Part II: Pneumonia Again (^_^)
Sebelum ni aku ada cerita permulaan kisah Aisy dimasukkan ke wad dan kesukaran houseman mengambil darah Aisy untuk ujian denggi. Kali ni pula nak cerita hari kedua Aisy di Wad 6A.Sebelum ni Aisy pernah dimasukkan ke Wad 6B ketika dia berusia sepuluh bulan. Pelawat bebas keluar masuk ketika masa melawat di wad tersebut.
Berbeza dengan Wad 6A, hanya ibubapa dibenarkan melawat. Atas budi bicara pun, hanya dua orang pelawat dibenarkan pada satu-satu masa.
Nak menjaga sesiapa pun di hospital ini perlu ada pas kebenaran walau aku tak nampak sebarang keperluannya sepanjang aku menjaga Aisy di situ.
Hari kedua Aisy di sini, dia masih lagi kelihatan lemah. Masih lagi tak mahu makan dan minum. Jarum dibahagian tangan pun ditukar ke bahagian kaki pula.
Sebabnya darah dibahagian tangan untuk ujian darah tak begitu cantik menurut houseman. Sakit lagi Aisy. Masa diorang nak "kerjakan" Aisy, aku disuruh tunggu di luar.
Dekat luar tu dok dengarlah jeritan Aisy. Lama aku rasa aku menunggu di luar. Tak sedap rasa badan menanti Aisy di luar ni. Rasa serba salah pun ada.
Disebabkan pengalaman yang tak berapa best dengan orang yang berbaju putih, Aisy dah aimed bila mereka menghampiri dia, dia akan sakit.
So tiap kali ada orang baju putih dekat, tak kiralah doktor atau jururawat dia dah menjerit macam tarzan sampai satu wad boleh dengar . Dia akan peluk aku kuat sebab terlalu takut.
Kadang jururawat hanya datang nak sukat suhu dan blood pressure, dia dah menjerit macam nampak kucing yang nak melompat ke arah dia. Aisy takut kucing.
"Takut betul awak ni. Akak bukan nak sakitkan awaklah, nak sukat suhu aje huh" kata jururawat bila Aisy menjerit ketika dia menghampiri.
Kedatangan specialist memang paling aku nantikan sebab hanya mereka yang boleh confirm status sebenarnya Aisy. Setelah beberapa kali ujian darah, Aisy disahkan menghidap pneumonia.
"Penyakit ni boleh berulang ke?" tanya aku pada specialist tersebut.
"Ye, ianya boleh berulang terutama untuk kanak-kanak yang berusia bawah lima tahun" terang dia.
"Tapi puan tak perlu bimbang, kita akan bagi dia antibiotik dan juga gas untuk bantu dia bernafas" jelas specialist bila nampak perubahan pada wajah aku .
Pneumonia yang dihidapi Aisy kali ni masih lagi pada peringkat awal berdasarkan ujian x-ray. Kali pertama dulu dia lama di hospital disebabkan teruk.
Ujian x-ray ketika tu tak nampak langsung lung dia. Doktor kata Aisy teruk ketika tu.
Anyway sementara Aisy masih belum lalu nak makan ni, antibiotik diberikan melalui drip. Air juga masih lagi diberikan sebab badan Aisy masih kering.
Sepanjang Aisy ada dekat sini, setiap benda masuk dan keluar dari Aisy perlu dicatatkan untuk tujuan pemantauan. Kalau minum, minum air apa, berapa banyak.
Jenuh nak mengisi borang tu. Tapi nak Aisy cepat baik, ku relakan walau terpaksa (^_^)
Aisy masih lagi kelihatan pasif. Dia tak mahu bermain hatta senyum pun tak mahu. Susah hati aku dibuatnya. Nak berkepit aje dengan aku.
Pesakit tak boleh dibawa keluar pula tu. Mujur dekat wad ni ada TV walau mereka hanya menayangkan VCD. Ceria sikit Aisy, aku lagilah kan. Tak adalah kebosanan sangat. (^_^)
Encik suami pula setia menemankan kami untuk beberapa jam. Lagipun masa tu dia dah bercuti disebabkan nak berpindah. Kesian dia kena uruskan semuanya seorang diri.
Hari kedua aku dan Aisy di sini, aku dikhabarkan yang Afif pun demam panas. Bertambah susah hati teringat anak yang tak sihat dekat rumah.
Kalaulah boleh berada di dua tempat pada satu masa.
Entri lain yang berkaitan:
1. Part I: Pneumonia Again
2. Part II: Pneumonia Again
3. Part III: Pneumonia Again
Dugaan membesarkan anak2 kan.. be strong k yana...
ReplyDeletetulah farah
Deletejangan dia lupa mama dia bersusah payah
nak besaran dia dah la
anyway, i am strong =)
semoga cepat sembuh
ReplyDeletedia dah sihat sekarang, alhamdulillah =)
DeleteKesiannya Aisy... Semoga Allah permudahkan urusan dan Aisy cepat sembuh. Banyak2 bersabar ya Yana... Setiap dugaan pasti ada hikmahnya.
ReplyDeletep/s: Salam Nuzul Al-Quran 1435H buat Yana sekeluarga ... Bersama kita menghayati dan mengamalkan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah...
alhamdulillah dia dah sihat sekarang BM
Deletearitu memang kami semua susah hati
ye, saya percaya setiap dugaan pasti ada hikmahnya =)
p/s: salam nuzul Al-Quran BM. terima kasih tuk peringatan tu =)
suspen la kisah aisy ni...tak sabar nak tau perkembangan dia..
ReplyDeleteada info y saya dapat adlam cerita ni
hehe...tak adalah suspen mana
Deletehanya menceritakan pengalaman saje
glad mar dapat info kat sini =)
Moga Aisy cepat sembuhh..mama dia pun kena jaga diri ya..memang pernah kena gak , anak2 sakit serentak ..memang kelam kabut dibuatnya..
ReplyDeletetulah kan, bila anak-anak sakit serentak
Deletetak senang duduk dibuatnya
tapi alhamdulillah, sihat dah budak berdua tu
Salam nuzul Al Quran sis..syukur aisy dan afif da sihat semula..
ReplyDeletesalam nuzul al-quran kak =)
Deletetulah, lega rasanya
Kesiannya Aisy... Macam mana sekarang ni? Semoga cepat sembuh yer, Aisy & Afif...
ReplyDeletealhamdulillah diorang berdua dah sihat =)
DeleteMmg dugaan tu... siapalah yg boleh senang hati klu anak2 ni sakit kan. Hari risau je. Alhamdulillah sihat dah... syukur...
ReplyDeletetulah kan en khir
Deletetapi alhamdulillah mereka berdua dah sihat
sayangnya kita x dpt berada di dua tempat pada satu masa kan..kalu boleh mmg badan ni dibelah2 dah..pengalaman yg sama masa abg adam masuk wad kat htar sbb bisul dulu..sedih3...
ReplyDeleteharap2 lps ni aisy terus sihat ye,afif juga harap dah sembuh..
ni no phone akak 0111-5398747
tulah kan kak, yang kat sini sakit, kat sana pun sakit
Deletetak tenteram hati dibuatnya
tapi alhamdulillah dua-dua dah kembali aktif seperti biasa
ujian tu yana . lagi yana tabah , lagi besar ganjaran pahalanya . semoga aisy terus sembuh dari penyakitnya ... aaamin .
ReplyDeleteye saya sedar mengenai tu
Deletesetiap yang berlaku pasti ada hikmah
apapun dia dah sihat, alhamdulillah =)
Ya Allah kesian Aisy...sbr la Yana kuatkan semangat tabah kan hati..Semoga Aisy cpt smbuh
ReplyDeletesetiap satu yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya =)
Deletealhamdulillah dia sihat sekarang