Salam Syawal 1435H (^_^)
Hari ni dengan rasminya aku mengistiharkan bahawa ini adalah entry terakhir yang di typed secara live sebelum aku dan keluarga bercuti untuk menyambut Syawal 1435H.Tapi sebenarnya ada lagi dua entry yang aku dah scheduled kan untuk the next two days. Saja nak bagi banyak sikit entry keluar untuk bulan ni. Hehe!
Anyway hari ni kemalasan sudah ditahap maksimum. Mujur jugalah ada kerja yang perlu dibereskan kat office. Kalau tak, mau aku tak kerja hari ni. Hehe!
Afif dah start bercuti hari ni. Semalam begitu excited dia mengira kalendar. Aku tak sempat nak mark kalendar, dia pergi marked sendiri. Senang!
Tahun ni turn Encik suami. So tahun ni kami hanya beraya di Kapar sahaja. Tak jauh dari rumah kami. Kami tak macam orang lain. Kalau dah kat Kapar, Kapar ajelah.
Tak ada raya pertama dekat sini, dan seterusnya sebelah lain pula. Memang kalau dah seminggu, seminggulah dekat situ! Tapi tahun ni berkemungkinan besar tradisi akan berubah.
Rasanya macam dapat juga balik ke Kuala Lipis tahun ni walau tiada pengesahan dibuat oleh Encik suami. Tapi dia memang gitu punya perangai. Last minute baru bagitau.
Persiapan raya pula nak kata siap sepenuhnya, idak juga. Tapi baju budak berdua tu dah lepas. Tinggal nak cari kasut dan beberapa lagi barang tuk Aisy.
Bila dikira barang untuk Aisy lebih banyak dari Afif. Bukan berat sebelah, tapi Mama dia geram dok tengok segala macam fesyen baju. Murah pula tu. Hehe!
Kalau Afif beli banyak pun rasa fesyen dia sama aje. Cuma warna aje yang beza. Pula tu mahal betul barang tuk budak lelaki ni. Seluar jeans aje dah sama harga macam orang dewasa.
Tu belum capal dengan kasut yang boleh buat pitam juga harganya.
Cantik tak hitam putih? Hehe! Saje aje buat gambar baju raya bebudak tu macam tu. Bagi surprise sikit. Nanti hilang seri kalau tunjuk awal-awal. Hehe!
Untuk kami suami isteri dapat sehelai dua yang baru pun, kira syukur Alhamdulillah. Biarlah lebihkan pada budak berdua tu. Kuih raya pula langsung tak ada lagi!
Orang lain sibuk dok cerita kuih raya yang diorang buat. Aku habuk pun tak ada lagi. Aku rasa kalau orang datang nanti, aku hidang biskut lemak aje. Hehe!
Anyway dikesempatan ni aku nak minta ampun dan maaf sekiranya ada entry yang aku keluarkan selama ni ada mengguris hati dan perasaan sesiapa sahaja yang membacanya.
Jujurnya tak berniat.
Kepada semua rakan blogger yang akan pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing, berhati-hati memandu di jalan raya. Tak payah gopoh-gapah, Insya ALLAH selamat sampai.
Makan segala juadah hari raya tu jangan lupa kami di sini ye (^_^)
Once again, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari aku and the gang - Encik suami, Afif dan Aisy.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat yana sekeluarga.. =D
ReplyDeleteselamat hari raya farah =)
Deletekosong kosong kita ye =)
selamat hari raya aidilfitri buat yana sekeluarga..berhati2 di jalan raya..semoga sampai ke destinasi dengan selamat..
ReplyDeletesemangat nak raya..
selamat hari raya buat mar dan keluarga juga ye =)
Deletesaya balik dekat aje kali ni
yesss, memang harus bersemangat nak raya...hehe
selamat hari raya sis...moga hepi selalu di aidil fitri..
ReplyDeleteselamat hari raya kak
Deleteakak pun sama ye, kosong kosong tau
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
ReplyDeleteBeraya di Kapar.. eemm.. ai di Bukit Kapar.. hehehe.. tapi hanya selepas raya ke4 baru ada di rumah..
Orang sekampung rupanya...hehe
Deletekampung suami dekat kampung sg serdang nun
ni kalau berlaga bahu jangan lupa hai hai ye...hehe
selamat hari raya =)
assalamualaikum yana....seronoknya anak2 beraya dgn baju baru..;)
ReplyDeletewalaikumsalam wbt mama
Deletebudak mana tak sonok dapat baju baru mama
lagilah nak raya kan...hehe
selamat hari raya mohon maaf zahir dan batin . semoga berbahagia di syawal yg mulia bersama keluarga tercinta ...
ReplyDeleteselamat hari raya vee =)
Deletesamalah kita ye, kosong kosong tau
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Yana sekeluarga. Maaf zahir & batin.
ReplyDeleteSalam ceria Aidilfitri dari saya... :) :)
selamat hari raya en khir
Deletesemoga berbahagia di samping keluarga tercinta
kosong kosong tau =)
betul betul betul..barang budak laki mmg mahal..tahun ni irra pon beraya sebelah husband. dan kami pon sama mcm yana. xde pegi dua2. tunggu raya haji kat kampung irra. huhuhu..
ReplyDeleteselamat hari raya :)
kan...memang mahal barang tuk budak lelaki ni
Deleteyeke, samalah kita...sep sikit =)
selamat hari raya irra
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSalam Lebaran buat Yana sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)
walaaikumsalam wbt
Deletesalam lebaran juga buat BM sekeluarga
BM tak ada buat salah dengan saya...hehe
ni kira kosong kosong la ye...hehe
selamat hari raya BM
Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
ReplyDeleteSelamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)
amin...moga PCL juga begitu
Deleteselamat hari raya buat PCL sekeluarga
Oh pesen encik hubby kita sama la yana... jenis suka bagitau last minute... hihihi... selamat hari raya yana.... mohon maaf jika ada ketelanjuran sepanjang kita berkenalan di alam maya...
ReplyDeletehehe...yeke kak
Deleteboleh jadi geng lah mereka kalau dah sama perangai...hehe
apapun selamat hari raya buat akak sekeluarga ye
akak tak buat salah pada saya
kosong kosong ye =)
seronok afif n aisy dpt bju raya..budak bidak memg teruja kan yana...salam.ramadhan n selamat hari raya yana
ReplyDeletebudak mana yang tak seronok dapat baju baru
Deletelagilah bila kata tu baju tuk raya, bertambah excitedlah diorang
selamat hari raya buat mimi sekeluarga
Eh.. lupa dah komen ke belum... tak pelah..
ReplyDeleteSelamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Yana sekeluarga. Maaf zahir & batin.
Salam ceria Aidilfitri dari saya... :)
hehe...komen dah en khir
Deletetak ngapa...selamat hari raya
selamat hari raya MKL =)
ReplyDeleteSelamat hari raya yana :-) baru nk komen kat sini x pelah kan syawal kan sebulan :-)
ReplyDeletehehe..tak mengapa
Deleteselamat hari raya tu JM juga =)