Durian Oh Durian (^_^)

10:41:00 am Yana Yani 30 Comments

Alhamdulillah hari ni kita semua dah memasuki Ramadhan yang ke 14. Cepat aje masa berlalu kan? Hari ni juga adalah kali pertama aku memegang laptop aku ni sejak berpindah.

Yes, bahagia aku rasa bila boleh menulis semula. Hehe! Malam tadi berborak dengan Encik suami, dia kata line laju waktu pagi. So hari ni tak mahu lepaskan peluang! Hehe!

Malam tadi nak dijadikan cerita, lepas makan malam Encik suami keluar rumah pergi berasap. Memang dia akan berasap dekat luar walau aku tak pernah bagi instruction pasal tu.

Dia keluar tu, aku layan Dil To Pagal Hai dekat saluran Zee Variasi. Kalau dia nampak confirm jadi bahan. Hehe! Padahal satu ketika dulu bini dia ni hantu dengan cerita Hindustan. Hehe!

Tiba-tiba dia masuk rumah bawa durian.

"Eh, mana dapat Sayang?" tanya aku bila tengok dia membawa satu plastik penuh dengan durian.

"Tu Si Kadir bagi" jawab dia tanpa menoleh ke arah aku.

Aku ni nak cerita dekat korang, tak makan durian! Tapi kalau durian tu dah di masak, laju aku makan! Especially tempoyak! Marvelous!

Tapi kalau raw macam ni, aku hanya makan yang dekat kampung Mak sebab dia memang gugur dari pokok. Rasa dia lain sangat dengan yang banyak dijual longgong. Manis.

Tertunai sudah hasrat Encik suami nak makan durian. Dia memang hantu durian! Kalau letak sebakul depan dia pun dia mampu habiskan sorang.

Malam tadi pukul dua bagi kami suami isteri dok mengadap durian. Encik suami kata jiran kami, Kadir tu ada dusun durian dekat Johor.

Durian dia pula yang gugur dari pokok, memang yang jenis aku makan. Sedap sungguh korang wei sehingga menjilat jari! Lupa kejab yang aku ni tak makan durian. Hehe!

Encik suami sambil makan tu suruh aku buat bubur kacang dengan durian, lepas tu serawa pun dia suruh buat. Dapat berapa biji aje, tapi permintaan macam benda tu ada banyak. Hehe!


Baru kejab tadi si Aisy bangun tidur terus dok mengadap durian. Banyak pula tu dia makan. Si Afif tak doyan. Dia kata masam. Hehe!


Habis aje pada tangan dia, dia minta lagi. Tak menang tangan aku nak melayan anak dara Papa yang hantu durian ni. Sambil makan dia kata, "Edapnya!"


Makanlah Aisy wei, rezeki orang bagi dekat kita. Alhamdulillah. Sebab dia makan banyak sangat tu, aku suruh dia minum air dari durian tu. Kurangkan panas badan.

Dia boleh lari satu rumah sambil menjerit, "Mama anak, ajam tu" - Mama tak nak, tajam tu.

Ish budak Aisyah ni bikin havoc aje tau!

Emm, rasa dah panjang aku membebel ni. Nak uruskan rumah pula. Rasa macam banyak aje list yang aku kena buat. Maklumlah wanita berkerja cam aku, time cuti camni aje boleh buat.

Take care korang ye, selamat berhujung minggu! (^_^)

30 comments:

  1. Replies
    1. idaklah sampai berbuka dengan durian
      malam sikit baru makan serawa
      terbaik! hehe

      Delete
  2. Replies
    1. saya tak suka sangat durian ni
      tapi yang diberi tu memang manis sangat
      mungkin sebab orang bagi...hehe

      Delete
  3. Baru makan sahur sambal tempoyak udang petai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sahur tak elok makan petai banyak tau
      dia buat panas tekak
      makan sikit tak apa
      tapi sedap tu =)

      Delete
  4. Jm pun suka sgt mkn durian ni tapi bila beli d pasar tu isi nya agak lembik x sesedap yg baru gugur dari pokok. Alhamdulillah rezeki yana lah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM sama dengan suami saya
      saya tak berapa suka, makan kalau yang jenis gugur punya
      kalau yang dijual tu memang tak makan =)
      alhamdulillah rezeki kan

      Delete
  5. Assalamuaalikum, kak. Dah lama tak singgah sini. Sibuk sikit. Em, sedapnya durian tu kalau yang baru gugur. Aduh, teringin pula nak makan. Tapi, kalau di kampung kami selalu makan dengan pulut. Em, teringat pula cerpen saya, Pulut Durian Santan Kelapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt cikgu
      sihat ke? hehe, tak mengapalah
      akak ni pun baru nak kembali aktif...hehe
      kan cikgu, memang sedap kalau baru gugur tu

      Delete
  6. Assalamuaalikum, Kak. Lama tak singgah sini. Maaf, sibuk sikit mengalahkan PM ni. Em, teringin pula nak makan durian. Adik saya langsung tak makan durian. Katanya berbau busuk. Entahlah, lain orang lain rasanya. Tapi, kalau durian baru gugur tu memang sedap menjilat jarilah jawabnya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya tak adalah sampai tak makan langsung
      makan juga cuma selective
      hanya yang gugur dari pokok aje saya makan =)

      Delete
  7. Wah..sedap giler durian.l like too..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...suka makan duriah eh
      saya kuranglah kak
      tapi kalau hak yang gugur dari pokok memang terbaik! =)

      Delete
  8. Replies
    1. hehe...ni yang gugur punya
      memang sedap nad wei! =)

      Delete
  9. Replies
    1. hehe...memang sedap =)
      lagilah baru gugur ni

      Delete
  10. Hehe..... ada pulak conditionnya nak makan durian yeh YD....
    Kat rumah ni tak suka bubur kacang so mmg tak pernah buat....Serawa lakulah...
    Mana gambar rumah barunya nak tgk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...fakta tu okje
      bukan sebarangan durian boleh masuk dalam tekak saya
      kat rumah ni semua laku aje...dasar pelahap gitulah...hehe
      eh dia tanya lagi soalan ni, sabarlah okje =)

      Delete
  11. kami pernah sekali makan durian aritu..bulan posa kan..dapat pulak free dari pengasuh..makan sebiji je..tapi lepas tu 3 beranak demam..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. badan tak tahan kot
      kena banyak minum air kalau makan durian ni

      Delete
  12. farah nie hantu durian..cuma lepas makan durian rasa panas tue yg tak tahannya..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau makan banyak kan farah
      letak air dekat bahagian durian yang dah dikopek
      minum air tu, insya ALLAH tak panas

      Delete
  13. K nurul hantu durian... pantang juga kalau nampak durian... nasib baru2 ni dah pekena durian... mak bawak dari kampung... kat kampung ada dusun, tapi sekarang pokok2 kat dusun tu ddah tua sangat, setiap kali musim, dah tak berbuah banyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak berapa reti makan durian ni
      tapi kalau yang dari dusun, gugur sendiri
      memang laju juga makan
      tapi tak banyaklah =)

      Delete
  14. uit sedapnye durian...xjemu mkn

    ReplyDelete
  15. La... si Aisy ni gegirl rupanya... ingatkan boboy lah .... sorry ek, baru join membebel so tak perasan pun anak sepasang rupanya :)

    Saya pun hantu durian. Kalau bagi seplastik macam tu, saya tak peduli pun kalau suami panggil. Nasib baik suami pun sama berhantu durian. So, boleh genglah kat dapur dok melantak. Anak-anak dua-dua tak suka. Kalau terhidu bau pun membebel bagai nak rak marahkan makpak bawa durian masuk rumah. Pandai-pandailah kita lakibini nak settle itu masalah bau durian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak mengapa. bukan mummy sorang aje yang kata dia boboi
      semua yang jumpa kata gitu
      dia punya perwatakan pun dah macam boboi
      tu nak bagi panjang sikit rambut

      saya ni agak selective kalau makan durian
      tak suka kalau rasa dia masam atau bitter, tapi orang kata
      tulah yang sedap...hehe
      saya suka yang rasa lemak manis, barulah marvelous =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...