Bila Nak Raya? (^_^)

6:22:00 am Yana Yani 38 Comments

Afif sejak mula berpuasa dulu, setiap pagi dok mengadap kalendar. Dah macam satu rutin pada dia. Soalan paling kerap keluar, "Mama, bila kita nak raya ni?"

Kalau aku rajin, aku siap kira kan berapa hari lagi yang tinggal. Kalau tak berapa nak rajin aku jawab, "Lama lagilah"

Tapi kalau dah setiap hari tanya soalan yang sama, naik mual juga Mama dia ni nak menjawab. Hehe!

So penyelesaiannya aku mark kalendar tu hari yang dah berlalu. Yang tak bertanda maknanya bilangan hari yang tinggal. Aku suruh dia kira sendiri.


Waktu pagi kebiasaannya aku agak sibuk, tu yang kadang terlupa nak mark kalendar. Tapi Afif akan ambil pen or pencil suruh aku mark. "Mama, ni pencil. Cepatlah tanda" kata dia.

Lepas tu nampak kesungguhan dia mengira.


Bila dia kira macam dah dekat, mulalah excited semacam. "Yes, yes dah nak raya! Afif tak sabar nak raya" kata dia bersungguh-sungguh. Siap macam nak melompat lagi.


"Eleh, Afif puasa pun tak. Macamana nak raya?" tanya aku.

"Afif puasalah Mama! Puasa sampai pukul dua!" jawab dia pula.

"Kenapa tak sampai petang macam Papa dengan Mama?" tanya aku lagi. Saja nak tengok sejauh mana dia boleh pergi. Hehe!

"Mama ni lupa ke? Afif budak kecik lagi tau. Afif baru enam tahun. Budak-budak memanglah tak puasa. Mama bukan ALLAH" jawab dia panjang berjela.

"Apa pasal pula cakap macam tu?" tanya aku agak curious bila dia kata aku bukan ALLAH.

"Yelah, ALLAH tak cakap pun tak puasa tak boleh raya. Mama aje yang cakap" jawab dia lagi dengan penuh confident.

"Memanglah, tapi tak seronoklah raya kalau tak puasa penuh" kata aku lagi.

"Afif seronok aje!" jawab dia pula dengan tersengih-sengih.

Budak Afif ni kalau dilayan memang dah macam pendakwa raya. Boleh bersimpul urat lidah aku bila bersoal jawab dengan dia. Sudahnya perbualan tadi tamat gitu aje (^_^)

Tapi semua yang dekat atas tu hanya berlaku sekiranya dia bangun pagi tak buat perangai. Kalau dia bangun pagi mendung semacam aje tu, tahulah dia nak buat perangai.

Yang tak boleh blah, siap boleh buat drama swasta tu!

Tangan sakitlah, kaki sakitlah, semuanya sakit semata-mata tak mahu sekolah. Kalau perlu menangis, dia akan menangis. Tapi taklah seteruk alasan dulu yang dia pernah bagi.


Dia menangislah kuat mana pun, aku buat tak layan aje. Dia masuk aje bilik air bila tengok aku tak layan. Masuk aje bilik air mulalah dok nyanyi lagu raya pula. Ish, anak sapelah ni ye? (^_^)

Tapi jujurnya aku bahagia melalui episod seperti tu setiap hari. Terasa nikmatnya menjadi Mama. Senyuman dan kegembiraan mereka berdua adalah kebahagian aku.

Yes, I am a proud Mama (^_^)


Samseng Facebook - Sistem Trafik Percuma FaceBook!
Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum
CD Buat Cookies

38 comments:

  1. Sesuatu yg kita pelajari tentang kehilangan dan yang ditinggalkan adalah kekuasan Allah dalam setiap perjalanan hidup kita. Alfatihah MH `17

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketika saya menulis entry di atas, saya tak sedari pun tragedi yang berlaku
      hanya selepas ianya dipublish barulah tahu
      saya simpati pada keluarga yang terlibat

      betul MKL, apapun semuanya yang berlaku adalah di atas ketentuan DIA yang SATU
      siapa kita untuk mempersoalkannya

      Delete
  2. macam2 la afif nih..sabar ye..tak lama je lagi nak raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia dah dapat mood raya
      asyik tanya baju raya aje dah tu

      Delete
  3. Hahahahha pandainya afif... comel la awak ni...!!! Geram auntie...

    ReplyDelete
  4. Sama mcm anak wa , hari hari kira berapa hari lagi nak raya..hehehe..sebaya la alif ngan alya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak baya tu kot
      tengah sonok nak beraya...hehe

      Delete
  5. Pandai afif bagi alasan tak nak puasa penuh yer.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. Hehe..dialog antara mak dan anak...tak habis²

    ReplyDelete
  7. Dialog antara mak dan anak. Tak habis dugaan buat Malaysia. Moga kita mampu menempuhinya. Apa yang berlaku adalah penyebabnya. Semua telah tertulis. Takziah dan Al Fatihah buat MH17.. :'(

    #pray4Gaza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALLAH beri kita dugaan demi dugaan supaya nak kita
      tahu yang ALLAH sayang dekat kita
      ALLAH nak sedarkan kita dari mimpi yang lena
      kita perlu percaya pada qada dan qadar

      Delete
  8. Wahh... debaran raya dah mula terasa... bila nak raya, anak2 ni yg buat raya kita bertambah meriah. Kita pun jadi tak sabar jugak nak raya hehee... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sejak dah berkahwin dan ada anak-anak ni kan encik khir
      raya tu hanya seronok apabila melakukan segala persiapan untuk mereka
      mereka seronok, saya pun seronoklah =)

      Delete
  9. Ehh? sekolah PASTI jugak eh? Sep!

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung anak2 yang mak ayah hantar sekolah PASTI :)

      Delete
    2. saya sangat setuju
      banyak mereka belajar di sini
      bukan takat dunia aje

      Delete
  10. suka melayan anak2 biar depa cakap banyak dan tanya banyak..anak2 lah penghibur kita ; kalau hilang di mata cepat je terasa rindunya...Akiif budak bijak...semoga anak yana terdidik menjadi anak2 soleh solehah. aamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang suka melayan mereka bercakap
      teringat moment tu boleh hilang bila-bila masa aje
      tak mahu rasa ralat di kemudian hari

      amin PCL, itulah harapan kami suami isteri

      Delete
  11. hehehe kemain suke die mengira hari nak raya...tp time die buat perangai tuh huhuhu x menahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. excited tu mimi, biasa budaklah kan
      mama dia time kecik-kecik dulu gitu juga...hehe
      bab bagi alasan memang buat pening...hehe

      Delete
  12. klu x dgr suara dia satu hari mesti mcm kosong jer dunia tu kan ... itulah karenah anak2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. teramat setuju vee
      rasa tak ada makna hidup tanpa celoteh mereka

      Delete
  13. Pandainyer Afif...puasa penuh tak sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. puasa separuh hari aje bunda,
      adalah beberapa hari yang tak puasa langsung

      Delete
  14. Selalunya orang yang jauh di rantauan selalu belek kalendar. Duk hitung hari nak balik kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kan cikgu
      lagilah kalau yang belum berkeluarga

      Delete
  15. Alahaiii... comelnya Afif.... :D

    ReplyDelete
  16. haha....betul pun kata Afif tu Yan D.... kecik lagi...Biasalah mama mana mana mmg cenggitu...kalau boleh nak suh depa puasa penuhkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kan kalau dah mulut terlebih cerdik ni
      saje nak mengajar aje sebenornyer pun

      Delete
  17. Hahaha... memang gelak tau kalau baca dialog ibu-anak gini. Budak-budak sekarang bukan macam dulu takut nak 'bergurau-senda' dengan makpak. Kalau silap kita, memang sebijilah kena kat muka balik. Seronok je membaca kisah anak-anak nih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasalnya
      mulutnya terlebih cerdik, biul kepala mama dia ni menjawab persoalan dia tu
      tapi memang kalau terkena kat muka sendiri
      rasa malu giler! tapi cover line...hehe

      Delete
  18. Ahahaha afif afif mcm2 gelagat dia eh

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...