Kepekaan Itu Perlu (^_^)

11:16:00 am Yana Yani 20 Comments

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama. Setiap bangsa atau agama yang dianuti perlu dihormati demi menjaga keharmonian.

Paling penting sekali menjaga sensitiviti bangsa atau agama yang dianuti. Sebab tu kepekaan dalam melakukan sesuatu perkara dalam Malaysia adalah amat perlu.

Peka terhadap apa yang sesuatu agama atau bangsa tu boleh atau tak boleh lakukan. Hormatinya. Dengan cara ini sahaja kita boleh mengekalkan kemakmuran dalam negara.

Tanpa sifat peka tu ianya kelak akan menyusahkan diri kita sendiri malahan ianya boleh menjadi satu masalah buat negara.

Cuba perhatikan iklan untuk pertandingan melukis di bawah ni yang bersempena bulan Ramadhan. Sekali pandang mungkin kita tak perasan apa-apa yang ganjil.


Begitu juga apabila kita melihat hadiah yang disediakan untuk para pemenang. Pun kita tak akan perasan apa yang cacatnya tentang pertandingan ni.


Mungkin lain pula pandangan kita apabila kita mengetahui bahawa sebenarnya Klang Ho Chiak tu sebenarnya menjual makanan yang tidak HALAL.


Mungkin juga pertandingan ni bukan mensasarkan masyarakat Islam. Tapi apa motif pula bersempena Ramadhan?

Masyarakat Islam yang mengetahui mengenai kedai tersebut, mungkin tak akan menyertai. Bagaimana pula yang tak tahu dan memenangi hadiah yang disediakan?

Sebab tu aku tegaskan di sini bahawa kepekaan itu perlu. Penganjur perlu peka dengan sensitiviti masyarakat yang pelbagai agama dan bangsa. Tak boleh main hentam aje.

Kalau ia pun nak mempromosi, janganlah mempromosi membabi buta.

Lain cerita pula yang jadi pada aku.

Hari Khamis masa aku sampai office, aku nampak ada beg kertas di atas meja. Senyum sampai ke telinga memikirkan aku dapat something untuk Hari Raya.

Tak sangka Puan Bos nak bagi hadiah.


Sekali pandang, aku mati-mati ingat ianya merupakan pewangi rumah.

Ditambah pula Puan Bos beri email yang mengatakan, "Hey Yana, hope you like what I got for your new house this Raya"


Tapi bila aku belek, rupanya bukan pewangi rumah tapi vinegar a.k.a CUKA!


Aku agak musykil dengan penberian tu. Apa dia tahu ke aku tak reti masak? Tapi apa kena mengena dengan tak tahu masak dengan cuka, ye dak?

Atau mungkin juga masa dia beli, dia pun ingat benda tu pewangi rumah. Tapi tak apalah kan, aku pun tak ada hal sangat benda gini. Not a big deal.

Cuma yang pasti aku tak akan gunalah sebab bahan yang digunakan tu dalam vinegar tu. Buat perhiasan ajelah jawabnya.

Sebab tu apa sahaja kita lakukan atau berikan, kita perlu peka demi menjaga sensitiviti orang lain. Mungkin kita tak berniat, tapi orang yang diperlaku atau menerima akan terasa hati.

Bila mana ianya melibatkan sensitiviti sesuatu bangsa atau agama walau hanya sebesar zara, ianya boleh mencetuskan konflik. Bahaya kanSo be aware and alert!

This entry was auto-published

20 comments:

  1. Betul la yana mmg kena alert... baru ni saya dpt hamper pun saya belek habis brg2 dlm tu... mana yg saya was2 dan xde tanda halal, saya asingkan siap2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya kak
      lagi satu salah faham orang bukan beragama islam ni
      adalah melayu tak boleh makan babi
      selain dari tu semua boleh...tu yang silap

      Delete
  2. Replies
    1. betul tu MKL
      ari ni dah kira hari terakhir ramdhan
      besok hari raya! =)

      Delete
  3. betul tu... kena alert jugak pemberian hamper. dalam hamper tu kadang2 ada produk yg x de pengesahan halal nak2 dari majikan @ pemberi yang bukan Islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersangat betul cik lekit
      yang membungkus tu kurang arif dalam bidang halal haram
      tapi buat aje sebab pada diroang selagi bukan babi
      kira ok lah

      Delete
  4. ermmm betul tuh..perlunya jaga sensitiviti nih kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersangat perlu mimi
      especially dalam negara yang berbilang bangsa dan agama
      macam Malaysia ni

      Delete
  5. Adehh... pewangi rumah pulak ye. Agaknya sebab botolnya cantik hehee..
    Ttg colouring competition tu mmg tak eloklah mcm tu.. klu bukan utk menarik penyertaan muslim, jngnlah bubuh nama Ramadhan hhmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasalnya
      tulah en khir, penganjur tak peka tu
      tu yang payah kalau tak peka

      Delete
  6. singgah sini nak wish..Selamat menyambut hari raya aidilfitri. Maaf zahir & batin... ^_^

    ReplyDelete
  7. Sentiasa alert..bagus entri ini..

    ReplyDelete
  8. Meletop letop bagi pendapat nampaknya hehe...Tapi ada betulnya YY....jangan lurus bendul je kita menerima, betul menerima dengan hati yg terbuka tapi kena peka dan sensitif dgn apa yg diberi tu...ye dak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang meletopnye OKje...hehe
      biasanya aje kan, pendapat hanya sekadar pendapat =)
      bukan setakat menerima aje, yang memberi pun

      Delete
  9. Betul tu skrg ni dh mcm2 isu non halal ingredient dlm produk so kita mesti more alert

    ReplyDelete
  10. Yer la btl tue yana... jgn main hentam jer kan..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ler tu, apa yang dapat kalau hentam aje
      orang marah kan

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...