Raya: Shopping Time! (^_^)
Untuk raya tahun ni, kami membuat persiapan ala kadar aje. Hampir keseluruhan budget sudah digunakan untuk renovation rumah aritu. Malah kami langsung tak membeli perabot baru.Sebab tu bila Hainom OKje dok tanya bila nak tunjuk rumah baru, aku naik segan. Hehe! Tapi aku akan tetap tunjukkan, lagipun kita perlu berbangga dengan apa yang kita miliki dak gitu?
Berbalik ke tajuk asal, petang Sabtu hari tu Encik suami bawa kami ke bandar Klang untuk shopping. Bunyi macam banyak sangat fulus! Hehe!
Niat membeli memang tinggi menggunung, tapi fulus pula tak sama tinggi. Basically memang tak ada budget sebenarnya, tapi untuk anak-anak ada aje!
Kami nak anak-anak merasai nikmat berhari raya. Lagipun kita tak tahu berapa lama mereka dipinjamkan kepada kita, betul tak betul? Kami pakai baju tahun lepas pun tak ada hal! (^_^)
Cerita aje nak beli baju diorang, bukan main excited aje budak berdua tu. Aisy pun dah pandai menunjukkan rasa seronok.
Anyway dekat sini kalau nak datang kena cepat sikit, kalau tak susah nak dapat parking. Ni kami pun terpaksa parking berhadapan bangun Courts yang lama.
Malas nak cari yang dekat sikit. Janji dapat parking udah ler walau agak semput juga nak berjalan. Walau tak membeli banyak, best juga dapat cuci mata dekat sini.
Tempat ni agak luas, so sila pastikan korang ada cukup tenaga untuk pusing keliling tempat ni. Ada macam-macam barang untuk keperluan raya ada di jual di sini.
Janji poket penuh! Hehe!
Disebabkan dah sedia maklum dengan keluasan tempat ni, kami dah standby bawa stroller. Afif dengan Aisy sumbat aje dalam tu. Naya kalau diorang buat perangai minta dukung.
Dekat sini pun ada jual macam-macam mainan. Kalau anak korang jenis hantu mainan dan korang tak boleh control diorang, silalah elakkan laluan di mana ada mainan.
Selamat sikit budget. Hehe!
Macam anak-anak aku ni, aku bagi chance tengok aje. Lagipun diorang dah sedia maklum yang parent diorang ni tak akan beli mainan walau diorang menangis berguling-guling.
Manusia tak usah cakaplah, sikit punya ramai! Maklumlah minggu tu adalah minggu terakhir untuk mereka bershopping terutamanya kalau kampung jauh.
Kalau dekat cam kami ni, minggu depan pun boleh shopping lagi. Hehe! Aiceh, cam banyak sangat duitnya (^_^)
Time dok pusing tu, cari juga kedai Kak Atien yang khabarnya ada berniaga dekat situ. Tapi tak berjumpa pula. Bukan jodoh nak berjumpa agaknya.
Anyway kalau nak berjalan ni, kami kebiasaannya akan heret adik aku yang paling kecil, Anis. Disebabkan jarak usia aku dengan dia agak jauh, orang selalu ingat dia anak aku. Hehe!
Anak pun anaklah kan. Not a big deal.
Macam budak-budak lain, Afif dengan Aisy agak gila dengan karakter dalam cerita Frozen. Dah lah sana sini ada jual barangan dalam cerita tu, mulalah diroang pun.
Terbelek sana, terbelek sini.
Aku tak begitu pandai sangat bab memilih baju untuk anak-anak. Kebiasaannya Encik suami yang buat decision. Lagipun Encik suami sebenarnya adalah stylist kami.
Dia paling lantang bersuara kalau dia tengok kami pakai pakaian yang tak kena pada mata dia.
Aku pula hantu dengan bunga. Geram betul tengok bunga-bunga yang ada dekat situ. Ni kalau aku berduit memang aku angkat dah!
Ni nanti malam raya diorang akan buat bidding untuk semua bunga-bunga ni.
Kalau korang bernasib baik, korang boleh beli bunga yang asalanya puluhan ringgit dengan harga beberapa sen sahaja.
Tapi malam tu memang akan ramai oranglah. Mau sesak nafas dibuatnya.
Dekat sini dapatlah beli sikit barang tuk Afif dan Aisy. Malamnya pula kami ke Uptown Shah Alam. Aku tak snap gambar langsung dekat sana.
Lagipun dah banyak kali cerita pasal Uptown aku dok selit dekat sini. Tak ada bezanya dengan sebelum ni pun. Cuma malam tu manusia sikit punya ramai sampai nak berjalan pun susah.
Satu-satunya gambar yang ada dekat sana adalah gambar selfie Afif dan Anis aje.
Sampai aje rumah, masing-masing tidur tak sedar diri sebab kepenatan. Mujur tak terlajak sahur (^_^)
So gitulah cerita shopping raya kami tahun ni. Tinggal nak cari barang tuk Aisy pula ni. Sabtu nantilah jawabnya. Yang pasti kami semua dah dalam mood raya. (^_^)
Bestnya shopping... saya belum buat apa2 persiapan lagi... :(
ReplyDeletesaya pun tak buat sangat kak tahun
Deletesimple aje tahun
just tuk anak-anak
sis pun suka sgt tgk bunga ... perempuan kot ... dah lama sis tak bersesak - sesak shopping raya .
ReplyDeletehehe...sep sikit
Deletekalau saya kan, kalau boleh semua nak bunga
bestnya shping gini.. thn2 depn lh blh shopping.. bila luth besr sikit
ReplyDeleteboleh aje nak bawa luth tu
Deletejanji kena dok diam lah =)
Wah, syoknya dapat bershopping.
ReplyDeletehehe...bolehlah cikgu
Deletedapat beli sikit-sikit
Demam frozen tu tak habis lagi Yani.. anak akak pun semalam beli baju tido frozen tu :)
ReplyDeletehehe...anak saya ada dok minta juga
Deletetak dilayan dengan papa diorang =)
wah best!!! meriah..=D
ReplyDeletememang meriah farah!
Deletedah mood raya dah ni! =)
yg penting anak2 kan..tp baju anak saya baru ada baju kurung je..hihi..belum shopping utk dia..acane tu..
ReplyDeletesamalah dengan afif dan aisy
Deletebaru aje memasing ada dua pasang
kira oklah tu, ada juga baju raya
syukur alhamdulillah =)
Alhamdulillah... dah setel dah yer yana... lega skit hati kan kalau anak2 punya dah setel... :)
ReplyDeletetulah idah, lega dah settle tuk bebudak ni
Deletetuk mak budak pula, tak kot...hehe
meriah.....
ReplyDeletehehe...memang meriah
DeleteWahh syok hehee... alhamdulillah dah settle. Klu nak tunggu beberapa hari sblum raya nanti, lagilah sesak jalan tu... nak jalan kaki pun jem... :D
ReplyDeletehehe...memang syok sekali sekala perabih duit gini =)
Deletetapi memang betullah, last minute lagi teruk jem
kemain seronok afif n aisy bershopping raya ye
ReplyDeleteseronok sangat diorang mimi wei
Deletemama dgn papa lagilah sonok dok tengok anak happy gitu
assalamualaikum yana...seronoknya bershopping....:)
ReplyDeletewaalaikumsalam wbt
Deletehehe...seronok, memang seronok =)
Tualah Yan D....shopping mmg best cuma fulusnya yg tak berapa nak bestkan hehe....
ReplyDeleteMmg le teringin nak tgk....janji nanti tunjuk tau!. Kadang tu niat bukan nak menunjuk lebih kepada suka suka aje sebenarnyakan....
Nape lak Aisy yg tak sudahnya ni....tak berjumpa yg dihajati ke?
Adik tu sama le muka ngan Afif
hehe...kan okje, shopping tu seronok,
Deletefulusnya yang tak seronok...hehe
tunjuk, mesti tunjuk punya...tunggu aje ler ye =)
tulah okje, pusing macam nak rak tapi tak jumpa yang berkenan di hati
Shopping last minit ni memang ohsem gitu... Baca cerita shopping orang bukan main bertambah terexcited lagi nak cuti Jumaat ni, nak shopping sakan. Kat rumah takda munge-mungelah sebab superheroes yang ada pantang nampak perhiasan habis dijadikan lubang gol untuk bola-bolas yang ada di rumah. Teringinnya alahai nak letak perhiasan comel-comel atas segala lemari, meja dan sebagainya raya kali ni :(
ReplyDeleteni belum dikategorikan last minute lagi ni
Deletekang malam raya lagi nak balun shopping...hehe
cam banyak nor fulusnya! hehe
saya pun sama mummy wei, suka bunga tapi anak dara sorang tu
dia akan buat ekperimen, payah nak lawa-lawa ni
Seronok la jalan². Tapi kathy memang tak tahan klu ramai org. Surrender..
ReplyDeletekalau ramai okay lagi kalau saya
Deletetapi kalau berhimpit saya rimas...hehe
Klau g shopping camtu mmg perlu bwk pembantu :-)
ReplyDeletehehe...tulah kan
Deletesenang sikit nak shopping =)