujuan pemantauan. Kalau minum, minum air apa, berapa banyak.

Jenuh nak mengisi borang tu. Tapi nak Aisy cepat baik, ku relakan walau terpaksa (^_^)


Aisy masih lagi kelihatan pasif. Dia tak mahu bermain hatta senyum pun tak mahu. Susah hati aku dibuatnya. Nak berkepit aje dengan aku.

Pesakit tak boleh dibawa keluar pula tu. Mujur dekat wad ni ada TV walau mereka hanya menayangkan VCD. Ceria sikit Aisy, aku lagilah kan. Tak adalah kebosanan sangat. (^_^)

Encik suami pula setia menemankan kami untuk beberapa jam. Lagipun masa tu dia dah bercuti disebabkan nak berpindah. Kesian dia kena uruskan semuanya seorang diri.

Hari kedua aku dan Aisy di sini, aku dikhabarkan yang Afif pun demam panas. Bertambah susah hati teringat anak yang tak sihat dekat rumah.

Kalaulah boleh berada di dua tempat pada satu masa.

Entri lain yang berkaitan:
1. Part I: Pneumonia Again
2. Part II: Pneumonia Again
3. Part III: Pneumonia Again

22 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...