Part III: Pneumonia Again (^_^)

6:31:00 am Yana Yani 40 Comments

Kali ni aku nak ceritakan part akhir kisah Aisy yang admitted sebab pheumonia. Berbanding sebelum ni, jujurnya aku tak perasan Aisy menghidapi virus yang sama.

Kalau sebelum ni dia batuk berkahak dan bila bernafas macam semput. Tapi kali ni punya dia tiba-tiba demam, tiba-tiba badan dia lemah dan tiba-tiba tak mahu makan.

So memang tak suspek langsung pneumonia. Tapi aku tetap ada perasaan bersalah sebab tak begitu peka dengan keadaan kesihataan anak.

Hari ketiga Aisy di Wad Pediatrik 6A selepas 24 jam dia diberikan antibiotik, dia kelihatan ceria. Hari tu adalah pertama kali dia menguntumkan senyuman.


Hati Mama dia ni dah kembali lega. Aisy dah back to normal. Syukur Alhamdulillah. Dia pun dah boleh nak main, mulut dah kembali berbunyi dan yang pasti dia dah kembali aktif.

Hari tu juga aku dikhabarkan oleh seorang medical officer yang Aisy akan dibenarkan pulang sekiranya dia terus menunjukkan perkembangan yang baik.

Dengar aje perkataan balik tu, senyum aku terus sampai ke telinga! Hehe!

21 Jun 2014, hari keempat Aisy di wad ni. Perkembangan dia semakin bagus setelah 48 jam diberikan antibiotik. Doktor pun dah cabut segala jenis jarum yang ada.


Diorang pun dah tukar cara pemberian antibiotik. Sebelum ni pakai drip, sekarang melalui oral iaitu dalam bentuk syrup. Maksudnya Aisy perlu minum ubat tu.

Gembira tak terkata bila Aisy sudah mula menunjukkan perubahan positif. Paling aku suka dengar bila kami juga dibenarkan pulang setelah empat hari di sini.


Kalau nak bandingkan dengan kali pertama Aisy masuk wad, kali ni kiranya sekejab aje kami di sini. Aku sendiri tak tahu macamana nak gambarkan perasaan aku ketika tu.

Ditambahkan pula melihat keadaan kesihatan Aisy yang bertambah baik. Seronoknya hanya tuhan aje yang tahu. Kalau boleh melompat, aku dah melompat dah! Hehe!


Aisy pula bila aku kata kami dah boleh balik, bukan main seronok. Siap tolong aku packing barang lagi. Nampak sangat yang dia dah tak sabar nak balik.

Asyik tanya mana Papa dia aje. Aku bagi pen dan kertas, barulah dia berhenti bertanya. Tapi bila dah dapat pen dan kertas, acting macam pelukislah pula.

"Mama nyum, nak tis" - Mama senyum, nak lukis.


Melihat perubahan Aisy memang buat aku lega sangat. Dalam masa yang sama aku berharap kami tidak perlu melalui episod seperti ini lagi.

Biar aku aje yang sakit, anak-anak biar sihat walafiat.

Aku dah tak sanggup rasanya tengok diorang sakit. Tiba-tiba teringat nasib anak-anak di Palestin, pasti ibubapa mereka mempunyai harapan yang sama.

Anyway bila balik tu, Encik suami terus bawa kami ke rumah baru. Aku tak merasa nak tengok rumah lama yang telah setengah dekad kami duduki. Terkilan juga.

Malam tu juga Encik suami panggil adik-beradik dia, minta tolong mengangkat semua barangan perabot kami. Kiranya secara rasminya kami berpindah malam tu.

Aisy pula kembali aktif, sementara Afif masih lagi tak beberapa sihat ketika tu. Tapi sekarang mereka berdua dah kembali menggegarkan dunia aku (^_^)

Apapun aku bersyukur di atas segala kecerian dan kesihatan Afif dan Aisy. Kebahagian mereka adalah kebahagian aku. Semoga mereka tak akan lupa semua tu bila besar kelak.

Yang pasti Mama sayang sangat pada kamu berdua, Afif dan Aisy.

Entri lain yang berkaitan:
1. Part I: Pneumonia Again
2. Part II: Pneumonia Again
3. Part III: Pneumonia Again

40 comments:

  1. syukur alhamdulillah aisy dah sihat,moga terus sihat ye..memang betul pun kan bila anak2 tak sihat kita tak senang duduk,tp bila mereka dahh aktif kembali,kita rasa sangat2 gembira...
    bila kita lalui semua tu..tak dpt nak gambarkan perasaan mcm mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak, kita yang jadi mak tak keruan dibuatnya
      kalau anak sakit
      nak cepat aje tengok diorang sihat balik
      saya setuju sangat dengan pemdapat akak

      Delete
  2. Syukur Alhamdulillah... Itulah nikmat kegembiraan dari kepayahan dan kesedihan. Siapa yang tak sayang anak kan...namun saya masih belum dapat merasai nikmat itu. Pelik juga bila lihat berita, bagaimana sampai boleh ada yg sanggup mendera anak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah BM, alhamdulillah saya bersyukur diorang dah kembali sihat
      insya ALLAH BM, akan ada rezeki nanti
      kita tak tahu ketentuan ALLAH, pasti ada hikmah tersembunyi
      saya tak tahu pasal tu, mungkin terlalu marah
      mungkin perasaan sayang tak lagi wujud
      mungkin juga kerana kurangnya ilmu agama
      semuanya mungkin

      Delete
  3. alhamdulillah..semua nya dah selamat..risau betul kan kalau ank sakit..
    *baru dapat perkhabaran pg ni, anak salah seorg rakan sekerja saya masuk wad, suspect denggi..doakan dia ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang risau mar wei, siapa tak sayang anak
      yeke? tumpang simpati buat kawan mar
      ubat untuk dengginya adalah minum air aje, kena banyak minum air
      moga dia sihat kembali

      Delete
  4. alhamdulillah..semoga terus sihat dan ceria (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang dah kembali sihat
      melasak serti sebelum ni
      tapi itu yang saya suka =)

      Delete
  5. Syukur alhamdulillah dah sembuh Aisy..
    Anak2 tak sihat memang merisau kan kaum ibu kan Yana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, rasa macam tak tenteram hidup
      alhamdulillah mereka dah sihat =)

      Delete
  6. Alhamdulillah.. Saya ni belum kawen lagi. Tapi duk baca-baca ni terfikir lak macam mana saya nak hadap semua ni kalau kena. Saya kagum dengan mak ayah atas dunia ni. Mungkin naluri yang drive parents untuk jadi dan rasa macam tu.
    Tak sabar pon ada nak ada anak sendiri. Suka budak2.. InsyaAllah, dorang akan sihat sentiasa dah lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum kahwin lagi ke? saya ada adik yang juga belum kahwin
      nak saya kenalkan? hehe
      tapi betul khamsi, tiada mak bapak yang tak risau tentang kesihatan
      or even keselamatan anak mereka
      semua nak kan yang terbaik
      insya ALLAH, berjodohlah nanti. aminnn =)

      Delete
    2. Ahaha..wooops. Tak leh. Saya dah diperkenalkan dengan sepupu kepada office mate. Dah gi jumpa mak dia dah pun. InsyaAllah kitorang nak ikat dulu dalam masa terdekat. Next year kawen.. InsyaAllah.. Saya, anak sedara sakit pon saya boleh panik!

      Delete
    3. hehe...nak terikat dah rupanya
      apapun all the best ye, welcome to the club =)
      anak sedara sakit pun ko panik
      tu belum anak sendiri tu, mau pengsan gamaknya =)

      Delete
  7. Syukur Alhamdulillah dah sihat yer Aisy.. =D

    ReplyDelete
  8. Lega rasanya bila anak dah kembali sihat dan pulih seperti sediakala.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, rasa bersyukur sangat
      kalau boleh nak suruh sepanjang masa sihat =)

      Delete
  9. Alhamdulillah semua dah selamat :) jemput singgah mama

    http://santanmanis.blogspot.com/2014/07/boleh-gelak-sampai-tertonggek-kalau.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur sangat, alhamdulillah
      orait, jab lagi singgah ye =)

      Delete
  10. Harap Aisy tak kena sakit tu lagi.. Sian kena cucuk sana sini. Macam Alia hari tu,tak sanggup bila ingat semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah harapannya kak,
      tapi kita kan manusia biasa, sakit tu adalah fitrah

      Delete
  11. Tak perlu rasa bersalah yana... itu adalah pengajaran dan pengalaman hidup sebagai ibu supaya dikemudian hari kita menjadi lebih alert... :) Syukur Aisy dah sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah idah, perasaan bersalah tu memang wujud
      sebab bukan first time aisy kena pneumonia
      dah lah sakit ni boleh bawa maut
      takut saya

      apapun saya bersyukur sangat dia dah sihat

      Delete
  12. Alahai kesian aisy.... moga dah pindah rumah baru ni tak la sakit2 lagi yea aisy....

    ReplyDelete
  13. Syukur alhamdulillah... syukur sgt2 Yana. Mudah2an sentiasa sihat... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bersyukur sangat en khir
      saya memang berharap mereka berterusan sihat

      Delete
  14. Alhamdulillah syukur sgt sgt aiagy dh kembali sihat n ceria mcm selalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah mimi
      memang bersyukur sangat, alhamdulillah
      lega hati dia dah kembali seperti sedia kala

      Delete
  15. alhmadulillah ... semoga aisy dan afif terus sihat dan dapat menggegarkan dunia mamanya dgn keletah2 yg menghiburkan nanti .

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga mreka berterusan menggegarkan dunia kecil saya ni...hehe
      tanpa mereka pasti hidup ni sunyi sahaja

      Delete
  16. Moga anak akak ni cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, sihat dah diorang sekarang cikgu

      Delete
  17. Memanglah Yanmau tk risau anak sakit. Okje paling malas kalau kena tahan kat Wad tau.... Si TLBD dulu rajin kena Phenomenia gini....nak kena antibiotik drip baru OK....tapi syukur alhamdulilah sekarang dah ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah okje wei, malas pun tepaksa buat rajin
      biarlah dia terperap lama kat hospital, janji sihat
      doktor kata penyakit tu biasa
      tapi kalau tak pantau, maut menanti juga tu

      Delete
  18. Berapa umur Aisy ni? Kesiannya kena masuk hospital. Kalau anak sakit, memang hati ibulah yang paling risau. Tak sangguplah bila tengok anak-anak jatuh sakit. Saya ni baru doktor nak cucuk ambil darah anak pun saya dah menitis air mata. Kalau boleh biarlah sakit mereka tu pindah kat saya je. Tak sanggup nak tengok mereka merengek kesakitan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia baru masuk 2 tahun 7 bulan
      entah mummy wei, susah hati tuhan ajelah yang tahu
      tapi terpaksa juga sebab nak nengok dia sihat
      biasa dekat rumah budak pompuan yang ni paling ligat banding dengan abang dia
      tu bila sakit nampak sangat

      Delete
  19. Mmg hati x senang klau anak sakit especially klau admitted kan. Adik akak Jm masuk spital pun mkn x selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa orang sakit memang makan tak selera
      tapi memang hati tu tak tenteram kalau anak sakit

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...